Jangan Lembik Seperti Kijang Jadi Garang Seperti Singa Membela Diri


Aidilfitri: Kita dambakan pemimpin tak apologetik di tampuk kuasaALHAMDULILLAH, kita baru sahaja selesai menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan yang merupakan salah satu dari Rukun Islam. Tanggal 1 Syawal, iaitu Hari Raya Aidilfitri kita raikan setiap tahun sebagai tanda kemenangan kita melawan nafsu.
Sememangnya, bulan Ramadan pada tahun ini amat mencabar bagi kita semua. Pelbagai isu-isu yang menguji kesabaran kita sebagai umat Islam, dari isu pukul pekerja kerana berpuasa, isu ‘rebus umat Islam seperti katak’ sehinggalah replika ‘lembu bersongkok’. Saya pasti ianya telah mendidik kita bahawa provokasi terhadap maruah umat Islam tidak akan pernah berhenti. Mereka mahu kita menjadi kijang yang pengecut berbanding singa yang garang.

Namun, apalah sangat jika nak dibandingkan dengan ujian saudara-saudara kita di Palestin. Ramadan mereka jauh lebih mencabar. Mereka diserang ketika solat tarawih di Masjid Al-Aqsa. Mereka ditindas saban hari di rumah-rumah mereka, di jalanan-jalanan dan di mana sahaja secara fizikal dan mental. Apa yang kita dapat lihat, warga Palestin tidak lembik seperti kijang, malah garang seperti singa membela diri. Inilah yang saya dambakan, agar umat Islam punyai jati diri dan kecekalan sebegini.

Lebih menginspirasikan lagi, selain rakyat mereka yang punyai jati diri yang luar biasa, kita dapat lihat munculnya pemimpin mereka di tengah-tengah kekalutan tersebut dengan lebih bertenaga, garang dan menggerunkan. Saya melihat bagaimana Ismail Haniyeh, pemimpin rakyat Gaza dan Hamas berucap dengan begitu tegas di media secara langsung, menyatakan tuntutan-tuntutan kepada musuh laknatullah itu. Kita di Malaysia mendambakan pemimpin-pemimpin tidak apologetik sebegitu di tampuk kuasa.

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالحَمْدُ لِلهَ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang.

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ
Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, Dengan ikhlas untuk Agama (Islam), Walaupun dibenci oleh golongan kafir.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Oleh: Haji Aminuddin Yahaya
Aidilfitri: Kita mesti berani pertahan Islam walau apa cara sekalipun
ALHAMDULILLAH kita telah sampai ke bulan Syawal. Bulan kemenangan dan kegembiraan buat umat Islam. Namun di sebalik kegembiraan tersebut, kita tidak dapat lari dari realiti umat yang sangat perit dan pedih.

Pada awal Ramadan yang lalu, dua orang pekerja Melayu yang berpuasa telah dipukul oleh majikan mereka kerana tidak mahu berbuka. Tidak lama selepas itu, kita menyaksikan iklan judi yang dipromosikan oleh pelakon-pelakon Melayu sebagai cara mudah mendapatkan wang bagi berbelanja di Hari Raya.

Terbaru, kesabaran umat Islam tercabar apabila replika lembu memakai songkok dan kain samping diletakkan di bulatan Jalan Air Itam, Pulau Pinang. Dikatakan sebagai dekorasi menyambut Syawal.

Hari-hari terakhir Ramadan pula menjadi saksi kekejaman Zionis ke atas umat Islam di Palestin. Sengsara yang mereka tanggung amat meruntun jiwa. Ya Allah hancurkanlah Zionis laknatullah ya Allah.

Semua ini mengguris hati kita umat Islam. Ujian demi ujian berlaku dan pastinya Allah SWT menghendaki kita mempelajari sesuatu daripada ujian ini.

Ramadan hadir bagi membentuk semangat perjuangan dalam diri. Kita harus berani dan teguh mempertahankan Islam walau dalam apa cara sekalipun.

Buat wanita khususnya,
Teruslah tingkatkan jiwa kerana jiwa yang kuat sahaja yang berjaya di dalam perjuangan. Hadapilah hidup dengan penuh ketabahan, keyakinan dan semangat juang yang tinggi. Pilihlah jalan yang ditunjukkan oleh baginda SAW. Kuatkan pergantungan kepada Allah kerana Allah adalah sebaik-baik Pelindung dan Pemelihara.

Melangkahlah ke dalam 1 Syawal dengan kalimah takbir yang membesarkan Allah. Raikanlah Aidilfitri kali ini dengan penuh semangat dan prinsip perjuangan seperti saudara-saudara kita di Palestin dan yakinlah bahawa kemenangan hakiki itu pasti akan tiba.

Allahu Akbar.. Allahu Akbar… Allahu Akbar… Walillahilhamd…

Oleh: Dr Suriani Sudi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/jangan-lembik-seperti-kijang-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 511 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Joe Biden Telepon Netanyahu Israel Punya Hak Untuk Membela Diri

Joe Biden Telepon Netanyahu Israel Punya Hak Untuk Membela Diri

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 439 hits
Ketegangan antara Palestina dan Israel terus meningkat sejak pekan lalu setelah pengadilan Israel memutuskan keluarga Palestina harus diusir dari wilayah Sheikh Jarrah di Yerusalem Timur Keputusan itu memicu unjuk rasa warga Palestina yang ...
Jangan Jadi Seperti Malaysia Kata Indonesia Mengenai Kes Covid 19

Jangan Jadi Seperti Malaysia Kata Indonesia Mengenai Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 347 hits
Peningkatan kes Covid 19 di Malaysia baru baru ini telah membuatkan ia dijadikan contoh oleh Kementerian Kesihatan Indonesia untuk mengingatkan rakyatnya agar berwaspada Jurucakap kementerian bagi vaksinasi Covid 19 DR Siti Nadia Tarmizi M ...
Indonesia Beri Amaran Rakyatnya Duduk Rumah Jangan Jadi Seperti M Sia

Indonesia Beri Amaran Rakyatnya Duduk Rumah Jangan Jadi Seperti M Sia

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 218 hits
Malaysiakini Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid 19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah dan berhati hati dengan wabak itu Amaran itu muncul selepas keadaan penularan wabak di...
Jangan Membiarkan Hati Kita Koyak Soal Jodoh Dan Ada Hal Yang Harus Kita Berjanji Pada Diri Kita Sendiri

Jangan Membiarkan Hati Kita Koyak Soal Jodoh Dan Ada Hal Yang Harus Kita Berjanji Pada Diri Kita Sendiri

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 366 hits
AssalamualaikumSetiap pagi kita bangun tidur Mengharapkan dapat menghirup udara segar tapi sayangnya hujan sebagai peneman Hati merasa sedih Masihkah ada kebahgiaan untuk esok hari Itulah hidup penuh dengan kejutan yang tak pernah kita jang...
Pkp Vvip Selebriti Jangan Mengada Gada Di Aidilfitri Pandailah Jaga Diri

Pkp Vvip Selebriti Jangan Mengada Gada Di Aidilfitri Pandailah Jaga Diri

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 216 hits
Oleh ANALISIS SEMALAM Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan bahawa tiada ziarah menziarahi sempena Aidil fitri Khamis ini maksudnya masing masing raya sendiri Jangan dok pi jalan merata rata Bila PKP berkuat kuasa esok banyak pan...
Wajib Minta Maaf Pada Anak Jika Ibu Tersalah Kata Jangan Biarkan Dia Pujuk Diri Hanya Kerana Dia Masih Kecil

Wajib Minta Maaf Pada Anak Jika Ibu Tersalah Kata Jangan Biarkan Dia Pujuk Diri Hanya Kerana Dia Masih Kecil

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 340 hits
Mengungkapkan kata maaf sesuatu yang berat untuk dilakukan lagi lagi apabila kita tidak sengaja membuat anak anak terasa dengan kata kata pedas Namun ibu bapa juga insan biasa dan cara minta maaf pada anak sebenarnya mampu bantu baiki hubun...
Jika Tak Berjaga Jaga Kita Akan Jadi Seperti Brazil India Kata Dr M

Jika Tak Berjaga Jaga Kita Akan Jadi Seperti Brazil India Kata Dr M

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 251 hits
MALAYSIAKINI Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa rakyat Malaysia untuk bersabar dan tidak saling berkunjungan sempena sambutan Hari Raya akan datang untuk membendung penularan wabak Covid 19 Dalam mesej video yang disiarkan d...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm