Wang Rm114 Juta Dipulangkan Najib Jangan Kedekut Hulur Kepada Jentera Melaka


agendaily.com27/10/2021
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan 'kuasa' kepada rakan karibnya Datuk Sri Najib Razak yang mendapat RM114 juta untuk mengendalikan parti ketika ketiadaannya.

Jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) sangat mengharapkan Datuk Seri Najib Razak yang sudah dikembalikan wang sitanya bernilai RM114 juta dapat membantu mereka dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Berita wang tersebut dikembalikan diketahui akar umbi yang sangat memerlukan sumber kewangan untuk berkempen walaupun berdepan kekangan susulan larangan terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tidak membenarkan sebarang perhimpunan berkaitan pilihan raya.

Susulan larangan tersebut, parti-parti politik perlu mencari strategi berkempen yang berbeza berbanding sebelumnya dan platform media sosial bakal menjadi wadah baharu untuk menyampaikan penerangan kepada para pengundi.

Pendekatan dan kaedah berkempen yang baharu juga pastinya melibatkan kos, sebagai contoh jentera UMNO dan BN amat memerlukan data serta alat komunikasi yang canggih bagi membolehkan mereka berkempen dengan lancar.

Selain itu, pendekatan berkempen secara konvensional atau tradisional sebelum ini yang digunakan mungkin sudah tidak relevan apabila larangan KKM tersebut dikuatkuasakan.

Mengambilkira faktor tersebut, majoriti jentera UMNO dan BN mengharapkan Najib yang diberikan tanggungjawab untuk mengetuai kempen di Melaka selepas Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terpaksa menjalani rawatan ke Jerman dapat menyalurkan bantuan kewangan atau sekurang-kurangnya menyediakan kemudahan tambah nilai (topup) kredit data telefon disamping juga memberi telefon baharu kepada mereka.

Dengan jumlah wang yang dipulangkan balik, ia bukan satu masalah yang besar buat Najib untuk menyediakan kemudahan kepada jentera UMNO dan BN bagi menghadapi PRN Melaka.

“Janganlah terlalu berkira sangat dengan jentera parti, harap Najib hulur-hulur lah kepada kami jentera yang akan bergerak untuk menyampaikan penerangan kepada akar umbi,” kata seorang ahli UMNO Melaka yang ditugaskan untuk berkempen nanti.

Najib sudah memulakan kempen awal di Melaka apabila mengadaka beberapa program bertemu dengan jentera UMNO dan BN seluruh Melaka, malah tular beberapa video dan gambar bekas Perdana Menteri itu bersama dalam perhimpunan dengan penyokong parti sehingga melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 baru-baru ini.

Media juga membuat liputan dalam program bantuan Najib kepada mangsa banjir di Melaka dengan menghantar lori membawa bekalan makanan untuk diserahkan kepada penduduk setempat.

Najib sudah menerima kembali wang berjumlah RM114 juta yang disita dari Pavilion Residences, milik Obyu Holdings Sdn. Bhd.

Perkara itu disahkan oleh peguam bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa wang itu telah dikeluarkan dan diterima oleh kedua-dua pihak dan difahamkan, kesemua aset itu diserahkan kepada Najib dan UMNO pada 17 Jun lalu.

Mengambil kira faktor kewangan yang banyak dan juga kembali menjadi dominan di Kerajaan Pusat, pastinya UMNO mempunyai kelebihan untuk menang besar pada PRN Melaka.

Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mempunyai 28 kerusi dan jika Najib memberikan setiap calon RM1 juta sekali pun semasa berkempen, ia masih tidak luak dan berbaki banyak lagi.

Selepas sekian lama, ini peluang terbaik buat pemimpin UMNO di Melaka yang tercalon untuk mengumpul kekayaan sekali lagi walaupun sebelum ini tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Jika kalah pun, sekurang-kurangnya wang yang diberikan Najib untuk berkempen boleh disimpan bagi kegunaan masa depan.

Kebiasaannya, tradisi dalam mana-mana PRN atau Pilihan Raya Umum (PRU), calon UMNO tidak akan membelanjakan sepenuhnya wang yang diperuntukan sebaliknya menyimpan sebagai jaminan selepas pilihan raya, manalah tahu kalau kalah selepas itu tidak lagi mempunyai sumber kewangan lain


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/wang-rm114-juta-dipulangkan-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasihat Kepada Orang Melaka Jangan Lupa Minta Sekurang Kurangnya Motorsikal Dan Wang Tunai Rm1 000 Satu Kepala

Nasihat Kepada Orang Melaka Jangan Lupa Minta Sekurang Kurangnya Motorsikal Dan Wang Tunai Rm1 000 Satu Kepala

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 275 hits
Tuan tuan di negeri Melaka salamullahi alaykum salam sejahtera salam hormat dan selamat pagi Saya pernah duduk di Melaka selama EMPAT tahun ia itu hujung 1973 hingga 1977 Masa itu saya dibangku sekolah dan kami sekeluarga pernah tinggal di ...
Ketika Ph Ambil Alih Melaka Wang Kerajaan Negeri Hanya Ada Rm18 Juta Tapi

Ketika Ph Ambil Alih Melaka Wang Kerajaan Negeri Hanya Ada Rm18 Juta Tapi

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 358 hits
Saya masih ingat ketika kita ambil alih kerajaan Melaka dahulu lebihan wang kerajaan negeri hanya RM18 juta Lepas setahun kita urus Melaka lebihan wang kerajaan negeri meningkat jadi RM60 juta Untuk bantu orang Melayu dan Bumiputra saya tub...
Zahid Beri Najib Ketuai Kempen Prn Selepas Rm114 Juta Dikembalikan

Zahid Beri Najib Ketuai Kempen Prn Selepas Rm114 Juta Dikembalikan

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 292 hits
agendaily com24 10 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kuasa kepada rakan karibnya Datuk Sri Najib Razak yang mendapat RM114 juta untuk mengendalikan parti ketika ketiadaannya Kekuatan kewangan Datuk Seri Najib Razak...
Jangan Fitnah Dan Jangan Kompaun Najib Beliau Di Melaka Kerana Bercuti Bukannya Berkempen

Jangan Fitnah Dan Jangan Kompaun Najib Beliau Di Melaka Kerana Bercuti Bukannya Berkempen

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 274 hits
Dikesan setakat ini sebagai pemimpin yang paling sibuk bertemu pengundi menjelang PRN Melaka 20 November depan bekas Perdana Menteri Najib Razak rupa rupanya sedang bercuti di negeri tersebut Hari ini beliau dilaporkan berada di kawasan Tan...
Prn Melaka Jangan Kerjasama Dengan Para Pengkhianat

Prn Melaka Jangan Kerjasama Dengan Para Pengkhianat

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 222 hits
PRN Melaka Jangan kerjasama dengan para pengkhianatOleh October 22 2021Angkatan Muda KEADILAN Malaysia bimbang terhadap polemik menerima kemasukan 4 ADUN Melaka ke dalam Pakatan Harapan yang heboh diperkatakan sejak beberapa hari lalu Setia...
Polis Sita Kereta Bekas Exco Melaka Yang Tak Dipulangkan

Polis Sita Kereta Bekas Exco Melaka Yang Tak Dipulangkan

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 516 hits
Kereta rasmi jenis Camry yang digunakan bekas exco kerajaan Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee disita pihak polis di sebuah kondominium di Jalan Tun Perak Melaka semalam Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali mengesahkan tindakan te...
Organisers Of Muhyiddin Najib Walkabouts In Melaka Fined

Organisers Of Muhyiddin Najib Walkabouts In Melaka Fined

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 226 hits
The health ministry said investigations found that both the leaders had not attended any gathering related to the upcoming Melaka election but had held walkabouts PETALING JAYA The health ministry has issued compounds to the organisers of e...
Umno Jangan Tunggu Pru15 Ketetapan Pau Putus Hubungan Dengan Bersatu Mesti Dimulakan Di Prn Melaka

Umno Jangan Tunggu Pru15 Ketetapan Pau Putus Hubungan Dengan Bersatu Mesti Dimulakan Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 231 hits
Sebagaimana kita sedia maklum dan sedar UMNO telah menetapkan keputusan untuk tidak mahu bekerjasama dan putus hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang Ketetapan tersebut dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang bermakna ia ad...
Prn Melaka Jangan Benarkan Kempen Besar Besaran

Prn Melaka Jangan Benarkan Kempen Besar Besaran

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 289 hits
SHAH ALAM Pakar kesihatan menyarankan supaya tiada kempen besar besaran pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November depan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ia akan menyebabkan ba...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik