Zahid Hamidi Dapat Semula Pasport Antarabangsanya



SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau menerima rawatan di Munich, Jerman.
Permohonan itu dibuat pagi ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.
Datuk Ahmad Zaidi Zainal, yang mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu memaklumkan permohonan tersebut adalah perkara sama yang dibuat anak guamnya yang menderita sakit belakang serta leher dan perlu mendapatkan rawatan daripada pakar terkemuka Jerman, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas.
“Kita memohon pelepasan sementara pasportnya bagi mendapatkan rawatan di Jerman untuk kecederaan, sama seperti permohonannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.. yang kat sini dah bagi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Isnin.
Ahmad Zaidi berkata, pelepasan sementara pasport itu tidak akan mengganggu tarikh perbicaraan Ahmad Zahid yang ditetapkan pada 22 Oktober depan.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Pada 7 Oktober lepas, media melaporkan Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah, memohon di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya pasportnya diserahkan sementara bagi membolehkannya ke Munich, Jerman untuk mendapat rawatan.
Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa anak guamnya yang menderita sakit belakang dan leher perlu mendapatkan rawatan daripada pakar terkemuka di Munich.
Hamidi memaklumkan Ahmad Zahid memohon pasportnya diserahkan pada 26 Oktober ini dan akan memulangkannya pada 21 November depan. – Bernama
Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsa oleh mahkamah
Baca Artikel Menarik :
Anak menteri India ditahan langgar mati petani tunjuk perasaan [VIDEO] Akibat rintihan, Mila Jirin dipanggil hadap menteri? Isteri Shuk Sahar ‘mengadu’ di media sosial sudah penat pertahankan rumah tangga Disuntik dadah dan diperkosa Rakan baik di sekolah jadi ibu tiri Saya tak minta nyawa dengan DAP – Rauf Kenapa Tak Boleh Sidai Baju Basah Dalam Rumah Sebabnya.. Cara cetak sijil vaksin di MySejahtera Bantulah pakcik, susah sangat hidup ini Titik panas cetus Perang Dunia Ketiga Resepi Mee Kari Kerang Lazat Sungguh Layari Laman Facebook MYKMU
Shahidan kata ‘Bergerak solo, cakap memang mudah’

The post Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/11/zahid-hamidi-dapat-semula-pasport-antarabangsanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jati Diri Zahid Hamidi Seharusnya Dipuji

Jati Diri Zahid Hamidi Seharusnya Dipuji

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 221 hits
Malam ini akan berlangsung mesyuarat MT UMNO yang antara lain akan membuat ketetapan berhubung kerjasama parti itu dengan Bersatu dan Pas dalam PRN Melaka yang dijangka diadakan tidak lama lagi Sementara Bersatu menyatakan sedia bekerjasama...
Zahid Hamidi Buatkan Minum Petang Umno Dan Pas Sia Sia Saja Baru Sedar Sikap Pas Tanya Pengemudi Pakatan Rakyat Dahulu

Zahid Hamidi Buatkan Minum Petang Umno Dan Pas Sia Sia Saja Baru Sedar Sikap Pas Tanya Pengemudi Pakatan Rakyat Dahulu

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 460 hits
Petang semalam Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan memuat naik di media sosial gambar pertemuan minum petangnya bersama dua pemimpin kanan Pas Mereka ialah Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas Idris Ahmad Turut...
Zahid Mahu Pasportnya Semula Untuk Rawatan Di Jerman

Zahid Mahu Pasportnya Semula Untuk Rawatan Di Jerman

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 566 hits
Zahid mahu pasportnya semula untuk rawatan di Jerman Ahmad Zahid Hamidi memfailkan permohonan untuk mendapatkan pasportnya daripada mahkamah Peguam Hamidi Mohd Noh memberitahu hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bahawa anak guamn...
Ismail Sabri Juangkan Keluarga Malaysia Zahid Hamidi Tetap Dengan Umno Sahaja

Ismail Sabri Juangkan Keluarga Malaysia Zahid Hamidi Tetap Dengan Umno Sahaja

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 391 hits
Umum mengetahui pendekatan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri adalah sesuatu yang amat diperlukan pada masa ini Semua rakyat Malaysia berganding bahu menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak bersikap men...
Tiga Kepelikan Dalam Kemelut Melaka Zahid Hamidi Sama Macam Mahiaddin Suka Perguna Darurat Untuk Kuasa

Tiga Kepelikan Dalam Kemelut Melaka Zahid Hamidi Sama Macam Mahiaddin Suka Perguna Darurat Untuk Kuasa

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 387 hits
DUN Melaka kini sah telah dibubarkan berikutan setujunya Yang Dipertua Negeri itu Tun Ali Rustam terhadap cadangan yang dikemukakan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali berkenaan perkara tersebut Namun pengumuman pembubaran itu tidak dilakukan ole...
Umno S Zahid Hamidi Celebrates Homecoming Members Hints At More Defections From Bersatu

Umno S Zahid Hamidi Celebrates Homecoming Members Hints At More Defections From Bersatu

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 701 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi is pictured at the Kuala Lumpur High Court September 21 2021 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Oct 3 Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has hinted at more defections from Parti Pribumi Bersatu Mal...
Zahid Hamidi William Leong Antara Nama Terkenal Dalam Pendedahan Kekayaan Di Luar Pesisir

Zahid Hamidi William Leong Antara Nama Terkenal Dalam Pendedahan Kekayaan Di Luar Pesisir

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 338 hits
Mereka adalah antara 300 ahli politik di seluruh dunia yang muncul dalam 11 juta dokumen mengandungi butiran aset yang disimpan di negara luar pesisir Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Selayang William Leong dari PKR adalah...
Mahathir Arah Batalkan Permohonan Semula Pulau Batu Puteh Tanpa Kebenaran Kabinet

Mahathir Arah Batalkan Permohonan Semula Pulau Batu Puteh Tanpa Kebenaran Kabinet

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 335 hits
Oleh Nurul Aisyah KEDAULATAN negara sewenang wenangnya dicagar oleh Mahathir Episod sedih ini tidak mungkin dapat kita terima Bukti bukti salahlaku dan salah guna kuasa yang Mahathir buat ketika proses pembatalan permohonan semula Pulau Bat...
Zahid Dakwa Ramai Pemimpin Bersatu Mahu Kembali Ke Pangkuan Umno

Zahid Dakwa Ramai Pemimpin Bersatu Mahu Kembali Ke Pangkuan Umno

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 358 hits
Ramai pemimpin dan ahli BERSATU menyatakan hasrat untuk kembali menyertai semula UMNO dakwa Datuk Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO itu bagaimanapun mengakui partinya bersedia memperhalusi setiap permohonan tersebut termasuk bekas ahli yang ...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara