Jawatankuasa Pemilihan Sahkan Dr Mahathir Pengerusi Bersatu


Wartawan SuaraMerdeka       TUN Dr. Mahathir Mohamad disahkan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setelah menang tanpa bertanding pemilihan parti itu.

Mengesahkan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ia setelah proses penamaan calon-calon bertanding untuk pemilihan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) selesai dan ditutup baru-baru ini.

Kemenangan Dr. Mahathir itu sekali gus menyangkal kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Februari lalu bahawa beliau yang juga Perdana Menteri kini memangku jawatan pengerus parti itu.
Syed Hamid Albar“Justeru apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan tarikh mesyuarat baharu persidangan serentak 189 bahagian untuk memilih ahli MPT kelak, yang saya akan umumkan nanti hanya calon-calon yang telah disahkan bertanding jawatan-jawatan sahaja.

“Dr. Mahathir sudah menang jawatan pengerusi kerana tiada pencabar, sekali gus beliau menang tanpa bertanding,” kata beliau kepada SUARA MERDEKA hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan Muhyiddin pada 29 Februari itu, Syed Hamid berkata:

“Itulah yang saya sebutkan bahawa kedua-duanya kena duduk bersama membincangkan perkara ini (kedudukan pengerusi dan kemelut parti yang dilihat terbahagi dua).

“Tambahan pula lagi, Dr. Mahathir sudah menyatakan beliau bersetuju kembali sebagai Pengerusi Bersatu berkuat kuasa serta-merta. Mengenai urusan seterusnya, itu di luar bidang saya.”

Dalam satu kenyataan akhir Februari lalu, Muhyiddin berkata, beliau kini memangku jawatan Pengerusi Bersatu susulan keputusan Dr Mahathir berundur daripada jawatan itu pada 24 Februari.

Menurut Muhyiddin, tugas memangku jawatan tertinggi parti itu selaras Fasal 16.9 perlembagaan Bersatu yang menyatakan bahawa jawatan pengerusi akan kekal kosong sehingga pemilihan semula diadakan.

“Jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih pengerusi baharu.

“Bersatu belum mengadakan pemilihan untuk memilih pengerusi yang baharu, justeru saya selaku presiden memangku jawatan Pengerusi Bersatu sehingga pemilihan diadakan kelak,” kata beliau.
BACABersatu hilang arah selagi Dr Mahathir, Muhyiddin tidak ketemuDr. Mahathir ‘dibuli’ hingga menangisKenyataan Muhyiddin pada 29 Februari itu mencetuskan lebih banyak persoalan.

Ini kerana pada 26 Februari lalu, Ketua Penerangan Bersatu, Dr. Mohd. Radzi Md Jidin dilaporkan berkata, mesyuarat MPT yang dipengerusikan Muhyiddin membuat ketetapan menolak peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai pengerusi parti.

Setiausaha Agung Bersatu ketika itu, Datuk Marzuki Yahya, pada hari berikutnya pula dilaporkan berkata keputusan mesyuarat MPT untuk menolak peletakan jawatan Dr. Mahathir sebagai pengerusi parti sudah disampaikan dan dipertimbangkan Ahli Parlimen Langkawi itu.

Pada perbincangan yang menyaksikan ahli MPT berkunjung ke kediaman Dr. Mahathir di Seri Kembangan, Marzuki memaklumkan Dr. Mahathir bersetuju kembali sebagai Pengerusi Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

Ketika sidang media selepas mengumumkan pakej rangsangan ekonomi susulan penularan coronavirus (COVID-19) pada 27 Februari lalu, Dr Mahathir mengesahkan kembali menerima jawatan Pengerusi Bersatu selepas membuat pertimbangan ‘panjang lebar’ mengenainya.

Marzuki kemudiannya dalam kenyataan berasingan menjelaskan pemimpin yang mempunyai kuasa mutlak untuk memimpin Bersatu adalah Dr. Mahathir selaku Pengerusinya, selari prinsip kedaulatan undang-undang dan perlembagaan parti.

Sehubungan itu, katanya, segala tindak tanduk dan arah parti adalah tertakluk kepada keputusan Dr
 Mahathir sebagai penyandang jawatan pengerusi.
“Mengikut Fasal 16.2, tugas-tugas pengerusi adalah menjadi pengerusi dan pemimpin utama parti yang bertanggungjawab menjamin kelicinan keseluruhan perjalanan pentadbiran serta dasar parti.

“Pengerusi juga mempunyai kuasa memanggil dan mempengerusikan mesyuarat MPT,” katanya.

Jawatan Marzuki sebagai setiausaha agung Bersatu kini diisi oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Pelantikan Hamzah diumumkan Muhyiddin dalam satu kenyataan bagi menggantikan Marzuki yang telah dihentikan daripada jawatan itu berkuat kuasa 18 Mac lalu. – SM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/jawatankuasa-pemilihan-sahkan-dr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sikap Dan Tindak Tanduk Muhyiddin Ke Atas Pengerusi Bersatu Dan Calon Presiden Yang Menentangnya Sedang Diperhatikan

Sikap Dan Tindak Tanduk Muhyiddin Ke Atas Pengerusi Bersatu Dan Calon Presiden Yang Menentangnya Sedang Diperhatikan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 304 hits
Politik busuk Politik wang Politik beli Politik ugut Sedang diperhatikan Langkah terbaik ialah Mukhriz tarik diri dan ditawarkan jawatan TPM sebagai langkah penyelesaian politik dalaman dan survival parti BERSATU Yang nak meroyan pun ada la...
Hutang Negara Rm1 Trilion Jawatankuasa Khas Parlimen Sahkan

Hutang Negara Rm1 Trilion Jawatankuasa Khas Parlimen Sahkan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 245 hits
Fitnah Pertama 1 Dulu ketika mula mula Kerajaan Pakatan Harapan memerintah PH kata hutang Negara sudah mencecah RM 1 trillion ringgit Hutang Negara ini termasuk Hutang Liability Negara 3 Bila Laporan Rancangan Malaysia di bentangkan di Parl...
Siapa Tekan Muhyiddin Lantikan Ahli Parlimen Umno Jadi Pengerusi Glc

Siapa Tekan Muhyiddin Lantikan Ahli Parlimen Umno Jadi Pengerusi Glc

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 683 hits
APABILA melihat poster ucapan TAHNIAH kepada Mahdzir Khalid di atas perlantikan sebagai Pengerusi Telekom Malaysia terkenang kepada perbicaraan kes SOLAR di mahkamah apabila Mahdzir di soal oleh Peguam Rosmah Mansor Jagjit Singh Ia seperti ...
Muhyiddin Sudah Ada Senjata Berdepan Mahathir

Muhyiddin Sudah Ada Senjata Berdepan Mahathir

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 298 hits
Dalam sebok covid19 Muhyiddin pecat Marzuki Itu satu kekuatan Antara lainnya Muhyiddin memang jarang serang peribadi sesiapa jua Pendekatan teamnya yang langsung tidak kritik Tun sangat bijak Less peluru untuk Tun balas Muhyiddin PM peranan...
Teruskan Memacu Pertumbuhan Ekonomi Politik Siapa Pengerusi Glc

Teruskan Memacu Pertumbuhan Ekonomi Politik Siapa Pengerusi Glc

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 337 hits
Layakkah Ahli Parlimen sebagai Pengerusi GLC DI SEBALIK berdepan dengan wabak pandemik COVID 19 dan PKP pengurusan pentadbiran negara perlu diteruskan bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik Ini termasuklah pelantikan Pengeru...
Mana Kerajaan Teknokrat Pas Semua Mp Jadi Pengerusi Glc

Mana Kerajaan Teknokrat Pas Semua Mp Jadi Pengerusi Glc

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 308 hits
Sebelum pilihan raya umum ke 14 lalu Pas berkempen untuk mewujudkan kerajaan teknokrat Ahli parlimen yang menang tidak akan memegang jawatan menteri sebaliknya profesional akan dilantik untuk menjadi anggota kabinet Kerajaan itu merunut Pas...
Ahmad Jazlan Yaakub Dilantik Pengerusi Baharu Lembaga Minyak Sawit

Ahmad Jazlan Yaakub Dilantik Pengerusi Baharu Lembaga Minyak Sawit

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 251 hits
Ahmad Jazlan Yaakub menggantikan Mohd Bakke Salleh menerajui Lembaga Minyak Sawit Malaysia maklum Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali Ahli Parlimen Machang dan bekas timbalan menteri kemajuan luar bandar da...
Jom Kita Kenal Siapa Pengerusi Glc Ramai Orang Politik Ya

Jom Kita Kenal Siapa Pengerusi Glc Ramai Orang Politik Ya

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 379 hits
Makluman Pengerusi pengerusi GLC1 YBM Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah PETRONAS2 YB Dato Sri Shahidan Kassim FGV3 YB Dato Seri Idris Jusoh FELDA4 YB Datuk Seri Haji Hajiji Haji Mohd Nor Tabung Haji5 YB Dato Hajjah Azizah Mohd Dun MARA6 YB Da...
Mampukah Muhyiddin Jadi Pm Pertama Yang Gagal Disingkirkan Mahathir

Mampukah Muhyiddin Jadi Pm Pertama Yang Gagal Disingkirkan Mahathir

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 161 hits
Oleh kerana Muhyiddin Yassin nampaknya sudah memilih mahu terus berbalah dan seakan akan telah menutup pintu rundingan dengan Tun Mahathir Mohamad berhubung siapa yang lebih berkuasa dalam Bersatu beliau tidak ada pilihan lain selain mesti ...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Flexibility In Business Operations


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah

Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims