Hamid Bador Mengeluarkan Kenyataan Bodoh



Dato’ Hamid Bador, Ketua Polis Negara hari ini sekali lagi mengeluarkan kenyataan bodoh. Kali ini beliau sekali lagi membuktikan bahawa beliau tidak layak memegang jawatan sebagai IGP.
Dalam kenyataan beliau hari ini kepada Malaysiakini, Datuk Hamid mengatakan bahawa Pejabat Peguam Negara akan memutuskan sama ada Azmin Ali harus ditahan atau sebaliknya selepas menerima kertas siasatan berhubung skandal video seks yang didakwa melibatkan Menteri Ekonomi itu.
Datuk Hamid berkata, pasukan penyiasat polis masih menyiasat kes berkenaan dan polis tidak akan menekan sesiapa atau melayan mereka secara tidak adil kerana siasatan Polis adalah selaras dengan kedaulatan undang-undang. Beliau juga telah mengatakan bahawa laporan polis ke atas saya telah dibuat kerana menuduh beliau menipu.
Bab, tidak menekan itu sememangnya saya sangat bersetuju. Beliau bukan sahaja tidak menekan, malah memberikan keistimewaan kepada bukan hanya Azmin Ali, tetapi juga Perogol Amah DAP, Paul Yong. Tidak sepatutnya saya pula mengajar IGP bab undang-undang ini, tapi kalau makin banyak Datuk Hamid bercakap, makin banyak beliau buat silap, sewajarlah IGP ini ditegur.
Untuk makluman Datuk Hamid Bador, kerja menangkap orang yang disiasat, baik Azmin Ali si pelaku seks luar tabii atau kerja menangkap Paul Yong, si perogol amah, kedua-duanya adalah kerja polis, bukan kerja Peguam Negara. Kenyataan Datuk Hamid seolah-olah cuba memindahkan tanggungjawab beliau kebahu Tommy Thomas. Memandangkan kedua-dua kes ini berprofil tinggi, IGP sepatutnya memberikan lampu hijau kepada anggota beliau untuk menahan kedua-dua orang yang disiasat ini selama 24 jam bagi melakukan siasatan. Sebelum tempoh 24 jam itu berakhir, pihak polis harus membawa kedua tokoh Pakatan Harapan ini ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.
Namun, disebabkan Azmin Ali adalah Menteri Kanan Kesayangan Tun Mahathir, dan Paul Yong adalah dari DAP, sebuah parti yang telah menyokong Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri, itu sebabnya Datuk Hamid telah mengarahkan anggotanya supaya tidak melokap mereka walaupun satu malam. Dato’ Sri Najib, Dato Sri Zahid, Datin Sri Rosmah serta ramai pemimpin BN lain, sebaik sahaja ditahan telah dilokap satu malam. Apa istimewa sangat Azmin dan Paul Yong sehinggakan Datuk Hamid beria-ia mahu melindungi mereka?
Kalau rakyat biasa yang berada ditempat dua orang yang disiasat tersebut, sudah pasti pihak polis akan menahan mereka semalaman dan membawa mereka kehadapan hakim mahkamah majistreet untuk mendapatkan perintah reman. Soalnya, kenapa bagi jaminan polis, bukankah polis ada kuasa untuk tahan selama 24 jam? Datuk Hamid boleh minta anggotanya mohon perintah reman dibawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah supaya orang yang disiasat boleh disoalsiasat selama maksimum 14 hari. Kenapa siasatan belum selesai dah lepas?
Ini jelas membuktikan bahawa Datuk Hamid Bador terlibat dalam komplot jahat bersama Tun Mahathir untuk melindungi dua orang yang disiasat ini. Sikap berat sebelah beliau telah menyebabkan kertas siasatan kes Video Seks Luar Tabii Azmin telah gagal diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara walaupun saya telah membuat laporan lebih satu bulan 13 hari. Jika Datuk Hamid tidak terlibat dalam komplot yang merosakkan integriti Pasukan Polis ini, sudah pasti beliau tidak menyembunyikan dapatan sebenar Cybersecurity yang pasti mampu mengecam muka pelaku video terkutuk itu sepadan dengan gambar Azmin Ali dan Haziq Aziz yang dibekalkan oleh pihak polis kepada CyberSecurity.
Memandangkan Datuk Hamid membuat laporan polis keatas diri saya kerana saya dakwaan saya bahawa beliau menipu, saya ingin mengeluarkan satu lagi bukti penipuan Datuk Hamid Bador. Datuk Hamid telah jelas mengkhianati Pasukan Polis apabila beliau menyembunyikan bukti-bukti tambahan yang telah diperolehi oleh pihak PDRM di lokasi kejadian. Dapatan DNA yang membuktikan Azmin dan Haziq berada dibilik berkenaan tidak didedahkan! Rakaman CCTV yang telah pihak polis ambil daripada pihak Four Points Sandakan juga telah disembunyikan. Bukti-bukti ini telah diambil oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Terelas D5. Bukti seperti inilah yang telah berjaya memenjarakan banyak penjenayah yang dibicarakan dalam Mahkamah negara ini.
Malangnya, bukti yang telah menunjukkan Azmin dan Haziq memasuki bilik yang sama dan berada didalam bilik itu selama lebih 45 minit di Hotel Four Points Sandakan telah disembunyikan oleh Datuk Hamid. Bukti-bukti ini berserta pengesahan ketulenan video tersebut lebih dari cukup untuk menghadapkan Azmin kemuka pengadilan. Tindakan beliau ini sendiri membuktikan pengibatan beliau dalam kancah politik negara ini dan kecenderongan beliau terhadap kem Mahathir-Azmin. Hamid Bador mungkin ingat beliau boleh selamat di dunia kerana beliau “blue eye boy” Tun Mahathir, namun tindakan beliau melindungi pelaku seks luar tabii ini pasti akan mendapat balasan di akhirat. Ingat, hari ini hari ke 15 seorang wanita Islam Warga Indonesia dinafikan keadilan ke atas dirinya oleh kamu yang melindungi Paul Yong. Doa orang-orang yang dianiaya tiada hijabnya. Kamu boleh membuat report polis ke atas saya, kamu boleh gunakan anggota dibawah kekuasaan kamu untuk menahan saya, tapi ingatlah bahawa Allah itu ada. Lepas didunia, belum tentu lepas di akhirat.
Dato’ Lokman Noor bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/07/24/hamid-bador-mengeluarkan-kenyataan-bodoh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawab Kenyataan Dr M Bahawa Orang Bodoh Saja Yang Masuk Umno

Jawab Kenyataan Dr M Bahawa Orang Bodoh Saja Yang Masuk Umno

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 297 hits
1 SAYA terpanggil untuk jawab kenyataan Dr M bahawa orang bodoh saja yang masuk Umno Simpati juga dengan dia kerana kenyataan sebegitu mengundang banyak kritik mengenai era 22 tahunnya sebagai presiden Umno Waktu itu sesiapa pun jadi presid...
Hamid Bador Mula Mengecewakan Malaysia Baru

Hamid Bador Mula Mengecewakan Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 591 hits
Apabila Abdul Hamid Bador dilantik sebagai Ketua Polis Negara rata raya orangramai menyambut baik perlantikan itu melihat kepada intergriti yang dimilikinya sebelum ini Abdul Hamid adalah watak yang tidak sanggup bersekongkol dalam skandal ...
Mahathir And Hamid Bador Should Stop Insulting The People S Intelligence

Mahathir And Hamid Bador Should Stop Insulting The People S Intelligence

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 309 hits
As expected Inspector General of Police Abdul Hamid Bador declared that an explosive gay sex video implicating Economic Affairs Minister Azmin Ali is genuine but the identities of the two men in the clips cannot be determined It would certa...
Igp Hamid Bador Concealing Evidence Says Lokman Adam

Igp Hamid Bador Concealing Evidence Says Lokman Adam

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 269 hits
IGP REPORT POLIS ATAS LOKMAN LOKMAN ADAM DEDAH SATU LAGI BUKTI PENIPUAN IGP
Padah Kata Polis Bodoh Mahathir Kini Berdepan Hukuman Penjara Dan Denda

Padah Kata Polis Bodoh Mahathir Kini Berdepan Hukuman Penjara Dan Denda

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 258 hits
Padah memberi kata kata kesat kepada pihak polis menyebabkan seorang penghantar makanan didenda RM1 000 atau penjara dua bulan Kata kesat apa agaknya yang dikeluarkan lelaki tu sampai kena tangkap ni Suspek Mahathir Mohd Zin dijatuhkan huku...
Netizen Ni Bodoh Buat Apa Semua Tak Kena Kata Nazri Aziz

Netizen Ni Bodoh Buat Apa Semua Tak Kena Kata Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 317 hits
Tak usah peduli apa netizen cakap Netizen bukan cerdik pun buat apa semua tak kena Netizen ni bodoh buat apa semua tak kena semua cuma tahu merungut itu kata bekas Menteri BN Nazri Aziz seperti dilaporkan oleh Malaysiakini Nazri yang juga m...
Kerana Kata Polis Bodoh Mahathir Didenda Rm1 000

Kerana Kata Polis Bodoh Mahathir Didenda Rm1 000

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 219 hits
Mungkin berang dengan tindakan pihak polis berkenaan Mahathir Mohd Zin yang juga seorang penghantar makanan telah mengeluarkan perkataan bodoh kepada pihak polis berkenaan dua bulan lepas Tidak dapat dipastikan atas alasan apa Mahathir meng...
Menjawab Kenyataan Kadir Jasin Tindakan Anwar Terhadap Isu Video Viral

Menjawab Kenyataan Kadir Jasin Tindakan Anwar Terhadap Isu Video Viral

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 286 hits
Saya telah membaca kenyataan A Kadir Jasin yang telah disiarkan di dalam Malaysiakini Beliau mencadangkan agar Anwar selaku Presiden KEADILAN terlebih dahulu patut bertindak terhadap Timbalan Presiden YB Dato Seri Azmin Ali di dalam isu ber...
Amaris Tidak Puas Hati Dengan Dato Vida Selepas Vida Membuat Kenyataan Ini

Amaris Tidak Puas Hati Dengan Dato Vida Selepas Vida Membuat Kenyataan Ini

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 513 hits
PELAKON Putra Amaris terkejut apabila usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengeluarkan kenyataan mereka tidak bertegur ketika bertemu dalam satu acara jualan raya baru baru ini Amaris Tidak Puas Hati Dengan Dato Vida Selepas Vida Membuat Keny...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord