Selepas Dr Mahathir Adakah Anwar Atau Azmin Pilihan Rakyat



Perlu diingat Azmin ialah pilihan akar umbi PKR yang menang secara bertanding berbanding Anwar yang menang tanpa bertanding.
Timmy Say, Free Malaysia Today
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan berpegang pada janji untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2020. Di antara banyak-banyak janji manifesto yang gagal ditunai oleh Pakatan Harapan, inilah adalah janji yang bakal ditunaikan.
Rata-rata rakyat tahu betapa “tingginya” nilai sebuah janji, terutamanya janji yang keluar dari mulut ahli politik Malaysia.
Andaikan Dr Mahathir sememangnya bersedia untuk melepaskan jawatan pada tahun 2020, apakah Anwar akan “bersedia” dari segi imej, integriti dan kedudukan politik untuk menerimanya ketika itu?
Lebih penting lagi, apakah rakyat akan bersetuju untuk menerima Anwar sebagai PM?
Cara pengendalian pemilihan PKR yang terpalit dengan pelbagai kontroversi telah menimbulkan rasa was-was rakyat terhadap kepimpinan Anwar.
Contohnya, bagaimanakah Anwar boleh membisu dan membiarkan Rafizi Ramli mengumumkan cai yang termasuk anaknya Nurul Izzah ketika berkempen terhadap Datuk Seri Azmin Ali? Sesiapa pun tahu sistem cai sebeginilah yang memecahkan parti kerana ia menggalakkan undi kepada kem, bukannya berdasarkan prestasi individu.
Selain itu, rakyat juga tertanya-tanya kenapa Anwar membisu apabila Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution yang sepatutnya bersifat nuetral dalam mengendalikan proses pemilihan secara terang-terangan berkempen untuk Rafizi? Bukankah ini sejenis salah guna kuasa?
Bukan itu sahaja, cara Anwar mengumumkan pelantikan Rafizi sebagai naib presiden dan Saifuddin kekal sebagai setiausaha agung PKR turut menyebabkan rakyat garu kepala.
Meskipun Anwar berkata keputusan itu adalah keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR, rakyat tertanya-tanya siapakah yang hadir dalam mesyuarat tersebut selepas Azmin dan ketua Wanita PKR membantah keputusan itu secara terbuka.
Persoalan yang lebih utama ialah mengapakah Anwar perlu mengumumkan pelantikan itu ketika Azmin sedang bercuti di Maghribi setelah ia tertangguh sekian lama?
Perlu diingat Azmin ialah pilihan akar umbi PKR yang menang secara bertanding berbanding Anwar yang menang tanpa bertanding.
Kesemua peristiwa yang berlaku dalam PKR ini memberikan imej yang sangat negatif terhadap kepimpinan Anwar. Rakyat yang rasional akan bertanya, apakah ini cara Anwar akan mentadbir negara?
Tahun 2019 akan menjadi tahun yang mencabar bagi Anwar dan PKR. Pertama, hubungan Anwar dan Azmin sudah tidak lagi seperti dulu.
Rafizi mendedahkan bahawa Azmin pernah meminta Anwar supaya memberikannya jawatan presiden PKR ketika beliau melawat Anwar di Turki sejurus selepas pembedahannya sedikit masa lalu. Anwar tidak pernah menafikan pendedahan Rafizi itu.
Persoalan lebih utama ialah bagaimanakah Rafizi boleh mengetahui perkara yang sebegitu sulit, iaitu perbualan antara 2 individu melainkan salah seorang mereka khianat?
Bukan itu sahaja, terdapat satu klip audio mirip suara Anwar yang tersebar luas yang menuduh Azmin sebagai barua Dr Mahathir juga menguatkan persepsi bahawa hubungan Anwar dan Azmin telah retak.
Meskipun dilawan Anwar dan terpaksa menghadapi sistem pemilihan yang tempang kerana pengendalinya berpihak kepada Rafizi, Azmin dan pasukannya tetap menang.
Masalah kedua Anwar ialah beliau telah kehilangan penguasaannya terhadap PKR. Azmin menguasai PKR dari atas ke bawah dan Anwar hanya mendapat jawatan presiden.
Melantik Rafizi dan Saifuddin kembali ke jawatan penting adalah helah terakhir untuk menunjukkan kepada khalayak di luar bahawa ‘beliau adalah bos PKR”, bukan timbalannya.
Namun helah ini tidak akan berupaya menghalang Azmin.
Mereka yang mengikuti politik Azmin tahu bahawa beliau akan bertindak balas. Ini masalah ketiga Anwar. Apakah “Langkah Azmin” seterusnya?
Azmin tahu masa depannya bersama Anwar dalam PKR sudah malap. Rekod beliau dalam permainan politik sedemikian memang cemerlang. Anwar sudah tentu tidak lupa bagaimana Azmin berjaya menjadi menteri besar Selangor meskipun tanpa restu parti.
Apakah Azmin akan mengulangi “stuntnya” menjadi menteri besar Selangor yang akan menyebabkan Anwar berputih mata pada 2020?
Berdasarkan persepsi terhadap Anwar, Azmin dan cara PKR ditadbir setakat ini, nampaknya rakyat tidak akan kisah jika Azmin mengulangi “stunt” itu sekali lagi pada tahun 2020 nanti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/12/31/selepas-dr-mahathir-adakah-anwar-atau-azmin-pilihan-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dengan Sokongan Dr Mahathir Apakah Azmin Mampu Merampas Pm Ke 8 Dari Anwar Ibrahim

Dengan Sokongan Dr Mahathir Apakah Azmin Mampu Merampas Pm Ke 8 Dari Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 669 hits
Walaupun Dengan Sokongan Dr Mahathir Laluan Azmin Mahu Merampas PM Ke 8 Dari Anwar Ibrahim Tidak Semudah Yang Di SangkaSecara kebetulan atau memang di rancang bersekali dengan khabar angin mengenai konon rapuhnya kedudukan Anwar Ibrahim seb...
Mahathir Akan Tubuh Bn 2 0 Anwar Ibrahim Kekal Bakal Pm Dulu Kini Dan Selamanya

Mahathir Akan Tubuh Bn 2 0 Anwar Ibrahim Kekal Bakal Pm Dulu Kini Dan Selamanya

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 569 hits
Iklim politik Malaysia semakin susah nak di ramalkan Walau pun cuba di nafikan oleh Dr Mahathir tapi umum tahu Dr Mahathir di kawal sepenuhnya oleh DAP dalam menjalankan pentadbiran negara Satu keadaan yang langsung tak boleh di terima oleh...
Mahathir Vs Anwar Siapa Lebih Pertahankan Melayu Islam Agenda Sama Rata Dap

Mahathir Vs Anwar Siapa Lebih Pertahankan Melayu Islam Agenda Sama Rata Dap

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 362 hits
KONSPIRASI JATUHKAN ANWAR KALI 2Mahu tidak mahu saya terpaksa menulis hakikatnya yg berlaku dlm keluarga PH bahawa konspirasi utk menidakkan Anwar menjadi PM ke 8 benar2 berlaku di kalangan pasukan PH sendiri Mula2 saya hairan kenapa sebaha...
Pm Ialah Mahathir Tetapi Yang Disalahkan Anwar

Pm Ialah Mahathir Tetapi Yang Disalahkan Anwar

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 300 hits
KONSPIRASI JATUHKAN ANWAR KALI 2 Mahu tidak mahu saya terpaksa menulis hakikatnya yang berlaku dlm keluarga PH bahawa konspirasi untuk menidakkan Anwar menjadi PM ke 8 benar benar berlaku di kalangan pasukan PH sendiri Mulanya saya hairan k...
Prestasi Mahathir Dikatakan Menurun Setakat Mana Mereka Kecewa Atau Sebenarnya Pakat Tepuk Tangan

Prestasi Mahathir Dikatakan Menurun Setakat Mana Mereka Kecewa Atau Sebenarnya Pakat Tepuk Tangan

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 486 hits
Pertama kena tahu kena lihat kena dengar pihak mana yang memberi kenyataan tersebut Kemungkinan ia berlawanan dengan apa yang dimaksudkan PRESTASI menaik dan tinggi APA yang mereka mahu SEBENARNYA dari Tun Suka diingat kepada golongan ini j...
Spekulasi Hubungan Tun Mahathir Dan Anwar Boleh Diredakan Dengan Dua Tindakan Ini

Spekulasi Hubungan Tun Mahathir Dan Anwar Boleh Diredakan Dengan Dua Tindakan Ini

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 553 hits
Kecuali dirinya sendiri tidak ada sesiapa yang lain yang betul betul pasti apa yang ada dalam hati dan pemikiran Tun Mahathir Mohamad tentang peralihan kuasa daripada beliau kepada Anwar Ibrahim Tun Siti Hasmah Mohd Ali pegawai pegawai Tun ...
Dr Mahathir Boleh Digulingkan Melalui Pilihan Raya

Dr Mahathir Boleh Digulingkan Melalui Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 338 hits
Usaha menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri boleh dilakukan tetapi perlu menerusi pilihan raya umum Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu bagaimanapun berkata beliau tidak menerima apa apa maklumat berhubung usah...
Rakyat Sudah Kecewa Dengan Kerajaan Ph Apa Yang Perlu Mahathir Perlu Buat

Rakyat Sudah Kecewa Dengan Kerajaan Ph Apa Yang Perlu Mahathir Perlu Buat

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 582 hits
Dr M perlu lakukan sesuatuSUNGAI PETANI Tiada perancangan dan hala tuju jelas ke arah Malaysia Baharu menyebabkan rakyat mula kecewa dengan kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan ketika ini Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah Dato Jo...
Tahukah Anda Status T4lak Ketika Isteri H4mil Adakah T4lak Itu Sah Atau Tidak Rileks Media

Tahukah Anda Status T4lak Ketika Isteri H4mil Adakah T4lak Itu Sah Atau Tidak Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 394 hits
Bekas suami saya telah melafazkan ce rai terhadap saya dihadapan adik adik saya serta bapanya Ketika itu saya sedang hamil 7 bulan Adakah sah talak sekiranya dilafaz kepada isteri yang sedang ha mil Soal Jawab 1 Assalamualaikum wbt Pada per...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Masjid 99 Kubah Asmaul Husna Makassar Sulawesi

Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024