Cadangan Kelas Karate Abai Hakikat Sebenar Keganasan Rumah Tangga


Annabelle Lee
Cadangan Wanita MCA untuk mengadakan kursus karate sebagai antara langkah menangani keganasan rumah tangga mencetuskan kritikan pertubuhan wanita dan ahli politik.
Mereka membangkitkan perbezaan antara mempalajari seni mempertahankan diri dengan mempertahankan diri ketika berlakunya keganasan rumah tangga.
Cadangan itu turut membayangkan seolah-olah mangsa sendiri bertanggungjawab untuk melindungi diri daripada dikasari, kata mereka lagi.
Bagi Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Sumitra Visvanathan, tumpuan sepatutnya terhadap mengecam keganasan, bukannya memberitahu para wanita untuk menjaga diri sendiri.
“Ini adalah penekanan yang salah. Mengapa kita minta wanita pikul tanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri?
“Kita sepatutnya menumpukan tenaga untuk membina masyarakat yang tidak bertoleransi dalam isu keganasan terhadap wanita, ”katanya kepada Malaysiakini.
“Marilah kita cabar tanggapan yang wanita sendiri bertanggungjawab untuk pertahankan diri daripada kekasaran. Ia adalah tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk menjaga hak wanita untuk hidup bebas daripada keganasan," katanya.
Sumitra VisvanathanKeganasan rumah tangga merangkumi penderaan fizikal, sesual dan psikologi, serta tindakan pengasingan daripada keluarga dan rakan.
Pegawai All Women Action Society (Awam) Mayna Patel, yang berpengalaman mengendalikan kes keganasan rumah tangga, berkata cadangan kursus karate itu mengabaikan realiti sebenar yang berlaku.
Katanya, mangsa sepatutnya digalakkan untuk mendapatkan bantuan profesional.
“Untuk beri cadangan seperti mangsa mempertahankan diri tidak mencerminkan keadaan yang sedang mereka lalui, terutama berkaitan keadaan mental dan emosi mereka.
“Mangsa perlukan bantuan profesional seperti kaunseling dan nasihat perundangan. Ini penting untuk menaikkan kembali keyakinan mereka agar berani mengambil tindakan,” katanya.
Mayna PatelTerdahulu hari ini, Ketua Wanita MCA Heng Seai Kie mengumumkan bahawa partinya akan menganjurkan kursus karate secara dalam talian bertajuk ‘Karate anti keganasan’ bermula 12 hingga 20 Mac untuk mengatasi masalah keganasan rumah tangga.
"Tidak melawan bukan lagi sifat yang baik, sebaliknya berani melawan mampu menakutkan pemangsa untuk berhenti mengganas malah bertaubat," katanya.
Selain kelas karate, parti itu turut mewujudkan unit untuk menawarkan sokongan psikologi dan perundangan kepada mangsa keganasan rumah tangga.
Hantar mesej salah
Sementara itu, Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita PKR Fadhlina Siddiq menyifatkan cadangan Wanita MCA itu sebagai menghantar mesej yang salah.
Menurut Fadhlina, terdapat perbezaan ketara dalam mempromosikan seni mempertahankan diri sebagai kegiatan sukan dengan cara untuk menghalang diri daripada penderaan.
Fadhlina Siddiq“Menggunakan keganasan secara fizikal atau membalas keganasan dengan keganasan fizikal bukanlah penyelesaian yang baik.
“Malah dalam mana-mana advokasi berkaitan keganasan rumah tangga, kita sama sekali tidak akan kompromi keganasan diselesaikan dengan satu lagi bentuk keganasan yang lain.
“Ini adalah mesej yang salah kepada masyarakat awam apatah lagi Wanita MCA bukan organisasi terlatih dalam mengendalikan kes-kes keganasan rumah tangga,” kata Fadlina dalam kenyataan di Facebook.
Adakah anda atau seseorang yang anda kenal menghadapi masalah keganasan rumah tangga?
Anda boleh hubungi WAO di talian 03-79563488 yang beroperasi 24 jam atau menghantar pesanan Whatsapp ke 018-9888058.
Anda boleh juga menghubungi talian Telenita 016-2374221 bagi khidmat kaunseling percuma dan informasi perundangan.
WAO dan Awam turut menyedikan bantuan secara dalam talian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/cadangan-kelas-karate-abai-hakikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Mca Buka Kelas Karate Elak Wanita Jadi Mangsa Keganasan

Wanita Mca Buka Kelas Karate Elak Wanita Jadi Mangsa Keganasan

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 233 hits
MALAYSIAKINIWanita MCA akan mengadakan kursus karate secara maya bagi meningkatkan keupayaan mempertahankan diri golongan wanita daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga Dalam ucapan di perhimpunan agung wanita MCA hari ini ketuanya H...
Jangan Biarkan Diri Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Kata Rina

Jangan Biarkan Diri Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Kata Rina

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 621 hits
IPOH Para isteri diminta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang keganasan rumah tangga dan tidak membiarkan diri terus menjadi mangsa keganasan sehingga membawa kemudaratan kesihatan dari segi fizikal dan mental ...
Baru 3 Hari Mendirikan Rumah Tangga Hanna Delisha Dedah Perangai Sebenar Suami Buat Ramai Tak Sangka

Baru 3 Hari Mendirikan Rumah Tangga Hanna Delisha Dedah Perangai Sebenar Suami Buat Ramai Tak Sangka

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 761 hits
Umumnya mengetahui pada Khamis yang lalu pelakon drama terkenal Hannah Delisha selamat disatukan dengan suaminya Imam Shah Perkhabaran tersebut hanya diketahui oleh pihak media dan netizen setelah pasangan merpati dua sejoli ini memuat naik...
Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar Rumah Tangga Anaknya Dan Puteri Sarah Datin Fatimah Akhirnya Bongkar Apa Yang Terjadi

Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar Rumah Tangga Anaknya Dan Puteri Sarah Datin Fatimah Akhirnya Bongkar Apa Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 262 hits
Ini kata ibu kepada Syamsul Yusof Datin Fatimah Ismail Syamsul dengan Sarah bukan dah tak tinggal sebumbung cuma Sarah datang duduk di rumah saya dan Syamsul pun datang ke rumah saya Ibu kepada pelakon dan pengarah itu tampil menjelaskan si...
Kasihan Anak Anak Mereka Ibu Syamsul Yusof Pula Dedah Keadaan Rumah Tangga

Kasihan Anak Anak Mereka Ibu Syamsul Yusof Pula Dedah Keadaan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 327 hits
Kuala Lumpur Syamsul dengan Sarah bukan dah tak tinggal sebumbung cuma Sarah datang duduk di rumah saya dan Syamsul pun datang ke rumah saya Itu penjelasan ibu kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail mengenai si...
Berterima Kasihlah Pada Pasangan Jangan Ego Berkat Ikhlas Rumah Tangga Makin Bahagia

Berterima Kasihlah Pada Pasangan Jangan Ego Berkat Ikhlas Rumah Tangga Makin Bahagia

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 306 hits
Tak mudah pun untuk kita tunjukkan penghargaan pada pasangan Tidak perlukan hadiah yang mahal jika tidak mampu tetapi belajarlah berterima kasih dengan ikhlas hati sudah cukup membuatkan rumah tangga makin harmoni dan bahagia Belajar mengha...
Chef Wan Berang Difitnah Komen Rumah Tangga Najib

Chef Wan Berang Difitnah Komen Rumah Tangga Najib

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 285 hits
MALAYSIAKINI Chef selebriti Redzuawan Ismail atau Chef Wan nampaknya naik angin selepas dia dituduh bersuara dalam hal rumah tangga bekas perdana menteri Najib Razak Kata Chef Wan dia tidak pernah menyentuh atau bersuara berkenaan hal perib...
Single Terbaru Haiza Mengisahkan Isu Rampas Merampas Dalam Rumah Tangga

Single Terbaru Haiza Mengisahkan Isu Rampas Merampas Dalam Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 356 hits
Penyanyi dan penyampai radio Haiza kini tampil dengan single terbaru hasil ciptaan Ajai dan penulis lirik Imran Iman yang bertajuk Mantan Isterimu Menurut Haiza Lagu Mantan Isterimu bukanlah menyokong perosak rumah tangga atau bersetuju den...
Usia 32 Tapi Pandai Urus Kerjaya Amp Rumah Tangga Ameera Zaini Kongsi Berkat Tak Lokek Rezeki

Usia 32 Tapi Pandai Urus Kerjaya Amp Rumah Tangga Ameera Zaini Kongsi Berkat Tak Lokek Rezeki

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 422 hits
Nada ivory dengan perabot moden scandinavian menguasai interior kediaman Ameera Zaini Reka pelannya kemas sengaja diatur luas dan berjarak bagi menghidupkan tema child friendly Kata usahawan tudung ini isu keselamatan menjadi prioriti meman...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord