Dr M Bersatu Ambil Iktibar Umno Suka Orang Bodoh


Alyaa Alhadjri dan Haspaizi ZainDiterbitkan Hari ini 5:31 petang


Bersatu perlu mengambil iktibar budaya pemimpin yang mementingkan diri sendiri dengan menyekat penyertaan anggota parti yang lebih cekap daripada dirinya, maklum Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.

"Ini kita dapat lihat di dalam parti yang dinamakan Umno itu.

"Pada mulanya memang setia kepada perjuangan tetapi lama kelamaan pemimpin-pemimpin parti ini lebih utamakan kepentingan diri sendiri daripada bangsa, agama dan tanah air.

"Maka berlakulah cara-cara yang tidak baik untuk mendapat tempat di dalam parti," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap di hadapan 1,215 perwakilan partinya pada Perhimpunan Agung Khas Bersatu hari ini.

Perdana menteri yang juga bekas presiden Umno selama 22 tahun itu memberi contoh sikap pemimpin cawangan bekas parti pimpinannya itu yang tidak membenarkan "orang yang lebih pandai daripada menyertai parti."

"Ketua cawangan tidak membenarkan orang yang lebih pandai daripadanya menyertai parti.

"Yang boleh menyertai cawangan itu adalah orang yang lebih bodoh.

"... tetapi mereka tidak boleh hidup selamanya, bila mati pemimpin cawangan itu penggantinya lebih bodoh.

"Yang bodoh ini tak bagi orang lain masuk (Umno), cuma yang lebih bodoh saja boleh masuk. Lepas itu dia mati, yang bodoh juga akan ganti.

"Yang pada masa itu saya juga jadi presiden parti," katanya pada majlis yang berlangsung di Maeps, Serdang petang ini.

Hadir sama, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Mukhriz Mahathir serta pemimpin Bersatu di setiap peringkat.

Bekas Presiden Umno itu bertindak keluar parti bersama isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 29 Februari 2016.

Keputusan untuk meninggalkan Umno dibuat Mahathir yang ketika itu bekas perdana menteri kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpinan Najib Razak yang juga presiden Umno.

Mahathir kemudiannya mengasaskan penubuhan Bersatu pada September tahun yang sama.

Bersatu yang dipimpin Muhyiddin memasuki gelanggang PRU-14 bersama-sama Pakatan Harapan (PH) bagi menumbangkan BN yang berkuasa lebih 60 tahun.

Menjelaskan lanjut, Dr Mahatahir berkata Bersatu perlu mengambil pengajaran daripada sejarah yang menimpa Umno untuk membuka pintu kepada mereka yang mempunyai kelayakan dan berpotensi menjadi pemimpin parti.

Katanya, Umno sebagai sebuah parti tidak bersalah, sebaliknya pemimpin parti itu yang tidak lagi mempedulikan kepentingan perjuangan bangsa, negara dan agama.

Tambah Mahathir, Umno berjaya mengangkat kedudukan orang Melayu, namun dirosakkan oleh pemimpin yang lebih pentingkan diri sendiri.

Dalam ucapannya juga, Mahathir berkata banyak parti yang memperjuangkan kemerdekaan negara tidak lagi wujud dan ditolak oleh rakyat selepas sekian lama memerintah seperti di Indonesia, Ghana mahupun Pakistan.

"Saya tertanya-tanya bila Umno parti yang berjuangan untuk diri sendiri ini akan ikut jejak (tidak wujud lagi).

"Ini yang kita lihat, Umno yang berjaya perjuangkan nasib orang Melayu, perjuangkan kemerdekaan, akhirnya ditolak," katanya.

Bersatu mengadakan perhimpunan agung khas hari ini bagi meminda perlembagaan parti.

Antara pindaan yang dibuat ialah bagi membolehkan pemilihan parti ditangguhkan bagi tempoh 18 bulan selepas ia diluluskan.

Sebelum itu Muhyiddin dalam ucapannya menjelaskan pindaan yang dibentangkan oleh Mukhriz yang juga timbalan presiden Bersatu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/dr-m-bersatu-ambil-iktibar-umno-suka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Tarik Ahli Umno Sertai Bersatu Bukan Sesuatu Yang Pelik

Kempen Tarik Ahli Umno Sertai Bersatu Bukan Sesuatu Yang Pelik

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 343 hits
Akhbar Utusan menyiarkan tulisan Roslan SMS yang merasa tindakan Pengerusi Bersatu Tun M mengajak ahli ahli Umno untuk menyertai Bersatu sebagai usaha Tun M menyekat kemaraan Anwar sebagai PM ke 8 Nampaknya begitu dangkal pemikiran Roslan S...
Ketua Cawangan Umno Tak Bodoh Zahid Balas Dakwaan Dr M

Ketua Cawangan Umno Tak Bodoh Zahid Balas Dakwaan Dr M

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 286 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan ketua cawangan mereka tidak bodoh seperti yang didakwa Pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata malahan mereka bijak menilai sabar dan setia dalam perjuangan Harap Tun tak lupa program di...
Jawab Kenyataan Dr M Bahawa Orang Bodoh Saja Yang Masuk Umno

Jawab Kenyataan Dr M Bahawa Orang Bodoh Saja Yang Masuk Umno

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 363 hits
1 SAYA terpanggil untuk jawab kenyataan Dr M bahawa orang bodoh saja yang masuk Umno Simpati juga dengan dia kerana kenyataan sebegitu mengundang banyak kritik mengenai era 22 tahunnya sebagai presiden Umno Waktu itu sesiapa pun jadi presid...
Bersatu Will Not Be Another Umno Wan Azizah

Bersatu Will Not Be Another Umno Wan Azizah

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 358 hits
Bersatu is not going to morph itself into another Umno Deputy Prime Minister Dr Wan Azizah Wan Ismail said today Wan Azizah was confident there was nothing in Bersatu s set up either to suggest it was a carbon copy of the Malay based party ...
Tsunami Umno Pas Akan Telan Bersatu Pakatan Harapan

Tsunami Umno Pas Akan Telan Bersatu Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 492 hits
Politik Melayu berpecah bila Dr M tubuh Bersatu jalin kerjasama DAP BANGI UMNO dan PAS akan membentuk kekuatan politik Melayu yang bukan sahaja menjadi tsunami menelan Bersatu tetapi juga Pakatan Harapan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mo...
Umno Tidak Akan Sertai Bersatu

Umno Tidak Akan Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 322 hits
DATO SERI UTAMA MOHAMAD HASSAN07 JULY 2019PERPECAHAN dan kesusutan pengaruh politik bangsa Melayu bermula semenjak YAB Tun Mahathir menubuhkan Bersatu Lebih memeritkan bila Bersatu menjalinkan kerjasama politik dengan DAP untuk menewaskan U...
Kekuatan Umno Pas Gerunkan Ph Bersatu

Kekuatan Umno Pas Gerunkan Ph Bersatu

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 274 hits
07 Julai 2019 10 49 AMISMAIL SABRIKUALA LUMPUR 7 Julai Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap kekuatan gabungan UMNO dan Pas melalui gerakan Perpaduan Ummah dilihat telah menggerunkan Pakatan Harapan Katanya hal itu me...
Bersatu Jangan Jadi Seperti Umno Sehingga Ditolak Rakyat Dr Mahathir

Bersatu Jangan Jadi Seperti Umno Sehingga Ditolak Rakyat Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 274 hits
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin parti itu agar tidak menjadi seperti UMNO lari daripada perjuangan asal mereka Katanya jawatan yang diamanahkan dalam parti bukan untuk diri sendiri sebaliknya demi agama bangs...
Parti Bersatu Bodoh

Parti Bersatu Bodoh

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 383 hits
TAK BAIK LA KATA MAHADHIR MUHAMMAD DIA DAH TUAAAA KESIAN LA DIAAAA NI SEMUA GARA GARA MULUT CELUPAR SIAPA KASI MULA MAKI HAMUN TAK DA KERJA LAIN KA TUUUU DIAAAAA Pak Karamu Zahid Bersatu PH yang bodoh sebab jadi boneka DAPNews Diterbitkan H...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej