Jangan Sekadar Jadi Ibubapa Pada Anak Wujudkan Pasangan Bercinta Dalam Rumahtangga


Bila sudah punya anak, rumah tangga kita seolah-olah bertukar menjadi begitu keibubapaan. Walhal asas utamanya adalah membina rumah tangga bahagia penuh dengan rasa.
Selain memfokuskan misi utama pada anak-anak, jangan diabaikan pasangan kita. Berilah lebih masa bersama. Perkongsian Pn Sharifah Zahidah ini perlu diselami. Benar-benar belaka. Sebolehnya berikan ruang pada pasangan kita.

Kebahagiaan dalam rumahtangga adalah sumber kepada kekuatan hati kita dalam berhadapan dengan apa jua cabaran di luar sana.
Kalau rumahtangga itu sendiri goyah dan bermasalah, sehingga hilang sakinah, mawaddah dan rahmahnya – maka sekecil-kecil perkara pun akan menjadi beban yang besar buat kita.
Anak tumpahkan air kosong pun, boleh buat kita bertukar jadi singa. Anak kecil lambat mandi pun, kita marah seolah-olah dia buat dosa berjudi.

Anak sulung tanya soalan matematik yang dia tak faham, kita jawab soalan dia macam nak membaham.
Pasangan tutup pintu bilik ada bunyi, kita mengamuk macam dia bawa balik skandal seorang lagi. Semuanya jadi serba tak kena.
Lama kelamaan, sedikit demi sedikit, diri kita menjadi sakit. Rumahtangga sepatutnya berperanan sebagai medan yang menyembuhkan luka dan lelah kita dalam berhadapan dengan kehidupan. Supaya dengan rumahtangga yang dibina, hati dan emosi kita kekal kuat dan terjaga. Apapun cabaran hidup yang mendatang, kita kuat dan hadapi dengan tenang.
Sungguh malang sekali jika medan yang sepatutnya bersifat merawat itu sendiri yang menjadi medan kepada tenaga-tenaga jahat menular dan menyakiti diri kita yang akhirnya, menjadikan kita serba serbi tidak kena.

Kerana pentingnya rumahtangga menjadi medan kita merawat luka, setiap pasangan perlu BERUSAHA membina rumahtangga yang bahagia.
Bagaimana? Dengan sentiasa berusaha mengenali lenggok KEBAHAGIAAN pasangan kita. Semua ini, bermula dengan BERTANYA. Sekadar bertanya. Tetapi, LAZIMKAN ianya menjadi bualan berkala antara kita dan pasangan;
“Apa yang membuatkan awak bahagia? Apa yang membuatkan awak terluka? Boleh awak bantu saya fahami keperluan jiwa awak?”
Perlu lakukan secara berkala. Kerana, bulan ni mungkin jawapan dia A. Bulan depan, jawapan dia B. Jadi perlu selalu tahu dan berbual tentang ini.

Pasangan suami isteri perlu cipta atmosfera paling selamat untuk masing-masing mempamerkan sisi paling VULNERABLE dalam dirinya.
Vulnerability adalah antara perkara penting untuk kita ‘masuk’ dalam diri satu sama lain dan berusaha bersama seikhlas mungkin dalam membina rumahtangga bahagia. (Nanti kita sembang lanjut tentang vulnerability ini jika ada rezeki InshaALLAH).
Tetapi, jika rumahtangga yang sudah bergolak pun tetap pasangan rasa, “Eh I rasa kita okey je, perfectly married and flowing good..” Maka, rumahtangga kita dalam mode red flag sebenarnya.
Kita ini, selagi boleh usahakan membina rumahtangga bahagia, binalah. Rumahtangga bahagia bukan ilusi, bukan fantasi TV3. Ianya boleh diwujudkan jika kita berusaha ke arah itu. Rumahtangga bahagia memang ada. Yang tak ada, adalah rumahtangga sempurna.

Walaubagaimanapun. Rumahtangga ini, jika sudah terlalu kelat sehingga tidak mampu ke arah bahagia, SEKURANG-KURANGNYA selamatkan rumahtangga jangan sampai ia jadi PUNCA DERITA. At least, rumahtangga itu ‘neutral’. Ia masih boleh diselamatkan.
Adapun rumahtangga yang sudahlah tidak bahagia, menjadi pula sumber derita. Hendak dibaiki tidak jumpa punca; maka berdoalah kepada ALLAH agar ditunjuki jalan keluar yang Dia redha.
Jangan sampai rumahtangga jadi punca semuanya serba tak kena. Di rumah tak bahagia. Depan anak-anak jadi singa. Di tempat kerja jadi tak berguna. Balik kampung cuma menyendiri setiap masa. Setiap pagi dan malam bertemankan air mata. Isu kecil pun dah jadi macam masalah dunia.

Maka, tak perlulah menyeksa diri dalam situasi ini. Carilah bahagia sendiri, samada dalam keadaan berpasangan, mahupun berseorangan. Yang penting, kunci itu terletak pada kemahuan hati kita. Jangan salahkan sesiapa. Yang paling penting, jangan memangsakan anak-anak kita dengan isu kita laki bini. Ini paling ‘jangan.’ Hargailah ikatan rumahtangga kita.
Binalah bahagia BERSAMA. Jangan sekadar berumahtangga untuk menjadi ibu dan bapa. Tetapi wujudkanlah ‘pasangan bercinta’ dalam rumahtangga kita. Kita watak utama dalam rumahtangga kita. Mainkanlah peranan sebaiknya.
Allahualam.

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma
The post Jangan Sekadar Jadi Ibubapa Pada Anak, Wujudkan ‘Pasangan Bercinta’ Dalam Rumahtangga! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-sekadar-jadi-ibubapa-pada-anak-wujudkan-pasangan-bercinta-dalam-rumahtangga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Main Tunjuk Jangan Terus Beli Ini Cara Pilih Mainan Bantu Rangsang Otak Anak

Anak Main Tunjuk Jangan Terus Beli Ini Cara Pilih Mainan Bantu Rangsang Otak Anak

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 184 hits
Mainan sememangnya baik untuk perkembangan anak anak kita Jangan lokek untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk belikan mainan anak Namun jangan terus beli bila anak mahu sebaliknya kenal pasti dahulu mainan jenis mana yang terbaik untuk anak...
Basuh Tapi Jangan Spin Nak Mudah Basuh Mainan Anak Guna Mesin Basuh Jimat Masa

Basuh Tapi Jangan Spin Nak Mudah Basuh Mainan Anak Guna Mesin Basuh Jimat Masa

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 189 hits
Mainan anak tak dinafikan memang banyak habuk dan bila anak kita yang kecil pegang sudah semestinya dia akan masukkan ke dalam mulut Banyak sangat bakteria terkumpul Selain rendam dalam baldi dan kemudian dibasuh bersih idea ibu ini yang me...
Potret Paspampres Siapkan Pengamanan Vvip Jelang Pernikahan Kaesang Anak Jokowi

Potret Paspampres Siapkan Pengamanan Vvip Jelang Pernikahan Kaesang Anak Jokowi

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 210 hits
Putra bungsu Presiden Joko Widodo Kaesang Pangarep akan menikahi Erina Sofia Gudono pada 10 Desember 2022 Sejumlah persiapan pun telah dilakukan sejak jauh jauh hari Tidak terkecuali persiapan Paspampres dalam pengamanan VVIP Melansir dari ...
Mak Ayah Jangan Salah Beli Lampin Pakai Buang Elak Risikokan Anak Pilih Bebas Klorin

Mak Ayah Jangan Salah Beli Lampin Pakai Buang Elak Risikokan Anak Pilih Bebas Klorin

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 253 hits
Satu hal yang membuatkan kita teramat bimbang bila mana anak mudah terkesan dengan pemilihan lampin pakai buang yang tidak sesuai Malah alahan pada lampin pakai buang melecet ruam dan sebagainya merupakan masalah kulit biasa yang dihidapi a...
Wujudkan Kota Layak Anak Pemkot Pasuruan Gelar Sosialisasi Pembentukan Apsai

Wujudkan Kota Layak Anak Pemkot Pasuruan Gelar Sosialisasi Pembentukan Apsai

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 120 hits
Wali Kota Pasuruan Saifullah Yusuf secara resmi membuka Sosialisasi Pembentukan Asosiasi Perusahaan Sahabat Anak Indonesia Kota Pasuruan di Aula Bj Perdana Hotel Selasa
Jangan Sedih Kalau Anda Gugur Anda Juga Seorang Ibu Yang Lahirkan Anak Anak Syurga

Jangan Sedih Kalau Anda Gugur Anda Juga Seorang Ibu Yang Lahirkan Anak Anak Syurga

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 126 hits
Melalui facebook Tiffany dari US yang keguguran bayi dia telah memuatnaik gambar anaknya yang telah meninggal Apa tujuan dia sebenarnya Dia ingin menyampaikan pesanan kepada semua ibu diluar sana bahawa jangan bersedih sekiranya anda pernah...
Hiburan Anak Anak Dan Mak Pun Suka Dia Shuib Minta Netizen Jangan Pertikai Keputusan Pilih Watie Sebagai Calon Isteri

Hiburan Anak Anak Dan Mak Pun Suka Dia Shuib Minta Netizen Jangan Pertikai Keputusan Pilih Watie Sebagai Calon Isteri

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 229 hits
Pelawak dan juga usahawan sejak kebelakangan ini menjadi tumpuan warga maya setelah dia dikatakan menjalinkan hubungan mesra bersama seorang usahawan wanita bernama Watie Ini berikutan tularnya video video Shuib dan anak anak keluar bersama...
Perlukah Ibubapa Mencutikan Anak Mereka Lebih Awal

Perlukah Ibubapa Mencutikan Anak Mereka Lebih Awal

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 226 hits
Minggu ini cuti sekolah bermula Ramai dalam kalangan rakan rakan saya seronok berkongsi mengenai pengisian sepanjang tiga minggu cuti sekolah ini Pentingnya bercuti sampai ada yang tanpa segan silu sanggup memontengkan sekolah anak beberapa...
Diam Jangan Mengada Menangis Bantu Anak Lepaskan Emosinya Tak Perlu Marah Marah

Diam Jangan Mengada Menangis Bantu Anak Lepaskan Emosinya Tak Perlu Marah Marah

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 193 hits
Hanya disebabkan kita sendiri berada dalam tekanan anak yang menangis kita minta dia berhenti kerana dikatakan mengada ngada Apa yang perlu mak ayah tahu anak menangis kerana dia mahu melepaskan emosinya Malah itu sajalah jalan baginya untu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia