Mengumpulkan Kekayaan Dengan Unit Amanah Dan Prs


Assalamualaikum & Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi satu artikel dari laman sesawang FIMM yang bertajuk Tabung unit amanah sebagai pelaburan masa depan anda? Kali ini saya sekadar hendak berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM yang bertajuk Mengumpulkan kekayaan dengan unit amanah dan PRS? Dalam artikel ini akan diselitkan tentang pengurusan risiko dalam unit amanah, kepelbagaian, melabur menggunakan wang KWSP anda, bagaimana hendak memastikan kita mempunyai wang simpanan KWSP yang mencukupi untuk bersara dengan selesa, cara melabur dengan menggunakan simpanan KWSP anda dan Skim Persaraan Swasta (PRS)





PengenalanPara pelabur adalah digalakkan untuk melabur dalam tabung unit amanah untuk jangka masa panjang secara berterusan. Mereka tidak harus melabur untuk jangka masa pendek (sama ada dalam saham atau unit amanah) kerana ini hanyalah spekulasi. Setiap tabung unit amanah mempunyai tempoh matang yang ditetapkan. Ianya memerlukan masa dan usaha untuk mengumpul kekayaan dan memaksimumkan faedah daripada pulangan berganda. Lebih-lebih lagi kebanyakannya menyimpan untuk jangka masa panjang sebagai persediaan persaraan
Kekayaan merupakan nilai aset yang dimiliki oleh seseorang, setelah ditolak jumlah tanggungan (nilai bersih), dan kebanyakan dari kita akan cuba mengumpul kekayaan sebanyak mana yang boleh selagi kita mampu bekerja. Ini akan meningkatkan lagi nilai bersih kita dari semasa ke semasa. Untuk itu, kita perlulah melabur dan menguruskan tahap risiko sewajarnya jika ingin memperolehinya
Mengapa kita harus melabur dalam unit amanah? Pertama, pelaburan dalam unit amanah adalah untuk jangka masa panjang, ianya sejajar dengan strategi kita untuk mengumpul kekayaan. Kedua, pelaburan dalam unit amanah memberikan faedah untuk kita mempelbagaikan pelaburan, dengan cara ini kita “tidak meletakkan risiko hanya pada satu tabung”. Akhir sekali, tabung unit amanah diuruskan oleh pengurus dana yang professional dimana ia menyediakan saluran terbaik untuk kita mengumpul kekayaan melalui perkembangan unit amanah yang berterusan
Pengurusan Risiko Dalam Unit AmanahSebagaimana yang telah dinyatakan, melabur tidaklah semudah yang disangkakan kerana setiap pelaburan mempunyai risiko yang harus ditanggung oleh para pelabur. Lebih tinggi potensi pulangannya maka lebih tinggi pula risiko yang perlu ditanggung oleh pelabur. Oleh itu, para pelabur mestilah mengetahui toleransi tahap risiko mereka sebelum melabur di dalam mana-mana tabung unit amanah. Terdapat pelbagai jenis tabung unit amanah disediakan untuk para pelabur di mana setiap tabung itu mempunyai tahap risiko yang berbeza. Para pelabur perlu mengetahui tahap risiko yang harus dihadapi sebelum melabur serta menilai profil risiko melalui soal selidik atau melalui bantuan Perunding Unit Amanah mereka. Fungsi profil ini ialah untuk membantu para pelabur mengenal pasti tahap risiko yang harus dihadapi oleh mereka
KepelbagaianTabung unit amanah melabur di dalam pelbagai jenis pelaburan seperti saham, bon, komoditi dan lain-lain. Ini memberi faedah kepada para pelabur untuk mempelbagaikan pelaburan mereka. Dengan mengumpulkan tabung pelabur-pelabur, pengurus tabung akan melabur di dalam aset yang berbeza yang tiada kaitan langsung di antara satu sama lain. Dengan cara ini akan mengurangkan risiko dalam portfolio unit amanah tanpa menjejaskan faedah pulangan sekaligus mengurangkan risiko kepada para pelabur
Melabur Menggunakan Wang KWSP AndaKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah institusi keselamatan sosial yang diwujudkan oleh undang-undang bagi memastikan warga Malaysia menyimpan untuk persaraan mereka, seperti yang telah ditetapkan kepada pekerja dan juga majikan. KWSP akan memastikan pencarum memiliki simpanan apabila mereka bersara. Malangnya kebanyakan mereka tidak memiliki simpanan yang mencukupi untuk bersara dengan selesa
• Warga Malaysia memerlukan di antara RM1.4 hingga RM2.8 juta untuk bersara dengan selesa, tetapi kebanyakannya tidak mencapai jumlah ini walaupun mempunyai wang simpanan dan KWSP yang tinggi. Kurang daripada 10% daripada jumlah pencarum KWSP yang mempunyai simpanan lebih daripada RM100, 000 di dalam akaun, apabila mereka layak untuk mengeluarkannya; 90% daripada jumlah pencarum hanya mempunyai purata sebanyak RM106, 000.00 apabila mereka bersara, jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung persaraan mereka
• Jangka hayat warga Malaysia pada tahun 2010 masing-masing ialah 72 tahun bagi lelaki dan 77 tahun bagi wanita. Berdasarkan purata simpanan KWSP, jumlah yang dikumpulkan oleh ahli KWSP apabila mereka berusia 54 tahun ialah sebanyak RM149,216.00. Ini bermakna jumlah bulanan yang boleh dikeluarkan oleh mereka apabila bersara ialah RM570.39. Ini adalah andaian sekiranya ahli tidak mempunyai apa-apa simpanan tambahan selain KWSP dan juga tiada kesan inflasi
