Jangan Membebel Bahaya Otak Cepat Mengecut Mudah Sakit Nak Marah Cuba Senyum


Jangan membebel! Bahaya..Bunyi macam menakutkan tapi jika kita tak cuba ubah keadaan ini boleh memudaratkan diri. Tak kisahlah dari aspek emosi atau kesihatan.
Kadang dah tabiat seorang wanita untuk membebel. Tapi jika kita kawal mungkin boleh. Masalahnya ramai juga yang cakap kalau tak membebel, suami dan anak-anak susah nak dengar cakap.
Apa kata kita positifkan sikit ‘membebel ‘itu dengan pendekatan lebih baik. Jika buat berterusan aura positif juga akan kuat dalam diri kita. Perkongsian dari Puan Wawa Shauqi yang juga penulis The Pro Parenting ini sangat bermanfaat.
Tenang. Tarik nafas. Ini info yang agak scary untuk kita para wanita. Yang mudah meluah perasaan ke mulut.
Rasa Nak Membebel Tahan Mulut
Waktu Dr Rizal tunjuk gambar ni di Neuroversiti Conference, dan bercerita… saya telan ayaq liyuq. Terkenang, entah berapa kali otak saya jadi macam dalam gambar ni.

Ini adalah gambar imbasan otak.
Gambar kiri ni adalah otak kita bila kita RASA marah.
Gambar kanan adalah otak kita bila kita SEBUT apa yang kita marah. Lihat bahagian ‘emotional regulation’ mengecut begitu.
Maknanya lepas ni kalau marah, tahan mulut dari membebel. Bayangkan otak kita boleh merosot bila membebel.
Sebenarnya bukan otak je. Satu badan kita akan terkesan bila kita marah.
Bila kita marah, Amygdala dalam otak kita jadi aktif.
Amygdala aktifkan Hipotalamus.
Hipotalamus aktifkan kelenjar Pituitari.
Dan kelenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress, iaitu kortisol, adrenalin, noradrinalin.
Kortisol ini akan mengakibatkan otak kita kehilangan neuron di bahagian otak logik kita (korteks). Itu yang buat kita tak rasional bila marah.
Bukan di korteks je. Di hipokampus pun neuron kita habis mati kena bunuh. Menjadikan otak kita kurang kreatif dan pelupa sokmo.
Hormon gembira yang bernama serotonin pon hilang. Sampai kita lupa macam mana nak jadi gembira. Sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit hal nak mengamuk.

3 hormon stress yang jahat itu, akan buat kita:
– Sakit jantung
– Bertambah gemuk kerana metabolism badan menurun
– Kulit bertambah kedut
– Mulut kering
– Imun badan menurun, risiko kanser meningkat
– Bertambah rabun
– Migrain dan sakit kepala
– Tulang jadi kurang mampat.
Uwaaaa…scary gila!
Bukan membebel je tau! Luah perasaan kat Facebook pun sama juga. Kita yang membaca pun boleh ikut jadi stress. So avoid that!
Nak Marah Cuba Juga Senyum
Nasib baik Dr Rizal bagitau, kita boleh lawan peningkatan hormon stress dengan tambahkan hormon gembira.
Agak-agak badan dah mula bergegar marahkan suami, terus senyum. Anak mula tumpahkan air, senyum. Bila mulut rasa bergetar nak membebel, senyum.
Senyum paksa pun tak apa. Biar otot kita hantar signal untuk keluarkan hormon gembira.
Bila berjaya senyum, tarik nafas. Bernafas perlahan, supaya jantung kita yang rasa nak pecah tadi kembali berdegup normal.
Dr Rizal ada tunjuk satu gambar comel ni. Gambar tupai sedang peluk bunga kuning. Mukanya dilepek di atas kelopak bunga. Bukan main bahagia mukanya. Gambar tu ditangkap oleh wartawan NatGeo.
Rupanya, sebelum tu, tupai tu dikejar ular. Nasib tupai baik, ular tu masuk sungai dan tak naik-naik dah. Lepas dari tu, tupai tu segera cari sekuntum bunga untuk dipeluk. Habis peluk, dia berlalu dengan riang.
Rupanya, haiwan pun ada cara dia untuk meredakan emosi yang kacau.
Kita pun nampaknya kena jadi macam tu. Biasakan tengok benda indah. Lazimi mulut dengan kata-kata positif. Cari bau wangi untuk dicium.

Jangan Sebut Benda Yang Kita Tak Suka
Sebut benda positif yang nak anak kita jadi. Macam mak pak kita dulu, selalu panggil kita “Anak bertuah” bila diorang marah, kan.
“The brain has its own way to process language.
Words can change your gene.”
Betullah apa yang suami saya selalu sebut.
“Bila marah, jangan sebut benda yang kita tak suka anak buat. Sebut kualiti yang anak kita ada. Atau benda baik yang dia perlu buat.”
Jangan kata awak-awak. Saya sendiri pun rasa susah nak buat. Benda baik memang susah. Bila selalu praktis, insya Allah jadi mudah.
Jadi lepas ni, nampak anak bergaduh, peluk mereka.
Instead of cakap “Mama tak suka tengok korang gaduh”, tukar.
“Mama lagi suka tengok korang sayang-sayang.”
Instead of cakap “Kenapa yang malas sangat ni.”
Jeritlah dengan happy “Alangkah baiknya anak mama ini rajin membantu.”
Abang-abang kalau nampak isteri ketung-ketang-ketung-ketang hentam kuali, do something.
Nak nyanyi lagu Hindustan ke, nak puji ke, nak peluk ke, nak geletek ke. Buatlah apa-apa untuk usaha bagi muka bini keluar senyum dulu. Lepas tu tanya elok-elok kenapa hentam kuali sampai gitu sekali.
Lepas tu, pandai-pandai you all lah macam mana nak extend bahagia tu. Haha!
Wawa Shauqi
Yang Nak Jadi Awesome, Bertenang & Solehah.
t.me/wawashauqi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/10/jangan-membebel-bahaya-otak-cepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Sakit Tolong Jangan Dekat Dengan Bayi Nak Elak Si Kecil Kena Jangkitan Penyakit

Kalau Sakit Tolong Jangan Dekat Dengan Bayi Nak Elak Si Kecil Kena Jangkitan Penyakit

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 490 hits
Bayi yang baru dilahirkan memang belum cukup kuat sistem imunnya mereka lebih mudah dijangkiti virus atau penyakit yang berjangkit Oleh kerana itu ibu dan anak yang sedang berpantang memang tak digalakkan sangat berjumpa ramai orang Bukan a...
Mas Mbak Perawat Jangan Cepat Marah Dan Tersinggung

Mas Mbak Perawat Jangan Cepat Marah Dan Tersinggung

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 365 hits
Senyumperawat com Wali Kota Sibolga Syarfi Hutauruk berpesan kepada para perawat untuk selalu ramah Ia juga berpesan perawat jangan cepat marah atau tersinggung atas pasiennya tentang pentingnya keramahan dalam menjalankan jasa pelayanan di...
Next Time Bila Anak Cranky Restless Overwhelmed Jangan Terus Bagi Gajet Cuba Dulu Teknik Ini

Next Time Bila Anak Cranky Restless Overwhelmed Jangan Terus Bagi Gajet Cuba Dulu Teknik Ini

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 322 hits
Apabila melangkah sahaja ke alam keibubapaan anda pasti tahu setiap dilema yang dihadapi ibu bapa daripada pemilihan susu sekolah makanan dan pelbagai lagi keputusan yang perlu dibuat Membuat keputusan mengenai si kecil anda bukanlah mudah ...
Tak Nak Makan Nasi Kalau Tak Ada Telur Jangan Bagi Telur Saja Sorokkan Sayur Bagi Anak Lebih Zat

Tak Nak Makan Nasi Kalau Tak Ada Telur Jangan Bagi Telur Saja Sorokkan Sayur Bagi Anak Lebih Zat

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 1084 hits
Tanyalah mana mana ibu sekalipun pasti berdepan dengan masalah ini Anak terlebih suka makan telur goreng Senang bagi ibu tidak perlulah memasak makanan yang lebih berat untuk anak Namun jangan dibiarkan anak makan telur sahaja tambahkan sed...
Black Hanifah Nasihat Haneesya Hanee Jangan Cepat Melatah

Black Hanifah Nasihat Haneesya Hanee Jangan Cepat Melatah

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 325 hits
Mempunyai tona kulit yang seakan sama Black Hanifah menasihatkan pelakon baru Haneesya Hanee agar tidak cepat melatah dengan isu warna kulitnya Menurut The post appeared first on
Risiko Vbac Pertama Kali Nak Cuba Untuk Normal Selepas Czer

Risiko Vbac Pertama Kali Nak Cuba Untuk Normal Selepas Czer

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 469 hits
Hai Hallooooo Assalamualaikum Alhamdulillah dah masuk 36 minggu preggy adik baby sorang ni Pelbagai liku liku gitu Dah tua tua ni tak mudah rupanya nak mengandung Memang hebat lah mommy lain yang preggy usia hujung 30 an tu Salutee Hari ni ...
Jangan Cepat Pandang Negatif Anak Orang Suka Melompat Sana Sini Mungkin Dia Ada Adhd

Jangan Cepat Pandang Negatif Anak Orang Suka Melompat Sana Sini Mungkin Dia Ada Adhd

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 319 hits
Amirul kelihatan normal seperti kanak kanak lain di sekolahnya Walau bagaimanapun Amirul agak sukar memberikan tumpuan kepada pengajaran guru di kelas dan sering kelihatan seperti di dunianya sendiri Kelakuannya semakin menjadi jadi jika ti...
Sibuk Dan Tiada Masa Untuk Penjagaan Diri Jangan Risau Ini Tips Mudah Untuk Anda

Sibuk Dan Tiada Masa Untuk Penjagaan Diri Jangan Risau Ini Tips Mudah Untuk Anda

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 246 hits
Sesibuk mana pun kita kecantikan muka perlu dijaga kerana barkait rapat dengan kesihatan Ramai wanita di luar sana kurang mengambil berat tentang kesihatan diri sendiri kerana terlalu sibuk dengan rutin harian mereka Ada diantara wanita yan...
Dia Nak Kau Jadi Boyfriend Dia Netizen Marah Lelaki Ini Tak Faham Hint Kawan Perempuan Minta Carikan Suami

Dia Nak Kau Jadi Boyfriend Dia Netizen Marah Lelaki Ini Tak Faham Hint Kawan Perempuan Minta Carikan Suami

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 919 hits
Jodoh pertemuan semuanya telah ditentukan oleh Allah Kita sebagai hamba Nya perlu berusaha untuk mendapatkan jodoh yang terbaik untuk jadi teman seumur hidup kita Petang tadi seorang lelaki menerusi akaun Twitter beliau yang bernama Qiden t...
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Get 10 000 Social Ads Visits For Just 10

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Orimilk Susu Awal Lembu Kolostrum Dan Kalsium Terbaik Di Malaysia Buka Cawangan Di Kuantan