Jangan Lantik 15 Pengkhianat Jadi Menteri Ahli Glc Kerajaan Baharu


agendadaily.com24/8/2021
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pemimpin akar umbi UMNO di beberapa cawangan sekali lagi mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak melantik 15 Ahli Parlimen (MP) yang mengkhianati sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN), jika mahu selamat.

Sumber UMNO cawangan yang menganggotai jawatankuasa bahagian memberitahu sudah tiba masanya Ismail Sabri melihat secara mendalam pengkhianatan seperti itu yang boleh berulang lagi pada masa depan jika kumpulan itu diberi peluang di dalam kerajaan.

“Mereka ini menjadi duri dalam daging jika diletakkan di dalam kerajaan. Bahaya jika orang sedemikian diberi kepercayaan menerajui mana-mana kementerian atau GLC (syarikat berkaitan kerajaan) kerana akan patuh kepada ketua mereka bukan kerajaan,” katanya kepada Agenda Daily, tatkala Perdana Menteri mengadakan lawatan ke Kedah, semalam.

Dalam lawatan kerja pertama selepas mengangkat sumpah Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu lalu, Ismail Sabri meluangkan masa hampir sejam meninjau tempat tragedi kepala air dan banjir lumpur, di Tupah, Kuala Muda.

Sejurus tiba, Ismai Sabri meninjau Jambatan Tupah yang rosak akibat dihentam balak hanyut Rabu lalu, dan diberi penerangan berkaitan bencana kepala air di kawasan Kuala Muda.

Mengulas lanjut sumber itu berkata, Naib Presiden UMNO yang juga MP Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid pernah menjadi Menteri Besar dan Menteri Pelajaran sebelum ini, sewajarnya antara individu yang layak dipilih.

“Kami di peringkat bawahan pun sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Malah, kami pun dengar ada di kalangan kumpulan 15 dan penyokong mereka yang meletakkan harapan menjadi menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC.

“Mencadangkan nama orang lain sedangkan sebenarnya diri sendiri mahu jawatan tertentu adalah taktik lama,” katanya.

Katanya Ismail Sabri lebih mengetahui sikap sesetengah pemimpin UMNO sekarang ini yang memburu jawatan berbanding berkhidmat kepada rakyat.

“Ismail Sabri pernah berada di dalam Kerajaan PN (Perikatan Nasional) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini. Beliau sudah melihat bagaimana pemimpin UMNO bermain politik.

“Apa lagi kumpulan pengkhianat itu yang berusaha keras untuk menjatuhkan kerajaan. Mereka tidak peduli masalah rakyat dan negara berdepan Covid-19, asal kerajaan dapat ditumbangkan,” katanya yang menjelaskan majoriti ahli UMNO tidak menolak Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

Menurutnya hanya sebilangan kecil sahaja mereka yang menolak Kerajaan PN, itupun pada peringkat Majlis Tertinggi (MT) yang mempunyai orang mereka tersendiri.

“Kononnya rakyat menolak Kerajaan PN adalah tidak betul. Kumpulan itu (15 MP UMNO) hanya mewakili diri sendiri, bukannya rakyat keseluruhannya.

“Mereka menggunakan rakyat sebagai alasan saja untuk merestukan pejuangan menumbangkan Kerajaan PN. Kami pemimpin di bawah ini sudah benci dengan permainan kumpulan itu. Harap Ismail Sabri bertanding jawatan presiden parti nanti,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/jangan-lantik-15-pengkhianat-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Juhanis Ajis Sitin Di Lantik Ahli Dewan Negara Baharu Bagi Mewakili Negeri Pahang

Juhanis Ajis Sitin Di Lantik Ahli Dewan Negara Baharu Bagi Mewakili Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 507 hits
KUANTAN Dua orang Ahli Dewan Negara yang baharu dilantik oleh Dewan Negeri Pahang iaitu Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Pahang Datuk Juhanis Abdul Aziz dan Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Datuk Ajis Sitin Dato Juhanis a...
Pn Sebulat Suara Setuju Calonkan Ismail Sabri Sebagai Calon Perdana Menteri Kerajaan Pn Baharu

Pn Sebulat Suara Setuju Calonkan Ismail Sabri Sebagai Calon Perdana Menteri Kerajaan Pn Baharu

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 307 hits
Parti Perikatan Nasional secara sebulat suara telah bersetuju calonkan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional yang baharu Menurut kenyataan dikeluarkan oleh P...
Lantik Menteri Dari Parti Pembangkang Normala Samsudin Komen Barisan Kabinet Yang Baharu

Lantik Menteri Dari Parti Pembangkang Normala Samsudin Komen Barisan Kabinet Yang Baharu

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 239 hits
Terjawab teka teki apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan barisan Kabinet Malaysia 2021 awal pagi tadi
Jangan Percaya Janji Terdesak Mahiaddin Blok Penentang Kerajaan Mesti Elak Daripada Dilabel Pengkhianat

Jangan Percaya Janji Terdesak Mahiaddin Blok Penentang Kerajaan Mesti Elak Daripada Dilabel Pengkhianat

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 242 hits
Tiada kesimpulan lain dapat dirumuskan daripada perutusan khas luar biasa Mahiaddin Md Yasin petang tadi yang pertama kali dihiasai 9 pak pacak menteri berdiri di belakangnya melainkan ia suatu pengakuan bahawa beliau memang sudah hilang so...
Agong Panggil Ph Menghadap Berkait Kerajaan Baharu

Agong Panggil Ph Menghadap Berkait Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 505 hits
freemalaysiatoday com August 16 2021 8 13 PMSeorang pemimpin PH berkata pemimpin PKR DAP dan Amanah hari ini dimaklumkan Yang di Pertuan Agong memanggil mereka untuk menghadap GEORGE TOWN Yang di Pertuan Agong sudah memanggil pemimpin Pakat...
Mahiaddin Pergi Agong Berkuasa Lantik Pm Baharu

Mahiaddin Pergi Agong Berkuasa Lantik Pm Baharu

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 273 hits
Perletakan jawatan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin memberi kuasa kepada Yang di Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri baharu Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen berkata sekiranya Mahiaddin meletak jawatan hari ini maka kua...
Tumpukan Pru 15 Ph Hanya Kurang 6 Ahli Parlimen Untuk Tubuh Kerajaan

Tumpukan Pru 15 Ph Hanya Kurang 6 Ahli Parlimen Untuk Tubuh Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 230 hits
Pasca pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Pakatan Harapan sewajarnya tidak perlu lagi melayan politik picisan pergolakan dalam kerajaan BN Perikatan Nasional Sebaliknya menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul K...
Tiada Seorang Pun Miliki Majoriti Macam Mana Mahu Lantik Pm Baharu

Tiada Seorang Pun Miliki Majoriti Macam Mana Mahu Lantik Pm Baharu

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 230 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan Kabinet pada pengumuman khas pada Jumaat 13 Ogos 2021 Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau bersedia meletak jawatan Perdana Menteri namun pada masa sama tidak ada seor...
Spekulasi Ismail Sabri Bakal Perdana Menteri Baharu Sekali Lagi Pintu Tertutup Buat Anwar

Spekulasi Ismail Sabri Bakal Perdana Menteri Baharu Sekali Lagi Pintu Tertutup Buat Anwar

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 375 hits
PETALING JAYA Pakatan Harapan mengambil sikap tunggu dan lihat mengenai andaian pintu untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri sudah tertutup berikutan spekulasi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri memperoleh s...
Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gemerlapan Cahaya Lampu Indahnya Sabindo Resort Kala Malam

Denai Alam Pond A

Elmina East Lake Park

Elmina Urban Park

Bagaimana Kita Boleh Menyokong Pemuliharaan Gajah Di Malaysia

Pensyarah Rugi Hampir Rm300 000 Terpedaya Suspek Menyamar Pegawai Polis