Dong Jiao Zong Ngo Cina Bertegas Tak Nak Jawi Untuk Murid Darjah 4


KOW GAH CHIE


Sebanyak 17 NGO Cina diketuai Dong Jiao Zong (Dong Zong dan Jiao Zong) teguh dengan pendirian mereka bahawa kerajaan wajar membatalkan pengajaran tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia tahun empat di sekolah vernakular tahun depan

"Kami gesa kerajaan dengar suara di bawah dengan membatalkan (rancangannya) untuk memasukkan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia tahun empat," kata Presiden Dong Zong Tan Tai Kim selepas pertemuan selama dua jam antara kumpulan berkenaan.

Pertemuan itu diadakan di sebuah restoran di Kajang, tiga kilometer dari Kolej Universiti New Era.

Tan membacakan kenyataan bersama yang mewakili 17 kumpulan yang pada awalnya merancang menganjurkan Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Cina di kolej universiti berkenaan hari ini, sebelum dibatalkan selepas polis mendapat injunksi mahkamah.

Bagaimanapun, Tan berkata kumpulan berkenaan tidak membantah sukatan pelajaran Bahasa Malaysia murid darjah lima yang mengandungi pengajaran khat Jawi serta kaligrafi Cina dan Tamil di sekolah vernakular.

"Kami menyeru Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan dialog bersama Pertubuhan Pendidikan Cina dalam masa yang terdekat untuk menyelesaikan isu pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di SJK," katanya.

Sementara itu, pengerusi Jiao Zong, Ong Chiow Chuen berkata kumpulan berkenaan turut membincangkan isu berkenaan bersama parti politik, daripada kedua-dua belah, baik kerajaan mahupun pembangkang.

Untuk rekod, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia atau Dong Zong, merupakan badan induk bagi pengurusan semua sekolah Cina di 13 buah negeri.

Dong Zong dan ahli gabungannya didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan.

Jiao Zong atau Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia pula ditubuhkan pada tahun 1951, empat tahun lebih awal daripada Dong Zong.

Kedua-dua Dong Zong dan Jiao Zong merupakan pertubuhan pendidikan sekolah Cina yang paling tinggi dalam masyarakat itu. Secara bersama, gabungan dua pertubuhan ini dikenali sebagai Dong Jiao Zong.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/dong-jiao-zong-ngo-cina-bertegas-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dong Jiao Zong Anjur Persidangan Pertubuhan Cina Bantah Tulisan Jawi

Dong Jiao Zong Anjur Persidangan Pertubuhan Cina Bantah Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 808 hits
Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Gabungan Persatuan Guru Guru Sekolah Cina Malaysia yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk...
Ngo Lapor Polis Kongres Anjuran Dong Jiao Zong

Ngo Lapor Polis Kongres Anjuran Dong Jiao Zong

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 481 hits
FAISAL ASYRAF Berbagai NGO hari ini memfailkan laporan polis terhadap gabungan persatuan guru dan pengurus sekolah Cina Malaysia Dong Jiao Zong Mereka menggesa polis supaya menghalang kongres yang bakal dianjurkan oleh kumpulan pendidikan C...
Mca Pemuda Dap Pertikai Arahan Pembatalan Kongres Jawi Dong Jiao Zong

Mca Pemuda Dap Pertikai Arahan Pembatalan Kongres Jawi Dong Jiao Zong

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 652 hits
BERITAMCA menyuarakan bantahannya terhadap pembatalan kongres anjuran Dong Jiao Zong berhubung tulisan Jawi yang dijadual berlangsung esok Menyifatkannya sbagai diskriminasi setiausaha agungnya Chong Sin Woon membangkitkan penganjuran Kongr...
Dong Jiao Zong Chinese Ngos Insist No Jawi Lessons For Std Four Pupils

Dong Jiao Zong Chinese Ngos Insist No Jawi Lessons For Std Four Pupils

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 805 hits
Seventeen Chinese NGOs led by Dong Zong and Jiao Zong are adamant that the government should cancel the teaching of Jawi script in Bahasa Malaysia Standard Four textbooks in vernacular schools next year We urge the government to listen to t...
Dong Jiao Zong Agrees With Anwar But Remains Firm On Jawi Script Congress

Dong Jiao Zong Agrees With Anwar But Remains Firm On Jawi Script Congress

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 576 hits
Dong Jiao Zong has welcomed PKR president Anwar Ibrahim s call for all parties to engage in dialogues over the teaching of Jawi script to Standard Four pupils in national and vernacular schools However the Chinese educationist group appeare...
Another Congress Opposed To Jawi Khat To Be Held After Dong Jiao Zong S

Another Congress Opposed To Jawi Khat To Be Held After Dong Jiao Zong S

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 633 hits
A group calling itself Gabungan Seni Khat Action Team will be organising a National Jawi Congress set to take place one day after Dong Jiao Zong s Chinese Organisations Congress session to protest the introduction of Jawi lessons in vernacu...
Bantahan Jawi Jika Dong Jiao Zong Mahu Cetus Kekacauan Buatlah Pm

Bantahan Jawi Jika Dong Jiao Zong Mahu Cetus Kekacauan Buatlah Pm

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 350 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengaminkan doa semasa menunaikan solat Jumaat pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Tindakan Dong Jiao Zong menganjurkan demonstrasi b...
Melampau Dong Jiao Zong Perhimpunan Anti Jawi Hina Perlembagaan Malaysia

Melampau Dong Jiao Zong Perhimpunan Anti Jawi Hina Perlembagaan Malaysia

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 817 hits
Sidang akhbar ini bukan di adakan di luar negara Malangnya di manakah bahasa kebangsaan kerana label di depan meja itu pun tidak guna bahasa kebangsaan Jika bahasa kebangsaan pun disampahkan begitu sahaja apa lagi nilai perlembagaan Malaysi...
Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Best Recipetin Beef Ribs

Sprm Rakam Keterangan Bekas Menteri Disyaki Terima Rasuah Rm5 Juta Lamborghini

Kalendar Akademik 2026 Versi Kartun Kumpulan A Dan B

Cindy Prado S Legs And Feet In Tights

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Podcast Ppim Cabaran Pasti Berganda Kupasan Podcast Ppim Bersama Toqqi Ppim 30 12 2025

Di Sebalik Kehidupan Mengapa Bentuk Molekul Menentukan Segalanya

Anak Dara Ke Janda Baik

Destinasi Rasa 3 0 Bila Tradisi Rasa Ramadan Bertemu Di Shah Alam

Kita Berjanji Berusaha Allah Menentukan Segalanya

Permohonan Bantuan Usahawan Maju Johor 2026