Jawatankuasa Khas Bebas Termasuk Dua Wakil Pembangkang Setuju Darurat Dilanjutkan



(Agenda Daily) – Jawatankuasa Khas Bebas Darurat dikatakan mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya tempoh darurat dilanjutkan sehingga hujung tahun sebagai langkah proaktif mencegah penularan pandemik Covid-19.
Jawatankuasa terdiri daripada pakar kesihatan awam, wakil parti politik pembangkang dan kerajaan, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, ketenteraman awam, pentadbiran awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan, berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.
Sumber memberitahu Agenda Daily cadangan itu dikemukakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat, yang juga bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam.
Menurut sumber, majoriti daripada 19 orang yang berada dalam jawatankuasa tersebut bersetuju darurat disambung dan hanya seorang wakil blok pembangkang yang tidak bersetuju, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Dua wakil pembangkang yang berada dalam jawatankuasa tersebut, Anthony Loke dari DAP dan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dari Amanah juga bersetuju tempoh darurat itu dilanjutkan.
Sesi menghadap tersebut berlangsung selepas siri sembah maklum oleh 15 wakil ketua parti pada Rabu hingga Jumaat lalu, sebelum ia berakhir pada Isnin.
Pada 12 Januari lalu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas darurat pada hari sama menjelaskan bahawa jemaah menteri telah menasihati Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan proklamasi darurat bagi seluruh negara menurut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan, berkuat kuasa 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021.
Difahamkan, cadangan melanjutkan tempoh darurat itu dibincang terlebih dahulu dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan sebelum Ariffin menghadap Agong.
Cadangan itu mengambil kira situasi Covid-19 di seluruh negara yang masih membimbangkan.
Pertemuan dengan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong mendapat maklumat sebelum mengadakan pertemuan khas dengan Raja-Raja Melayu pada Rabu.
Sembilan Raja-Raja Melayu bersidang bermula jam 2.30 petang ini selepas Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai bertemu semua pemimpin politik baru-baru ini.
Beberapa pakar daripada agensi kerajaan juga dipanggil untuk memberi sembah taklimat mengenai kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi pada mesyuarat Raja-Raja Melayu itu.
Terdahulu, tiga Ahli Parlimen pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat mendakwa jawatankuasa itu belum memutuskan bila darurat patut berakhir.
“Setakat hari ini, jawatankuasa ini belum lagi memuktamadkan sebarang keputusan mengenai tempoh melanjutkan atau menamatkan darurat untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah,” kata tiga wakil rakyat Pakatan Harapan itu dalam kenyataan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/06/16/jawatankuasa-khas-bebas-termasuk-dua-wakil-pembangkang-setuju-darurat-dilanjutkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulak Dah Takiyuddin Hina Jawatankuasa Khas Bebas Darurat

Pulak Dah Takiyuddin Hina Jawatankuasa Khas Bebas Darurat

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 230 hits
Malang sungguh nasib PAS Bukan setakat menteri malah exco MP Adun PAS yang memerintah pada hari ini terus menerus dipertikaikan tindakan mereka Mungkin ini petunjuk yang tuhan mahu memberikan amaran kepada mereka supaya tidak lebih berkata ...
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Jalankan Tugas Pakar

Beri Ruang Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Jalankan Tugas Pakar

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 175 hits
Kewujudannya dapat kurangkan risiko salah guna kuasa oleh kerajaan BANGI Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 perlu diberikan kebebasan dan kemudahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasnya Pakar perlembagaan Prof Madya Dr Muhammad Fath...
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Bukan Bawah Kuasa Kabinet Khas Untuk Lebai Takiyuddin

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Bukan Bawah Kuasa Kabinet Khas Untuk Lebai Takiyuddin

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 158 hits
Pakar perlembagaan Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof ROHANIZA IDRIS BHKUALA LUMPUR Jawatankuasa Khas Bebas Darurat tidak terletak di bawah kuasa Jemaah Menteri atau Perdana Menteri sebaliknya berdiri sendiri dan bertanggungjawab kepada Yan...
Jawatankuasa Libatkan Wakil Kerajaan Pembangkang Dibentuk Teliti Sidang Parlimen Kata Pm

Jawatankuasa Libatkan Wakil Kerajaan Pembangkang Dibentuk Teliti Sidang Parlimen Kata Pm

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 214 hits
Keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Gambar Bernama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sebuah jawatanku...
10 Makanan Khas Yang Dilindungi Hukum Internasional Termasuk Kopi Gayo Indonesia

10 Makanan Khas Yang Dilindungi Hukum Internasional Termasuk Kopi Gayo Indonesia

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 267 hits
Ada berbagai jenis keju sayuran hingga kuliner otentik yang diakui secara internasional sebagai produk khas suatu negara Perdagangannya dilindungi hukum
Tubuh Jawatankuasa Darurat Tetapi Jemaah Menteri Nasihati Agong

Tubuh Jawatankuasa Darurat Tetapi Jemaah Menteri Nasihati Agong

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 553 hits
Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hasan mengenai Jemaah Menteri akan menasihati Yang di Pertuan Agong samada darurat perlu dilanjutkan atau tidak sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan T...
Pelan Pemulihan Siap Dalam Dua Hari Dan Tiba2 Setuju Buka Parlimen Pada Oktober Tanda Mahiaddin Sedang Terdesak Giler

Pelan Pemulihan Siap Dalam Dua Hari Dan Tiba2 Setuju Buka Parlimen Pada Oktober Tanda Mahiaddin Sedang Terdesak Giler

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 175 hits
Dalam langkah terdesak gilernya menjelang Majlis Perbincangan Khas Raja Raja Melayu di Istana Negara petang esok Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin petang ini menjanjikan untuk membenarkan Parlimen bersidang pada September atau Oktober depa...
Ular Tedung Patuk Tiga Individu Termasuk Dua Kanak Kanak

Ular Tedung Patuk Tiga Individu Termasuk Dua Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 174 hits
Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS Ular tedung menyorok dalam tandas di sebuah rumah di Tali Air 7 Ban Lesen Sekinchan Selangor lewat petang tadi Ihsan JBPM Selangor SABAK BERNAM Seorang wanita bersama dua kanak kanak berhadapan nasib tidak ...
Wujudkan Bantuan Khas Untuk Penceramah Bebas Kata Najib

Wujudkan Bantuan Khas Untuk Penceramah Bebas Kata Najib

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 219 hits
Najib Razak berkata bantuan itu juga boleh disalurkan kepada masjid masjid oleh Majlis Agama Islam negeri untuk disalurkan kepada penceramah terlibat PETALING JAYA Satu bantuan khas kepada ustaz dan penceramah bebas yang terkesan perlu diwu...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda