Jati Diri Zahid Hamidi Seharusnya Dipuji


 
Malam ini akan berlangsung mesyuarat MT UMNO yang antara lain akan membuat ketetapan berhubung kerjasama parti itu dengan Bersatu dan Pas dalam PRN Melaka yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Sementara Bersatu menyatakan sedia bekerjasama, manakala Pas memang mengharapkan wujudnya kerjasama tiga parti Melayu berkenaan demi kepentingan mengekalkan nikmat berjawatan dalam kerajaan, pendirian UMNO memanglah sesuatu yang ditunggu-tunggu.
Tetapi, sebelum ketetapan dimuktamadkan dalam mesyuarat MT malam ini, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi nampaknya lebih dulu tampil dengan pendirian tegasnya.
Kata Zahid Hamidi, UMNO tidak akan bekerjasama dengan Pas dan Bersatu dalam PRN Melaka ini, sebaliknya kekal dengan pendirian bertanding solo bersama panji-panji BN.
Menurut beliau, kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional sukar direalisasikan, selain kerana gabungan itu tidak didaftarkan, ia juga disebabkan UMNO telah dikhianati beberapa kali oleh Pas.
“Kalau pengkhianatan itu telah berlaku berulang kali, bukan saja kepada UMNO tetapi kepada pelbagai pihak, saya fikir hubungan itu harus dinilai semula,” tegasnya lagi.
Berkenaan dengan Bersatu pula, Zahid Hamidi menjelaskan, ketetapan tiada kerjasama dengan parti itu adalah keputusan yang telah dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.
Ia katanya, bukan saja keputusan yang dikehendaki akar umbi dilaksanakan dalam PRU15, bahkan dalam PRN Melaka ini, itulah juga kemahuan seluruh kepimpinan UMNO negeri Melaka.
“Itu adalah kehendak dan suara hati politik mereka, saya perlu menghormati kehendak serta suara hati mereka,” ujarnya.
Dengan pendirian tegas yang dibentangkan Zahid Hamidi selaku peneraju UMNO, mesyuarat MT UMNO malam ini sepatutnya tidak sukar atau perlu berhujah panjang lagi dalam membuat ketetapan yang muktamad berhubung kerjasama dengan Bersatu dan juga Pas.
Semuanya telah jelas diungkapkan beliau dan semua ahli MT mesti menyokong serta mendookong pendirian yang sama.
Adalah jelas bahawa pendirian yang dinyatakan Zahid Hamidi itu merupakan satu manifestasi jati diri yang unggul dalam usaha beliau untuk mengangkat dan memartabatkan semula nama UMNO dalam politik negara ini, di sebaliknya pelbagai cabaran sedang dilaluinya.
Dengan kekal bertanding solo bersama panji BN, ia bukan saja pendirian yang mampu meletakkan nama UMNO kekal berwibawa sebagai penunjang gabungan tersebut, malah meletakkan ia mampu berdiri sendiri tanpa perlu bergantung pertolongan pihak luar yang tiada ikatan.
Apabila bergantung kepada orang lain yang hakikatnya mereka itu lebih mahu menumpang kekuatan UMNO, ia dalam masa yang sama juga akan mendedahkan UMNO kepada kemungkinan dikhianati dan ditikam oleh kebuasan nafsu mereka yang mengaku kawan itu.
Jika Zahid Hamidi dengan terang-terang mengakui UMNO pernah dikhianati oleh Pas, manakala Bersatu pula memang tujuan serta matlamatnya untuk membenam serta menguburkan UMNO, inilah yang sepatutnya dijadikan pegangan oleh seluruh kepimpinan parti itu dalam usaha untuk membawa parti itu mampu bangkit semula.
Hanya bersama BN, UMNO mampu bangkit semula atau menjadi dominan dalam politik negara, sebaliknya bersama Pas yang pernah khianat dan bekerjasama dengan Bersatu yang memang berniat mahu membunuhnya, laluan UMNO bukan saja lebih berliku, bahkan hanya lubang kubur yang akan lebih dulu ditemuinya.
Jangan sesekali UMNO lupa, bersama Mahiaddin Md Yasin yang bukan lagi rahsia ingin melakukan “comeback” semula, Pas dan Bersatu pula adalah ahli gabungan yang mempunyai ikatan sah dalam Perikatan Nasional atau PN yang merupakan sebahagian daripada kerajaan yang ada sekarang.
Dengan itu, tujuan mereka ingin bekerjasama dengan UMNO sudah tentu dengan matlamat bagi menaikkan semula PN, bukannya untuk membantu UMNO jadi dominan.
Jati diri Zahid Hamidi dalam usaha mengangkat semula UMNO ini selain harus disokong, ja juga mesti dipuji. 


 ShahbudinHusin 14/10/2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/jati-diri-zahid-hamidi-seharusnya-dipuji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumpulan Pro Pembangkang Puji Jati Diri Zahid Tolak Pas Bersatu

Kumpulan Pro Pembangkang Puji Jati Diri Zahid Tolak Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 211 hits
agendaily com14 10 2021Kumpulan pro pembangkang memuji sikap dan jati diri Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana bertindak mengetepikan PAS Tentera cyber blok pembangkang memuji Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ...
Zahid Hamidi Dapat Semula Pasport Antarabangsanya

Zahid Hamidi Dapat Semula Pasport Antarabangsanya

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 219 hits
SHAH ALAM Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd supaya pasportnya dikembalikan ...
Masa Depan Zahid Hamidi Akan Habis Jika Umno Gagal Pertahan Pendirian Tanding Solo Di Prn Melaka

Masa Depan Zahid Hamidi Akan Habis Jika Umno Gagal Pertahan Pendirian Tanding Solo Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 225 hits
Pihak yang nampaknya amat bimbang jika UMNO akhirnya memutuskan bertanding secara solo dan tanpa bekerjasama dengan sesiapa dalam PRN Melaka ialah Pas Walaupun maksud bertanding secara solo sebagaimana yang ditegaskan Presiden UMNO Ahmad Za...
Zahid Hamidi William Leong Antara Nama Terkenal Dalam Pendedahan Kekayaan Di Luar Pesisir

Zahid Hamidi William Leong Antara Nama Terkenal Dalam Pendedahan Kekayaan Di Luar Pesisir

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 231 hits
Mereka adalah antara 300 ahli politik di seluruh dunia yang muncul dalam 11 juta dokumen mengandungi butiran aset yang disimpan di negara luar pesisir Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Selayang William Leong dari PKR adalah...
Ismail Sabri Juangkan Keluarga Malaysia Zahid Hamidi Tetap Dengan Umno Sahaja

Ismail Sabri Juangkan Keluarga Malaysia Zahid Hamidi Tetap Dengan Umno Sahaja

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 316 hits
Umum mengetahui pendekatan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri adalah sesuatu yang amat diperlukan pada masa ini Semua rakyat Malaysia berganding bahu menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak bersikap men...
Percaya Diri Unggah Foto Realistis Tanpa Filter Editan Maupun Makeup Tara Basro Dipuji Publik

Percaya Diri Unggah Foto Realistis Tanpa Filter Editan Maupun Makeup Tara Basro Dipuji Publik

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 336 hits
Sering gaungkan body positivity tak sedikit warganet yang terinspirasi dan akhirnya ikut percaya diri setelah melihat Tara yang bangga dengan dirinya
Tiga Kepelikan Dalam Kemelut Melaka Zahid Hamidi Sama Macam Mahiaddin Suka Perguna Darurat Untuk Kuasa

Tiga Kepelikan Dalam Kemelut Melaka Zahid Hamidi Sama Macam Mahiaddin Suka Perguna Darurat Untuk Kuasa

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 328 hits
DUN Melaka kini sah telah dibubarkan berikutan setujunya Yang Dipertua Negeri itu Tun Ali Rustam terhadap cadangan yang dikemukakan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali berkenaan perkara tersebut Namun pengumuman pembubaran itu tidak dilakukan ole...
Umno S Zahid Hamidi Celebrates Homecoming Members Hints At More Defections From Bersatu

Umno S Zahid Hamidi Celebrates Homecoming Members Hints At More Defections From Bersatu

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 598 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi is pictured at the Kuala Lumpur High Court September 21 2021 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Oct 3 Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has hinted at more defections from Parti Pribumi Bersatu Mal...
Zahid Hamidi Buatkan Minum Petang Umno Dan Pas Sia Sia Saja Baru Sedar Sikap Pas Tanya Pengemudi Pakatan Rakyat Dahulu

Zahid Hamidi Buatkan Minum Petang Umno Dan Pas Sia Sia Saja Baru Sedar Sikap Pas Tanya Pengemudi Pakatan Rakyat Dahulu

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 393 hits
Petang semalam Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan memuat naik di media sosial gambar pertemuan minum petangnya bersama dua pemimpin kanan Pas Mereka ialah Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas Idris Ahmad Turut...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Branding Bermula Dari Packaging Bukan Sekadar Logo

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah