Jangan Biarkan Bayi Baru Lahir Tidak Menyusu Melebihi Empat Jam Terutama Waktu Malam


Jangan risau jika bayi bangun menyusu dengan kerap kerana ia adalah keadaan normal bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu. Ramai membandingkannya dengan bayi yang menyusu susu formula kerana dia tidur nyenyak dan lebih lama.
Apa bezanya? Susu ibu lebih mudah dicernakan berbanding susu formula. Ia diserap dan melalui sistem pencernaan bayi dengan lebih cepat, sekali gus menyebabkan bayi kerap berasa lapar. Ia juga disebabkan amaun susu ibu yang dihisap bersesuaian dengan keperluan perut bayi yang kecil.

Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali dalam sehari. Bayi yang menyusu setiap dua jam sekali, itu petanda normal. Kekerapan itu akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak dalam minggu-minggu pertama kehidupan bayi. Menjelang usia satu hingga dua bulan, kekerapannya berkurang kepada tujuh hingga sembilan kali sehari. Anda hanya perlu menyusu mengikut permintaan. Kebanyakannya dalam sela masa satu setengah hingga tiga jam setiap kali.
Jangan sesekali membiarkan bayi baru lahir tidak menyusu melebihi empat jam terutamanya pada waktu malam. Waktu malam adalah masa yang sangat baik untuk menyusu dengan kerap bagi merangsang pengeluran susu yang lebih banyak. Pada ketika ini hormon prolaktin berada pada tahap yang paling tinggi.
Enam hingga lapan minggu pertama adalah masa di mana ibu dan bayi membina hubungan. Adakalanya bayi kerap menyusu disebabkan mahu berada dekat dengan ibu kerana berasa selesa dan selamat.

Kekerapan bayi menyusu sebenarnya baik bagi ibu untuk mengelakkan masalah payudara bengkak di awal kelahiran. Apabila payudara dikosongkan dengan kerap, ia akan menghantar signal ke otak untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. Bayi juga berkemungkinan lebih kerap menyusu apabila berada dalam keadaan tidak sihat untuk mendapat lebih banyak antibodi bagi melawan penyakit ketika itu.
Adakalanya bayi akan mengalami fasa growth spurt di mana keperluan untuk menyusu lebih daripada kebiasaannya. Ia disebabkan oleh perkembangan fizikal seperti mula mengesot, mengiring, meniarap atau berjalan. Ia juga boleh disebabkan oleh perkembangan organ dan mental bayi. Apabila melalui fasa ini, bayi akan lebih kerap menyusu untuk mendapatkan khasiat daripada susu ibu.
Sementara itu pastikan yang lekapan di payudara semasa bayi menyusu adalah betul dalam usaha memastikan kekerapan bayi menyusu bukan disebabkan oleh masalah pegeluaran susu ibu. Jika lekapan mulut bayi tidak betul, ia akan mengakibatkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efisyen lalu menyebabkan bayi tidak mendapat susu secukupnya.

Jika berat meningkat secara normal, bilangan lampin basah sekurang-kurangnya enam kali sehari dan bayi ceria dan sihat, puan tidak perlu risau tentang kadar pengeluaran susu. Ia adalah satu tanda yang bayi puan menyusu secukupnya.
Di awal kelahiran, anda mungkin berasa letih untuk memenuhi keperluan penyusuan bayi disebabkan keadaan fizikal selepas bersalin dan masih berusaha menyesuaikan diri dengan rutin harian sebagai ibu menyusu. Cuba untuk ambil masa berehat atau tidur seketika ketika bayi tidur.
Jangan sibuk dengan kerja rumah. Anda perlukan rehat secukupnya supaya kekal sihat untuk menyusukan bayi. Jika ada kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan, minta bantuan suami atau keluarga. Tidur bersama bayi lebih memudahkan anda menyusukannya. Sentiasa menyusu dalam keadaan tenang tanpa rasa tertekan. Semat dalam minda yang ia adalah perkara normal.
The post Jangan Biarkan Bayi Baru Lahir Tidak Menyusu Melebihi Empat Jam Terutama Waktu Malam! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/jangan-biarkan-bayi-baru-lahir-tidak-menyusu-melebihi-empat-jam-terutama-waktu-malam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Biarkan Jika Bayi Anda Batuk Selesema Ikuti Langkah Urutan Bantu Bayi Batuk Selesema Selesa Bernafas

Jangan Biarkan Jika Bayi Anda Batuk Selesema Ikuti Langkah Urutan Bantu Bayi Batuk Selesema Selesa Bernafas

