Marah Anak Dengan Perkataan Jangan Dah Tak Berkesan Asyik Dilarang Buat Anak Terasa Dikongkong


Ada cara yang lebih baik untuk mengatakan tidak kepada anak-anak. Sebenarnya anak kita tidak suka dengan perkataan, “Jangan”, “Tak Boleh”, atau “No”. Sebagai ibu atau ayah, kita pula mahukan yang terbaik serta mahu anak menjadi lebih berdisiplin. Apakah perkataan lain yang lebih sesuai untuk digunakan supaya anak-anak lebih mendengar kata. Kita sebagai ibu bapa pun tidak sakit hati.
Terlalu banyak mengatakan Tidak! kepada anak-anak akan membuatkan mereka memberontak. Apa kata anda cuba sepuluh ayat ringkas tetapi tepat untuk menggantikan perkataan Tidak!:-
1. Anak dan makanan manis tidak dapat dielakkan. Marah-marah pun tak guna, kerana anak tetap mahu juga.
“Mama tahu awak suka aiskrim (sebagai contoh), tapi kalau makan banyak sangat pun tak elok tahu?”.
Sambil itu, terangkan mengapa ia tidak baik untuk mereka.
Artikel Menarik: [Buat Anak Mahir Matematik, Suruh Dia Kira Telur Dalam Mangkuk. Mudah & Berkesan!]
2. Biasalah kalau anak bermain dengan makanan. Sama ada dia sedang belajar tentang makanan itu atau ia sebenarnya tidak balas normal kerana mereka pernah ‘terkena’ dengan makanan yang kurang merka suka.
“Makanan tu rezeki. Untuk dimakan, bukan untuk dibuat main Sayang.”
Kemudian anda boleh ceritakan keburukan membazir atau tunjukkan foto kanak-kanak yang kebuluran kepada mereka.

3. Anak gemar hancurkan permainan yang telah disusun cantik. Sebelum marah, lebih baik anda gunakan pendekatan yang lebih lembut.
“Janganlah jatuhkan lego yang Mama dah susun ni. Jom, Mama ajar macam mana nak main benda ni.”
Luangkan masa untuk susun permainan ini bersama-sama. Anak anda akan menghargai momen ini dan ia dapat merangsang kreativiti mereka.
Artikel Menarik: [Bercakap Biar Beralas, Jangan Sembarangan. Anak Dengar, Dia Ikut Padahal Tak Tahu Makna]
4. Jika anak anda dilihat sedang menarik ekor haiwan atau memetik daun atau bunga dengan kasar, terangkan kepada mereka akibatnya.
“Semua benda hidup nak membesar. Tak bolehlah kita kasar-kasar dengannya.”

5. Biasalah anak-anak bergaduh sesama sendiri. Ii pendekatan paling sesuai.
“Kita guna mulut, cakap elok-elok. Bukannya guna tangan.”
Bila anda berselisih faham, mereka cenderung untuk memukul antara satu sama lain. Jangan anda tambah pula, eloklah terangkan kepada mereka mengapa lebih elok bercakap dengan baik daripada berkasar.
6. Bila mereka tidak dapat apa yang diinginkan, mengamuk perkara biasa. Jangan anda menjerit sekali.
“Papa tak faham kalau awak menjerit macam tu. Cuba cakap macam biasa.”
Sebagai ibu bapa, kita harus bersabar dan kekalkan intonasi tenang ketika memujuk anak-anak.
7. Dari marah dan menengking, baik anda gunakan kata-kata humor untuk ‘marahkan’ anak anda.
“Jagalah dia. Mama datang ni nak tangkap dia!”.
Walaupun nampak seperti anda berlawak, terangkan kepada mereka. Jika sudah keluar ayat begitu, bermakna anda sedang marah walaupun ia diucapkan sambil anda ketawa. Biar mereka tahu, itu adalah ayat penegasan.

8. Perkara biasa anak minta untuk bermain telefon bimbit. Bila dah diberi, tak tahu nak pulang.
“Boleh tak kalau Papa nak handphone Papa semula? Adik main toy ni ya?”.
Anda boleh terangkan kepada mereka keburukan melihat telefon bimbit terlalu lama.
Artikel Menarik: [Nak Suruh Anak Belajar, Mak Ayah Kenalah Teman. Tak Peduli Buat Mereka Tak Ada Mood]
9. Anak-anak suka tanggalkan kasut bila di luar rumah. Itu normal.
“Eh, pakailah kasut. Di rumah boleh buka. Dekat luar kena pakai kasut sebab takut nanti cacing masuk dalam kaki Abang.”
Jangan terus dimarahi, terangkan kepada anak-anak mengapa penting untuk mengenakan kasut ketika di luar rumah.

10. Anak-anak sukakan perkara baharu. Habis semua benda mereka nak buat main walaupun ia berbahaya.
“Berhenti.” “Bahaya.” atau “Panas.”
Anda boleh gunakan penegasan begini jika mereka dilihat bermain sesuatu yang berbahaya atau tidak patut diusik.
Semoga tip kali ini dapat membantu anda semua. Selamat mencuba!
The post Marah Anak Dengan Perkataan JANGAN! Dah Tak Berkesan. Asyik Dilarang, Buat Anak Terasa Dikongkong appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/marah-anak-dengan-perkataan-jangan-dah-tak-berkesan-asyik-dilarang-buat-anak-terasa-dikongkong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Cara Nak Marah Anak Jangan Asyik Pukul Takut Anak Dendam Dalam Diam

Ada Cara Nak Marah Anak Jangan Asyik Pukul Takut Anak Dendam Dalam Diam

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 501 hits
Masa kanak kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia Masa ini merupakan tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa apakah dia akan menjadi manusia baik atau sebaliknya adakah dia akan jadi...
Asyik Marah Anak Bini Hati Rasa Tak Tenang Suami Kena Periksa Check List Ni

Asyik Marah Anak Bini Hati Rasa Tak Tenang Suami Kena Periksa Check List Ni

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 414 hits
Adakalanya dalam berumah tangga kita selalu rasa seperti tidak mencukupi dalam serba serba Hidup rasa tak tenang dan gelisah Balik ke rumah pula adakalanya rasa rimas dengan anak anak yang masih kecil Ada sahaja yang tidak kena pada pandang...
Jangan Marah Anak Panjat Belakang Masa Solat Waktu Ini Sifat Penyabar Ibu Ayah Diuji

Jangan Marah Anak Panjat Belakang Masa Solat Waktu Ini Sifat Penyabar Ibu Ayah Diuji

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 959 hits
Semasa solat itulah waktu kita berhubung secara langsung dengan Allah Tapi ada waktu tertentu kita tak mampu nak solat dengan khusyuk kerana terdapat sedikit gangguan atau pun perlu dipercepatkan kerana atas faktor tertentu Ibu bapa yang ad...
Kerap Bagi Gajet Anak Lambat Bercakap Nak Bagi Boleh Tapi Jangan Jadi Rutin

Kerap Bagi Gajet Anak Lambat Bercakap Nak Bagi Boleh Tapi Jangan Jadi Rutin

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 552 hits
Penggunaan gajet amat meluas dalam masyarakat kita Malahan sesetengah ibu bapa menggunakan gajet untuk membantu mereka mengawal anak yang lasak dan selalu mengamuk Sesekali jika berikan anak untuk menggunakan gajet menonton kartun atau bela...
Kematian Anak Ar Badul Jangan Buat Spekulasi Kata Mohamad Sabu

Kematian Anak Ar Badul Jangan Buat Spekulasi Kata Mohamad Sabu

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 551 hits
Mohamad Sabu foto FAREEZ FADZILKUALA LUMPUR Orang ramai diharap tidak membuat spekulasi tentang kematian pegawai komando dari 11 Gerup Gerak Khas Mejar Zahir Armaya akibat terkena tembakan Sebaliknya menurut Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ...
Macam Mana Rezeki Nak Berkat Kalau Asyik Burukkan Tempat Kerja Ini Cara Berkesan Atasi Sengketa Dengan Majikan

Macam Mana Rezeki Nak Berkat Kalau Asyik Burukkan Tempat Kerja Ini Cara Berkesan Atasi Sengketa Dengan Majikan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 712 hits
Mungkin ramai di kalangan mahasiswa universiti yang sudah tidak sabar untuk memasuki alam pekerjaan punyai profesion impian miliki wang kenderaan dan rumah Namun ternyata semua realiti tak seindah mimpi banyak perkara yang perlu dihadapi un...
Orang Kata Anak No 2 Nakal Sikit Jangan Banding Kena Caranya Dia Boleh Jadi Hebat

Orang Kata Anak No 2 Nakal Sikit Jangan Banding Kena Caranya Dia Boleh Jadi Hebat

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 404 hits
Betul ke orang kata anak no 2 pelik Ada yang kata anak kedua sering dikatakan mengalah kerana mereka perlu hormat kepada abang dan juga kakak serta adik adik Anak kedua juga dikatakan unik berbanding yang lain Mereka juga dikatakan berbeza ...
Bayi Mula Makan Jangan Excited Bagi Semua Jenis Serentak Barulah Anak Tak Memilih

Bayi Mula Makan Jangan Excited Bagi Semua Jenis Serentak Barulah Anak Tak Memilih

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 360 hits
Bila bayi dah mula makan ada sebabnya kenapa ibu tak digalakkan perkenalkan pelbagai makanan serentak kepada bayi Sebenarnya proses bayi mula belajar makan bermaksud dia sudah bersedia untuk diperkenalkan kepada pelbagai jenis rasa dan teks...
Selain Berpuasa Tasua Dan Asyura Jangan Lewatkan Lebaran Anak Yatim Di 10 Muharram Ini Haditsnya

Selain Berpuasa Tasua Dan Asyura Jangan Lewatkan Lebaran Anak Yatim Di 10 Muharram Ini Haditsnya

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 225 hits
Selain berpuasa menyantuni anak yatim adalah salah satu amalan sunah yang disarankan Rasul saat bulan pertama pada penanggalan Hijriah yakni saat bulan Muharram Saran Rasul menyantuni anak yatim selain puasa Asyura jadi tradisi yang disebut...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord