Kebun Haram Jangan Biar Seinci Tanah Jatuh Ke Tangan Petualang


Siti Hafidah Jangan dilepas pandang penceroboh, pengkhianat usah dijulang BANGI – Isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian haram di Raub mengingatkan semua pihak bahawa undang-undang mesti ditegak dan dilaksanakan.
Tidak menyebut mana-mana pihak, Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masrizi Sat merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang bersama-sama PEMBELA memperjuangkan isu berkenaan.
“Kita sanggup berkorban apa yang ada, kerana tak sanggup melihat walau seinci pun tanah air ini dijajah semula oleh musuh durjana dan pengkhianat yang pandai bermuka-muka.
“Anda semua pejuang yang tidak didendang tetapi kemunculan anda semua menjadikan bumi Pahang dan negara ini terus berkumandang dengan laungan suara lantang; bebaskan tanah air ini dari petualang, tegak dan laksanakan undang-undang, hapuskan penceroboh tanah di dalam negara dan di negeri Pahang.
“Bela hak rakyat peribumi yang miskin dan berjasa, jangan dilepas pandang penceroboh dan pengkhianat jangan pula dijulang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Beliau bagaimanapun berharap agar pihak berkenaan untuk tidak jemu kerana perjuangan masih panjang.
“Terus kuat, istiqamah dan ikhlas berjuang. Semoga segala amalan dan jihad kita Allah SWT pandang,” katanya.
Rabu lepas, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang.
Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu dalam prosiding dengan hanya pihak terbabit dibenarkan masuk ke dalam mahkamah, difahamkan atas faktor penjarakan sosial dan peguam Siew Choon Jern yang mewakili semua plaintif memaklumkan keputusan tersebut kepada media selepas prosiding tamat.
Choon Jern berkata, mahkamah memberikan dua alasan menolak permohonan plaintif, iaitu pekebun terbabit tidak seharusnya membuat permohonan kebenaran semakan kehakiman kerana notis pengosongan dikeluarkan pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.
Mahkamah juga mendapati pekebun terlibat adalah penceroboh di tanah berkenaan, justeru sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman.
Serentak keputusan mahkamah itu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, operasi penguatkuasaan pengosongan tanah ditanam pokok durian Musang King akan dilaksanakan pada bila-bila masa.
Katanya, kerajaan negeri juga mengesahkan tiada lagi tempoh masa diberikan kepada semua pekebun terbabit yang meneroka tanah itu secara haram.
Namun sehingga kini menjadi tanda tanya sama ada kerajaan negeri akan menuntut ganti rugi serta mendakwa penceroboh berkenaan kerana menduduki tanah secara haram di tanah kerajaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/kebun-haram-jangan-biar-seinci-tanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebun Haram Mungkinkah Tanah Milik Melayu Akan Dirampas

Kebun Haram Mungkinkah Tanah Milik Melayu Akan Dirampas

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 216 hits
Mustahil kegiatan bertahan puluhan tahun tanpa pihak melindungi KUANTAN Kerajaan negeri Pahang dilihat seolah olah mengambil mudah apabila kes pencerobohan tanah kerajaan negeri oleh pekebun durian yang sepatutnya diketahui keputusannya pad...
Jangan Biar Tumbuh Lalang Beli Bata Susun Tak Guna Simen Pun Boleh Jadi Ruang Lepak

Jangan Biar Tumbuh Lalang Beli Bata Susun Tak Guna Simen Pun Boleh Jadi Ruang Lepak

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 316 hits
Kalau duduk rumah teres selalunya akan ada sedikit ruang sama ada di depan atau belakang rumah Ada pemilik yang sambung rumah atau jadikan tempat bercucuk tanam Tapi ramai juga yang biarkan saja ruang ini tumbuh lalang dan rumput Nak upah o...
Jangan Lengah Percepat Dakwa Penceroboh Tanah Pahang

Jangan Lengah Percepat Dakwa Penceroboh Tanah Pahang

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 203 hits
Oleh Siti Hafidah Abd GhaffarKonsesi perjanjian syarikat yang rugikan kerajaan negeri perlu dipulihkan BANGI Kerajaan negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan perlu membuktikan ketegasan dengan mendakwa pekebun haram durian Raub segera setelah ...
Asal Lapar Anak Minta Susu Dah Kenyang Tak Nak Makan Mak Ayah Jangan Biar Nanti Kurang Zat

Asal Lapar Anak Minta Susu Dah Kenyang Tak Nak Makan Mak Ayah Jangan Biar Nanti Kurang Zat

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 408 hits
Situasi yang sering berlaku Apabila anak lapar minta dibancuhkan susu Namun apabila diberikan susu kenyang susu makanan tidak dijamah tidak berminat pula Ibu ayah jangan biarkan situasi ini berlarutan tidak elok untuk perkembangannya berkon...
Bayaran Air Mentah Pulau Pinang Jangan Lepas Tangan

Bayaran Air Mentah Pulau Pinang Jangan Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 312 hits
NOORULHUDA MOHAMMED ALI LEMBAGA Sumber Air Negeri Kedah menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah berkaitan tuntutan harga air mentah daripada Sungai Muda kepada Pulau Pinang Walaupun PBAPP meny...
Kartel Daging Jangan Anggap Selesai Kpdnhep Belum Cuci Tangan

Kartel Daging Jangan Anggap Selesai Kpdnhep Belum Cuci Tangan

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 234 hits
Rosol Wahid KUALA BERANG Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan membuat pemantauan secara berterusan dan serbuan secara berkala terhadap syarikat atau pengedar berkaitan daging import tanpa sebarang notis pada bila...
Tak Mahu Anak Degil Nakal Pukul Jangan Guna Tangan Kalau Perlu Rotan Di Tapak Kaki

Tak Mahu Anak Degil Nakal Pukul Jangan Guna Tangan Kalau Perlu Rotan Di Tapak Kaki

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 533 hits
Anak adalah amanah Allah untuk kedua ibu bapa Cara asuhan dan didikan penting untuk bentuk keperibadian dan kejayaan dalam hidup setiap anak Sebab itu pentingnya ibu bapa menunjukkan teladan yang baik dan dapat mengawal emosi Namun mengasuh...
Jangan Risau Kalau Termakan Daging Haram

Jangan Risau Kalau Termakan Daging Haram

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 181 hits
Oleh OMAR ZIN ahmad dusuki abdul raniKUALA LUMPUR Umat Islam dinasihatkan supaya tidak panik dan bimbang jika tidak mengetahui bahawa daging yang dimakan adalah dari sumber yang haram di sisi agama Pendakwah bebas Ahmad Dusuki Abdul Rani be...
Kartel Daging Buru Dalang Hingga Ke Lubang Cacing Jangan Biar Terlepas

Kartel Daging Buru Dalang Hingga Ke Lubang Cacing Jangan Biar Terlepas

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 258 hits
Semua agensi diminta proaktif agar perkara sama tak berulang BANGI Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendesak dalang sindiket kartel daging import yang menggunakan sijil halal palsu segera dibawa ke muka pengadilan PPIM dalam satu kenyataan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization