Jangan Hanya Obses Pam Susu Sampai Berlebihan Tak Terguna Faham Dulu Konsep Stok Susu Ibu


Ibu yang menyusukan bayi, tentu mahu memberikan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan diteruskan dengan makanan pelengkap sehingga dua tahun. Justeru, ramai yang teruja untuk mengepam susu/ memerah untuk menyediakan stok susu bagi bayi mereka.

Perkara ini amat baik tetapi adalah stok susu tersebut tidak dibazirkan? Bagi ibu yang berniat untuk menjadi ibu susuan, maka stok susu yang banyak memang tidak akan membazir kerana setiap titisan emas itu akan diminum oleh anak-anak susuan.
Namun, bagaimana bagi ibu-ibu yang hanya memerah untuk melihat stok yang banyak hingga berlebihan tetapi tidak digunakan kerana tiada keperluan dan suami pula tidak membenarkan mereka mengambil anak susuan. Ia sudah tentu dibazirkan.
Kaunselor Laktasi Puan Noorfazila Binti Abdul Rahman mengupas mengenai isu ini.
APA TUJUAN SEBENAR KITA SIMPAN SUSU PERAHAN? Kalau anda berniat kumpul stok beku banyak-banyak sebab nak jadi ibu susuan saya sokong 100% tapi kalau anda cukup kumpul banyak-banyak niat untuk stok anak sahaja, saya langsung tak setuju sebab baby bawah 6 bulan sepatutnya dibekalkan yg fresh lebih byk dr yg frozen! Lagi pun tempoh hayat susu paling lama digalakkan hanya 6 bulan (dalam deep freezer)
Susu ibu antara sumber bekalan antibodi anak kerana bawah 6 bulan badan anak masih “tak pandai” untuk bina antibodi sendiri jadi mereka perlukan lebih banyak susu fresh dr pada susu ibu perahan yang dibekukan (frozen). Jika mampu bekalkan yang fresh itu lebih baik.
 
SUSU IBU PERAHAN LEBIH BAIK DARIPADA SUSU FORMULA Susu ibu perahan yang dibekukan kualitinya memanglah jauh lebih baik daripada susu formula tetapi susu fresh/chilled jauh lebih berkhasiat dan berkualiti berbanding susu ibu yang frozen. Ini kerana peratus kandungan protien, nutrisi dan antibodi semakin berkurangan bila disimpan terlalu lama dan mengalami perubahan suhu dan bentuk fizikal.
Untuk berjaya dalam penyusuan selain merancang kehamilan seterusnya, paling penting adalah komitmen yang mampu ibu berikan setelah kembali bekerja. Ini kerana waktu siang anak langsung tak bersama ibu jadi ibu gantikan rangsangan pada badan menggunakan pam susu supaya badan terus dapat signal permintaan untuk hasilkan susu.
 
JANGAN HANYA TERIKUT-IKUT Berbanding waktu pantang anak sentiasa bersama kita, jadi permintaan kepada badan untuk menghasilkan susu boleh diwujudkan oleh anak sendiri. Jika mahu kumpul stok untuk kembali bekerja cukuplah perah 1 atau 2 sesi sahaja (sebelum subuh / sebelum tidur). Tak perlu pun berpuluh oz sehari.
Dapat kumpul sikit-sikit pun dah ok..sehari 2oz purata sebulan dh dpt 60oz 2 bulan cuti dah dapat 120oz. Ini sudah lebih dari cukup sebab puan-puan hanya guna stok tersebut sebagai back up sahaja..
Ramai ibu hari ini dalam keadaan keliru. Mereka tak faham kenapa perlu buat macam ni kenapa perlu buat macam tu..Ramai yang terikut-ikut orang hingga 1 tahap mereka sendiri tak tau kenapa mereka kumpul stok terlalu banyak sedangkan suami sendiri ada yang tak izinkan cari anak susuan dan akhirnya berlaku pembaziran.
FAHAMI CABARAN PENYUSUAN ANDA SENDIRI Dalam menyusukan anak, kita sendiri perlu lakar perjalanan dan kisah kita. Jika kita sendiri memang sentiasa denagn anak (sebagai surirumah) atau bekerja tetapi tiada keperluan untuk meninggalkan anak maka tidak perlulah ikut orang yang kumpul stok terlalu banyak kecuali jika memang ada niat untuk menjadi ibu susuan..
Tapi jika anda ibu yang terpaksa tinggalkan anak dikampung dan hanya jumpa anak seminggu atau sebulan sekali tidak salah untuk mengumpul stok susu ibu perahan bagi keperluan anak sepanjang ketiadaan anda nanti. Atau kerja anda memang memerlukan sentiasa kerja luar dan outstation berhari-hari pada setiap minggu, maka bolehlah kumpul stok lebih untuk keperluan anak sepanjang ketiadaan anda.
 
PERBAHARUI NIAT Sedarlah  ibu semua, perbaharuilah niat kita menyusukan anak kerana apa? Adakah kerana mahu jalankan perintah Allah swt atau kerana mahu tunjuk kita hebat kerana berjaya menyusukan anak. Hakikatnya kita bukan menyusu sebab nak lawan siapa hebat siapa tidak tapi kita menyusu kerana perintah Allah. Kerana mahu anak nikmati kasih sayang dan supaya mereka dekat dengan kita. Moga kita sama-sama istiqamah menunaikan amanah ini dgn sebaiknya. in sya Allah..
Sedarlah semua kejayaan dalam penyusuan bukan diukur dari berapa banyak susu yang kita mampu hasilkan tapi berapa lama kita mampu bertahan! Tak perlu banyak kuantitinya tapi yang penting ia cukup untuk keperluan anak! TERUSKAN PERJUANGAN
Sumber: Puan Noorfazila Binti Abdul Rahman
 
The post Jangan Hanya Obses Pam Susu Sampai Berlebihan & Tak Terguna. Faham Dulu Konsep Stok Susu Ibu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-hanya-obses-pam-susu-sampai-berlebihan-tak-terguna-faham-dulu-konsep-stok-susu-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baby Bawah 6 Bulan Hanya Minum Susu Ibu Saja

Baby Bawah 6 Bulan Hanya Minum Susu Ibu Saja

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 295 hits
BABY BAWAH 6 BULAN HANYA MINUM SUSU IBU SAJA Lebih kurang dua bulan lagi boleh makan dah si Aaira ni Kejap je rasa ko membesar dik Nur Aaira Delisha Korang mesti pernah dengar kan ada orang cakap boleh bagi baby macam Aaira ni minum air kos...
Macam Macam Ibu Bapa Fikir Sebelum Beli Susu Anak Cerewet Nak Yang Terbaik

Macam Macam Ibu Bapa Fikir Sebelum Beli Susu Anak Cerewet Nak Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 517 hits
Sebagai ibu bapa kita pasti menginginkan hanya yang terbaik buat si manja Apabila sudah masanya anak perlu minum susu tepung formula kita akan memilih jenama yang diyakini dengan pelbagai kandungan nutrisi yang bagus untuk kesihatan anak Ib...
Belanjawan2021 Pn Jangan Seronok Dulu Kata Anwar

Belanjawan2021 Pn Jangan Seronok Dulu Kata Anwar

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 281 hits
Terlalu awal untuk PN rayakan kemenangan kata Anwar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan Perikatan Nasional masih terlalu awal untuk meraikan kelulusan Rang Undang Undang Perbekalan 2021 pada peringkat dasar Terlal...
Anak Yang Dulu Baik Tiba Tiba Jadi Hulk Mengamuk Nak Sesuatu Mak Ayah Jangan Ikut Tantrum

Anak Yang Dulu Baik Tiba Tiba Jadi Hulk Mengamuk Nak Sesuatu Mak Ayah Jangan Ikut Tantrum

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 382 hits
Meraung melalak hentak hentak kaki Kadang kadang sampai guling guling mengamuk Kadang kadang tu macam dirasuk pun ada Geram dan risau melihatnya Ni kisah Adik Aqif bila tak dapat apa yang dia nak Kalau dekat rumah boleh tahan lagi ni dekat ...
Masa Kecil Dulu Hanya Dibuat Mainan Rupanya Bernilai Rm4 000 Sekilo Jika Dijual Di Luar Negara

Masa Kecil Dulu Hanya Dibuat Mainan Rupanya Bernilai Rm4 000 Sekilo Jika Dijual Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 972 hits
Apabila anda masih kecil anda mungkin sering mencari binatang bernama undur undur ini di kawasan berpasir Kemudian anda akan meletakkannya di tangan anda dan haiwan ini akan berjalan ke belakang sebagaimana namanya Biasanya haiwan ini hidup...
Impian Ibu Nak Susukan Anak Dengan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun Boleh Tercapai Dengan Cara Ini

Impian Ibu Nak Susukan Anak Dengan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun Boleh Tercapai Dengan Cara Ini

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 339 hits
Setiap ibu menyusu pasti sentiasa berdoa supaya bekalan susu badannya mencukupi untuk keperluan anak membesar Semua ibu menyusu mengimpikan untuk menyusukan anak dengan susu ibu sehingga berusia dua tahun Namun perjalanan menyusukan anak bu...
Belanjawan 2021 Jangan Ugut Ph Hanya Sokong Belanjawan Lawan Covid 19 Anwar

Belanjawan 2021 Jangan Ugut Ph Hanya Sokong Belanjawan Lawan Covid 19 Anwar

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 226 hits
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu membuat kenyataan mengugut pembangkang untuk mendapatkan sokongan meluluskan Belanjawan 2021 yang dibentangkannya pada 6 November lalu Ketua Pembangkang Parlimen Malays...
Bayi Makin Besar Tidur Lasak Sampai Jatuh Katil Kalau Itu Berlaku Mak Ayah Jangan Cepat Panik Buat 5 Langkah Ni Dulu

Bayi Makin Besar Tidur Lasak Sampai Jatuh Katil Kalau Itu Berlaku Mak Ayah Jangan Cepat Panik Buat 5 Langkah Ni Dulu

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 396 hits
Kejadian bayi jatuh dari katil memang sering kita dengar kadang memang dah buat kubu dengan bantal di sekeliling anak yang tidur tapi kejadian jatuh katil masih lagi berlaku Bila anak jatuh katil mak ayah tentunya tak keruan Tak tahu apa na...
Semperit Susu Sukatan Cawan Sedap Dengan Hanya 3 Bahan

Semperit Susu Sukatan Cawan Sedap Dengan Hanya 3 Bahan

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 467 hits
Semperit susu sukatan cawan sedap dengan hanya 3 bahan Assalamualaikum Anak anak Fiza cukup suka makan biskut semperit susu Kebiasaannye Fiza buat sendiri je Resepi pun guna resepi yang mudah Pendek kata tak banyak bahan dan tak banyak step...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik