Jangan Tertukar Cara Baca Pregnancy Test Drug Test
Jangan Tertukar Cara Baca Pregnancy Test & Drug Test | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca tersayang. Jangan pelik dengan tajuk entry Sha pada hari ini kerana Sha hanya ingin berkongsi pengalaman apabila bertugas sama ada di pameran antidadah atau semasa berurusan dengan jabatan lain yang memerlukan ujian saringan air kencing pegawai dan kakitangan juga berhadapan dengan pelajar dan orang awam masih ada yang tidak kenal dan tidak tahu membaca kertas jalur saringan ujian air kencing yang ada
Kertas jalur ujian saringan dadah dalam air kencing
Kertas jalur ujian dadah diatas berlabelkan mengikut jenis atau kategori dadah. Contoh diatas adalah mewakili jenis dadah Morfin (MOP), TetrahydroCannabinol (THC), Methamphetamine (METH), Amfetamin (AMP) . Untuk mendapatkan bacaan bagi kertas jalur ujian dadah ini adalah dengan mencelup bahagian bawahnya ke dalam air kencing dan di bahagian CT akan menunjukkan perubahan selepas tindak balas. Jika 2 jalur hadir ia menunjukkan keputusan saringan adalah negatif manakala jika hanya 1 jalur yang ada ianya adalah positif
Kertas jalur ujian kehamilan
Kertas jalur ujian pula adalah bertentangan dengan bacaan jalur kertas ujian saringan dadah. Dengan cara yang sama tetapi jika tindak balasnya mengeluarkan 2 jalur.. TAHNIAH ! InsyaAllah 9 bulan nanti bayi comel akan hadir dalam hidup. Jika 1 jalur sahaja korang boleh cuba lagi, sabar tau.
Jadi korang jangan keliru selepas ini, keputusan ujian air kencing untuk kedua-dua tujuan ini adalah bertentangan jalurnya. Setiap kali ujian urin dijalankan ke atas korang, korang wajib untuk melihat sendiri proses ujian dijalankan kerana ianya merupakan prosedur dan hak korang untuk memastikan ujian dijalankan secara telus.
Di sini suka Sha ingatkan peliharalah diri masing-masing, peliharalah orang-orang tersayang kita daripada terjebak dengan gejala tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah ini. Dadah memang tidak mengenal korang siapa, pendidikan tinggi mana, kerja apa, umur berapa, latar belakang macam mana. Hal ini berdasarkan statistik yang ada wujud pelbagai latar belakang. Asalnya kehidupan bermula dengan baik kemudian tersalah langkah dihujung usia pun tidak terkecuali. Semoga kita, keluarga dan semuanya dipelihara daripada gejala tidak sihat dan hidup secara sihat jauh daripada anasir tidak baik.
Pada yang sudah terlibat cubalah kurangkan pengambilan dan terus berusaha untuk menjauhi dadah dan pengaruh rakan lain. InsyaAllah korang boleh, kepulihan korang adalah sepanjang hayat bukan suatu yang mudah. Pokok pangkalnya kemahuan korang sendiri untuk berubah, orang sekeliling yang menasihati hanyalah sokongan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shalimaryusof.com/2019/07/cara-baca-pregnancy-test-dan-drug-test.html