Jangan Cepat Melatah Kalau Nampak Perubahan Kulit Bayi Bukan Semua Berpenyakit


Mama dan papa jom fahami sifat kulit bayi supaya anda tidak mudah melatah mengatakan perkara yang normal pada bayi sebagai penyakit. Ambil tahu tentang sifat semula jadi kulit si kecil dan elakkan beberapa perkara agar kulitnya sentiada terjaga dan tidak mudah diserang penyakit.

Walaupun bayi anda dilahirkan sempurna dan cukup sifat, tidak semestinya kulit bayi halus dan lembut. Jangkakan masalah kulit seperti ruam, radang kulit, kulit kepala berkerak dan sebagainya dari awal lagi. Kebanyakan bayi terdedah kepada kerengsaan kulit dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran. Berikut adalah cara untuk mengesan dan merawat masalah kulit bayi biasa.

MASA MANDI
Ingat, kulit yang baru lahir adalah lembut dan sensitif. Pastikan kulit bayi terhidrat dengan mandi di dalam air suam selama tiga sampai lima minit. Elakkan membiarkan bayi anda duduk atau bermain atau rendam lama dalam air sabun. Cara mengeringkannya juga secara tepuk-kering dan bukannya menggosok kerana ia menyebabkan kelembapan semula jadi kulit.

MILIA
Satu dari dua orang bayi memiliki milia iaitu lebam keputih-putihan. Ia biasanya muncul pada hidung dan muka. Keadaan ini disebabkan oleh kepingan kulit yang menyekat kelenjar minyak. Tidak perlu merawat kerana milia akan hilang sendiri.
gunakan detergen lembut untuk mencuci segala-galanya yang menyentuh kulit bayi. Begitu juga dengan cecair mandian, losen, syampu dan sebagainya, sebaik-baiknya biarlah daripada sumber semula jadi dan rendah kandungan bahan kimianya. Minimumkan penggunaan adalah lebih baik.
JERAWAT & BINTIK PUTIH
“Jerawat” bayi ada kaitan dengan yis, bukan pengeluaran minyak seperti jerawat remaja. Jerawat di hidung dan pipi bayi biasanya akan hilang dengan sendiri dalam beberapa minggu. Dapatkan rawatan sekiranya ia tidak hilang dalam tempoh tersebut.

TANDA LAHIR
Satu dari 10 orang bayi mempunyai tanda lahir. Lazimnya tanda lahir berwarna lebih gelap dan tidak diwarisi. Secara amnya tanda lahir tidak memerlukan rawatan.
KULIT KERING DAN MENGELUPAS
Bayi yang baru dilahirkan akan mengalami kulit yang mengelupas dan kering. Kulit asas yang terletak di bawah adalah sihat, lembut, dan lembap.

AMBIL PERHATIAN SEKIRANYA TERJADI 4 KEADAAN INI KEPADA SI MANJA
Bayi baru lahir memiliki kulit yang nipis berbanding kulit orang dewasa. Maka, menjaga kulit bayi agak rumit kerana ia agak sensitif. Mama papa perlu mengetahui apa yang perlu dielakkan agar si manja terhindar daripada masalah kulit.
RUAM PANAS
Ruam panas ialah biji kecil kemerah-merahan. Ia biasanya muncul pada bahagian-bahagian badan bayi anda yang terdedah kepada berpeluh, seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada lipatan kulit.
Cara merawatnya ialah dengan mendedahkan bahagian tersebut persekitaran yang lebih dingin, sentiasa kering dan pakaian kain kapas longgar.
RUAM LAMPIN
Jika bayi mempunyai kulit kemerah-merahan di sekitar punggung, pelipatan paha dan bahagian sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin yang terlalu ketat; lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau disebabkan oleh detergen, lampin, tisu lembap yang mengandungi bahan kimia keterlaluan.
Cara terbaik untuk mengurangkan kerengsaan ini ialah dengan membiarkan bahagian tersebut sentiasa kering serta menambah kekerapan menukar lampin.
KEPALA BERKERAK
Kulit kepala berkerak selalunya terjadi pada bulan pertama atau kedua dan biasanya hilang dalam tahun pertama. Keadaan ini juga dipanggil dermatitis seborrheic yang disebabkan oleh minyak yang berlebihan dan muncul sebagai bersisik, berlilin, ruam merah pada kulit kepala, kening, kelopak mata, sisi hidung, atau di belakang telinga. Keadaan ini selalu terjadi kepada bayi yang mempunyai ekzema.
Dapatkan rawatan atau dapatkan syampu khas untuk menghilangkan kerak ini, jangan sekali-kali mengikis atau menanggalkannya sendiri!

EKZEMA
Ekzema (juga dikenali sebagai dermatitis atopik) adalah ruam kulit yang biasanya muncul sebelum anak mencapai usia lima tahun. Pada bayi ia cenderung muncul pada pipi dan kulit kepala, tetapi ia boleh merebak ke lengan, kaki, dada, atau bahagian tubuh yang lain. Selepas tahun pertama kanak-kanak, ia mungkin muncul di bahagian dalam siku, belakang lutut, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan lain-lain. Kulit bayi akan kering dan kemerah-merahan. Dapatkan rawatan dengan segera agar penyakit ini dapat dikawal.
The post Jangan Cepat Melatah Kalau Nampak Perubahan Kulit Bayi, Bukan Semua Berpenyakit appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-cepat-melatah-kalau-nampak-perubahan-kulit-bayi-bukan-semua-berpenyakit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Cemas Nampak Pesawat Terbang Rendah Dan Dengar Letupan Tudm

Jangan Cemas Nampak Pesawat Terbang Rendah Dan Dengar Letupan Tudm

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 334 hits
Tentera Udara Diraja Malaysia akan melaksanakan sesi latihan pertunjukkan udara sempena Hari Terbuka TUDM yang akan diadakan pada Sabtu 16 November 2019 di Pangkalan Udara Kuantan Latihan ini dijadualkan akan dilaksanakan seawal 12 November...
100 Nama Bayi Lelaki Dalam Bahasa Jepun Semua Unik Tapi Ada Maksud Yang Baik

100 Nama Bayi Lelaki Dalam Bahasa Jepun Semua Unik Tapi Ada Maksud Yang Baik

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 2018 hits
Setiap ibu bapa tentunya impikan yang terbaik buat anak mereka termasuklah hal pemberian nama ini di mana perlulah mempunyai maksud yang baik seperti yang digariskan dalam Islam Namun sesekali letak nama Jepun ini pun best juga sebab ia mem...
Menurut Kajian Kerap Selfie Boleh Menyebabkan Kulit Cepat Tua

Menurut Kajian Kerap Selfie Boleh Menyebabkan Kulit Cepat Tua

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 346 hits
Kulit cepat tua tidak hanya disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari dan gaya hidup yang tidak sihat Namun hobi berselfie juga memberi kesan penuaan pada kulit Bagaimana Seorang bloggers dari U K Mehreen Baig yang menceritakan kepa...
Naik Je Double Line Ibu Kena Mula Jaga Diri Jangan Main Hentam Buat Semua Benda

Naik Je Double Line Ibu Kena Mula Jaga Diri Jangan Main Hentam Buat Semua Benda

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 365 hits
Setiap wanita yang disahkan hamil pasti berdoa agar kehamilan mereka dipermudahkan dan bayi di dalam rahim juga sentiasa sihat Sesuatu kehamilan itu boleh dimulakan dengan amalan amalan sihat untuk menjaga kandungan si ibu Trimester pertama...
Jangan Kedekut Bahaya Gunakan Botol Susu Bayi Lebih Dari 3 Bulan

Jangan Kedekut Bahaya Gunakan Botol Susu Bayi Lebih Dari 3 Bulan

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 502 hits
Mahal macam mana pun botol tukarlah dengan kerap Jangan kedekut dan menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat sangat tidak relevan Tengah bancuh susu anak entah kenapa tiba tiba teringat EH BERAPA LAMA EH BOLEH TAHAN BOTOL SUSU NI T...
Jangan Sangka Semua Produk Homemade Itu Selamat Yang Kebanyakan Bahannya Dari Supplier Luar

Jangan Sangka Semua Produk Homemade Itu Selamat Yang Kebanyakan Bahannya Dari Supplier Luar

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 474 hits
The ReporterProduk produk kosmetik tempatan kini semakin laris di pasaran Masyarakat berpusu pusu mendapatkan produk produk ini tanpa mengira soal harga dan kesan jangka panjang Jelas sekali motifnya adalah untuk mendapatkan kesan yang terb...
Baik Buruk Suami Semua Dalam Poket Isteri Jangan Mimpi Boleh Sorok

Baik Buruk Suami Semua Dalam Poket Isteri Jangan Mimpi Boleh Sorok

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 480 hits
Setiap perkahwinan pasti pernah dilanda badai Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka antara satu sama lain Itu adalah lumrah kehidupan berumah tangga Tiada masalah untuk sesekali berselisih pendapat kerana dengan cara itu kita akan lebi...
Jangan Terkejut Kalau Bayi Baru Lahir Ada Gigi Sebab Tu Penting Pemeriksaan Gigi Ketika Hamil

Jangan Terkejut Kalau Bayi Baru Lahir Ada Gigi Sebab Tu Penting Pemeriksaan Gigi Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 556 hits
Doktor anak saya tumbuh gigi sejak dia lahir nak kena cabut ke biarkan saje Jangan terkejut tau kalau baby yang baru lahir tiba tiba ada gigi dua batang kat bawah gigi tu memang boleh tumbuh Gigi yang tumbuh pada hari baby dilahirkan dipang...
Jangan Kecam Tun M Semua Presiden Parti Ph Bertanggungjawab

Jangan Kecam Tun M Semua Presiden Parti Ph Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 251 hits
Kekalahan teruk Kerajaan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai tidak boleh diletakkan atas bahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semata mata Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata Mahathir yang juga Pen...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment