Hishammuddin Rais Anwar Gagal Kan Deklarasi Rakyat Sabotaj Patah Janji Jd Pm


MUKADIMAH

ADA keraguan di wajahnya apabila kami tiba di Kelab Bangsar Utama tetapi sosok ini tetap tenang. Sempat saya menukilkan soalan terkejutkah mendapat panggilan untuk diwawancara dari kami.

Beliau sambil tertawa besar berkata, saya bukan baharu dengan akhbar ini malah membesar dengan menjadikan Utusan Melayu dan Utusan Malaysia sebagai wadah penulisan dan pemikiran saya.

Tapi kini dengan bertukarnya kerajaan marilah kita sama-sama meraikan pendapat dan kebebasan,” ujarnya yakin. Dalam pertemuan selama lebih sejam bersama wartawan Utusan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, beliau berkongsi pelbagai pandangan, isu, serta kupasan tentang senario politik tanah air selain siapa sebenarnya sosok bernama HISHAMUDDIN RAIS ini.

Berikut adalah sedutan wawancara itu dan untuk video penuh boleh tonton di Utusan Online mulai hari ini.

UTUSAN: Hishamuddin Rais dan Utusan Melayu?

Hishamuddin: Saya bukan orang baru di Utusan pernah menulis dan menang hadiah penulisan terbaik di Utusan ketika zaman Johan Jaaffar dan menulis tentang budaya dan filem pada tahun 1995 hingga 1997 atau sebelum berlakunya reformasi. Saya juga akui dibesarkan dan pembelajaran saya melalui Utusan Melayu.

Ketika sekolah rendah saya baca Utusan Melayu sebelum beralih kepada Utusan Malaysia dalam rumi. Malah saya ingat tentang peristiwa mogok utusan dan sebenarnya pernah melawat pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin ketika masih dalam tulisan Jawi dan sangat meminati komik Dol Keropok dan Wak Tempe. Boleh tanya pada mereka yang senior tentang komik itu yang dilukis Raja Hamzah. Masa tu masih pakai cop dengan timah dan huruf disusun.

Saya juga pernah dijemput untuk berforum di pejabat Utusan Melayu bersama Arwah Pak Sako, Zam (Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin) dan Azah Aziz, isteri kepada Ungku Aziz membincangkan tentang bagaimana orang luar melihat Utusan. Dan kini apabila kerajaan bertukar saya lihat marilah kita bersama-sama meraikan kebebasan dan demokrasi dan kepelbagaian pendapat.

Isu liberal dan kurang Melayu?

Saya umpamakan diri ini seperti dalam drama Shakespeare ada babak pertama kedua dan ketiga. Selama 20 tahun saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Babak kedua saya selama 20 tahun berkelana di luar negara dan kini kembali ke Malaysia.

Pengalaman saya membesar di dalam negara tidak akan mengubah cara pemikiran saya kerana ia penting. Jadi saya bagi satu peribahasa Iraq, sesiapa yang telah minum air Sungai Najlah, dia akan terus kembali ke Baghdad. Jadi macam saya ni dah pernah minum air Sungai Kelang akan tetap kembali ke Malaysia. Memang ada betulnya pandangan saya ada yang berubah kerana pengalaman yang saya lalui juga berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat.

Tetapi tidak semestinya saya adalah sosok yang berbeza ketika bersekolah di MCKK dan Universiti Malaya (UM) dan saya masih lagi orang sama. Hanya penambahan-penambahan dan pengalaman saya makin meluas tetapi rujukan saya saya masih lagi di bumi dan tanah Melayu.

Budaya yang saya pegang masih lagi budaya Melayu dan saya memanggil diri ini tetap berpegang pada pembudayaan Melayu Islam, itu saya tidak lari,

Kenapa kritikal terhadap Anwar Ibrahim?

Orang selalu silap faham dengan melihat saya menyokong atau mengkritik berdasarkan sosok. Saya akui menyokong reformasi, kerana diyakinkan kezaliman telah berlaku dan saya sangat yakin.

Saya ditangkap dan dipenjara menggunakan ISA selama dua tahun oleh Tun Dr. Mahathir. Namun apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila saya ingin menimbulkan satu gerakan yang dinamakan deklarasi rakyat. Ia adalah satu gerakan yang mengumpulkan sebanyak 44 buah NGO dan saya salah seorang dari mereka yang menandatangani selain Ambiga, Maria Chin dan yang lain adalah ahli politik.

Ketika itu harus diwujudkan lebih pada satu gerakan yang meluas mengumpulkan semua kita yang mahu menjatuhkan Najib yang terdedah pada isu 1MDB. Namun apa yang berlaku adalah apabila Anwar telah menulis satu surat dari dalam penjara yang mempertikai gerakan ini dan kemudian saya menulis surat dan menjelaskan bahawa Anwar tidak perlu tahu secara detail apa seharusnya yang berlaku setiap hari kerana beliau dalam penjara.

Saya juga pernah masuk penjara tetapi hanya jumpa peguam pada hari Isnin atau Selasa hari selebihnya saya tidak tahu apa yang berlaku. Memang banyak perkara berlaku tetapi saya dalam penjara tidak tahu apa yang berlaku. Ini yang berlaku melibatkan pemimpin Ikhwanul Muslimin yang mana bila masuk penjara mereka terputus hubungan dan tidak mengetahui semua yang berlaku.

Tetapi saudara Anwar ini masih lagi nak ngok-ngek ngok ngek, beri arahan dan sebagainya. Saya tidak bersetuju dengan hal ini. Kami telah berbincang untuk menandatangani 1.2 juta kertas yang menyokong Deklarasi Rakyat di dalam sebuah bilik dan saya tanya pada Dr. Mahathir apa grand finale untuk kita buat deklarasi rakyat dan dari pengalaman saya sebelum ini bersama Wong Tuck dan kumpulan hijau yang dapat ramai sokongan tetapi kita simpan sahaja dan tidak jadi apa.

Jadi saya cadangkan supaya dihantar Deklarasi Rakyat kepada Agong untuk tindakan lanjut dan Dr. Mahathir pun setuju malah kata tak pelah biar saya yang bawak lori tu ke Istana Negara. 

Namun apa yang berlaku adalah Anwar menulis mengatakan ini adalah satu sabotaj.

Ini yang tidak sepatutnya berlaku kerana Anwar tidak tahu apa berlaku dan kami bincangkan dalam konteks deklarasi rakyat. Maka akhirnya surat 1.2 juta tadi hanya tersimpan dan tidak berlaku apa-apa. Ini satu kerja yang sia-sia. Ini yang saya tidak bersetuju dengan Anwar. Ini saya belum ceritakan pada sesiapa dan boleh tanya pada Dr. Mahathir.

Dapat dedak Dr. Mahathir?

Saya bila tentang dedak ni dahulu semasa saya lari dari UM orang kata saya dapat dana dari CIA dan sesiapalah yang biaya saya. Bila balik orang kata saya dapat duit dari Zahid Hamidi, Anwar bagi saya duit dan sekarang orang kata Dr. Mahathir pula yang bagi.

Sekarang ni saya nak bagitahu saya kini sedang menunggu dedak-dedak ini yang sampai sekarang tak sampai-sampai. Sekarang ini saya bukan tak kritik Dr. Mahathir cuma sekarang ini beliau cuba menjalankan satu dasar yang saya bersetuju dan sama-sama berkempen untuk menjayakannya.

Kami semua sebagai contoh bersetuju jika PH menang yang jadi perdana menteri adalah Dr. Mahathir, Timbalan Perdana Menteri adalah Wan Azizah. Ini adalah yang dipersetujui tetapi bila tarikh 9 Mei itu jadi lain semua ini nak disabotaj.

Kami sudah berkempen seluruh kampung tentang persetujuan ini tetapi keadaan jadi lain. Jadi kat sini saya nak tanya siapa sebenarnya yang patah janji ni, Dr. Mahathir ke atau Anwar yang patah janji. Itu persoalan yang saya nak lontarkan. 
Saya timbulkan hal ini adalah kerana saya berada di dalam jika saya di luar saya tidak peduli.

Dahulu hentam sekarang kawan

Saya nak bagitahu di sini saya yang cipta Mahazalim, Mahafiraun dan ramai orang tahu. Saya salah seorang editor blog Mahazalim tetapi kini kerana keadaan memerlukan kerjasama dalam satu agenda yang dipersetujui. Kalau diikutkan saya dua kali kena ISA, Lim Kit Siang dan Mat Sabu pun sama dua kali masuk ISA.

Kami adalah mangsa Dr. Mahathir. Tapi saya bincang dengan Datuk Husam tentang hal ini, cuba fikir pagi tadi kita mengundi, malam ni di war room kalau difikirkan siapa yang mampu mendapat kepercayaan dan diyakini askar, polis, keluarga diraja, ahli perniagaan besar. Hanya Dr. Mahathir sahaja yang boleh dan itu hakikat dan sejarah. Bila bercakap tentang kerjasama, saya nak bagi tau isteri Mau Zedong di gantung oleh Chang Kai-shek tetapi kemudian bekerjasama bila Jepun datang.

Stalin dan Winston Churchill musuh ketat malah Rusia digelar beliau sebagai The Iron Curtain. Tetapi kerana nak melawan fasis Itali mereka bekerjasama. Namun tidak semestinya saya melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini. - UTUSAN ONLINE #CelahGelegar 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/hishammuddin-rais-anwar-gagal-kan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengurusan Tabung Haji Rompak Harta Rakyat Kata Anwar

Pengurusan Tabung Haji Rompak Harta Rakyat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 315 hits
Pengurusan Tabung Haji rompak harta rakyat kata Anwar Dikemas kini 30 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 11 Dec 2018 3
Sambangi Pacitan Ibas Janji Kawal Program Pro Rakyat Era Sby

Sambangi Pacitan Ibas Janji Kawal Program Pro Rakyat Era Sby

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 300 hits
Di sana Ibas berkomitmen dalam mengawal program yang pro rakyat seperti yang sudah dicontohkan oleh Presiden ke 6 RI Susilo Bambang Yudhoyono
Rakyat Perlu Sabar Bagi K Jaan Masa Pulih Ekonomi Anwar

Rakyat Perlu Sabar Bagi K Jaan Masa Pulih Ekonomi Anwar

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 314 hits
Diterbitkan 11 Dis 2018 9 34 pagi Rakyat perlu bersabar dan memberi masa kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk memulihkan kembali ekonomi sekali gus dapat melaksanakan kembali program bantuan rakyat diperkenalkan kerajaan BN sebelum ini Pre...
Memungkiri Janji Kepada Anwar Hanya Mencemar Nama Tun M Sebagai Negarawan

Memungkiri Janji Kepada Anwar Hanya Mencemar Nama Tun M Sebagai Negarawan

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 371 hits
Janji wajib ditepati dan di dalam Islam mereka yang mungkir janji tergolong sebagai munafik Dalam pepatah Melayu pula selalu disebut lembu dipegang pada tali manusia dipegang pada janji Bermakna dalam apa keadaan sekali pun janji mesti dite...
Lencun50 Cukai Petrol Capati Janji Subsidi Petrol Sekarang Kena Kan Cukai Petrol Pula

Lencun50 Cukai Petrol Capati Janji Subsidi Petrol Sekarang Kena Kan Cukai Petrol Pula

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 376 hits
Saya baca pengiraan dibuat Rafizi Ramli dan dia sendiri mengesahkan kerajaan PH kini sedang mengutip cukai petrol dari Rakyat setiap hari Saya juga bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Wee Ka Siong Jika kementerian kewangan berani capatika...
Jika Benar Mahu Tunai Janji Serah Kuasa Kepada Anwar Untuk Apa Lagi Tun M Perlu Sokongan 36 Ahli Parlimen Bn

Jika Benar Mahu Tunai Janji Serah Kuasa Kepada Anwar Untuk Apa Lagi Tun M Perlu Sokongan 36 Ahli Parlimen Bn

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 419 hits
Bersama dengan tindakan keluar parti enam Ahli Parlimen UMNO baru baru ini terdedah sesuatu yang tidak dijangka oleh kita semua iaitu wujudnya akujanji atau akuan bersumpah melibatkan 36 Ahli Parlimen BN untuk menyokong Tun Mahathir Mohamad...
Rakyat Resah Isu Ptptn Anwar Jamin Timbang Semula Keputusan Maszlee Wan Saiful

Rakyat Resah Isu Ptptn Anwar Jamin Timbang Semula Keputusan Maszlee Wan Saiful

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Keresahan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional akan diadukan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaan kaedah bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual berm...
Gagal Tunai Janji Bina Tandas Anak Buat Laporan Polis Agar Bapanya Ditangkap

Gagal Tunai Janji Bina Tandas Anak Buat Laporan Polis Agar Bapanya Ditangkap

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 308 hits
Gagal tunai janji bina tandas anak buat laporan polis agar bapanya ditangkapKecewa janji dicapati seorang kanak kanak perempuan di India membuat aduan kepada polis agar bapanya ditahan kerana gagal membina sebuah tandas di dalam kediaman me...
Usul Anwar Ditolak Di Dewan Rakyat

Usul Anwar Ditolak Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 450 hits
Usul Anwar Ditolak Di Dewan Rakyat Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof hari ini menolak usul Anwar Ibrahim untuk membahaskan dan menyokong keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Se...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon