Anak Yang Dulu Baik Tiba Tiba Jadi Hulk Mengamuk Nak Sesuatu Mak Ayah Jangan Ikut Tantrum


Meraung melalak hentak-hentak kaki. Kadang-kadang sampai guling-guling mengamuk. Kadang-kadang tu, macam dirasuk pun ada. Geram dan risau melihatnya.

Ni kisah Adik Aqif bila tak dapat apa yang dia nak.
Kalau dekat rumah boleh tahan lagi, ni dekat shopping mall. Bila dimarah, dia marah balik. Bila dibiar, tak berhenti juga. Ibu ayah tak tahu nak sorok mana dah muka depan orang ramai.
Stress Mummy nya. Umur baru 3 tahun lebih dah pandai nak melawan. Jalan pintas memang kena MARAH terus. Terdetik di hati, dulu elok je, comel..
Kenapa tiba-tiba jadi macam ‘hulk’ pulak ni?
Siapa yang ajar dia buat macam tu?
Tengok kawan-kawan kat taska ke?
Ke ada orang bagi tengok tv cerita ganas-ganas?
Mummy & Papa tak ajar pun macam ni
“Ya Allah, di manakah salahku dalam mendidik anak ini? Ampunkanlah dosaku. Ini kah yang dimaksudkan dunia akhir zaman, anak menjadi Tuan? Kembalikan lah anakku menjadi comel dan periang. Aamiin ya Rabb”
Ada ibu ayah yang alami situasi yang lebih kurang sama?
Jika ada, mungkin boleh belajar macam mana ibu muda ini Puan Safira (bukan nama sebenar) bantu kawal emosi dirinya & anaknya yang berusia 3 tahun lebih setelah amalkan teknik praktikal dari tips FIRST CLASS PARENTS (versi Audio-Parenting Bijak Pro) ini.
Bila anaknya ibarat macam ‘melawan’, tetap mengamuk nak apa yang diinginkan walaupun ibu ayah tak bagi.
1. Beliau terus tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan diulangi sebanyak 3 kali. Sambil zikir menenangkan diri.
2. Kemudian, beliau bayangkan saat pertama kali pegang Aqif sewaktu Aqif baru lahir.
3. Dikuatkan pula ingatannya pada azam yang terlahir semasa mendakap Aqif pertama kali itu; bahawa beliaulah yang akan mendorong dan membantu Aqif memahami liku-liku dunia hingga dia dapat menjadi insan yang hebat dan cemerlang!
4. Kemudian, dengan tenang, Puan Safira melutut di sebelah Aqif dan memegang lembut tangan kecil itu. Aqif cuba menepis, tetapi ibunya yang kini amat tenang dan penuh kasih sayang terus memeluk tubuh kecil itu tanpa berkata apa-apa… Dakapan lembut penuh makna itu umpama air yang disimbah ke api membara.
Tangisan Aqif bertukar dari marah kepada sedih. Memahami signal itu, ibunya bisik perlahan… “Mummy faham… Mummy sayang Aqif…”. Tangisan Aqif mula reda…
Itu sahaja yang telah Puan Safira lakukan untuk meredakan ‘hulk’ yang tiba-tiba muncul pada anaknya.
(walaupun mendapat kebenaran berkongsi cerita, Ibu tidak mengguna nama sebenar demi menghormati).
Kunci yang ingin Ibu kongsikan di sini ialah,
“We communicate from State to State”.
Keadaan diri kita merupakan faktor utama dalam komunikasi kita. Bukan perkataan mahupun tipu helah. Oleh kerana Puan Safira benar-benar memahami kunci ini, beliau dapat membawa anaknya kepada ‘keadaan tenang’ yang beliau inginkan. Bagaimana? Dengan ‘menjadikan dirinya tenang’ dahulu.
Ibu harap ibu ayah yang alami situasi yang sama telah dapat satu kunci besar daripada perkongsian ini. Ibu doakan kita semua dapat sama-sama amalkan. Amiin.
Dengan satu teknik je pun dah dapat bantu ibu muda tersebut berusaha menjadi FIRST CLASS PARENT sejak anak masih kecil.
Ibu nak ingatkan ya, bersungguhlah elak marah, ugut, kurung, maki hamun sebab efek jangkamasa panjangnya amat buruk. Malahan, jika dibiarkan reaksi begitu menjadi tabiat, dan gagal bantu sebelum usia anak cecah 4 tahun, sikap tu boleh menjadi kekal. Na’uzubillah
Sumber: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak Yang Dulu Baik, Tiba-Tiba Jadi ‘Hulk’. Mengamuk Nak Sesuatu, Mak Ayah Jangan Ikut Tantrum! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-yang-dulu-baik-tiba-tiba-jadi-hulk-mengamuk-nak-sesuatu-mak-ayah-jangan-ikut-tantrum/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Bangun Pagi Muka Senyum Tak Mengamuk Ini Mak Ayah Kena Buat Baru Mood Ceria Sepanjang Hari

Nak Anak Bangun Pagi Muka Senyum Tak Mengamuk Ini Mak Ayah Kena Buat Baru Mood Ceria Sepanjang Hari

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 349 hits
Anak anak kecil kita memang susah sangat nak bangun pagi Selalu bila kena kejut awal pagi kalau tak nangis tantrum muka muncung itu perkara biasa Ada je yang senang bangun tapi semuanya bersebab Mungkin mereka ada aktiviti yang ditunggu tun...
Hidung Kerap Berdarah Mungkin Tanda Anak Ada Resdung Ini Mak Ayah Boleh Buat Kalau Tiba Tiba Hidung Anak Berdarah Lagi

Hidung Kerap Berdarah Mungkin Tanda Anak Ada Resdung Ini Mak Ayah Boleh Buat Kalau Tiba Tiba Hidung Anak Berdarah Lagi

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 407 hits
Bagi golongan dewasa gejala seperti selesema hidung tersumbat dan berair sakit kepala rasa sakit di kawasan dahi dan muka merujuk kepada gangguan sinus atau resdung yang serius Begitupun semua simptom dan rasa sakit ini mudah disampaikan ke...
Anak Menangis Ada Alasannya Mak Ayah Kena Kenal Keperluan Perkembangan Si Kecil Orang Keliling Jangan Mudah Melabel

Anak Menangis Ada Alasannya Mak Ayah Kena Kenal Keperluan Perkembangan Si Kecil Orang Keliling Jangan Mudah Melabel

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 308 hits
Bila anak mula menangis terutamanya ditempat umum emosi mak ayah mulalah terganggu Nak dimarah nanti makin kuat pula menangis nak dibiarkan apa pula kata orang ramai yang lalu lalang Serba tak kena dibuatnya Apa yang ibu ayah perlu buat ada...
Anak Silap Buat Pilihan Itu Biasa Mak Ayah Kena Jadi Pakar Rujuk Dari Kecil Nak Tentu Hala Tuju Anak Bila Besar

Anak Silap Buat Pilihan Itu Biasa Mak Ayah Kena Jadi Pakar Rujuk Dari Kecil Nak Tentu Hala Tuju Anak Bila Besar

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 347 hits
Biasanya bila membuat pilihan apakah ibu ayah yang menentukan segala galanya atau anak anak diberikan kebebasan dalam memilih sesuatu Untuk anak yang masih kecil memberikan banyak pilihan buat mereka mungkin akan membuatkan mereka lebih kel...
Bayi Makin Besar Tidur Lasak Sampai Jatuh Katil Kalau Itu Berlaku Mak Ayah Jangan Cepat Panik Buat 5 Langkah Ni Dulu

Bayi Makin Besar Tidur Lasak Sampai Jatuh Katil Kalau Itu Berlaku Mak Ayah Jangan Cepat Panik Buat 5 Langkah Ni Dulu

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 395 hits
Kejadian bayi jatuh dari katil memang sering kita dengar kadang memang dah buat kubu dengan bantal di sekeliling anak yang tidur tapi kejadian jatuh katil masih lagi berlaku Bila anak jatuh katil mak ayah tentunya tak keruan Tak tahu apa na...
Cikgu Sedih Tiada Seorang Pun Calon Spm Hadir Kelas Online Akhirnya Anak Sendiri Yang Masuk Nak Hiburkan Ayah

Cikgu Sedih Tiada Seorang Pun Calon Spm Hadir Kelas Online Akhirnya Anak Sendiri Yang Masuk Nak Hiburkan Ayah

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 421 hits
926 total views 926 views today Penutupan sekolah susulan wabak Covid 19 yang melanda negara memerlukan para guru dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian di rumah Namun salah satu masalah yang dihadapi oleh para gu...
Ada Perancangan Nak Tambah Anak Lagi Siti Sarah Akui Dulu Shuib Tak Suka Budak Budak Sekarang Dah Jatuh Cinta

Ada Perancangan Nak Tambah Anak Lagi Siti Sarah Akui Dulu Shuib Tak Suka Budak Budak Sekarang Dah Jatuh Cinta

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 485 hits
Pasangan selebriti Shuib dan Siti Sarah Raissuddin sering kali berkongsi momen romantis mereka berdua di Instagram mereka Kejayaan demi kejayaan diraih tidak sedikit pun memudarkan kasih sayang yang dibina dalam rumah tangga malah mereka be...
Bibir Anak Bengkak Ingat Ada Masalah Gigi Rupanya Alergi Alat Solek Doktor Pesan Mak Ayah Kena Beringat

Bibir Anak Bengkak Ingat Ada Masalah Gigi Rupanya Alergi Alat Solek Doktor Pesan Mak Ayah Kena Beringat

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 407 hits
Kalau tengok anak anak perempuan yang masih kecil bermain dengan alat solek ada yang rasakan itu perkara comel dan lucu Tambah pula bila habis satu muka diconteng dengan bahan kosmetik yang lazimnya digunakan oleh ibu atau orang yang lebih ...
6123 Nabil Tak Nak Susahkan Ayah Anak Merana Kerana Ahlong Tv Ppim 02 12 2020

6123 Nabil Tak Nak Susahkan Ayah Anak Merana Kerana Ahlong Tv Ppim 02 12 2020

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 274 hits
Anda sebenarnya telah mengheret sekali keluarga anda ke lembah penderitaan apabila anda meminjam daripada ahlong Sekali anda meminjam selamanya anda diikat untuk terus membayar hutang Ahlong akan menggunakan apa saja kekerasan untuk menguti...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya