Jawatankuasa Sementara Akan Tadbir Gaza Selepas Gencatan Senjata Kata Perdana Menteri Palestin


Jawatankuasa Sementara Akan Tadbir Gaza Selepas Gencatan Senjata, Kata Perdana Menteri Palestin
RAMALLAH (Palestin), 18 Ogos (Bernama-Anadolu) — Sebuah jawatankuasa sementara Palestin akan mentadbir Semenanjung Gaza selepas gencatan senjata dicapai, kata Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Jawatankuasa Pengurusan Gaza, yang akan diumumkan tidak lama lagi, merupakan jawatankuasa sementara di bawah kuasa Kerajaan Palestin,” kata Mustafa pada sidang akhbar bersama Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty di sempadan Rafah dengan Semenanjung Gaza.
“Gaza adalah sebahagian daripada negara kami, dan kerajaan kami adalah satu-satunya badan eksekutif yang diberi kuasa untuk mengurus urusannya,” katanya. Mustafa menegaskan serangan Israel ke atas Gaza “tidak memberi sebarang pihak, sama ada tempatan atau antarabangsa, keabsahan untuk mengenakan pengaturan yang lebih berkuasa” ke atas wilayah itu.
Perdana menteri itu berkata Pihak Berkuasa Palestin sedang bekerjasama dengan Mesir untuk menganjurkan satu persidangan bagi pembinaan semula Gaza “secepat mungkin.”
Penutupan sempadan Rafah oleh Israel terhadap kemasukan trak bantuan ke Gaza adalah “mesej kepada dunia bahawa Israel sedang membiarkan rakyat Palestin kebuluran untuk memaksa mereka berpindah,” kata Mustafa.
Pada 8 Ogos, Kabinet Keselamatan Israel meluluskan cadangan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk menduduki Semenanjung Gaza, bermula dengan Bandaraya Gaza secara beransur-ansur. Pelan itu merangkumi pengambilalihan Bandaraya Gaza dengan memindahkan hampir sejuta penduduk ke bahagian selatan, mengepung bandar itu, sebelum melancarkan serbuan ke kawasan kejiranannya. Fasa kedua melibatkan pengambilalihan semula kem pelarian di tengah Gaza, sebahagian besar daripadanya telah musnah akibat pengeboman.
Israel telah membunuh lebih 61,900 rakyat Palestin di Gaza sejak Oktober 2023. Kempen ketenteraan itu telah memusnahkan wilayah berkenaan dan mendorongnya ke ambang kebuluran.
Pada November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung serangannya ke atas  wilayah itu.
BACA: PBB Gesa Israel Hentikan Segera Rancangan Kuasai Gaza
Sumber: BERNAMA
The post Jawatankuasa Sementara Akan Tadbir Gaza Selepas Gencatan Senjata, Kata Perdana Menteri Palestin appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/18/jawatankuasa-sementara-akan-tadbir-gaza-selepas-gencatan-senjata-kata-perdana-menteri-palestin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Teknokrat Palestin Akan Tadbir Gaza Jika Gencatan Senjata Tercapai Utusan Malaysia

15 Teknokrat Palestin Akan Tadbir Gaza Jika Gencatan Senjata Tercapai Utusan Malaysia

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 473 hits
Utusan Malaysia Astro Awani Jabatan Penyiaran Malaysia beritaharian sg The Merdeka Times
Ukraine Tekankan Gencatan Senjata Sebelum Rundingan Damai

Ukraine Tekankan Gencatan Senjata Sebelum Rundingan Damai

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 243 hits
Ukraine Tekankan Gencatan Senjata Sebelum Rundingan Damai KYIV 16 Ogos Ukraine pada Sabtu menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengadakan rundingan damai dengan Rusia tanpa terlebih dahulu melaksanakan gencatan senj...
Perjanjian Gencatan Senjata Thailand Kemboja Hasil Solidariti Asean Pm Anwar

Perjanjian Gencatan Senjata Thailand Kemboja Hasil Solidariti Asean Pm Anwar

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 392 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Hari ASEAN Ke 58 di Cyberjaya Selangor pada 8 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimCYBERJAYA 8 Ogos Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjanjian gencatan senjata antara Thailand da...
Lebih 1 850 Rakyat Palestin Maut Ketika Cari Makanan Di Gaza Pbb

Lebih 1 850 Rakyat Palestin Maut Ketika Cari Makanan Di Gaza Pbb

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 1559 hits
GENEVA Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu memaklumkan pada Selasa lebih 1 850 rakyat Palestin maut ketika cuba mendapatkan makanan di Gaza dalam tempoh kurang tiga bulan sambil memberi amaran bahawa keadaan kemanusia...
Tak Perlu Perbesar Isu Tak Sengaja Kibar Bendera Terbalik Kata Menteri Kdn

Tak Perlu Perbesar Isu Tak Sengaja Kibar Bendera Terbalik Kata Menteri Kdn

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 593 hits
Siasatan polis akan tentukan kesilapan disengajakan atau tidak dan tindakan akan diambil jika sengaja kata Saifuddin Nasution Ismail Saifuddin Nasution Ismail berkata pemasangan Jalur Gemilang terutama di bulan kemerdekaan merupakan antara ...
Kaedah Baharu Membantu Penyembuhan Luka Kronik Dengan Lebih Cepat

Keadilan Kuantan Sokong Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia Perkukuh Keselamatan Dan Disiplin Pelajar

Scoot Touches Down In Kota Bharu Malaysia

M Venpick Hotel Convention Centre Klia Fires Up Monthly Bbq Dinner Buffet

Azmin Trade Deal May Force Malaysia To Side With Us Against China

Pelajar Lihat Individu Berbaju Hanafi Dalam Tandas Sebelum Kematian Zara Inkues

Kenapa Israel Menggali Bawah Masjid Al Aqsa

Advan Sport Performance Tyres Built For Precision Speed


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Miniatur Bus Sky Liner Rahayu Santosa

Takwim Persekolahan Sesi 2026 2027

Rindu Kawan Kawan Lama

10 000 Langkah Kenapa Kaki Kena Rajin Melangkah

Ufabet 789

Cara Solat Sunat Taubat Nasuha