Jangan Cuba Berselindung Di Sebalik Tragedi Ali Dan Mua Wiyah


A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger.
Muhyiddin dan Fayhsal muncul daripada Gerakan SheratonSAYA berfikir lama dan dalam sebelum menulis rencana ini kerana dua watak pencetusnya adalah dua orang anak muda yang saya sayang dan menaruh harapan tinggi bahawa mereka akan menjadi antara pewaris kepemimpinan negara tidak lama lagi.
Untuk sekian lama saya berpendapat bahawa sudah sampai masanya kita mula bergerak secara serius membina kepemimpinan baru yang terdiri daripada generasi muda.
Maka atas kepercayaan itulah saya menaruh harapan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal serta penggiat-penggiat politik yang seangkatan atau lebih dewasa sedikit daripada mereka.
Mungkin ramai tidak setuju dengan saya, tetapi saya terus menaruh harapan kepada watak-watak seperti Nurul Izzah Anwar, Fahmi Fadzil, Hannah Yeoh, Liew Chin Tong, Darell Keiking, Anthony Loke dan Ulya Aqamah Husamudin (Ahli MPT Bersatu) untuk menyebut beberapa orang.
Malang sekali, atau mungkin juga di sebaliknya, rahmat, maka berlakulah rampasan kuasa Langkah Sheraton (the Sheraton Move) yang menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan terbongkarlah rahsia sebenar di sebalik dua watak ini.
Saddiq memilih untuk menongkah arus kerana berpegang kepada prinsip perjuangan dan menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat jelata dalam Pilihan Raya Umum 2018.
Dia sudah pun mula ditekan dan diasak oleh pelbagai ‘forces’ tangan hitam di peringkat pusat dan negeri Johor. 
Fayhsal pula memilih untuk mengambil laluan laju bagi mengisi citi-cita politiknya yang sangat tinggi melalui persekongkolan dengan konspirator Langkah Sheraton.
Saddiq menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 23 Februari dan akhirnya hilang jawatan Menteri.
Fayhsal memilih untuk bersama-sama dengan yang menang, dilantik Senator dan menjadi Timbalan Menteri. Sekarang dia sedang mencabar Saddiq untuk jawatan Ketua Armada Bersatu.
Dalam percubaan mempertahankan cabarannya terhadap Saddiq agar tidak nampak oportunistik, Fayhsal menulis catatan berikut dalam platform sosial medianya yang berbunyi:
“Wait for my nationwide tour to campaign for my Ketua Armada candidacy (sic). I will clear the air. I did not betray Saddiq neither Tun (sic). Our political differences in Bersatu are akin to Saydina Ali vs Mu’awiyyah. Those who called others as TRAITOR is (sic) an extremist like the Khawarij.”
(“Tunggu sehingga saya menjelajah negara untuk berkempen bagi jawatan Ketua Armada. Saya akan beri penjelasan. Saya tidak mengkhianati Saddiq atau Tun. Perbezaan politik kita dalam Bersatu adalah umpama Saiyidina Ali melawan Mu’awiyyah. Mereka yang memanggil orang lain PENGKHIANAT adalah pelampau seperti Khawarij.”)
Ya, dia memilih untuk menulis prakata kepada manifestonya dalam bahasa Inggeris seperti Muhyiddin Mohd Yassin yang menggulung pembentangan Pakej Rangsangan Ekonominya 27 Mac dalam bahasa Inggeris juga.
Dalam penggulungan bahasa Inggeris itu, Muhyiddin antara lain, berkata: “And, this government may not be the government that you vote (sic) for.” (Dan kerajaan ini mungkin bukan kerajaan yang anda pilih.)
Adakah Fayhsal dan bos nombor satunya dalam kerajaan dan parti tidak berani membuat pengakuan masing-masing dalam bahasa Melayu kerana bimbang difahami oleh lebih banyak orang?
Tidak Ada Khawarij
Jawapan saya mudah saja. Tidak ada Saidina Ali, tidak ada Mau’awiyah dan tidak ada Khawarij dalam keputusan MPT Bersatu pada 23 Februari untuk keluar PH!
Itu hanya cerita budak cerdik yang belum pandai politik tetapi cuba mengabui mata khalayak dengan cerita-cerita kayangan yang dipelajarinya di kuliah-kuliah universiti yang tidak ada makna dalam tendang terajang politik yang sedang dia dan feksyennya dalam Bersatu sedang mainkan.
Saya ada di situ, di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, dalam bilik mesyuarat yang amat dingin pada siang hari, 23 Februari lalu, bagi menghadiri mesyuarat tergempar MPT Bersatu.
Tidak ada Ali. Tidak ada Mu’awiyah. Tidak ada Khawarij. Yang ada adalah kegilaan kepada kuasa dan pengkhianatan terhadap mandat rakyat jelata dalam PRU 9 Mei 2018.
Manteranya adalah, kalau Bersatu tidak keluar PH, ia akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Untuk itu, kata Muhyiddin dengan disokong kuat oleh para pengikutnya, “kita wajib keluar hari ini juga.”
Sorak-sorai, berebut pembesar suara dan menghentak meja menenggelamkan rayuan Dr Mahathir agar beliau tidak ditekan dan dipaksa untuk mengorbankan prinsip dan memungkiri janji.
Yang tinggal menyokong beliau boleh dikira dengan jari tangan saja. Sebagai seorang demokrat, Dr Mahathitr secara terbuka mengaku bahawa beliau tidak lagi mempunyai suara terbanyak dalam MPT.
Yang beliau minta hanyalah sedikit masa untuk berfikir. Itu pun tidak dihiraukan. Malam itu juga Langkah Sheraton dilaksanakan.
Demikianlah buruknya layanan yang mereka berikan kepada orang tua yang memimpin mereka bagi mengalahkan kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional dan menaikkan mereka menjadi Menteri, Timbalan Menteri dan pelbagai lantikan lagi.
Maaf kalau saya katakan dengan rasa kecewa dan dukacita bahawa Fayhsal kini muncul sebagai simbol kepada hipokrasi, ketamakan kuasa dan pengkhianatan terhadap keunggulan, prinsip dan perjuangan yang melahirkan Bersatu.
Saya sudahi dengan sebuah pantun nasihat peninggalan nenek moyang kita:
Pergi memburu di padang datarDapat rusa belang kakiKalau berguru kepalang ajarIbarat bunga kembang tak jadi.
Wallahuaklam. Terima Kasih.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2020/04/jangan-cuba-berselindung-di-sebalik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ali Puteh Teruk Dikecam Selepas Nasihat Man Raja Lawak Jangan Menunjuk Kebaikan

Ali Puteh Teruk Dikecam Selepas Nasihat Man Raja Lawak Jangan Menunjuk Kebaikan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 447 hits
Baru baru ini Ali Puteh telah menegur sahabatnya Man Raja Lawak supaya tidak menhebahkan projek bantuan yang di media sosial agar tidak menjadi bualan ramai orang dan menerima pujian yang menggunung Bagaimanapun komen Ali ini menerima kecam...
Jangan Peduli Suara Macai Ph Yang Cuba Rosakan Imej Menteri

Jangan Peduli Suara Macai Ph Yang Cuba Rosakan Imej Menteri

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 245 hits
Menteri suruh rakyat biasa banyak minum air suam saja bukan dia salah bagi ubat atau suruh minum racun Bukan dia preskripsi minum air suam sebagai ubat untuk mereka yang telah dijangkiti Covid 19 Menteri ini yang memohon elaun khas RM400 un...
Akibat Terpengaruh Dengan Dalgona Coffee Jantung Jadi Laju Hyper Siapa Tak Biasa Jangan Cuba

Akibat Terpengaruh Dengan Dalgona Coffee Jantung Jadi Laju Hyper Siapa Tak Biasa Jangan Cuba

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 287 hits
Musim cuti PKP ni banyak betul muncul resipi baru di media sosial seperti Facebook Twitter dan sebagainya Pasti ramai yang terjebak untuk membuat lebih lebih lagi bahan yang digunakan sangat mudah didapati di dapur rumah dan tidak perlu ban...
Jangan Terbiasa Menceritakan Aib Suami Pada Orang Lain Jika Tidak Beberapa Keburukan Ini Akan Menimpamu

Jangan Terbiasa Menceritakan Aib Suami Pada Orang Lain Jika Tidak Beberapa Keburukan Ini Akan Menimpamu

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 291 hits
Untuk para muslimah hebat yang sudah menyandang sebagai ratu bagi suamimu maka jangan lupa untuk selalu menjaga kehormatan diri dan kehormatan suami Jangan membiasakan diri menceritakan masalah yang terjadi didalam rumah tangga lebih urgent...
Jangan Degil Tubuh Badan Yang Sihat Pun Boleh Dijangkiti

Jangan Degil Tubuh Badan Yang Sihat Pun Boleh Dijangkiti

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 267 hits
Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan selama 14 hari bermula 18 hinga 31 Mac ini bermaksud larangan untuk melakukan sebarang aktiviti luar melibatkan semua individu yang ada di dalam negara ini bagi mengelakkan wabak COVID 1...
Humor Gus Baha Soal Corona Jangan Takut Berlebihan Tapi

Humor Gus Baha Soal Corona Jangan Takut Berlebihan Tapi

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 258 hits
KH Bahauddin Nur Salim atau akrab disapa Gus Baha menyampaikan padangan pribadinya terkait dengan pandemi virus corona di haul ke 3 Ketua Umum Pengurus Besar Nahdlatul Ulama periode 1999 2010 KH Hasyim Muzadi di Pondok Pesantren Al Hikam De...
6 Penyebab Jerawat Di Punggung Yang Jarang Disadari Jangan Anggap Sepele

6 Penyebab Jerawat Di Punggung Yang Jarang Disadari Jangan Anggap Sepele

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 212 hits
Kebersihan merupakan faktor paling berperan dalam timbulnya jerawat di punggung Untuk mengetahui secara lebih rinci berikut kami rangkum penyebab jerawat di punggung yang jarang disadari
Corona Virus Patuhi Arahan Yang Diberi Jangan Ambil Sikap Sambil Lewa

Corona Virus Patuhi Arahan Yang Diberi Jangan Ambil Sikap Sambil Lewa

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 417 hits
hai assalammualaikumCorona Virus Patuhi Arahan Yang Diberi Jangan Ambil Sikap Sambil Lewa Arahan Kawalan pergerakan telah dibuat bermula harini 18 Mac 2020 tapi tak sangka baca dekat media sosial ramai lagi yang tak patuhi arahan dan ambil ...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Building An Online Marketing Plan

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perempuan Melawan Lara

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

How To Make Japanese Mayonnaise

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Akui Penat Dengan Running Man Sebelum Ini Ji Yeeun Dedah Banyak Terima Mesej Cacian