Jangan Suka Suka Urut Orang Nanti Ada Benda Masuk Badan
"jangan suka suka urut orang, nanti ada 'benda' masuk badan...." | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa kat sini yang pandai urut orang? Suka massage orang? Siapa pula yang suka diurut? Eh.. ada ke orang yang tak suka diurut?
Ada.
Tapi bukan nak cakap pasal orang yang diurut tu. Kita cerita tentang orang yang mengurut. Ehe.
jangan suka suka urut orangDalam keluarga, saya paling yang suka dan pandai mengurut. Hinggakan digelar 'official tukang urut' kat rumah haha. Tapi jangan lah fikir saya mengurut macam kat spa tu. Baring atas katil, buka baju, letak minyak satu badan semua, urut full from head to toe sampai 1 jam. No no.
Not like that loh.
Saya urut bukan lah macam kat kedai massage tu. Saya pun tak kuasa lah nak massage cenggitu hahaha. Most of the time (depends on siapa saya nak urut tu juga), saya akan urut dalam keadaan duduk. Urut kepala, dahi, bahu, bahagian belakang, tangan, kaki (ni kadang-kadang je).
Lagipun saya bukannya ada 'sijil' mengurut pun.
Bukan bidan. Bukan tukang urut yang professional. Skill mengurut saya juga bukan jenis yang di'turun'kan dalam mimpi oleh nenek moyang dulu. Not turun temurun.
Dan takdelah power mana skill mengurut saya tapi setiap orang yang saya mengurut mesti mereka puji.
Best, 'sedap', kena tempat yang sakit, rasa lega dan sebagainya.
Acapkali saya disuruh buka kedai urut/ spa muslimah sebab best sangat urut. kahkah!
jangan suka suka urut orangBangga kah saya bila dipuji?
Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Thanks to Allah. Thats all I can say. Because kemahiran mengurut saya ni memang purely a gift from Allah. Anugerah dari Dia.
Saya pandai mengurut bukan sebab ambil kelas mengurut ataupun belajar dari orang yang hebat massage. Ianya memang ada dalam diri saya.
Best ke mengurut orang?
Best!
Honestly saya suka urut orang sebab I love to relieve people's stress or hilangkan rasa sakit kepala/sakit belakang yang mereka alami dengan urutan saya.
Tapi....
"...jangan suka suka urut orang, nanti ada 'benda' masuk badan...."
Itu lah pesanan dari umi abi saya selalu. Mereka tak berapa gemar sangat saya suka suka urut orang yang baru saya kenal.
Kalau urut ahli keluarga tu boleh la accepted. Tapi ni yang first time jumpa pun nak urut.. umi saya suruh elakkan lah benda macam tu.
Bukannya apa.. Umi abi larang tu ada sebabnya. Mereka risaukan saya je.
Sebab kita tak tahu apa yang ada dalam badan orang yang kita urut tu. Ada 'benda' (makhluk halus) ataupun tidak.
Bila kita urut tanpa sebarang ilmu mahupun pendinding sebelum mengurut, tak mustahil nanti kita yang 'kena'. Kita yang kena 'serang' dengan 'benda' jahat.
Kalau perasan, setiap bidan/tukang urut, ustaz, ustazah dan pengamal perubatan Islam mesti ada protection sebelum mulakan sesi mengurut atau mengubat.
Saya? Baca bismillahirrahmanirrahim je. hahaha. Yelah saya mana lah tahu apa doa perlindungan semua tu kan. Takde 'training' dari orang pun.
Tapi so far Alhamdulillah takde lagi kena 'kacau' atau mimpi benda yang bukan bukan selepas mengurut orang. Syukurrr.
Cuma lepas ni saya kena beringat lah. hehehe. Beringat sebelum terkena kan? Kalau dah terhantuk baru nak terngadah, padah nanti!
Lepas ni saya kena lah kurangkan mengurut orang yang tak kenal or orang yang first time jumpa. Plus, kena lah belajar sikit sikit doa perlindungan sebelum massage orang.
Demi kebaikan saya sendiri juga.
aloloo cutenya! hahahaItu sahaja.
Till next time, daa~ wassalam! :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2019/10/jangan-suka-suka-urut-orang-nanti-ada-benda.html