Sumber Formula Agihan Kerusi Dalam Piagam Umno Pas


News | Diterbitkan Hari ini 8:34 pagi 

Umno dan PAS dikatakan sudah memperincikan soal agihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15 dan ketetapan mengenainya telah dimasukkan dalam piagam kerjasama yang bakal ditangani 14 Sept nanti.

Perincian itu membabitkan agihan kerusi antara Umno, PAS dan komponen BN bagi mengelak pertembungan sesama sendiri yang akhirnya merugikan mereka.

Menurut sumber, perbincangan juga turut menjurus kepada pembahagian negeri yang akan dikuasai oleh Umno dan PAS berdasarkan kekuatan parti masing-masing.

Pembahagian kerusi juga dikatakan turut mengambil kira 21 kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) dan berupaya dirampas kembali Umno, PAS berdasarkan jumlah undi diperoleh kedua-dua parti dalam PRU lalu.

"Formula pembahagian kerusi telah ditetapkan, selain daripada kerusi tradisi PAS, parti juga akan bertanding di kerusi yang ditandingi parti Amanah.

"Umno pula, akan bertanding di kerusi tradisi serta kerusi-kerusi yang ditandingi parti Bersatu.

"Pun begitu, Umno dan PAS akan menilai juga kerusi-kerusi tradisi mereka, jika kerusi tradisi PAS, tetapi kekuatan memihak Umno, maka Umno akan bertanding, begitu juga sebaliknya," katanya kepada Malaysiakini.

21 kerusi pasti

Pada PRU ke-14, Amanah bertanding 27 kerusi Parlimen dan daripada jumlah itu, Amanah berjaya memenangi 11 kerusi ditandingi.

Manakala, Bersatu yang dipimpin Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pada PRU lalu bertanding 52 kerusi Parlimen dan berjaya memenangi 13 kerusi.

PAS pula berjaya memenangi 18 kerusi parlimen dan buat pertama kali dalam sejarah PAS bertanding di 158 kerusi parlimen.
Manakala Umno yang bertanding menggunakan logo BN tewas buat pertama kali selepas lebih 60 tahun apabila berjaya memenangi hanya 79 kerusi.

"21 kerusi yang 'pasti' Umno dan PAS boleh menang berdasarkan undi diperoleh dua parti itu pada PRU-14 lalu pula akan dibahagi mengikut kekuatan masing-masing.

"Misalnya, parlimen Pokok Sena, kekuatan ada pada PAS, Parlimen Kuala Selangor pula kekuatannya ada pada BN, selain mengekalkan kerusi yang ada sekarang, merampas kembali 21 kerusi ini amat penting jika mahu mengambil alih Putrajaya," kata sumber lagi.Bantu PAS bentuk kerajaan di Kedah

Untuk rekod 21 kerusi yang berupaya dimenangi Umno dan PAS itu membabitkan dua kerusi parlimen dimenangi Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Selain itu berdasarkan jumlah undi yang diperoleh Umno dan PAS juga, 12 kerusi parlimen yang kini disandang menteri dan timbalan menteri juga dikatakan turut tergugat.

Menurut sumber lagi, Umno hampir pasti mendapat persetujuan untuk memberi laluan kepada PAS terus kekal berkuasa di Kelantan dan Terengganu selain akan membantu PAS membentuk kerajaan di Kedah.

Manakala, Umno akan menguasai negeri-negeri pantai barat serta negeri tradisinya sebelum ini.

"Hampir pasti persetujuan dicapai untuk PAS menguasai tiga negeri berkenaan.

"Umno dan PAS belajar daripada kesilapan lalu apabila pertembungan tiga penjuru yang merugikan mereka.

"Untuk kali ini Umno dan PAS akan memastikan tidak lagi berlaku pertembungan 3 penjuru termasuk dengan komponen BN," kata sumber


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/sumber-formula-agihan-kerusi-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Piagam Umno Pas Akan Dimeterai Dalam Masa Terdekat Zahid

Piagam Umno Pas Akan Dimeterai Dalam Masa Terdekat Zahid

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 220 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata piagam antara UMNO dan PAS akan dimeterai di antara presiden kedua dua parti dalam masa terdekat ini Jelas beliau piagam ini kelak akan mengukuhkan lagi hubungan antara UMNO dan PAS sej...
Piagam Politik Umno Pas Dimuktamadkan Selasa Ini

Piagam Politik Umno Pas Dimuktamadkan Selasa Ini

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 284 hits
Oleh Amir MamatMohamad diiringi Ab Rauf bergambar bersama perwakilan pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Wanita Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Jasin di Dewan Bistari Ayer Keroh NSTP Amir MamatAYER KEROH Piagam kerjasama politik...
Penipuan Fakta Malaysiakini Kerusi Umno Pas

Penipuan Fakta Malaysiakini Kerusi Umno Pas

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 184 hits
1 Dalam satu laporan tanpa menamakan penulis Malaysiakini telah membuat satu penipuan atau kenyataan tidak tepat bahawa penyatuan ummah antara UMNO Pas akan menyebabkan UMNO memberikan kerusi kerusi tradisinya kepada Pas Ini kononnya bagi m...
Piagam Pas Umno Tawar Politik Matang Kepada Rakyat

Piagam Pas Umno Tawar Politik Matang Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 238 hits
KUALA LUMPUR Kerjasama rasmi antara Pas dan UMNO yang bakal dimeterai menawarkan perbezaan idea dan praktikaliti kepada rakyat sebagai harapan baharu menjelang PRU15 Ketua Pemuda Pas Khairil Nizam Khirudin menegaskan hala tuju utama kerjasa...
Muktamad Piagam Umno Pas Ditangguh

Muktamad Piagam Umno Pas Ditangguh

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 242 hits
Oleh Mohd Anwar Patho RohmanSetiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan NSTP Nur Adibah Ahmad IzamKUALA LUMPUR UMNO dan PAS menangguhkan proses memuktamadkan piagam kerjasama politik dua parti bagi menumpukan perhatian kepada urusan pindaa...
Tiada Keputusan Pengagihan Kerusi Antara Umno Dan Pas

Tiada Keputusan Pengagihan Kerusi Antara Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 173 hits
KENYATAAN MEDIA Pimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat diminta tidak terpengaruh atau terperangkap dengan permainan politik pihak tertentu Semua ini adalah usaha untuk memecah belahkan muafakat UMNO PAS yang sedang terjalin baik dan Piag...
Piagam Umno Pas Ada Pihak Usaha Gagalkan Kerana Mahu Pejuangkan Liberalisasi

Piagam Umno Pas Ada Pihak Usaha Gagalkan Kerana Mahu Pejuangkan Liberalisasi

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 252 hits
Penganalisis politik tempatan Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata piagam UMNO dan PAS bakal merencatkan usaha liberalisasi oleh sesetengah ahli politik yang memperjuangkan kesamarataan maka sebab itulah ada sahaja usaha yang dilakukan untuk m...
Mt Umno Terima Sebulat Suara Piagam Kerjasama Politik Dengan Pas Tolak 100 Peratus Dap Zahid

Mt Umno Terima Sebulat Suara Piagam Kerjasama Politik Dengan Pas Tolak 100 Peratus Dap Zahid

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 304 hits
Umno juga menolak DAP 100 peratus Majlis Tertinggi UMNO hari ini sebulat suara menerima kerjasama dengan PAS yang berlandaskan Taawun Siyasi dan majlis tandatangan piagam kerjasama berkenaan akan dimaklumkan esok Presidennya Datuk Seri Dr A...
Piagam Rakyat Kerjasama Umno Pas Sukar Berlaku

Piagam Rakyat Kerjasama Umno Pas Sukar Berlaku

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 255 hits
Piagam Rakyat Kerjasama Umno Pas sukar berlakuOleh August 01 2019FacebookWhatsAppEmailPrintFriendlyShareUmno dan Pas mudah untuk menandatangani Piagam Rakyat yang menjadi mercu tanda kerjasama antara mereka sebulan dari sekarang Namun di pe...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord