Bagaimanakah Cara Untuk Melabur Dalam Unit Amanah Melalui Kwsp


Assalamualaikum & Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai "Tabung Unit Amanah sebagai pelaburan masa depan anda?" dan "Mengumpulkan kekayaan dengan Unit Amanah dan PRS?". Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang bagaimanakah cara untuk melabur dalam Unit Amanah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau dalam bahasa inggeris Employees Provident Fund - Members Investment Scheme (EPF-MIS)




Pengeluaran Pelaburan Simpanan AhliPengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I melaburkan sendiri sebahagian daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan
Kelayakan Memohon- Anda mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP;- Warganegara Malaysia; atau- Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula; atau- Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998; atau- Bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat taraf penduduk tetap Malaysia (PR)
Jumlah Yang Boleh DilaburkanJumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 30 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I

Jadual dibawah menunjukkan jumlah simpanan asas dalam Akaun 1 KWSP mengikut umur : (Berkuatkuasa 1 Januari 2019)

Umur
 (Tahun) Simpanan Asas
(RM) Umur
 (Tahun) Simpanan Asas
(RM) 18 2,000 37 68,000 19 4,000 38 74,000 20 6,000 39 80,000 21 8,000 40 86,000 22 10,000 41 93,000 23 13,000 42 101,000 24 15,000 43 108,000 25 18,000 44 116,000 26 21,000 45 125,000 27 24,000 46 134,000 28 27,000 47 144,000 29 31,000 48 154,000 30 35,000 49 164,000 31 39,000 50 175,000 32 43,000 51 187,000 33 47,000 52 199,000 34 52,000 53 212,000 35 57,000 54 226,000 36 62,000 55 240,000
Sumber: http://www.kwsp.gov.my/
Kekerapan PengeluaranPelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun I
Bagaimana Untuk Membuat Pengeluaran?Dapatkan ‘Penyata Caruman Yang Boleh Dilaburkan’ daripada mana-mana pejabat KWSP. Untuk mendapatkannya, andaperlu menunjukkan Kad Pengenalan anda di kaunter. Permintaan melalui telefon atau e-mel tidak akan dilayan
Permintaan anda hanya akan dilayan jika anda layak untuk membuat pengeluaran pelaburan pada masa tersebut. Anda kemudiannya perlu membuka satu akaun pelaburan dengan pengurus dana yang dipilih (melainkan anda sudah ada akaun dengan pengurus dana tersebut)
Dokumen yang diperlukan untuk serahan kepada pengurus dana adalah:- Borang KWSP 9N (AHL) yang telah lengkap diisi;- Penyata Caruman Yang Boleh Dilaburkan; dan- Kad Pengenalan ahli/Kad Pintar atau Kad Pengenalan Polis*Untuk pemegang Kad Pengenalan Polis, sila kemukakan satu surat daripada Jabatan Polis untuk mengesahkan nombor Kad Pengenalan anda
*Untuk pemegang Kad Pintar, sila kemukakan satu salinan Kad Pintar dengan cap ibu jari kanan dan kiri anda di atas salinan tersebut
Ruang ‘amaun yang dipohon’ patut diisi selepas ahli berbincang dengan pengurus dana tentang jumlah yang mahu laburkan dengan syarat amaun tidak melebihi jumlah maksimum yang dibenarkan. Pengurus dana akan mengemukakan Borang KWSP 9N (AHL) yang telah lengkap diisi kepada KWSP untuk diproses
Adalah penting untuk anda mengisi borang yang betul dengan tepat dan memastikan bahawa semua dokumen sokongan mengikut turutan. Ini bagi mengelakkan kelewatan yang tidak perlu dalam memproses permohonan anda
Sila ambil perhatian bahawa cap ibu jari diperlukan pada borang permohonan dan salinan MyKad. Anda mestilah menggunakan “thumbprint pad” yang khusus untuk cap ibu jari. Penggunaan bahan-bahan jenis lain seperti inkpad untuk getah setem (rubberstamp) tidak akan diterima oleh KWSP
Kelayakan Pengeluaran Pelaburan AhliMulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007). Ini termasuklah inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA)
Definisi Simpanan AsasSimpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan
Syarat-syarat Yang Ditetapkan- Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1
- Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000
- Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual dibawah
- Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah
Bagaimanakah untuk mengetahui simpanan yang  layak untuk dilaburkan?Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk mendapatkan contoh pengiraan simpanan yang layak dilaburkan.

Ahli Umur Simpanan Akaun 1 (RM) Simpanan Asas(RM) Pengiraaan:Simpanan Akaun 1- Simpanan Asas x 30% Kelayakan Ahli A 22 9,000 10,000 - Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas. B 22 12,000 10,000 (12,000-10,000) x 30%    = RM600 Ahli tidak layak memohon.  Amaun kelayakan minimum kurang RM1,000. C 25 25,000 18,000 (25,000-18,000) x 30%  = RM2,100 Ahli layak memohon.  Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM2,100. D 40 82,000 86,000 - Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas. E 45 149,000 125,000 (149,000-125,000) x 30% = RM7,200 Ahli layak memohon.  Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM7,200.













































Sumber: http://www.kwsp.gov.my/
P/S: Adakah simpanan Akaun 1 KWSP anda mencukupi? Jom gandakan simpanan Akaun 1 KWSP di tempat yang kalis Inflasi! Berminat
Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:Muhammad AizuddinPerunding Unit AmanahPerunding Skim Persaraan SwastaSingle License InvestmentEmel: [email protected]/P: 019-548 1304Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau PinangSekian, Wassalam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizuddinazmi.blogspot.com/2019/02/bagaimanakah-cara-untuk-melabur-dalam_15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Cara Semak Bil Tnb Online Melalui Mytnb Apps

Panduan Cara Semak Bil Tnb Online Melalui Mytnb Apps

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 817 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Memandangkan ramai yang merungut bil TNB melambung naik beberapa hari ini berikut kami kongsikan cara semak bil TNB online melalui myTNB App TNB dalam satu kenyataan media menjelaskan jumlah bil TNB yang ...
Jenis Dana Unit Amanah Di Malaysia

Jenis Dana Unit Amanah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 372 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai dan Kali ini saya sekadar hendak berkongsi artikel tentang jenis dana unit amanah yang ada di Malays...
Melabur Saham Cara Buy The Rumor Sell The News

Melabur Saham Cara Buy The Rumor Sell The News

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 310 hits
Tahun ni walaupun banyak berita yang dikeluarkan mengenai ekonomi negara yang tidak begitu kukuh tak bermakna kita tak boleh menjana keuntungan daripada pelaburan saham Di awal bulan April tempoh hari adalah waktu dimana portal portal berit...
Mengumpulkan Kekayaan Dengan Unit Amanah Dan Prs

Mengumpulkan Kekayaan Dengan Unit Amanah Dan Prs

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 230 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi satu artikel dari laman sesawang FIMM yang bertajuk Kali ini saya sekadar hendak berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM yang bertajuk Meng...
Tabung Unit Amanah Sebagai Pelaburan Masa Depan Anda

Tabung Unit Amanah Sebagai Pelaburan Masa Depan Anda

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 291 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Kali ini saya sekadar hendak berkongsi satu artikel dari laman sesawang FIMM yang bertajuk tabung unit amanah sebagai pelaburan masa depan anda Dalam artikel ini diseli...
Prestasi Dana Unit Amanah Patuh Syariah

Prestasi Dana Unit Amanah Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 260 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai dan Saya juga telah berkongsi tentang Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang prestasi dana u...
Pelaburan Alternatif Selain Unit Amanah

Pelaburan Alternatif Selain Unit Amanah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 248 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi tentang Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang pelaburan alternatif selain Unit Amanah Segala maklum...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan