Jangan Terkejut Ada Orang Tak Tahu Apa Perkara Yang Boleh Membatalkan Puasa
Jangan Terkejut Ada Orang Tak Tahu Apa Perkara Yang Boleh Membatalkan Puasa | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan tak ada idea nak kongsi apa dengan korang jadi hari ini Sha cuma nak kongsi pasal dunia kerja Sha (klien salahguna dadah). Sempena bulan puasa yang mulia ini Sha dan rakan sekerja jalankan program agama bersama klien, untuk program hari ini Sha hanya menyediakan soalan ringkas kepada mereka iaitu 3 soalan iaitu :
Apakah pengertian puasa
Apakah perkara yang boleh membatalkan puasaSenaraikan Amalan Sunat Sepanjang Bulan Puasa
Selepas program Sha agak terkilan dengan jawapan yang diterima daripada klien yang mana sesetengah daripada mereka Sha bertanya secara terus. Kebanyakkan klien adalah berumur lebih kurang umur Sha sendiri dan ada jauh lebih tua, punya isteri dan anak-anak tetapi masih terpinga-pinga untuk menjawab soalan sebegini
Betullah untuk berubah bukan mudah jika ianya tidak hadir dari dalam diri sendiri dan tidak pulang kepada ajaran dan panduan pencipta kita. Bagaimana mahu tahu apa itu puasa dan topik-topik berkaitan puasa yang lain sedangkan puasa pun belum tentu. Astagfirullahalazim..
Tetapi dalam sudut positif Sha dan rakan-rakan mengambil tanggungjawab untuk menerangkan kembali kepada mereka jawapan untuk soalan-soalan diberikan disamping nasihat lain yang mereka boleh fikirkan dan baiki kembali
Alang-alang sudah tersebut tentang persoalan ini Sha kongsikan jawapan paling ringkas untuk mereka ketahui dan fahami
1. Pengertian puasa:Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu. Manakala puasa dari segi istilah syarak pula bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan pusa bermula daripada terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari yang di sertakan dengan niat . Puasa juga merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadhan
2. Apa perkara yang membatalkan puasa?Perkara yang membatalkan puasa ada tujuh perkara:
1) Makan dan minum. Batal sama ada sedikit atau banyak.
2) Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.
3) Sengaja muntah.
4) Persetubuhan. Sekalipun tidak mengeluarkan air mani.
5) Merancap. Yakni mengeluarkan air mani.
6) Datang darah haid atau nifas.
7) Gila dan murtad
Jawapan paling popular adalah korek hidung.oowhh noo..
Semuanya membatalkan puasa apabila dilakukan secara sengaja (kecuali gila), jika tidak sengaja, terlupa dan dipaksa, maka tidak batal.
3. Amalan sunat sepanjang bulan puasaAntaranya adalah seperti berikut :-
1. Solat Terawih2. Segera berbuka puasa apabila masuk waktu3. Bersahur dan melewatkannya sehingga waktu sahur habis
4. I'tikaf5. Membaca Al-Quran6. Bersedekah7. Perbanyakan doa8. Melakukan unrah9. Memberi makan untuk orang berbuka10. Mencari Lailatul Qadar
Semoga kita terus dapat memperbanyakkan ilmu dan Sha juga berharap dapat membantu mereka walaupun sedikit cuma. Jika kita marah pun mungkin tak dapat apa-apa dan tidak menyelesaikan masalah, mungkin dengan perkongsian yang kita beri kepada mereka ada bahagian juga untuk Sha sendiri. Korang jangan lupa selain doakan diri sendiri dan keluarga, doakan juga golongan yang menjauh daripada didikan agama dan hanyut dengan gejala dadah ini dapat kembali menjalani jadual hidup normal yang pernah mereka lalui dahulu
Ya, walaupun geram dengan mereka tetapi mana tahu suatu hari nanti dengan peringatan daripada kita dan doa daripada kita mereka akan menjadi lebih baik
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shalimaryusof.com/2019/05/jangan-terkejut-ada-orang-tak-tahu-apa-perkara-yang-boleh-batalkan-puasa.html