Janji Atau Tidak Anwar Hadapi Satu Lagi Halangan Ke Putrajaya Kata Peguam



(FMT) – Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin telah menjanjikan jawatan tertinggi negara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ia tidak mengikat atau boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang, kata seorang peguam perlembagaan, selepas perdana menteri itu megulangi komitmennya untuk mematuhi perjanjian yang dipersetujui parti komponen Pakatan Harapan.
R Kengadharan berkata, presiden PKR itu masih memerlukan sokongan 222 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, sebelum Yang di-Pertuan Agong boleh melantik beliau ke jawatan tersebut.
“Ini bukan kes janji untuk berkahwin yang membolehkan pihak yang terkilan mendapatkan remedi undang-undang di mahkamah bagi menuntut kerugian sekiranya berlaku keingkaran,” Kengadharan memberitahu FMT.
“Janji (untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar) tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang melainkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dipenuhi,” katanya.
Dr Mahathir, yang memecat Anwar pada 1998 sekali gus mencetuskan gerakan Reformasi, berdamai dengan bekas timbalan dan anak didiknya itu pada 2016, dan secara bersama-sama menubuhkan sebuah gabungan politik yang berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum Mei lepas.
Dalam satu perjanjian yang dipersetujui pimpinan Pakatan Harapan (PH), Anwar yang memenangi pilihan raya kecil Port Dickson dengan meyakinkan sebagai petanda kembalinya beliau ke arena politik aktif, akan menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dalam tempoh 2 tahun.
PH yang dianggotai oleh PPBM, PKR, DAP dan Amanah bersetuju untuk melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri untuk tempoh sementara itu.
Isu ini dibangkitkan semula pada perhimpunan tahunan PPBM semalam, apabila seorang perwakilan dari Kelantan mencadangkan supaya Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri selama 5 tahun sehingga pilihan raya umum ke-15 diadakan.
Dr Mahathir menolak cadangan tersebut dengan berkata bahawa beliau akan akur kepada garis masa 2 tahun itu.
“Saya berjanji, saya akan tunaikannya. Sesetengah orang beranggapan tempoh (2 tahun) itu terlalu pendek.
“Tetapi itu pandangan dan pendapat mereka,” katanya.
Kengadharan berkata, walaupun janji itu dibuat, namun Anwar perlu memenuhi kehendak Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu sebelum beliau boleh menjadi perdana menteri.
Peruntukan perlembagaan itu menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong melantik seorang perdana menteri yang pada pandangan baginda mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Beliau berkata, dari segi undang-undang, Ahli Parlimen memutuskan individu yang akan menjadi perdana menteri walaupun pengundi memilih calon yang bertanding mewakili sesebuah parti politik.
“Sekiranya berlaku kekosongan jawatan atas sebab kematian atau peletakan jawatan, pengundi masih boleh menzahirkan sokongan melalui Ahli Parlimen mereka berhubung individu yang bakal menjadi perdana menteri selepas itu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/12/31/janji-atau-tidak-anwar-hadapi-satu-lagi-halangan-ke-putrajaya-kata-peguam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hubungan Mahathir Anwar Adalah Satu Cabaran Yang Perlu Diurus Pakatan Kata Dap

Hubungan Mahathir Anwar Adalah Satu Cabaran Yang Perlu Diurus Pakatan Kata Dap

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 323 hits
Hubungan Mahathir Anwar adalah satu cabaran yang perlu diurus Pakatan kata DAP Dikemas kini 6 minit yang lalu middot Diterbi
Memungkiri Janji Kepada Anwar Hanya Mencemar Nama Tun M Sebagai Negarawan

Memungkiri Janji Kepada Anwar Hanya Mencemar Nama Tun M Sebagai Negarawan

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 375 hits
Janji wajib ditepati dan di dalam Islam mereka yang mungkir janji tergolong sebagai munafik Dalam pepatah Melayu pula selalu disebut lembu dipegang pada tali manusia dipegang pada janji Bermakna dalam apa keadaan sekali pun janji mesti dite...
Hishammuddin Rais Anwar Gagal Kan Deklarasi Rakyat Sabotaj Patah Janji Jd Pm

Hishammuddin Rais Anwar Gagal Kan Deklarasi Rakyat Sabotaj Patah Janji Jd Pm

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 410 hits
MUKADIMAHADA keraguan di wajahnya apabila kami tiba di Kelab Bangsar Utama tetapi sosok ini tetap tenang Sempat saya menukilkan soalan terkejutkah mendapat panggilan untuk diwawancara dari kami Beliau sambil tertawa besar berkata saya bukan...
Dr M Tetap Pegang Janji Serah Jawatan Pm Pada Anwar

Dr M Tetap Pegang Janji Serah Jawatan Pm Pada Anwar

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 338 hits
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya untuk berpegang pada janji menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim Kenyataan itu dikeluarkan selepas seorang perwakilan darip...
Selepas Dr Mahathir Adakah Anwar Atau Azmin Pilihan Rakyat

Selepas Dr Mahathir Adakah Anwar Atau Azmin Pilihan Rakyat

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 363 hits
Perlu diingat Azmin ialah pilihan akar umbi PKR yang menang secara bertanding berbanding Anwar yang menang tanpa bertanding Timmy Say Free Malaysia Today Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan berpegang pada janji untuk...
Dr M Anwar Tak Pernah Kata Mahu Jadi Pm Lebih Awal

Dr M Anwar Tak Pernah Kata Mahu Jadi Pm Lebih Awal

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 267 hits
Dr M Anwar tak pernah kata mahu jadi PM lebih awal p p Mungkin lebih sedikit tapi saya sudah janji saya akan tunaikan janji kata Mahathir
Ma Ruf Amin Pak Jokowi Dan Saya Siap Hadapi Debat Pilpres 2019

Ma Ruf Amin Pak Jokowi Dan Saya Siap Hadapi Debat Pilpres 2019

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 386 hits
Calon Wakil Presiden nomor urut 01 Ma ruf Amin menyatakan siap menghadapi debat Pilpres yang akan diselenggarakan pada 17 Januari 2019 Ma ruf mengaku sudah koordinasi dengan tim materi debat yang dipimpin langsung oleh Erick Thohir
Jika Bersatu Tidak Menghormati Janji Baiklah Shafie Sokong Anwar Cepat2 Jadi Perdana Menteri

Jika Bersatu Tidak Menghormati Janji Baiklah Shafie Sokong Anwar Cepat2 Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 455 hits
Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal sekali lagi mengingatkan Bersatu agar tidak melebarkan sayapnya ke negeri itu sebagaimana janji yang pernah dilafazkannya sebelum ini Kata beliau pihaknya sentiasa berpegang kepada perkara itu dan berharap B...
I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Kegunaan Cuka Sebagai Ejen Pembersih

Aku Bukan Untukmu Anggi Marito

Upiak Donat Pisang Chord

Naim Daniel Syaitan Pun Pening Chord

Windmill Pink Market Melaka Lokasi Dan Waktu Operasi