Jangan Lengah Percepat Dakwa Penceroboh Tanah Pahang


Oleh Siti Hafidah Abd GhaffarKonsesi perjanjian syarikat yang rugikan kerajaan negeri perlu dipulihkan
BANGI – Kerajaan negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan perlu membuktikan ketegasan dengan mendakwa pekebun haram durian Raub segera setelah mereka ‘dimalukan’ dalam kes semakan kehakiman oleh penceroboh.
Keputusan hakim mahkamah pada 23 Disember lalu jelas menyatakan penceroboh telah melakukan kesalahan menceroboh tanah kerajaan, kata Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masrizi Sat.
Beliau menegaskan, tanah-tanah yang diceroboh hendaklah dirampas kembali serta konsesi perjanjian syarikat yang didapati merugikan kerajaan negeri perlu dikaji dan dipulihkan kembali.
“Hak Veteran ATM, PDRM, NGO-NGO Islam, alim ulama komuniti Islam, pejuang-pejuang tanah air yang berjasa, usahawan Islam dan rakyat peribumi Melayu yang tidak punyai tanah hendaklah diberikan tanah dan peluang untuk membuat projek bersama dengan pihak kerajaan negeri.
“Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diharap dapat ditubuhkan oleh kuasa Tuanku agar kerja penyiasatan, pendakwaan dan pemutihan tanah yang diceroboh dapat dilaksanakan dengan telus, adil dan berintegriti,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.
Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan bahawa kerajaan negeri sudah cuai menjaga tanah sekali gus menyebabkan kerugian dan kerosakan teruk kepada kepupusan Tanah Rizab Melayu dan hutan simpan negeri.
Oleh itu katanya, mereka bertanggungjawab mengganti semula tanah-tanah yang diambil dengan nilai yang sama.
“Kerajaan negeri sepatutnya berterima kasih kepada keprihatinan NGO PEMBELA, Veteran ATM, PDRM, alim ulamak dan rakyat yang datang membantu bukannya bersikap sombong serta menganggap mereka sebagai pengacau yang menyusahkan kerajaan negeri Pahang,” katanya.
Rabu lepas, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang.
Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu dalam prosiding dengan hanya pihak terbabit dibenarkan masuk ke dalam mahkamah, difahamkan atas faktor penjarakan sosial dan peguam Siew Choon Jern yang mewakili semua plaintif memaklumkan keputusan tersebut kepada media selepas prosiding tamat.
Choon Jern berkata, mahkamah memberikan dua alasan menolak permohonan plaintif, iaitu pekebun terbabit tidak seharusnya membuat permohonan kebenaran semakan kehakiman kerana notis pengosongan dikeluarkan pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.
Mahkamah juga mendapati pekebun terlibat adalah penceroboh di tanah berkenaan, justeru sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman.
Bagaimanapun kumpulan pekebun haram di Raub didapati sudah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan, bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan Pahang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/jangan-lengah-percepat-dakwa-penceroboh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Peringanan Cukai Tanah 2020 Di Pahang Akan Di Lanjutkan Sehingga Ke Tahun Hadapan

Mb Peringanan Cukai Tanah 2020 Di Pahang Akan Di Lanjutkan Sehingga Ke Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 224 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang bersetuju peringanan atau pengurangan kadar cukai tanah yang diberikan pada tahun ini dilanjutkan sehingga tahun depan kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau berkata keputusan itu diputuskan...
Hujan Lebat Beberapa Jalan Terpaksa Di Tutup Akibat Insiden Tanah Runtuh Banjir Di Pahang

Hujan Lebat Beberapa Jalan Terpaksa Di Tutup Akibat Insiden Tanah Runtuh Banjir Di Pahang

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 437 hits
KUANTAN Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa jalan di Pahang terpaksa ditutup akibat tanah runtuh atau dinaiki air Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata Jalan Raub Bukit Fraser ditutup kepada semua ke...
Bukan Saja Raub Hampir Seluruh Tanah Pahang Mungkin Diceroboh

Bukan Saja Raub Hampir Seluruh Tanah Pahang Mungkin Diceroboh

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 224 hits
Seolah olah ada satu gerakan dari bawah ke atas seperti kartel KUALA LUMPUR Penangguhan sebanyak dua kali keputusan kes pencerobohan tanah di Raub menandakan hanya penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja sahaja yang boleh menjadi penyelesaian...
Kebun Haram Jangan Biar Seinci Tanah Jatuh Ke Tangan Petualang

Kebun Haram Jangan Biar Seinci Tanah Jatuh Ke Tangan Petualang

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 279 hits
Jangan dilepas pandang penceroboh pengkhianat usah dijulang BANGI Isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian haram di Raub mengingatkan semua pihak bahawa undang undang mesti ditegak dan dilaksanakan Tidak me...
204 Penceroboh Tanah Raub Mesti Bayar Ganti Rugi Hasil Cukai

204 Penceroboh Tanah Raub Mesti Bayar Ganti Rugi Hasil Cukai

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 264 hits
PEMBELA pastikan RCI ditubuhkan siasat siri pencerobohan di Pahang BANGI Walaupun keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan semalam memihak kepada kerajaan negeri Pahang Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam tetap mahu tiga tuntutannya terhadap pence...
Selepas Pahang Pembela Gegar Isu Ceroboh Tanah Di Seluruh Malaysia

Selepas Pahang Pembela Gegar Isu Ceroboh Tanah Di Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 328 hits
Agar kita tidak buta pekak dan bisu apabila tanah diceroboh BANGI Selepas kejayaan menyuarakan isu pencerobohan tanah di Pahang baru baru ini Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam kini semakin lantang apabila bakal melakukan perkara sama di n...
Jelang Libur Akhir Tahun Satgas Minta Pemda Jangan Lengah Cegah Pertambahan Kasus Aktif Covid 19

Jelang Libur Akhir Tahun Satgas Minta Pemda Jangan Lengah Cegah Pertambahan Kasus Aktif Covid 19

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 250 hits
Jelang Libur Akhir Tahun Satgas Minta Pemda Jangan Lengah Cegah Pertambahan Kasus Aktif Covid 19 Source https www tribunnews com nasional 2020 12 23 jelang libur akhir tahun satgas minta pemda jangan lengah cegah pertambahan kasus aktif cov...
Lelaki Dakwa Dia Jaga Jodoh Orang Selama 5 Tahun Viral Di Media Sosial Rupanya Menipu Demi Raih Perhatian Netizen

Lelaki Dakwa Dia Jaga Jodoh Orang Selama 5 Tahun Viral Di Media Sosial Rupanya Menipu Demi Raih Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 310 hits
Demi meraih perhatian netizen di media sosial seorang lelaki tergamak membuat konten palsu di akaun Tik Tok seperti yang berlaku di Indonesia Lelaki bernama Rachmad Arief meluahkan perasaan sedihnya dalam video tersebut kononnya wanita yang...
Adik Nadia Brian Dakwa Abang Ipar Ada Masalah Mental

Adik Nadia Brian Dakwa Abang Ipar Ada Masalah Mental

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 498 hits
Selepas kakaknya pelakon Nadia Brian dihentam teruk oleh netizen berikutan kisah rumah tangganya yang kini semakin menjadi bualan ramai kini muncul seorang wanita yang menggunakan akaun lydiabrian dipercayai adik Nadia tampil mempertahankan...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand