Prn Melaka Kerajaan Salah Guna Program Rasmi Untuk Berkempen Akan Dibawa Dalam Mesyuarat Kabinet
 Oleh ASLINDA NASIR 

 WAN JUNAIDI TUANKU JAAFARKUALA  LUMPUR: Kebimbangan mengenai isu berat sebelah ketika berkempen pada  Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet.
Memahami kegusaran yang timbul dalam kalangan parti-parti politik  yang bertanding, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan  Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia akan  dibincangkan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan prosedur  operasi standard (SOP) pada PRN Melaka.
“Saya bercakap bagi pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN),  Kementerian Kesihatan dan SPR. Di sini ada dua agensi atau kumpulan  berbeza. Satu, SPR nak vibrancy democratic pratice, nak benarkan proses pemilihan, asalkan berpandu kepada Kementerian Kesihatan dan MKN.
“Jadi, undang-undang yang dilaksanakan di satu pihak, mesti  dilaksanakan pihak lain. Saya tak boleh beri jaminan kerana apa yang  berlaku di Sabah, kita buat SOP juga, tetapi rakyat, orang kempen, orang  parti yang buat (tidak patuh SOP),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri  Saifuddin Nasution (PH-Kulim Bandar Baharu) yang mempersoal jika ada  tindakan menteri yang menyalahgunakan program rasmi kerajaan untuk  berkempen di Melaka.
Jelas Saifudin, adalah tidak adil sekiranya ahli politik daripada  kerajaan boleh menggunakan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN), tetapi  pembangkang perlu berpandukan SOP oleh SPR yang menghalang sebarang  kempen pada PRN nanti.
“Jadi, menteri, mari kita berterus terang, sama ada menteri boleh  beri jaminan, bila kempen berlaku selama 11 hari nanti, antara 8 hingga  20 November, apa kata Menteri Kanan Pertahanan pergi Kem Sungai Udang  berkempen dengan askar.
“Mengikut Fasa 4 PPN tak salah, kerana ia majlis rasmi kerajaan.  Sahabat saya Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri  berkempen dalam Program Beli Barang Buatan Malaysia. SOP PPN tak salah,  SOP SPR salah tak?
“Jadi Yang Berhormat Menteri, kita tak mahu double standard  dari segi pelaksanaan, kerajaan pergi kena ikut SOP MKN, kita pergi pula  kena ikut SOP SPR. Ini akan timbulkan ketegangan, kemarahan sukar  dikawal,” tegasnya. UTUSAN 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/prn-melaka-kerajaan-salah-guna-program.html