Corona Virus Patuhi Arahan Yang Diberi Jangan Ambil Sikap Sambil Lewa
hai assalammualaikum
Corona Virus : Patuhi Arahan Yang Diberi, Jangan Ambil Sikap Sambil Lewa - Arahan Kawalan pergerakan telah dibuat bermula harini 18 Mac 2020 , tapi tak sangka, baca dekat media sosial, ramai lagi yang tak patuhi arahan dan ambil sikap sambil lewa. Ada masih lagi yang keluar macam tiada apa-apa. Faham bagi yang kena bekerja, tapi yang tak bekerja, jangan degil boleh tak. Penularan virus corona ni dah semakin meningkat di Malaysia.
Boleh bayangkan, bila cikgu-cikgu marah anak murid, anak murid taknak dengar, Hah macam ni la, PM suh duduk rumah, orang dah berakal, dah besar taknak dengar cakap. Sampai PM buat ucapan kali kedua, denagn sempoi ya, padahal dalam hati marah tu, sebab rakyat Malaysia tak dengar cakap. " Dudukla diam-diam di rumah, jaga keluarga, tengok tv HBO takde masalah " Takde HBO, TV3, TV1, TV2 mesti ada..aduhhh..
Bosan duduk rumah, korang google je aktiviti apa yang boleh di buat di rumah. Banyak je. Kalau ade internet, laptop, handphone, hah kau tengokla sampai puas. Lagi aktiviti boleh je memasak, mengemas rumah. Bersihkan mana yang perlu. Masa ni juga buat aktiviti bersama keluarga. Mana yang ada anak-anak, boleh buat aktiviti bersama anak. Masa ni la bonding time korang. Kalau degil, saja cari pasal, nak makan dan minum, lepak sana, hah, duduk dekat luar sorang-sorang jangan masuk dalam rumah. Takut korang yang degil ni penyebab pembawa virus corona ni.
Korang tau tak, dalam situasi macam ni dua situasi yang sukar dibayangkan :
1) Bayangkan kalau terkena pada anak-anak kita, ibu bapa kita yang dah tua tu atau orang tersayang kene tahan dan perlu isolation di ward. Masa tu tiada sesiapa boleh melawat. Sekarang boleh sentuh-sentuh, tapi bila dah kena corona ni, langsung tak boleh. Yang dah besar mungkin faham, kalau baby, anak kecil, kau agak-agak dia seorang je, faham ke..( dah mula pandang muka anak..:(. Ya Allah jauhkanla penyakit dari anak-anak ku )
Tadi nad ada baca dekat twitter, pengalaman seorang pesakit corona ni. Tapi lupa pulak nak retweet. Cari balik lupa dah tadi. Dia cerita, memang takde siapa boleh datang melawat. Kalau nak bagi barang, bagi dekat bawah, nurse akan ambilkan. Ada dia erita sampai dia sembuh.
2) Kalau yang kena penyakit ni teruk dan ditakdirkan meninggal, tau tak pengurusan jenazah mereka? Jenazah dimasukkan dalam plastik, tak boleh dimandikan, hanya tayammum atas beg sahaja. Keluarga tak boleh tatap jenazah, tak boleh bawak balik rumah, tak boleh cium unless dah dikebumikan. Sedih weii..Kalau di China, semua bodies kena bakar/cremate. kalau di Iran, kena treat dengan bahan kimia/calcium oxide.
Kesian kepada petugas yang bertugas membanteras virus corona ni. Jangan pentingkan diri sendiri.
Jangan cakap, " ala virus je pun, kalau nak mati mati juga "..oh my..Kalau rasa nak cakap mcm tu, sila mati sendiri-sendiri pleasee..masuk hutan, bior takda siapa tau.
Dua minggu je guys, kalau korang taknak denagr, kemungkinan virus ni akan meningkat, dan kita kawalan pergerakan mungkin akan dibuat lagi..tolong..tolong..jangan degil..Duduk rumah, kelua rbila perlu je. Jaga kebersihan semua. Jarakkan diri anda dengan semua orang
Ya Allah selamtkan kami dari covid 19 ini Ya Allah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2020/03/corona-virus-patuhi-arahan-yang-diberi.html