• Sebanyak 70% individu lelaki yang mengeluarkan simpanan KWSP mereka pada usia 55 tahun akan menghabiskan simpanan mereka hanya dalam masa 3 tahun
Bagaimana Hendak Memastikan Kita Mempunyai Wang Simpanan KWSP Yang Mencukupi Untuk Bersara Dengan Selesa?Kita boleh:1) Bekerja selepas bersara, mungkin sehingga mencapai usia 65 tahun, atau pun lebih2) Meningkatkan pendapatan dengan cara mendapatkan gaji yang lebih tinggi dankenaikan gaji tahunan3) Pastikan wang KWSP anda menjana faedah dengan lebih baikAkta KWSP telah memberi mandat bahawa 60% daripada portfolio pelaburannya, hendaklah dilaburkan dalam pendapatan tetap seperti bon kerajaan atau Sekuriti Kerajaan Malaysia. Ini bermakna hanya 40% dibenarkan untuk dilaburkan ke dalam ekuiti atau saham. Oleh itu, mungkin sukar untuk menjana pulangan tetap melebihi purata. Pada bulan November 1996, KWSP memperkenalkan Skim Pelaburan Ahli, di mana pencarum boleh melabur dalam tabung unit amanah yang diluluskan. Tujuannya ialah untuk memberi lebih banyak pilihan kepada ahli untuk melabur dan menentukan jenis pulangan dan tahap risiko yang sesuai untuk mereka. Pencarum boleh memilih untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan di dalam Akaun 1 mereka di setiap suku tahun, tertakluk kepada umur dan Simpanan Asas, untuk melabur ke dalam tabung unit amanah yang diluluskan, mengikut pilihan mereka. Dengan cara ini, pencarum KWSP boleh mempelbagaikan simpanan mereka di dalam pelbagai tabung yang boleh menjana pulangan yang lebih tinggi bagi pelaburan mereka (dengan mengambil risiko yang lebih sedikit daripada hanya menyimpan dalam akaun KWSP mereka, yang bersifat konservatif)
Cara Melabur Dengan Menggunakan Simpanan KWSP AndaLangkah pertama untuk melabur dengan menggunakan simpanan KWSP untuk tabung unit amanah yang diluluskan ialah dengan menyemak baki simpanan di dalam Akaun 1 anda. Anda mestilah mengekalkan jumlah minimum (dikenali sebagai Simpanan Asas) di dalam akaun 1, mengikut usia anda seperti yang telah ditetapkan oleh KWSP. Hanya 20% daripada baki Simpanan Asas dibenarkan untuk melabur. Ia adalah jumlah maksimum pengeluaran bagi setiap suku tahun, manakala RM1,000.00 adalah jumlah minimum pengeluaran. Syarikat pengurusan unit amanah pula akan mengenakan caj perkhidmatan permulaan yang tidak melebihi 3% untuk tabung yang diluluskan. Apabila pelaburan untuk tabung tersebut ditebus semula, wang anda akan dikreditkan terus ke dalam Akaun 1 anda
Skim Persaraan Swasta (PRS)Selain KWSP sebagai platform simpanan persaraan untuk rakyat Malaysia, pihak kerajaan juga telah mengumumkan satu skim baru bagi persaraan iaitu Skim Persaraan Swasta (PRS) ketika pembentangan Bajet 2012:• Skim PRS ini adalah skim tambahan bagi rakyat Malaysia untuk mengukuhkan simpanan persaraan mereka. Penyedia PRS yang diluluskan akan menawarkan skim persaraan jangka panjang yang mengandungi pelbagai tabung. Ini untuk memudahkan majikan dan individu memilih tabung yang fleksibel dan mudah digunakan bagi profil pulangan faedah dan risiko yang berbeza• Sebagai insentif kepada individu yang mencarum dengan skim PRS yang diluluskan, pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun selama 10 tahun, akan diberikan kepada individu tersebut• Pengecualian cukai juga diberikan kepada faedah pulangan yang diterima dari tabung PRS. Manakala potongan cukai diberikan kepada majikan yang mencarum melebihi kadar yang ditetapkan iaitu sehingga 19% gaji pekerja• FIMM telah diberi mandat untuk memastikan pasaran yang adil dan saksama diwujudkan untuk produk PRS dan para pelabur mempunyai akses kepada maklumat pelaburan dengan mudahSecara ringkasnya, pelaburan dalam unit amanah dan PRS ialah satu pelaburan untuk jangka masa panjang. Ia amat sesuai dengan strategi pengumpulan kekayaan dan perancangan untuk persaraan. Demi mencapai perkembangan lestari jangka panjang, para pelabur tidak harus melabur untuk jangka masa pendek, tetapi harus melihat pada keseimbangan dalam menjana pulangan yang lebih tinggi dan pengurusan risiko
Sumber: www.fimm.com.myP/S: Mengumpulkan kekayaan dengan unit amanah dan PRS? Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda buat simpanan? Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat
Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:Muhammad AizuddinPerunding Unit AmanahPerunding Skim Persaraan SwastaSingle License InvestmentEmel: [email protected]/P: 019-548 1304Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau PinangSekian, Wassalam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizuddinazmi.blogspot.com/2019/01/mengumpulkan-kekayaan-dengan-unit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimanakah Cara Untuk Melabur Dalam Unit Amanah Melalui Kwsp

Bagaimanakah Cara Untuk Melabur Dalam Unit Amanah Melalui Kwsp

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 250 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai dan Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang bagaimanakah cara untuk melabur dalam Unit Amanah...
Pelaburan Alternatif Selain Unit Amanah

Pelaburan Alternatif Selain Unit Amanah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 249 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi tentang Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang pelaburan alternatif selain Unit Amanah Segala maklum...
Prestasi Dana Unit Amanah Patuh Syariah

Prestasi Dana Unit Amanah Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 262 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai dan Saya juga telah berkongsi tentang Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang prestasi dana u...
Jenis Dana Unit Amanah Di Malaysia

Jenis Dana Unit Amanah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 380 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai dan Kali ini saya sekadar hendak berkongsi artikel tentang jenis dana unit amanah yang ada di Malays...
Tabung Unit Amanah Sebagai Pelaburan Masa Depan Anda

Tabung Unit Amanah Sebagai Pelaburan Masa Depan Anda

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 292 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Kali ini saya sekadar hendak berkongsi satu artikel dari laman sesawang FIMM yang bertajuk tabung unit amanah sebagai pelaburan masa depan anda Dalam artikel ini diseli...
Gagasan Sejahtera Guna Politik Murahan Takutkan Rakyat Dan Pelabur Kata Pemuda Amanah

Gagasan Sejahtera Guna Politik Murahan Takutkan Rakyat Dan Pelabur Kata Pemuda Amanah

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 249 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Pemuda Parti Amanah Negara menyangkal kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera Shahir Adnan yang mendakwa Malaysia sedang mengalami kegawatan ekonomi sebagai tindakan politik murahan yang ingin menakutkan rak...
Ayah Tolong Simpan Duit Raya Along Ni Ye Jangan Tipu Anak Jadi Pemegang Amanah Terbaik Buat Anak

Ayah Tolong Simpan Duit Raya Along Ni Ye Jangan Tipu Anak Jadi Pemegang Amanah Terbaik Buat Anak

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 840 hits
Tidak dinafikan selepas sahaja berhari raya ada ibu bapa yang terpaksa berbelanja menggunakan duit raya anak Bukan mengambilnya tetapi meminjam terlebih dahulu daripada anak sementara tiba hari gaji Tak salah jika nak pinjam tetapi perlulah...
Mujahid Tak Pertahan Jawatan Pengerusi Amanah P Pinang

Mujahid Tak Pertahan Jawatan Pengerusi Amanah P Pinang

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 172 hits
Dr Mujahid Yusof mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan sebagai pengerusi Amanah Pulau Pinang dalam pemilihan parti itu yang akan diadakan tahun ini Beliau berkata keputusan itu bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada tugasnya seb...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Cerita Foto Sepanjang Minggu

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show