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 623 hits
Selesema dan batuk merupakan antara penyakit yang sering dihadapi oleh bayi Ia disebabkan oleh pelbagai faktor seperti cuaca dan sistem kekebalan tubuhnya yang belum sempurna Walaupun selesema dan batuk dikategorikan sebagai penyakit ringan...
Ibu Bayi Baru Lahir Mati Sebab Pembedahan Dilakukan Doktor Mabuk

Ibu Bayi Baru Lahir Mati Sebab Pembedahan Dilakukan Doktor Mabuk

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 699 hits
Dek kerana meneruskan pembedahan Caesarean dalam keadaan mabuk seorang doktor telah menyebabkan kematian ibu serta bayinya yang baru dilahirkan Menurut Chanel News Asia mangsa bernama Kamini Chachi 22 telah dihantarkan ke hospital kerajaan ...
Lenguhnya Nak Pegang Bila Bayi Suka Melompat Mama Papa Jangan Mengeluh Sebab Ia Perkembangan Yang Baik

Lenguhnya Nak Pegang Bila Bayi Suka Melompat Mama Papa Jangan Mengeluh Sebab Ia Perkembangan Yang Baik

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 439 hits
Lenguh tangan dan penat memegang bayi bila dia mula melompat lompat Ya hampir semua ibu bapa akan menghadapi fasa ini Tapi kalau tahu faedahnya mama papa tidak akan mengeluh Perkembangan fizikal bayi memang sangat pesat dan pantas Tidak sek...
Jika Bayi Muntah Selepas Menyusu Sila Teliti Perkara Ini Segera Jumpa Pakar Kanak Kanak

Jika Bayi Muntah Selepas Menyusu Sila Teliti Perkara Ini Segera Jumpa Pakar Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 426 hits
Masalah bayi muntah ini kerap terjadi kepada bayi berumur di bawah 6 bulan dan boleh berlaku samada bayi menyusu ibu atau susu formula Jika terjadi kepada bayi yang menyusu ibu ibu atau orang di sekelilingnya akan mengatakan susunya tidak s...
Pan Jangan Sampai Usulan Debat Bahas Orde Baru Bermaksud Jatuhkan Capres Tertentu

Pan Jangan Sampai Usulan Debat Bahas Orde Baru Bermaksud Jatuhkan Capres Tertentu

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 274 hits
Eddy meminta PSI tak mengeluarkan pernyataan yang berimbas terkikisnya suara sendiri
Dalam Waktu 1 Jam Lebih Kobaran Api Hanguskan 24 Rumah Di Samarinda

Dalam Waktu 1 Jam Lebih Kobaran Api Hanguskan 24 Rumah Di Samarinda

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 235 hits
Api berkobar hebat di 2 RT yakni RT 23 dan RT 26 Tidak kurang 15 unit pemadam dari berbagai satuan antara lain BPBD Samarinda Dinas Pemadam Kebakaran hingga relawan kebencanaan berjibaku memadamkan api
Jangan Potong Tali Pusat Bayi Jika Melahirkan Tanpa Dijangka Atau Kecemasan Ini Panduan Untuk Mama Supaya Tak Panik

Jangan Potong Tali Pusat Bayi Jika Melahirkan Tanpa Dijangka Atau Kecemasan Ini Panduan Untuk Mama Supaya Tak Panik

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 570 hits
Kerap kali terjadi kelahiran tanpa dirancang Ada ibu yang terpaksa bersalin di rumah atau di dalam kenderaan kerana tidak sempat untuk ke hospital Sesiapa sahaja boleh melalui detik melahirkan sebegini kerana itu ibu ibu perlu persiapkan di...
Nak Jaga Badan Elakkan Makan Makanan Berat Pada Waktu Malam Cuba Cara Ini Untuk Kenyang Lebih Lama

Nak Jaga Badan Elakkan Makan Makanan Berat Pada Waktu Malam Cuba Cara Ini Untuk Kenyang Lebih Lama

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 596 hits
Nak kurus tapi bila malam makan tak ingat Ini kegagalan besar kita yang nak berdiet Sebabnya bila dah pulang kebanyakan wanita akan masak untuk suami dan anak Waktu ini perut pun mula rasa lapar kerana banyak tenaga yang dah habis selepas s...
Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Bayi Sebelum Masuk Tidur

Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Bayi Sebelum Masuk Tidur

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 565 hits
1 Terlalu banyak geletek dan bergurau Benda ni semua akan mengaktifkan sympathetic nervous system secara berlebihan Tu yang bayi tu jadi susah nak tidur 2 atau 3 jam sebelum tidur tu kita kena jadikan suasana sekeliling bayi tu senyap dan t...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah