Jangan Fitnah Dan Jangan Kompaun Najib Beliau Di Melaka Kerana Bercuti Bukannya Berkempen




 Dikesan setakat ini sebagai pemimpin yang paling sibuk bertemu pengundi menjelang PRN Melaka 20 November depan, bekas Perdana Menteri, Najib Razak rupa-rupanya sedang bercuti di negeri tersebut.
Hari ini beliau dilaporkan berada di kawasan Tangga Batu dalam sessi percutiannya itu sambil mengambil peluang bertemu dan beramah mesra dengan penduduk tempatan.
Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN turut membeli barangan basah seperti ikan dan sayur di Pasar Terbuka Pantai Puteri sebelum minum pagi bersama peniaga serta penduduk kawasan berkenaan.
Beliau yang diiringi Timbalan Speaker Dewan Negara yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Mohamad Ali Mohamad dan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Hasan Abd Rahman kemudiannya menikmati juadah asam pedas ketika makan tengah hari bersama nelayan dan masyarakat Kampung Hailam, Tanjung Kling di jeti nelayan kampung terbabit.
Najib berkata, beliau memilih Melaka sebagai lokasi percutiannya kali ini kerana negeri itu mempunyai banyak tempat yang boleh dilawati, selain mempunyai ramai kenalan lama.
“Saya bercuti dan bertemu masyarakat di sini dan ia bukanlah boleh ditakrifkan sebagai berkempen untuk pilihanraya.
“Saya cuma nak tengok sendiri keadaan di jeti nelayan, di samping memenuhi undangan Mohamad Ali untuk menjamu selera di sini,” katanya.
Najib juga dijadual menikmati cendol di Kampung Tengah, Bukit Rambai petang tadi serta membeli-belah di sebuah pasar raya di Taman Nirwana, Klebang.
Pada sebelah malam pula, beliau akan makan malam bersama penduduk di Batang Tiga serta beramah mesra dengan pengunjung `Down Town’ Dataran 1Malaysia, manakala pagi esok, beliau akan bersarapan pagi bersama penduduk Sungai Udang.
Woww…walaupun bercuti, tapi nampaknya begitu sibuk dan padat jadual Najib di Melaka.

Jarang-jarang ada rakyat Malaysia bercuti seperti dilakukannya itu.
Berdepan penguatkuasaan larangan berkempen oleh KKM berikutan kebimbangan wabak Covid19 boleh menular semula, apakah setiap kali Najib turun ke Melaka, alasannya tidak lain ialah semata-mata untuk bercuti?
Kalau begitu, jika beliau setiap hari berada di Melaka sehingga hari pengundian pada 2 November nanti, apakah alasannya juga untuk bercuti?
Apakah ini bermakna percutian Najib ke Melaka akan bersambung-sambung sehingga 20 November depan?
Jika itu yang berlaku, sementara orang lain yang biasanya bercuti ke Melaka atau mana-mana destinasi dalam negara hanya melakukannya selama dua tiga hari atau paling lama sehingga seminggu, apakah Najib akan mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia paling lama pernah bercuti ke Melaka?
Sejak zaman Parameswara, pernahkah ada sesiapa yang tinggal di Kuala Lumpur, tetapi menghabiskan percutian di Melaka selama lebih 20 hari seperti Najib?
Apa pun, jangan fitnah Najib dan KKM juga jangan keluarkan apa-apa kompaun kepadanya walau didapati semacam berkempen untuk pilihanraya.
Meskipun sibuk ke sana sini dan berjumpa ramai orang di Melaka, beliau sebenarnya bukanlah berkempen.
Beliau hanya bercuti….cuti-cuti untuk Keluarga UMNO. – ShahbudinHusin 30/10/2021.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/jangan-fitnah-dan-jangan-kompaun-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wang Rm114 Juta Dipulangkan Najib Jangan Kedekut Hulur Kepada Jentera Melaka

Wang Rm114 Juta Dipulangkan Najib Jangan Kedekut Hulur Kepada Jentera Melaka

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 295 hits
agendaily com27 10 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kuasa kepada rakan karibnya Datuk Sri Najib Razak yang mendapat RM114 juta untuk mengendalikan parti ketika ketiadaannya Jentera UMNO dan Barisan Nasional sangat...
Tangguh Ke Singapura Najib Mula Berkempen Di Melaka Kerana Rakyat Rindukannya

Tangguh Ke Singapura Najib Mula Berkempen Di Melaka Kerana Rakyat Rindukannya

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 261 hits
AGENDA DAILY Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak Datuk Seri Najib Razak yang menangguhkan lawatannya ke Singapura mengambil langkah awal dengan memulakan kempennya di Melaka dan yakin rakyat akan memil...
Orang Melaka Jangan Lupa Dasar Politik Cash Is King Inilah Peluang Besar Bagi Orang Melaka Jangan Tertinggal Sampan

Orang Melaka Jangan Lupa Dasar Politik Cash Is King Inilah Peluang Besar Bagi Orang Melaka Jangan Tertinggal Sampan

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 221 hits
Sekurang kurangnya motorsikal Jangan terima basikal Basikal untuk orang Afrika atau Bangladesh Sekurang kurangnya RM1000 satu kepala Jangan happy dengan RM50 atau RM300 atau satu botol minyak masak dengan 5kg beras gred koman Artikel ini ad...
Prn Melaka Tentera Siber Umno Mula Kempen Fitnah Muhyiddin

Prn Melaka Tentera Siber Umno Mula Kempen Fitnah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 210 hits
AGENDA DAILY Tentera siber UMNO memuat naik fitnah di laman media sosial masing masing menuduh Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menyogok pengundi di Melaka Gambar FB Tentera siber UMNO mula menabur fitnah terhadap Perik...
Prn Melaka Zahid Di Nasihatkan Berunding Jangan Pertaruh Nasib Politik Melayu Islam

Prn Melaka Zahid Di Nasihatkan Berunding Jangan Pertaruh Nasib Politik Melayu Islam

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 250 hits
SHAH ALAM Pemimpin Pas meminta Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berunding bersama semua parti Melayu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyataka...
Ketua Umno Bahagian Melaka Dihasut Najib Tolak Bersatu Tolak Ismail Sabri

Ketua Umno Bahagian Melaka Dihasut Najib Tolak Bersatu Tolak Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 243 hits
agendaily com4 11 2021Sidang media Ketua ketua UMNO Bahagian Melaka yang diketuai oleh Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mengumumkan pendirian menolak kerjasama dengan Bersatu Pencatur utama UMNO bagi Pilihan Raya Negeri Melaka adalah ...
Prn Melaka Kerajaan Salah Guna Program Rasmi Untuk Berkempen Akan Dibawa Dalam Mesyuarat Kabinet

Prn Melaka Kerajaan Salah Guna Program Rasmi Untuk Berkempen Akan Dibawa Dalam Mesyuarat Kabinet

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 239 hits
Oleh ASLINDA NASIR WAN JUNAIDI TUANKU JAAFARKUALA LUMPUR Kebimbangan mengenai isu berat sebelah ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri Melaka akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet Memahami kegusaran yang timbul dalam kalangan parti parti p...
Prn Melaka Gara Gara Menganjurkan Sidang Media Muda Di Kompaun Sebanyak Rm4 000

Prn Melaka Gara Gara Menganjurkan Sidang Media Muda Di Kompaun Sebanyak Rm4 000

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 330 hits
MELAKA Parti Ikatan Demokratik Malaysia dikompaun RM4 000 selepas mengadakan sidang media berkaitan Pilihan Raya Negeri Melaka di bangunan Stadthuys di sini pada Rabu Kompaun itu dikeluarkan susulan penganjuran berkenaan dikatakan menyebabk...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor