Jangan Lantik Pm Kualiti Mahiaddin Sekali Lagi



Sistem politik dan pelantikan kerajaan mesti dikembalikan kepada suasana sebelum huru-hara ditimbulkan oleh Langkah Sheraton pada Februari 2020 lalu.
Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, kerajaan Perikatan Nasional selama 17 bulan memerintah telah menterbalikkan amalan sistem berkerajaan Westminister dengan tidak melaksanakan Undi Percaya di Parlimen terhadap Mahiaddin Yassin dan mengamalkan sogokan politik berleluasa bagi mengekalkan pemerintahan.
Oleh itu, beliau berharap kerajaan baharu yang bakal dilantik akan memulihkan sistem politik dan menyesaikan isu politik secara yang wajar.
“Sepatutnya Mahiaddin selepas dilantik sebagai Perdana Menteri segera memanggil sidang Parlimen untuk mendapatkan keabsahan tetapi sampai hari ini hal itu tidak dilakukan.
“Isunya elit pemerintah berpecah tetapi di peringkat paling tinggi sistem politik broke down. Apa yang berlaku waktu Langkah Sheraton ini kalau kita tidak baiki sekarang saya risau ia akan berlanjutan.
“Masalah politik perlukan penyelesaian politik bukan penyelesaian pentadbiran. Itulah sebab pendirian saya, kalaulah bubar Parimen sekali pun bagi saya tidak menyelesaikan masalah. Sebab kalau kita ingat apa yang berlaku lepas Pilihan Raya umum ke 14, Datuk Seri Najib pada 10 Mei 2018, sekitar jam 10 pagi, Najib mengaku kalah.
“Dalam perang ada beberapa perkara. Perang dalam Islam pun ada garis panduan, jangan bunuh anak kecil, potong pokok, dan sebagainya. Dalam politik juga satu bentuk perang. Tetapi peraturan politik ini lepas Langkah Sheraton porak peranda.
“Pada saya sekiranya dilantik PM oleh Agong, sekiranya isu asas politik tidak selesai maka kita akan melihat episod sama mungkin berulang lagi,” katanya dalam forum maya bertajuk “Letak Jawatan: Ke Mana Kesudahannya?”, anjuran Pemuda Amanah Wilayah, malam tadi.
Mengenai beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang dilihat seolah-oleh bersetuju dengan perjanjian perbekalan sebagaimana ditawarkan oleh pentadbiran Mahaiddin beberapa minggu lalu, Fahmi berkata hal tersebut tidak berlaku sedemikian.
Katanya, rundingan antara pemimpin DAP, Tony Pua, Ong Kian Ming dengan beberapa pemimpin PN lebih kepada untuk menolak mereka lebih jauh mengumumkan tawaran terbuka ketika Mahiaddin telah kehilangan majoriti selepas pengumuman pertama Umno menarik sokongan dari PN.
“Pada 4 Ogos, Mahiaddin berkata masih ada sokongan majoriti. Saya difahamkan waktu itu Pejuang dan Warisan akan menyokong dia. Sebaliknya seperti kita tahu pada 9 Ogos, semua 120 Ahli Parlimen menyatakan pendirian tidak menyokong Mahiaddin. Maka hari Rabu 11 Ogos dalam sesi menghadap difahamkan dia (Mahiaddin berkata) ada Akuan Berkanun (SD) sejumlah Ahli Parlimen.
“Dia berharap sejumlah Ahli Parlimen Pakatan Harapan setuju tandatangan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) kerana pada 28 Julai waktu perbahasan isu vaksin ada Ahli Parlimen menimbulkan hal Perjanjian Moratorium Covid (gencatan senjata politik). Mahiaddin berharap dia dapat tandatangan.
“Akhirnya Jumaat lepas dia buat sidang media kumpul menteri dan buat tindakan desperado menyatakan terang-terangan beri rasuah. Macam mana kita boleh terima orang seperti ini? PH bincang dan putuskan. Ini terlalu terdesak. Saya ucap terima kasih kepada Tony dan Ong Kian Ming guna CSA ini sebagai perangkap politik.
“Bagi saya, kalau Mahiaddin tawar CSA pada Mac 2020 keadaan berbeza. Kerana waktu itu kami dalam PH terumbang ambing, mungkin akan diberi pertimbangan. Cuma diakhir hayat politik, kapal pun nak karam buat apa naik,” katanya.
Ditanya mengapakah PH tidak bersetuju untuk bersama PN dalam melawan Covid 19, Fahmi berkata kerajaan Mahiaddin telah melampaui batas dengan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan menipu di Parlimen. Kerajaan seperti itu akan lebih merosakkan negara pada masa hadapan sekiranya terus memerintah.
“Bukan untuk paksa Mahiaddin letak jawatan sahaja, kalau dilihat apa yang berlaku pada 26 Julai dan 29 Julai, waktu sidang khas Parlimen kita telah nampak belang, pentadbiran ini tidak mampu bercakap benar kepada ahli Dewan Rakyat.
“Ini berlaku bila Takiyuddin berkata Ordinan Darurat dibatalkan 21 Julai, timbul macam-macam soalan tetapi dilengah untuk jawab pada Isnin. Kemudian tutup Parlimen. Kami nampak dari satu sudut cakap depan lain, belakang buat lain. Keadaan yang memungkinkan kita ambil tindakan drastik 29 Julai tengah hari keluar kenyataan, bahawa Takiyuddin mengelirukan dewan dan Peguam Negara Idris Harun ingkar titah Tuanku untuk membentang, membahas dan memutuskan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat.
“Bagaimana kita mahu bersubahat dengan pentadbiran ingkar dengan titah perkenan tuanku,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32840

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Hidupkan Semula Kerajaan Pn Ia Sudah Jatuh Bersama Mahiaddin

Jangan Hidupkan Semula Kerajaan Pn Ia Sudah Jatuh Bersama Mahiaddin

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 374 hits
NASUHA RAHMANKerajaan Perikatan Nasional atau kerajaan BN itulah yang menjadi polemik di dalam kerajaan baru pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri hari ini sebaik sahaja di perkenan Yang di Pertuan Agong Jumaat lalu Namun bagi Veteran Umno Tan S...
Blok Pembangkang Jangan Berbalah Siapa Calon Pm Yang Penting Jatuhkan Mahiaddin Dahulu

Blok Pembangkang Jangan Berbalah Siapa Calon Pm Yang Penting Jatuhkan Mahiaddin Dahulu

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 193 hits
Menjelang usul percaya yang akan dibentangkan pada sidang Parlimen September depan di mana sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin kini merosot hari demi hari sebenarnya kini sudah pun tiada majoriti lagi ramai yang mula cenderung menimbulkan ...
Jangan Bertangguh Jatuhkan Mahiaddin Apa Jaminan Parlimen Sept Nanti Tidak Dimandulkan Sekali Lagi

Jangan Bertangguh Jatuhkan Mahiaddin Apa Jaminan Parlimen Sept Nanti Tidak Dimandulkan Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 216 hits
Sama ada 8 11 12 atau 14 Ahli Parlimen UMNO yang telah menarik sokongan terhadap kerajaan PN ia tetap menyebabkan Mahiaddin Md Yasin hilang sokongan majoriti Tidak musasabah sama sekali bila beliau memaklumkan kepada Agong adanya akuan soko...
Mahiaddin Pergi Agong Berkuasa Lantik Pm Baharu

Mahiaddin Pergi Agong Berkuasa Lantik Pm Baharu

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 263 hits
Perletakan jawatan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin memberi kuasa kepada Yang di Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri baharu Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen berkata sekiranya Mahiaddin meletak jawatan hari ini maka kua...
Jangan Lantik 15 Pengkhianat Jadi Menteri Ahli Glc Kerajaan Baharu

Jangan Lantik 15 Pengkhianat Jadi Menteri Ahli Glc Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 475 hits
agendadaily com24 8 2021Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Pemimpin akar umbi UMNO di beberapa cawangan sekali lagi mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak melantik 15 Ahli Parlimen yang mengkhia...
Jangan Percaya Janji Terdesak Mahiaddin Blok Penentang Kerajaan Mesti Elak Daripada Dilabel Pengkhianat

Jangan Percaya Janji Terdesak Mahiaddin Blok Penentang Kerajaan Mesti Elak Daripada Dilabel Pengkhianat

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 240 hits
Tiada kesimpulan lain dapat dirumuskan daripada perutusan khas luar biasa Mahiaddin Md Yasin petang tadi yang pertama kali dihiasai 9 pak pacak menteri berdiri di belakangnya melainkan ia suatu pengakuan bahawa beliau memang sudah hilang so...
Panas Pemimpin Umno Kata Hadi Dan Peja Tiada Kualiti Untuk Ganti Muhyiddin

Panas Pemimpin Umno Kata Hadi Dan Peja Tiada Kualiti Untuk Ganti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 268 hits
August 3 2021 DI MANA KAN KU CARI GANTI Pendirian UMNO sehingga Khamis lalu adalah untuk menarik sokongan terhadap TS Mahaidin sebagai PM tapi tetap ingin bersama dengan PN dalam kerajaan gabungan Pendirian ini dinyatakan secara jelas oleh ...
Macam Tak Logik Muhyiddin Lantik Punahsihat

Macam Tak Logik Muhyiddin Lantik Punahsihat

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 369 hits
PUNAHSIHAT yang sendiri tertiarap apabila UNDI percaya dibuat kepadanya gagal Apakah dia AKAN jadi pakar dalam strategi usul UNDI percaya PM September nanti di Parlimen Atau sekadar pangkat Jangan dia lompat
Kalau Tidak Peja Ismail Sabri Pujuklah Mahiaddin Jadi Tpm

Kalau Tidak Peja Ismail Sabri Pujuklah Mahiaddin Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 240 hits
SHAHBUDIN HUSINSelain mungkin sedang sibuk mencalonkan nama menteri menteri gabungan Perikatan Nasional yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen terbesar iaitu 50 dalam kerajaan baru pimpinan Ismail Sabri Yaakob juga pastinya begitu mengidamkan ...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt