Kumpulan Pro Pembangkang Puji Jati Diri Zahid Tolak Pas Bersatu


agendaily.com14/10/2021
Kumpulan pro pembangkang memuji sikap dan jati diri Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana bertindak mengetepikan PAS.
Tentera cyber blok pembangkang memuji Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan pendirian tegas menolak PAS dan Bersatu bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) atau pilihan raya umum (PRU).

Mereka turut mencadangkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan bersidang malam ini menyambut dan memberi sokongan kepada pendirian Zahid itu supaya UMNO kembali dapat memartabatkan parti berkenaan.

Malah kumpulan penyokong Pakatan Harapan (PH) memuji jati diri Zahid dalam usahanya mengangkat semula UMNO selepas parti itu dan Barisan Nasional (BN) kalah teruk pada PRU14 di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Menurut mereka, PAS hanya mengharapkan kerjasama tiga parti Melayu bersama UMNO dan Bersatu demi kepentingan nikmat jawatan dalam kerajaan.

Bersatu pula kata mereka mahu bekerjasama dengan UMNO tetapi tujuannya untuk membenamkan parti itu.

Kumpulan pro pembangkang itu menyifatkan langkah Zahid untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dan PAS memang sudah lama dinanti-nantikan akar umbi UMNO, untuk kembali menjadi parti dominan orang Melayu.

Mereka mengulas kenyataan Zahid yang mengatakan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) sukar direalisasikan, selain kerana gabungan itu tidak didaftarkan, ia juga disebabkan UMNO telah beberapa kali dikhianati PAS.

Dalam kenyataan di Facebooknya hari ini, Zahid mengulangi penjelasan berhubung isu pengkhianatan yang merujuk kepada PAS kononnya tidak ikhlas menjalinkan kerjasama dengan parti itu.

“Kemudian saya menjawab soalan adakah saya kecewa dengan MN yang pernah dimeterai pada 2019. Saya cakap tidak pernah kecewa sebagai ahli politik. Tetapi kita harus tahu apabila kita berkongsi hidup harus saling percaya mempercayai dan jangan khianat mengkhianati.

“Cukuplah pengkhianatan dilakukan sekali, tetapi kalau telah berulang kali, bukan kepada UMNO tetapi kepada pelbagai pihak, saya fikir itu harus dinilai semula,” ujarnya lagi.

Kumpulan penyokong PH itu juga berpendapat dengan pendirian yang ditegaskan Zahid selaku Presiden UMNO, mesyuarat MT malam ini sepatutnya tidak sukar atau perlu berhujah panjang lagi dalam membuat ketetapan yang muktamad berhubung kerjasama dengan Bersatu dan juga PAS.

Semuanya telah jelas diungkapkan Zahid dan semua ahli MT mesti menyokong serta mendukung pendirian yang sama, kata mereka.

Umum mengetahui, Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada Mac lalu membuat ketetapan memutuskan hubungan kerjasama dengan Bersatu, dan kemudian imenyaksikan 15 Ahli Parlimen (MP) yang dikepalai Zahid menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang turut dianggotai PAS.

Zahid sebelum itu merancang pakatan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Muhyiddin, ia susulan pendedahan klip audio tular antara kedua-dua mereka sebelum ini.

Zahid juga bersama rakannya, Datuk Seri Najib Razak turut menghantar surat menyatakan sokongan terhadap Anwar ke Istana Negara sehingga menyaksikan berlaku satu lagi kemelut politik negara.

Muhyiddin meletak jawatan pada Ogos lalu seleps hilang majoriti angkara 15 MP UMNO, namun mengambil pendekatan secara diplomasi apabila mencalonkan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Ismail Sabri akhirnya menjadi PM baharu menggantikan Muhyiddin dan meredakan ketegangan politik yang melanda negara.

Zahid yang terpalit puluhan pertuduhan di mahkamah bagaimanapun masih meneruskan usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Ismail Sabri apabila sekarang ini dilihat cuba mencari masalah dengan PAS


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/kumpulan-pro-pembangkang-puji-jati-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Nak Gayut Pada Bersatu Pula Demi Kuasa Zahid Tak Mahu Lagi Bersama Mn

Pas Nak Gayut Pada Bersatu Pula Demi Kuasa Zahid Tak Mahu Lagi Bersama Mn

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 291 hits
Ada lagi ke Muafakat Nasional Zahid cadang semua tanding soloOleh MD OKTOBER 1 2021Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu akan bertanding secara solo bawah panji BN dan hanya akan berunding dengan parti lain selepas pilihan r...
Kalau Zahid Terlepas Tak Tau Nak Cakap Mana Pahlawan Perasuah Pas Bersatu Diam Membisu

Kalau Zahid Terlepas Tak Tau Nak Cakap Mana Pahlawan Perasuah Pas Bersatu Diam Membisu

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 362 hits
Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini bahawa Yayasan Akalbudi tidak memiliki sebarang kereta dan motosikal mewah walaupun dananya digunakan untuk membayar polisi insurans kenderaan berkenaan Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berka...
Tolak Kerjasama Dengan Pas Kenyataan Zahid Bukan Keputusan Parti Annuar

Tolak Kerjasama Dengan Pas Kenyataan Zahid Bukan Keputusan Parti Annuar

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 175 hits
tuncarlos com 14 OKT Para pemimpin UMNO dinasihatkan agar berhati hati sebelum mengeluarkan apa apa kenyataan bagi mengelak berlaku masalah dikemudian hari Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata ini kerana kebanyakan kenyat...
Jati Diri Zahid Hamidi Seharusnya Dipuji

Jati Diri Zahid Hamidi Seharusnya Dipuji

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 137 hits
Malam ini akan berlangsung mesyuarat MT UMNO yang antara lain akan membuat ketetapan berhubung kerjasama parti itu dengan Bersatu dan Pas dalam PRN Melaka yang dijangka diadakan tidak lama lagi Sementara Bersatu menyatakan sedia bekerjasama...
Zahid Sahkan Tiada Mn Umno Bakal Bertanding Solo Pas Gayut Pada Bersatu

Zahid Sahkan Tiada Mn Umno Bakal Bertanding Solo Pas Gayut Pada Bersatu

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 293 hits
Ketika host my online TV menanyakan soalan sekiranya BN bertanding bersama Muafakat Nasional berapa kerusi parlimen dijangka boleh dimenangi dan berapa negeri dapat diperintah oleh gabungan itu Dengan selambanya Presiden UMNO menjawab Saya ...
Di Ketika Umno Nak Terlingkup Zahid Mula Cadang Bubar Bersatu Silap Silap Umno Yang Terlingkup

Di Ketika Umno Nak Terlingkup Zahid Mula Cadang Bubar Bersatu Silap Silap Umno Yang Terlingkup

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 148 hits
Terkini Zahid saran bubarkan saja Bersatu kembali ke pangkuan UmnoOctober 7 2021 Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak perlu hipokrit dan play innocent dalam soal kerjasama dengan UMNO sedangkan rakyat pun tahu hakikat itu Jika benar demi se...
Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 275 hits
satuberita myBy October 7 2021 KETIKA ditanya oleh portal Malaysiakini adakah UMNO akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri Melaka jika diadakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui pesanan teks menjawab Sa...
Ahmad Zahid Tolak Hasrat Hidupkan Umno Lama

Ahmad Zahid Tolak Hasrat Hidupkan Umno Lama

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 262 hits
bharian comOleh Oktober 9 2021 12 46pmDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hadir pada program outreach vaksinasi Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia di Parlimen Bagan Datuk Foto NST...
Kerjasama Dengan Pn Umno Di Melaka Hanya Zahid Sahaja Tolak

Kerjasama Dengan Pn Umno Di Melaka Hanya Zahid Sahaja Tolak

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 293 hits
agendaily com10 10 2021No way Bersatu kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas kerjasama kedua dua parti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka sekiranya diadakan Tidak ada masalah untuk Perikatan Nasional beker...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

Trump Exits Who Apa Halatuju Kesihatan Dunia Lesung Batu Medic Show 28 01 2025

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah

Sireh Pinang Mudo