Mampukah Muhyiddin Jadi Pm Pertama Yang Gagal Disingkirkan Mahathir





Oleh kerana Muhyiddin Yassin nampaknya sudah memilih mahu terus berbalah dan seakan-akan telah menutup pintu rundingan dengan Tun Mahathir Mohamad berhubung siapa yang lebih berkuasa dalam Bersatu, beliau tidak ada pilihan lain selain mesti menang dalam pertembungan ini.Baik melalui usul undi tidak percaya atau dalam pertandingan mengekalkan kedudukan sebagai Presiden Bersatu yang akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir, jika kalah bermakna jawatan Perdana Menteri yang disandangnya juga bakal terancam sama.Menang bukan saja satu-satunya pilihan buat Muhyiddin untuk terus bertahan di puncak kuasa sekurang-kurangnya sehingga PRU15 akan datang, bahkan kemenangan juga dengan sendiri dapat memadam rekod cemerlang Tun Mahathir yang sehingga ini telah sehingga berjaya menjatuhkan semua Perdana Menteri yang ingin dijatuhkannya.Dalam sejarahnya, Tun Mahathir telah mengganggu dan menekan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Hussein Onn sehingga kedua-duanya berundur dan meletakkan jawatan.Kemudiannya, beliau juga berkempen dan menjelajah ke seluruh negara untuk menjatuhkan Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak, meskipun kedua-dua bekas Perdana Menteri itu adalah pilihannya dan berjaya berada di puncak kuasa melalui sokongan tak berbelah bahagi daripadanya.Hanya Tun Razak yang tidak mendapat gangguan atau tekanan daripada Tun Mahathir, selain kerana Perdana Menteri kedua itu adalah pemimpin sanjungannya, sebab lain ialah mungkin kerana Tun Razak meninggal dunia terlalu di awal usia disebabkan sakit leukemia yang dideritanya.Dalam sejarah juga, Tun Mahathir berjaya menjadi Perdana Menteri sebanyak dua dua kali – pertama kali pada 1981 selama 22 tahun dan selepas itu pada 2018 menerusi PH selama 22 bulan.Ini bermakna, sejak merdeka, selain ketika dirinya memegang jawatan Perdana Menteri yang dijatuhkan oleh dirinya sendiri dengan secara tiba-tiba dan mengejut beliau meletakkan jawatan, semua perletakan jawatan dan kejatuhan Perdana Menteri lainnya tercatat ada cap jari akibat campurtangan atau gerakan yang dilakukannya.Itulah Tun Mahathir Mohamad yang kini sedang mengejar rekod untuk menjatuhkan seorang lagi Perdana Menteri bernama Muhyiddin.Tetapi, berbeza dengan semua Perdana Menteri lain yang telah dijatuhkannya sebelum ini, perbalahannya dengan Muhyiddin ini sudah pula bermula sebelum Presiden Bersatu itu menjadi Perdana Menteri lagi.Bermula dengan merasakan beliau telah dikhianati oleh Muhyiddin, persengketaan mereka berterusan lagi dalam soal siapa di antara Pengerusi dan Presiden yang mempunyai kuasa sebenar dalam Bersatu.Kini dengan Muhyiddin langsung tidak memperdulikan bantahan Tun Mahathir berhubung tindakannya memecat Marzuki Yahya selaku Setiausaha Agung, beliau mengorak pencat silatnya lagi dengan melantik Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung Bersatu yang baru.Muhyiddin juga memberi peruntukan RM4000 kepada setiap bahagian Bersatu untuk tujuan membantu ahli-ahli parti yang terjejas akibat Covid-19.Sudah pasti tindakan terbaru Muhyiddin ini yang dilihat untuk mengukuhkan kedudukan dan menambah sokongan akan membuatkan Tun Mahathir yang sekarang umpama harimau luka lebih berdarah dan memendam rasa dibuatnya.Untuk memastikan beliau benar-benar dapat menguasai Bersatu yang selama ini ditadbir bagai ada dua nakhoda, adalah dipercayai Muhyiddin selepas ini akan terus membuat beberapa keputusan yang mengejutkan dan di luar jangkaan.Matlamat beliau tidak lain selain untuk memastikan dirinya menang sebagai Presiden, bahkan juga agar dapat menjadikan Bersatu sebagai parti yang dikuasai sepenuhnya dengan majoriti jawatan dimenangi oleh pasukannya.Jika Muhyiddin dapat menguasai Bersatu selepas pemilihan nanti, adalah dijangka fungsi Pengerusi akan dihadkan atau tidak mustahil jawatan tersebut dihapuskan sama sekali.Begitu pun, di sebalik itu, beberapa pemimpin PH yang ada bertemu dengan Tun Mahathir sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, tetap yakin bekas Perdana Menteri itu masih ada kekuatan untuk menjatuhkan Muhyiddin.Salah seorang pemimpin tersebut menyatakan, Tun Mahathir lebih daripada mampu untuk berbuat demikian.Maka, sementara Tun Mahathir kian dibelenggu usia tua, manakala Muhyiddin dikekang kudrat yang tak seberapa akibat derita kanser, siapakah mampu muncul pemenang dalam pertembungan kali ini?Apakah Tun Mahathir akan terus berjaya menjatuhkan seorang lagi Perdana Menteri yang ingin dijatuhkannya atau kali ini Muhyiddin mampu mencatat rekod sebagai Perdana Menteri pertama yang gagal dijatuhkan oleh Tun Mahathir? (ShahbudinHusin 27/03/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/mampukah-muhyiddin-jadi-pm-pertama-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Akan Ceraikan Muhyiddin Sekiranya Mahathir Kembali Memimpin Pribumi

Umno Akan Ceraikan Muhyiddin Sekiranya Mahathir Kembali Memimpin Pribumi

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 445 hits
Umno telah secara rasmi memberitahu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang parti itu akan meninggalkan Perikatan Nasional sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad kembali memimpin Parti Pribumi Bersatu PAS tidak bagitahu pendirian mereka tentang Ma...
Politik Kejap Muhyiddin Bikin Mahathir Butthurt

Politik Kejap Muhyiddin Bikin Mahathir Butthurt

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 297 hits
Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad menyuarakan bantahan terhadap pemberhentian Marzuki Yahya daripada jawatan setiausaha agung parti itu Hal ini dinyatakan dalam surat Dr Mahathir kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang dilihat Mal...
Basically Muhyiddin And Azmin Teamed Up To Kill Mahathir And Anwar

Basically Muhyiddin And Azmin Teamed Up To Kill Mahathir And Anwar

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 291 hits
It makes sense for PAS and Umno to back Muhyiddin rather than Mahathir or Anwar Mahathir and Anwar are more powerful enemies Muhyiddin however is weaker So if later PAS and Umno need to oust the prime minister it would be easier to kill Muh...
Jika Muhyiddin Kalah Mahathir Jadi Pm Semula

Jika Muhyiddin Kalah Mahathir Jadi Pm Semula

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 353 hits
Ramai yang melihat hubungan Muhyiddin Yassin dengan Tun Mahathir Mohamad kini ibarat sudah berpatah arang berkerat rotan Hampir tidak ada yang yakin hubungan kedua duanya dapat dipulihkan meskipun mereka berada dalam parti yang sama Baik pe...
Muhyiddin Sudah Ada Senjata Berdepan Mahathir

Muhyiddin Sudah Ada Senjata Berdepan Mahathir

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 320 hits
Dalam sebok covid19 Muhyiddin pecat Marzuki Itu satu kekuatan Antara lainnya Muhyiddin memang jarang serang peribadi sesiapa jua Pendekatan teamnya yang langsung tidak kritik Tun sangat bijak Less peluru untuk Tun balas Muhyiddin PM peranan...
Kabinet Muhyiddin Gagal Hanya Pantas Pecat Lantikan Politik

Kabinet Muhyiddin Gagal Hanya Pantas Pecat Lantikan Politik

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 241 hits
ULASAN Apabila Muhyidin mengumumkan senarai anggota kabinetnya yang begitu ramai pada 9 Mac 2020 jelas dia masih kabur apa yang bakal dihadapinya Kabinet itu pasti diputuskan tanpa membuat unjuran kedudukan kewangan kerajaan akibat wabak Co...
Adakah Mahathir Berpeluang Menjadi Perdana Menteri Semula Kalau Muhyiddin Kalah Dalam Pemilihan Bersatu

Adakah Mahathir Berpeluang Menjadi Perdana Menteri Semula Kalau Muhyiddin Kalah Dalam Pemilihan Bersatu

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 339 hits
KALAU MUHYIDDIN KALAH DALAM PEMILIHAN BERSATU ADAKAH MAHATHIR BERPELUANG JADI PM SEMULA Shahbudin Husin Ramai yang melihat hubungan Muhyiddin Yassin dengan Tun Mahathir Mohamad kini ibarat sudah berpatah arang berkerat rotan Hampir tidak ad...
Perebutan Bersatu Tun Mahathir Tak Mampu Kalahkan Ts Muhyiddin

Perebutan Bersatu Tun Mahathir Tak Mampu Kalahkan Ts Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 258 hits
DI DALAM surat beliau kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini Tun Dr Mohamad menyifatkan pemberhentian Datuk Wira Marzuki Yahya daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU adalah tidak sah dan atau wajar diketepikan Alasan yang diberikan ole...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Business With Limited Resources

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam

Cara Simpan Daun Palas Supaya Tahan Lama 1 Pertama Basuh Daun Palas Dengan

Pempengaruh Ayunie Beli 15kg Emas Netizen Naik Risau Bawa Wang Berjuta Dalam Luggage