Jangan Ambil Mudah Dengan Sakit Sembelit Dan Cara Untuk Mengatasi Sembelit


Jangan Ambil Mudah Dengan Sakit Sembelit Dan Cara Untuk Mengatasi Sembelit || Salam semua, rasa nak buat coretan la kat blog ni, sebenarnya tak tahu sakit apa pun,sampai lah buat keputusan nak pergi hospital. Sebab sebelum ni pun macam ada tanda - tanda tak menyenangkan bahagian tepi bawah perut sikit, macam terasa menyucuk - nyucuk huu. Itu pun dah lama tapi buat tak tahu. Ikutkan macam - macam terbayang dalam fikiran ni, ya lah penyakit ni dah pelik - pelik sekarang. Lebih - lebih penyakit orang perempuan ni.


Pergi hospital kena set appointment dulu bila nak pergi jumpa doktor, maklum lah kan hospital kerajaan, ni ramai yang sakit dan yang dah buat appointment tu , mereka didahulukan huu.

Pergi hospital baru tahu betapa pentingnya nikmat sihat yang Allah bagi yang selalu kita terlepas pandang. Pandang sana sini yang sakit, ya Allah lemah semangat kita. :(.

Setelah tiba hari yang dijanjikan nak jumpa doktor, feeling rasa lain macam, dalam kepala ni tak usah cakap terbayang macam - macam sakit dah. Rasa macam kemurungan pun ada asyik fikir hal sakit. :(

Aduh lemah semangat betul bunyi sakit. Padahal tak tahu sakit apa pun lagi. Nasib jumpa dengan doktor perempuan. Bagi tahu dia macam ada rasa menyucuk kat bahagian bawah pinggang sikit.

Kemudian, macam - macam soalan keluar daripada mulut doktor. kencing berapa kali, membuang pun berapa kali. Period ok ke tak. Semua tu, doktor nak diagnose kita sakit apa sebenarnya.

Keputusan Ujian Air Kencing Dan X-Ray

First, pergi ambil ujian air kencing. Berdebar jugak tunggu result. Alhamdulillah, selepas doktor check tak ada apa, cuma kita pulak yang takut pergi cakap bukan apa doktor risau dengan penyakit berkaitan dengan orang perempuan :D.

Kemudian doktor cadangkan buat X- Ray kat bahagian bawah pinggang. Dah lama tak buat x-ray, dulu kena pegang besar gedabak bawak pergi jumpa doktor kan. Sekarang di hujung jari, klik - klik dah sampai kat komputer di bilik doktor.

Rupanya baru nampak situ bila doktor cakap ada najis. Emm terus rasa.. memang  dah betul apa yang doktor nak jangka tu. Akui diet pemakanan ke laut sikit. huu. Kekurangan pengambilan fiber dalam diet kita itu yang jadi najis melekat tak nak keluar tu, dan boleh asbab nak sakit sembelit.

Doktor bagi tarikh lain untuk temujanji selepas 1 bulan.

Semua Ubat Jenis Cecair 



Walaupun dengar sembelit, orang kata ala sembelit jerr pun tak ada lah sakit serius sangat, jangan pandang ringan tau walaupun sembelit. Boleh jadi parah. Teringat balik pengalaman pergi jumpa doktor bulan 2 yang lepas.

Dapat ubat semua jenis cecair untuk minum tak ada pun dalam bentuk pil. Doktor ada bagi ubat untuk melembutkan najis. Ada satu ubat tu manis macam gula, dah macam minum air gula. Dah la pekat. huu. Nak telan tu main sikit - sikit.

Sambil makan ubat, pemakanan pun kena jaga. Alhamdulillah selepas 1 bulan pergi jumpa balik doktor, dan cakap kat dia tak ada dah rasa macam cucuk -cucuk tu membuang pun elok dah. Sebelum ni macam ada menyucuk tu rasa tak terlintas pun sembelit, sampailah nampak dengan mata sendiri selepas x- ray. huu

Begitulah sedikit cerita pengalaman pergi jumpa doktor.

Jangan Ambil Mudah Dengan Sembelit 



Ada sesiapa kat sini yang pernah sembelit. Rasa sakit setiap kali ingin membuang air besar pasti menyeksakan sesiapa saja, malah menyebabkan pelbagai implikasi. Sembelit memang amat menyakitkan dan dialami orang dewasa mahupun bayi dan kanak-kanak. Bagaimanapun, cara hidup sihat dan aktif boleh membantu melegakan dan mengurangkan sakit akibat sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali seminggu dan golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih berisiko mengalami sembelit.

Najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul namun ramai penghidap sembelit perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluarkan najis.

Sembelit menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap sakit perut.

Ia juga boleh menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan selain sukar menumpukan perhatian, mudah mengantuk, malas, kelesuan yang kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Boleh Mendatangkan Risiko Penyakit Termasuk Kanser 



Jika tidak diatasi dengan betul, sembelit menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai. Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan dengan sempurna dari tubuh secara cekap. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar dan kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan selain apendiks mengalami keradangan.

Selain itu, mengalami masalah sembelit yang berpanjangan turut menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.

Abaikan Isyarat Nak Membuang Air Besar Punca Utama Sembelit



Ada pelbagai punca sembelit namun yang paling utama ialah apabila sering mengabaikan isyarat membuang air besar iaitu kerap menahan pembuangan najis. Mesti ada ni kan, buat tak tahu rasa nak membuang tapi suka lengahkan.

Ramai yang menangguhkan buang air besar kerana terlalu sibuk atau leka dengan satu-satu perkara. Lama kelamaan ia akan menjadi tabiat yang boleh memberi kesan negatif kepada diri. Kurang minum air dan makanan tinggi serat juga boleh menyebabkan sembelit.

7 Cara Untuk Mengatasi Sembelit



1. Banyakkan minum air 

Banyakkan minum air, sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Cara paling mudah adalah dengan memerhati isyarat tubuh dan minum apabila mula terasa dahaga. Jika air kencing mula berwarna kuning pekat, banyakkan minum air.

2. Diet Pemakanan Yang Sihat. Banyakkan makanan fiber

Sebenarnya gaya pemakanan yang sihat dan betul, seseorang itu tidak akan mengalami sembelit. Jadi, makan lebih banyak serat termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayuran sehari.

3. Bersenam Secara Kerap 

Lakukan senaman secara kerap. Di samping mengurangkan tekanan, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisme dan apabila metabolisme meningkat, proses untuk membuang air besar juga semakin pantas.

4. Buang Air Besar Dengan Mencangkung

Buang air besar dengan mencangkung kerana ia mudah membantu mengeluarkan najis dari dubur berbanding cara duduk. Berbaring dan kaki dinaikkan ke atas juga merangsang otot untuk membantu mengelakkan sembelit.

5. Pengambilan Makanan Herba Seperti Halia Dan Kunyit 

Mengambil makanan herba seperti halia dan kunyit yang boleh menguatkan fungsi hati, juga membantu mencegah sembelit.

6. Jauhi Rokok 

Jauhi rokok kerana perokok tegar mudah mengalami sembelit.

7. Belajar Untuk Menangani Tekanan 

Biasa dah dengar kalau sakit - sakit ni ada kaitan jugak dengan tekanan kan. Belajar menangani tekanan. Tekanan yang tidak terkawal boleh memberi kesan kepada fungsi badan.

Sembelit Boleh Penyebab Buasir 

Sembelit yang kronik sememangnya menyakitkan dan boleh menyebabkan buasir.Faktor pemakanan antara elemen yang memainkan peranan penting penyebab buasir.

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan selain pastikan minum air secukupnya supaya proses pembuangan air besar berjalan lancar.

Namun, sekiranya penghidapnya tidak dapat menahan rasa kesakitan melampau, langkah terbaik segera bertemu doktor bagi mendapatkan ubat yang dapat membantu mengatasi sembelit.

Ubat melembutkan najis akan diberikan bergantung kepada keseriusan masalah yang dialami itu. Berasa macam nak mari tanda - tanda sembelit tu, check balik apa yang kita makan ya.

Baca sini >>> 6 Sebab Utama Gigi Terlalu Kuning
Baca sini >>> 4 khasiat jambu air yang sangat bagus untuk kesihatan yang patut anda tahu
Baca sini >>> Penyakit Gout || Berhati - Hati Dengan Peningkatan Paras Asid Urik Dalam Badan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/07/jangan-ambil-mudah-dengan-sakit-sembelit-dan-cara-untuk-mengatasi-sembelit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersalin Confirm Sakit Cara Ni Boleh Kurangkan Contraction Mudah Beranak

Bersalin Confirm Sakit Cara Ni Boleh Kurangkan Contraction Mudah Beranak

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 381 hits
Bila disahkan hamil automatik perasaan teruja itu ada dalam diri setiap wanita Namun nak melalui fasa mengandung dan melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah Ada yang mengalami alahan teruk dan ada juga yang mengalami pelbagai masalah kesihat...
Cara Mendaftar Publisher Mobicow Dengan Mudah

Cara Mendaftar Publisher Mobicow Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 441 hits
Cara Mendaftar Publisher Mobicow Dengan Mudah INGIN tahu tentang rahsia menjana pendapatan lumayan dengan iklan Mobicow Apa itu iklan Mobicow Mesti anda sendiri pernah memasang sendiri dengan iklan Mobicow ini Mobicow merupakan salah satu p...
Mama Jangan Cepat Bebel Bila Anak Tak Fokus Mudah Mengamuk Beri Anak Kita Masa Otaknya Tak Sama Dengan Kita

Mama Jangan Cepat Bebel Bila Anak Tak Fokus Mudah Mengamuk Beri Anak Kita Masa Otaknya Tak Sama Dengan Kita

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 396 hits
Berbuih mulut mama suruh buat itu dan ini bagi arahan untuk mandi dan uruskan diri sendiri tapi anak buat buat tak dengar saja Geram dan naik darah juga ibu dibuatnya Kalau sekali mungkin tak mengapa tapi berkali kali Ibu mana yang boleh be...
Cara Daftar Blog Di Webmaster Tools Dengan Mudah

Cara Daftar Blog Di Webmaster Tools Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 406 hits
Assalamualaikum kali ni Lokman nak kongsikan info yang sangat penting bagi para blogger Bagi pendapat saya kebanyakan blogger tahu untuk bina website tapi mungkin di kalangan anda tak pernah ambil tahu akan kepentingan webmaster tools untuk...
Cara Mudah Buat Tomyam Kaw Kaw Sedap

Cara Mudah Buat Tomyam Kaw Kaw Sedap

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 805 hits
Bila makan di kedai Thai menu yang tak pernah miss mestilah tom yam Bagai tak lengkap kalau makan tanpa tomyam Setiap orang memasak menu ni dengan cara yang berbeza Ada yang suka pedas ada yang suka lebih masam terpulang pada cita rasa masi...
Diet Keto Cara Sehat Dan Mudah Untuk Badan Ideal Anda

Diet Keto Cara Sehat Dan Mudah Untuk Badan Ideal Anda

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 393 hits
Hal yang wajib dilakukan untuk menurunkan berat badan adalah diet Ada berbagai macam jenis diet yang bisa dijadikan pilihan salah satunya adalah diet keto Ini adalah diet yang mencoba mengurangi konsumsi karbohidrat dan meningkatkan konsums...
Menarik Cara Ibu Ini Buat Untuk Anaknya Di Rumah Anak Mudah Tidur Kurang Meragam

Menarik Cara Ibu Ini Buat Untuk Anaknya Di Rumah Anak Mudah Tidur Kurang Meragam

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 521 hits
Susah hati jika anak sukar tidur malam Dahlah tidur lambat pantang bunyi sikit mesti terjaga dan menangis Kalau senang pujuk dan tidur semula okeylah tapi jika asyik merengek waktu tidur ibu dan anak pun boleh terganggu hingga ke pagi Sebag...
Prof Dr Muhaya Pesan Ajar Minta Maaf Bagi Pujian Cara Mudah Elak Anak Bergaduh

Prof Dr Muhaya Pesan Ajar Minta Maaf Bagi Pujian Cara Mudah Elak Anak Bergaduh

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 470 hits
Memang seronok apabila mempunyai anak ramai Tetapi bila anak anak sudah mula bergaduh memukul tidak mahu berkongsi barang dan mencubit semuanya jadi tidak indah Boleh dikatakan tidak ada bonding antara adik beradik Apabila tiadanya bonding ...
Bagasi My Cara Mudah Cari Hotel Mengadap Pantai Sekitar Terengganu

Bagasi My Cara Mudah Cari Hotel Mengadap Pantai Sekitar Terengganu

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 683 hits
Assalamulaikum semua Na na na ganu kita Sebut negeri Terengganu mesti terus terlintas keropok lekor nasi dagang ikan celup tepung dan sata ikan Lepas tu singgah ke Pasar Payang shopping kain batik songket atau pun makanan laut Tambah lagi K...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip