Jenis Dana Unit Amanah Di Malaysia


Assalamualaikum & Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai "Tabung Unit Amanah sebagai pelaburan masa depan anda?" dan "Mengumpulkan kekayaan dengan Unit Amanah dan PRS?". Kali ini saya sekadar hendak berkongsi artikel tentang jenis dana unit amanah yang ada di Malaysia. Pelaburan unit amanah membuka peluang untuk pelabur runcit mempelbagaikan pelaburan mereka. Melalui dana unit amanah, wang dilaburkan pelabur ini akan dikumpulkan bersama-sama dan dilaburkan dalam aset kewangan yang berbeza untuk mengurangkan risiko kerugian





Terdapat pelbagai jenis dana boleh dipilih bagi menepati profil risiko dan keperluan pelabur. Dalam artikel ini, kita akan melihat kepada jenis dana unit amanah di Malaysia secara spesifik
Di akhir artikel ini, anda sebagai pelabur akan dapat mengenal pasti jenis dana yang berbeza dan boleh memilih dana lebih bersesuaian
Dana EkuitiDana yang paling dikenali di Malaysia, sebahagian besar daripada pelaburan dalam setiap dana ekuiti ini akan dilaburkan dalam saham syarikat tersenarai
Pelabur yang mahu memperuntukkan modal di syarikat tersenarai boleh memilih untuk melabur dalam dana jenis ini
Dana ekuiti terbahagi kepada beberapa jenis, bergantung pada corak pelaburan dan sektor
Dana IndeksDana ini dilaburkan berdasarkan indeks tukaran saham yang spesifik, bagi meniru pergerakan pasaran. Sebagai contoh, dana indeks pada FBM KLCI akan dilaburkan dalam syarikat di dalam FBM KLCI
Oleh itu, secara amnya, prestasi dana ini juga akan mengikut prestasi indeks. Biasanya, dana jenis ini dikenal pasti dengan mempunyai yuran operasi dan perolehan portfolio yang lebih rendah kerana pemasaan pasaran pemilihan saham tidak diperlukan
Dana PertumbuhanDana jenis ini menyasarkan syarikat daripada sektor pelbagai yang mempunyai pertumbuhan modal yang tinggi
Jika dilaburkan secara terus, ia mungkin memberikan risiko yang lebih tinggi. Tetapi jika pelaburan dibuat melalui unit amanah, risiko pelaburan akan disebarkan. Bagaimanapun, dana jenis ini masih lagi agresif dan tidak menentu berbanding dana indeks
Dana AntarabangsaDana ini dilaburkan di luar negara dan memberi peluang kepada pelabur untuk mendapatkan pendedahan pelaburan di negara lain dengan cara lebih kos efektif
Dana jenis ini sesuai untuk pelabur yang mencari pelaburan di pasaran modal antarabangsa, tetapi dihalang oleh faktor seperti kos transaksi yang tinggi dan kekurangan informasi mengenai pelaburan berkenaan
Bon/Dana Pendapatan TetapDana ini dilaburkan terutama di Sekuriti Kerajaan Malaysia, bon korporat, dan instrumen hutang, seperti sekuriti bersandarkan gadai janji
Dana bon/pendapatan tetap memfokuskan pada pemberian pendapatan tetap kepada pelabur, tanpa terlalu menekankan pada pertumbuhan modal
Oleh itu, harga dana ini selalunya lebih stabil jika dibandingkan dengan dana ekuiti. Bagaimanapun, dalam keadaan kadar pulangan yang tidak menentu, turun naik akan terjadi kerana sekuriti berpendapatan tetap adalah sensitif pada pergerakan dalam kadar faedah
Dana Pasaran KewanganDana ini melabur di pelaburan yang berisiko rendah tetapi mempunyai kecairan yang tinggi, seperti debentur jangka pendek, instrumen pasaran kewangan jangka pendek dan penempatan deposit jangla pendek
Jika dibanding dengan semua jenis dana, ia mempunyai risiko paling rendah dan pasa masa sama juga, jangan menjangkakan pulangan sangat tinggi melalui dana ini
Dalam jangka masa panjang, pulangan daripada dana pasaran kewangan ini mungkin tidak dapat mengatasi nilai inflasi
Dana SeimbangPegangan pelaburan bagi dana ini menggabungkan ekuiti yang lebih berisiko tinggi, sekuriri berpendapatan tetap yang lebih kurang risiko dan tunai, dalam usaha untuk mengekalkan keseimbangan dalam kedua-dua pertumbuhan modal dan pendapatan tetap untuk pelabur
Dana ini biasanya memberikan perlindungan yang lebih baik ketika kegawatan pasaran, tetapi mungkin kurang menjana pertumbuhan semasa pasaran melonjak naik
Dana Atas Dana (FOF)Merujuk kepada peraturan dikeluarkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dana jenis ini hanya dilaburkan dalam unit daripada skim pelaburan kolektif yang lain
Kelebihan paling utama bagi dana ini adalah ia selalu merangkumi dana dari pada pelbagai sektor dan ini memjadikan dana ini mempunyai kepelbagaian pelaburan yang tinggi
Bagaimanapun, disebabkan pengurusan kewangan bertindih (Pengurusan dana itu sendiri dan pengurusan dana atas dana), yuran operasi dan yuran pengurusan selalunya menjadi lebih tinggi
Dana Berlandaskan Syariah IslamDana berlandaskan syariah hampir sama dengan dana unit amanah konvensional, cuma bezanya portfolio dana ini dilaburkan berdasarkan hukum Islam. Ini bermakna pelaburan hanya boleh dibuat dalam saham yang berteraskan syariah, yang tidak terbabit dalam perniagaan yang tidak halal, seperti judi minuman keras dan produk tidak halal yang lain
Tambahan pula dana ini juga tidak merangkumi saham syarikat yang terbabit dalam perbualan konvensional, insurans dan perkhidmatan kewangan. Pulangannya pula tidak mempunyai unsur riba
Akhir sekali, kesimpulannya terdapat pilihan dana unit amanah yang luas bagi kepentingan pelabur di Malaysia
Walau berapa banyak pun pilihan di pasaran, prinsip pertama sebelum melabur adalah fahami keperluan anda dan objektif pelaburan untuk membuat pilihan yang baik dan bermaklumat
Artikel perancangan kewangan dan pelaburan ini salah satu usaha berterusan SIDC melahirkan pelabur yang arif dan berpengetahuan dalam pasaran modal
Selain itu, SIDC turut meningkatkan tanap kesedaran mengenai pelaburan bijak dan pengurusan kewangan melalui seminar dan bengkel pendidikan pelabur yang disasarkan untuk pelbagai lapisan masyarakat, seperti pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, ibu bapa, wanita dan pekerja kolar putih dan biru. Untuk maklumat lanjut, layari www.min.com.my, hubungi, hubungi 03-62048889 atau lawati Facebook kami di www.facebook.com/BMWSIDC
P/S: Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda buat simpanan? Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat
Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:Muhammad AizuddinPerunding Unit AmanahPerunding Skim Persaraan SwastaSingle License InvestmentEmel: [email protected]/P: 019-548 1304Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau PinangSekian, Wassalam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizuddinazmi.blogspot.com/2019/01/jenis-dana-unit-amanah-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prestasi Dana Unit Amanah Patuh Syariah

Prestasi Dana Unit Amanah Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 301 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai dan Saya juga telah berkongsi tentang Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang prestasi dana u...
Mengumpulkan Kekayaan Dengan Unit Amanah Dan Prs

Mengumpulkan Kekayaan Dengan Unit Amanah Dan Prs

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 266 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi satu artikel dari laman sesawang FIMM yang bertajuk Kali ini saya sekadar hendak berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM yang bertajuk Meng...
Tabung Unit Amanah Sebagai Pelaburan Masa Depan Anda

Tabung Unit Amanah Sebagai Pelaburan Masa Depan Anda

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 329 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Kali ini saya sekadar hendak berkongsi satu artikel dari laman sesawang FIMM yang bertajuk tabung unit amanah sebagai pelaburan masa depan anda Dalam artikel ini diseli...
Pelaburan Alternatif Selain Unit Amanah

Pelaburan Alternatif Selain Unit Amanah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 285 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi tentang Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang pelaburan alternatif selain Unit Amanah Segala maklum...
Bagaimanakah Cara Untuk Melabur Dalam Unit Amanah Melalui Kwsp

Bagaimanakah Cara Untuk Melabur Dalam Unit Amanah Melalui Kwsp

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 277 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai dan Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang bagaimanakah cara untuk melabur dalam Unit Amanah...
Jenis Jenis Durian Di Malaysia Yang Patut Anda Cuba

Jenis Jenis Durian Di Malaysia Yang Patut Anda Cuba

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 1221 hits
Assalamualaikum Hi Semua Jenis jenis Durian di Malaysia Yang Patut Anda Cuba Musim durian sudah pun kembali semula Yeayyy Boleh buru durian Kompem banyak yang murah murah kan Semalam teringin lak nak makan durian Balik dari kerja husband te...
4971 Naik Gaji Polis Boleh Elak Pecah Amanah Malaysia Gazette 11 06 2019

4971 Naik Gaji Polis Boleh Elak Pecah Amanah Malaysia Gazette 11 06 2019

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 515 hits
KUALA LUMPUR Kenaikan gaji polis boleh meningkatkan intergriti dalam masa yang sama memerangi perlakuan pecah amanah Malah kenaikan itu satu kerperluan dalam sebuah negara yang semakin maju dan membangun menurut Ketua Aktivis Persatuan Peng...
Xiaomi Mi 9t Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 20 Jun

Xiaomi Mi 9t Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 20 Jun

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 250 hits
Xiaomi Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk acara pelancaran telefon pintar terbaru mereka iaitu Xiaomi Mi 9T Melalui jemputan yang dihantar ia dilihat Mi 9T akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2019 ini Buat ma...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities