Tabung Unit Amanah Sebagai Pelaburan Masa Depan Anda


Assalamualaikum & Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Kali ini saya sekadar hendak berkongsi satu artikel dari laman sesawang FIMM yang bertajuk tabung unit amanah sebagai pelaburan masa depan anda? Dalam artikel ini diselitkan tentang apakah itu kebebasan kewangan? Apakah itu unit amanah? Apakah faedah melabur dengan unit amanah. Bagi pelabur yang bercadang untuk memulakan langkah menyimpan atau melabur dengan unit amanah amat digalakkan membaca artikel ini





PengenalanUntuk mencapai matlamat kebebasan kewangan, rakyat Malaysia adalah digalakkan untuk menjadikan unit amanah dan Skim Persaraan Swasta sebagai instrumen pelaburan pilihan mereka. Siri rencana ini akan menjelaskan tentang faedah melabur dan mengapa tabung unit amanah menjadi salah satu keperluan dalam menampung tabung pendidikan untuk anak-anak anda, pelaburan untuk simpanan dan persaraan
 Apakah Maksud Kebebasan Kewangan?Kebebasan kewangan mempunyai pelbagai pandangan yang berbeza bagi setiap individu, seperti kemampuan dari segi kewangan untuk melakukan apa sahaja yang diinginkan. Untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan ini, anda mestilah: • Menabung untuk pendidikan anak anda• Mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan anda• Mengumpul kekayaan seperti memiliki rumah yang besar atau kereta mewahOleh itu, untuk mencapai impian dan matlamat kewangan ini, kita haruslah mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menabung dan melabur secara bijak
Menyimpan dan MelaburAntara soalan-soalan lazim yang biasa ditanya oleh pelabur baru:• Apakah risiko yang perlu diambil untuk mendapat pulangan yang melebihi purata dari pelaburan asal - unit amanah, berbanding dengan pulangan daripada wang simpanan dalam akaun deposit tetap [Fixed Deposit Account (FDA)]
• Bagaimana jika ianya tidak seperti yang dirancang
• Bagaimana jika ianya menjejaskan rancangan kewangan saya
Yang paling penting dalam pelaburan adalah “risiko tinggi, pulangan tinggi”. Untuk memperolehi pulangan yang lebih tinggi, anda haruslah sedia menghadapi beberapa risiko yang lebih tinggi. Simpanan di akaun deposit tetap nyata lebih selamat berbanding jenis pelaburan yang lain termasuk unit amanah. Akan tetapi, pulangan dari deposit tetap ialah “tetap”, misalnya, akaun deposit tetap memberikan pulangan sekitar 3 peratus setahun. Ini bermakna anda perlu memperuntukkan wang simpanan yang lebih banyak setiap bulan, di mana ianya akan mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai matlamat kewangan anda. Walaubagaimanapun, jika anda melabur di dalam tabung unit amanah, anda mungkin boleh mendapat pulangan yang melebihi purata, sejajar dengan risiko yang lebih tinggi (bergantung kepada jenis tabung yang dilaburkan) – dan dapat mencapai matlamat anda dengan lebih cepat
Kuasa PenggandaanSebagai contoh, jika anda memperuntukkan RM100,000.00 dalam simpanan tetap dengan pulangan sebanyak 3% setahun, ia akan mengambil masa selama 24 tahun untuk menggandakan wang anda kepada RM200,000.00. Sebaliknya, jika anda mampu mendapat pulangan sebanyak 5% setahun dari pelaburan unit amanah, ia hanya akan mengambil masa selama 15 tahun untuk menggandakan wang anda. Ini ialah kuasa penggandaan; satu pulangan tambahan sebanyak 2% setahun melebihi pulangan simpanan tetap di mana ianya dapat menjimatkan masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat kewangan anda
Faktor Masa Dalam Menggandakan Wang Anda
Tabung unit amanah adalah sesuai untuk para pelabur yang ingin mendapatkan pulangan yang melebihi purata – dan mengambil masa yang lebih singkat untuk mencapai matlamat mereka. Tabung unit amanah diuruskan secara profesional, oleh itu, pelabur haruslah melabur dalam pelbagai pelaburan seperti bon, saham, komoditi dan lain-lain (sekaligus memberikan kepelbagaian dalam pelaburan). Sebagai tambahan, tabung unit amanah secara amnya juga mempunyai kecairan yang tinggi, kos pelaburan yang lebih rendah dan pendedahan pelaburan yang lebih tinggi
Apa Itu Unit Amanah?Unit amanah ialah satu instrumen pelaburan, yang mengumpulkan dana daripada para pelabur untuk dilaburkan dan diuruskan untuk faedah bersama. Operasi dana ini dikawal oleh satu surat ikatan yang dikenali sebagai “surat ikatan” amanah
Sebagai seorang pelabur, anda mungkin tidak mempunyai modal yang mencukupi atau berpeluang untuk melabur terus dalam pasaran saham, melainkan anda adalah seorang pelabur yang bertauliah (atau individu yang mempunyai kecelikan kewangan yang tinggi). Sekalipun anda mempunyai modal yang mencukupi, kebanyakan pelabur mungkin tidak dapat mempelbagaikan portfolio yang sesuai untuk pelaburan mereka secara individu. Sekuriti dana unit amanah yang dilaburkan adalah termasuk saham, bon dan lain-lain sekuriti kewangan. Pengurus dana yang profesional dan berpengalaman dilantik untuk menguruskan portfolio pelaburan tersebut
Faedah Melabur Dalam Unit Amanah1) Akses Ke Pelbagai Bentuk Aset KewanganSaham amanah mempunyai akses ke pelbagai jenis aset pelaburan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (bon kerajaan), komoditi, hartanah dan lain-lain, dan yang lebih penting, pelabur mempunyai pengurus dana profesional yang boleh membantu menguruskan dana ini bagi pihak mereka. Pelaburan dalam unit amanah adalah salah satu cara untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi bagi tempoh yang lebih panjang, berbanding dengan menyimpan dalam akaun simpanan atau akaun deposit tetap. Selain itu, risikonya juga mungkin lebih rendah berbanding dengan melabur secara langsung ke dalam saham atau bon, iaitu melalui kepelbagaian portfolio yang sesuai
2) KepelbagaianPelabur boleh mempelbagaikan pelaburan mereka dengan mengagihkan wang mereka ke dalam pelbagai jenis pelaburan, termasuk saham, dana bersama, bon dan wang tunai untuk mengurangkan risiko keseluruhan portfolio. Pelabur boleh mempelbagaikan strategi pelaburan mereka ke dalam dana yang berbeza, termasuk dana pertumbuhan, dana seimbang, dana indeks, modal yang kecil, modal yang besar dan dana sektor khusus, atau, ianya boleh dipelbagaikan dari segi geografi dengan memiliki pelaburan campuran iaitu antarabangsa dan tempatan. Strategi dalam mempelbagaikan pelaburan dapat mengurangkan risiko akan tetapi tidak semestinya akan mengurangkan pulangan
3) Pelaburan Yang Lebih MudahIa menarik minat pelabur yang tiada masa untuk memantau prestasi pelaburan mereka dengan kerap; yang pada lazimnya, di setiap akhir suku tahun, pelabur unit amanah akan menerima satu laporan mengenai prestasi dana mereka dan juga tinjauan untuk tahun hadapan, yang menjadikan pelaburan lebih mudah
4) Mudah Tunai / KecairanUnit-unit dalam dana boleh dibeli dan dijual dengan lebih mudah melalui syarikat pengurusan unit amanah, ejen unit amanah institusi dan orang-perseorangan yang menguruskan unit amanah. Di bawah garis panduan Tabung Unit Amanah, Syarikat Pengurusan Unit Amanah perlu membayar hasil pembelian-balik unit dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas menerima permintaan belian-balik
5) Kemampuan – Pelaburan di dalam saham amanah hanya memerlukan modal yang minimumPelaburan secara terus ke dalam pasaran saham memerlukan modal yang tinggi untuk individu dan pelabur runcit kerana mereka tidak mempunyai kuasa skala ekonomi. Melalui perkongsian dana, pengurus dana mempunyai lebih kuasa untuk membeli dan mampu menikmati kos dagangan yang lebih rendah disebabkan oleh faedah urusniaga dagangan yang tinggi, yang mana ini dapat menguntungkan dana tersebut
6) Pengurusan Profesional Yang BerterusanPengurus dana yang profesional dan berpengalaman dapat memastikan bahawa dana yang diuruskan dilabur melalui proses yang tersusun dan mengikuti prinsip asas pelaburan. Dalam jangka panjang, kelebihan ini membantu menjana pulangan yang lebih tinggi untuk para pelabur. Secara ringkasnya, unit amanah harus dipertimbangkan sebagai salah satu pelaburan pilihan oleh rakyat Malaysia yang ingin mengukuhkan kewangan mereka
Secara ringkasnya, unit amanah harus dipertimbangkan sebagai salah satu pelaburan pilihan oleh rakyat Malaysia yang ingin mengukuhkan kewangan mereka
Sumber: www.fimm.com.myP/S: Tabung Unit Amanah Sebagai pelaburan masa depan anda? Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda buat simpanan? Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat
Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:Muhammad AizuddinPerunding Unit AmanahPerunding Skim Persaraan SwastaSingle License InvestmentEmel: [email protected]/P: 019-548 1304Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau PinangSekian, Wassalam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizuddinazmi.blogspot.com/2019/01/tabung-unit-amanah-sebagai-pelaburan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelaburan Alternatif Selain Unit Amanah

Pelaburan Alternatif Selain Unit Amanah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 285 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi tentang Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang pelaburan alternatif selain Unit Amanah Segala maklum...
Prestasi Dana Unit Amanah Patuh Syariah

Prestasi Dana Unit Amanah Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 301 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai dan Saya juga telah berkongsi tentang Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang prestasi dana u...
Bagaimanakah Cara Untuk Melabur Dalam Unit Amanah Melalui Kwsp

Bagaimanakah Cara Untuk Melabur Dalam Unit Amanah Melalui Kwsp

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 277 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai dan Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang bagaimanakah cara untuk melabur dalam Unit Amanah...
Masa Depan Orang Melayu Tak Boleh Digadai Lagi Berjasa

Masa Depan Orang Melayu Tak Boleh Digadai Lagi Berjasa

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 414 hits
Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman Kemakmuran dapat dicapai jika kaum majoriti sepakat semua aspek HARI ini kita banyak mendengar slogan slogan manis berkenaan perpaduan Melayu terutama yang dicanangkan oleh UMNO dan PAS Berjasa menyambut b...
Menristekdikti Dorong Perguruan Tinggi Kembangkan Baterai Untuk Masa Depan

Menristekdikti Dorong Perguruan Tinggi Kembangkan Baterai Untuk Masa Depan

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 236 hits
Menurut Nasir saat ini nilai baterai antara 35 hingga 40 persen dari seluruh ongkos produksi Jika bisa diefisienkan menjadi 20 persen maka ongkos produksinya bisa ditekan Atas dasar itu pihaknya mengembangkan pusat penelitian baterai di UNS
Jenis Dana Unit Amanah Di Malaysia

Jenis Dana Unit Amanah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 426 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai dan Kali ini saya sekadar hendak berkongsi artikel tentang jenis dana unit amanah yang ada di Malays...
Mengumpulkan Kekayaan Dengan Unit Amanah Dan Prs

Mengumpulkan Kekayaan Dengan Unit Amanah Dan Prs

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 266 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi satu artikel dari laman sesawang FIMM yang bertajuk Kali ini saya sekadar hendak berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM yang bertajuk Meng...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya