Jawi Siapa Dong Zong Nak Pertikai Keputusan Kerajaan


'Pulang ke China jika hanya nak belajar Mandarin sepenuhnya'
BANGI – Pertubuhan Cina Dong Zong perlu diharamkan kerana boleh mendatangkan ancaman dalam pembinaan negara bangsa dengan sikap rasis dan menghasut.

Demikian tegas pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengecam tindakan Dong Zong yang terus mendesak Kementerian Pendidikan membenarkan lembaga sekolah membuat keputusan dalam isu pembelajaran tulisan jawi di sekolah rendah vernakular.

Terdahulu, Presiden Dong Zong, Tan Tai Kim dilaporkan berkata, mereka tidak berpuas hati apabila lembaga sekolah tidak tersenarai sebagai pembuat keputusan dalam pengajaran jawi di sekolah vernakular tahun depan, walaupun sudah lima pertemuan diadakan dengan kementerian.

Atas sikap itu, Prof Ridhuan Tee berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mempunyai kuasa untuk membatalkan pendaftaran pertubuhan rasis terbabit.

“Tetapi apakah kuasa ROS untuk membatalkan sebuah kerajaan? ROS, NGO dan rakyat boleh hidup kerana adanya kerajaan. Tanpa kerajaan, kehidupan menjadi huru-hara.

“Begitulah besarnya kuasa sebuah kerajaan. Kenapa sebuah kerajaan harus tunduk kepada NGO. Arahkan kepada ROS, haramkan pertubuhan rasis NGO Dong Zong ini,” tegas beliau ketika dihubungi Ismaweb hari ini.

Pada masa sama, beliau menyifatkan adalah penghinaan jika keputusan kerajaan yang mempunyai autoriti dan keabsahan terpaksa tunduk kepada NGO yang bukan siapa-siapa dan miliki sifat rasis.

“Siapa kamu, nak pertikaikan keputusan kerajaan. Kamu kerajaan ke? Ingat kamu hanya NGO, keputusan NGO tidak mengikat. Malah tidak perlu dipandang sedikitpun oleh kerajaan. Kerajaan tidak perlu bertanya kepada kamu untuk melaksanakan sepenuhnya keputusan. Kamu bukan siapa-siapa.

“Tahukah kamu, SJKC adalah sekolah dibantu sepenuhnya oleh kerajaan, sama seperti sekolah kebangsaan yang lain. Jika semua sekolah kebangsaan boleh menerima keputusan kerajaan, siapa kamu untuk mendapatkan keistimewaan?

“Jika begitu degil kamu mahu menerima keputusan, kamu ambil semua SJKC, kamu bayar semua gaji dan semua tanggungan sekolah Cina. Jangan pula selepas kamu keluar daripada sistem seperti apa yang kamu buat terhadap sekolah persendirian Cina, di akhirnya nanti kamu desak kerajaan untuk iktiraf SPC dan sijil UEC,” katanya.

Prof Ridhuan Tee turut menasihati kerajaan supaya tidak takut dan mengikut keputusan ‘komunis’ itu bahkan berkeras untuk menarik balik kewarganegaraan pemimpin Dong Zong dengan kadar segera.

“Kamu ini tidak layak tinggal di negara bertuah ini. Pulanglah ke negara China jika hanya mahu belajar Mandarin sepenuhnya. Jika Melayu boleh terima SJKC hampir seratus tahun berada di negara ini, kenapa sedikitpun identiti Melayu Islam iaitu Jawi kamu tidak boleh terima,” katanya. - www.ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/12/jawi-siapa-dong-zong-nak-pertikai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dong Jiao Zong Ngo Cina Bertegas Tak Nak Jawi Untuk Murid Darjah 4

Dong Jiao Zong Ngo Cina Bertegas Tak Nak Jawi Untuk Murid Darjah 4

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 434 hits
KOW GAH CHIE Sebanyak 17 NGO Cina diketuai Dong Jiao Zong teguh dengan pendirian mereka bahawa kerajaan wajar membatalkan pengajaran tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia tahun empat di sekolah vernakular tahun depan Kami gesa keraja...
Mca Pemuda Dap Pertikai Arahan Pembatalan Kongres Jawi Dong Jiao Zong

Mca Pemuda Dap Pertikai Arahan Pembatalan Kongres Jawi Dong Jiao Zong

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 495 hits
BERITAMCA menyuarakan bantahannya terhadap pembatalan kongres anjuran Dong Jiao Zong berhubung tulisan Jawi yang dijadual berlangsung esok Menyifatkannya sbagai diskriminasi setiausaha agungnya Chong Sin Woon membangkitkan penganjuran Kongr...
Dong Zong Clarifies Dec 28 Event Not Rally Only Discussion On Jawi

Dong Zong Clarifies Dec 28 Event Not Rally Only Discussion On Jawi

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 338 hits
The Dec 28 congress to be held by Dong Zong and Jiao Zong is not a protest but an indoor event to discuss the implementation of Jawi script lessons in vernacular schools clarifies Dong Zong Central Committee member Low Chee Chong Speaking w...
Dong Jiao Zong Agrees With Anwar But Remains Firm On Jawi Script Congress

Dong Jiao Zong Agrees With Anwar But Remains Firm On Jawi Script Congress

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 386 hits
Dong Jiao Zong has welcomed PKR president Anwar Ibrahim s call for all parties to engage in dialogues over the teaching of Jawi script to Standard Four pupils in national and vernacular schools However the Chinese educationist group appeare...
Another Congress Opposed To Jawi Khat To Be Held After Dong Jiao Zong S

Another Congress Opposed To Jawi Khat To Be Held After Dong Jiao Zong S

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 491 hits
A group calling itself Gabungan Seni Khat Action Team will be organising a National Jawi Congress set to take place one day after Dong Jiao Zong s Chinese Organisations Congress session to protest the introduction of Jawi lessons in vernacu...
Acara 28 Dis Bukan Himpunan Hanya Bincang Pembelajaran Jawi Dong Zong

Acara 28 Dis Bukan Himpunan Hanya Bincang Pembelajaran Jawi Dong Zong

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 420 hits
Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor menegaskan persidangan persatuan Cina yang akan diadakan pada 28 Disember ini bukan perhimpunan bagi menentang kaum tertentu Loading Sebaliknya program anjuran Persekutuan Persatuan Persatuan...
Anwar Tells Dong Zong Not To Hold Anti Jawi Congress Warns Of Malay Reaction

Anwar Tells Dong Zong Not To Hold Anti Jawi Congress Warns Of Malay Reaction

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 365 hits
PKR President Datuk Seri Anwar Ibrahim today urged Chinese education group Dong Jiao Zong not to hold its Chinese Organisation Congress that s seeking to convince the government to cancel jawi lessons in vernacular schools He said the move ...
Polis Dapat Perintah Mahkamah Batal Persidangan Bantah Jawi Dong Zong

Polis Dapat Perintah Mahkamah Batal Persidangan Bantah Jawi Dong Zong

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 510 hits
Mahkamah Kajang memerintahkan agar Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia tidak meneruskan persidangan bantahan tulisan jawi di Kolej New Era Kajang Sabtu ini Loading Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisione...
Kongres Bantahan Jawi Oleh Dong Zong Beberapa Jalan Akan Ditutup

Kongres Bantahan Jawi Oleh Dong Zong Beberapa Jalan Akan Ditutup

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 403 hits
Sumber gambar dari GoogleTindakan Dong Zong untuk meneruskan kongres atau persidangan bantahan Jawi telah menyebabkan pihak polis terpaksa melakukan persediaan awal terutamanya bahagian trafik bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku Ibu...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Falsafah Kaca Kosong

Digital Assets Vault Backup Step By Step

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa