Jangan Biarkan Bayi Baru Lahir Tidak Menyusu Melebihi Empat Jam Terutama Waktu Malam


Jangan risau jika bayi bangun menyusu dengan kerap kerana ia adalah keadaan normal bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu. Ramai membandingkannya dengan bayi yang menyusu susu formula kerana dia tidur nyenyak dan lebih lama.
Apa bezanya? Susu ibu lebih mudah dicernakan berbanding susu formula. Ia diserap dan melalui sistem pencernaan bayi dengan lebih cepat, sekali gus menyebabkan bayi kerap berasa lapar. Ia juga disebabkan amaun susu ibu yang dihisap bersesuaian dengan keperluan perut bayi yang kecil.

Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali dalam sehari. Bayi yang menyusu setiap dua jam sekali, itu petanda normal. Kekerapan itu akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak dalam minggu-minggu pertama kehidupan bayi. Menjelang usia satu hingga dua bulan, kekerapannya berkurang kepada tujuh hingga sembilan kali sehari. Anda hanya perlu menyusu mengikut permintaan. Kebanyakannya dalam sela masa satu setengah hingga tiga jam setiap kali.
Jangan sesekali membiarkan bayi baru lahir tidak menyusu melebihi empat jam terutamanya pada waktu malam. Waktu malam adalah masa yang sangat baik untuk menyusu dengan kerap bagi merangsang pengeluran susu yang lebih banyak. Pada ketika ini hormon prolaktin berada pada tahap yang paling tinggi.
Enam hingga lapan minggu pertama adalah masa di mana ibu dan bayi membina hubungan. Adakalanya bayi kerap menyusu disebabkan mahu berada dekat dengan ibu kerana berasa selesa dan selamat.
 
Kekerapan bayi menyusu sebenarnya baik bagi ibu untuk mengelakkan masalah payudara bengkak di awal kelahiran. Apabila payudara dikosongkan dengan kerap, ia akan menghantar signal ke otak untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. Bayi juga berkemungkinan lebih kerap menyusu apabila berada dalam keadaan tidak sihat untuk mendapat lebih banyak antibodi bagi melawan penyakit ketika itu.
Adakalanya bayi akan mengalami fasa growth spurt di mana keperluan untuk menyusu lebih daripada kebiasaannya. Ia disebabkan oleh perkembangan fizikal seperti mula mengesot, mengiring, meniarap atau berjalan. Ia juga boleh disebabkan oleh perkembangan organ dan mental bayi. Apabila melalui fasa ini, bayi akan lebih kerap menyusu untuk mendapatkan khasiat daripada susu ibu.
Sementara itu pastikan yang lekapan di payudara semasa bayi menyusu adalah betul dalam usaha memastikan kekerapan bayi menyusu bukan disebabkan oleh masalah pegeluaran susu ibu. Jika lekapan mulut bayi tidak betul, ia akan mengakibatkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efisyen lalu menyebabkan bayi tidak mendapat susu secukupnya.

Jika berat meningkat secara normal, bilangan lampin basah sekurang-kurangnya enam kali sehari dan bayi ceria dan sihat, puan tidak perlu risau tentang kadar pengeluaran susu. Ia adalah satu tanda yang bayi puan menyusu secukupnya.
Di awal kelahiran, anda mungkin berasa letih untuk memenuhi keperluan penyusuan bayi disebabkan keadaan fizikal selepas bersalin dan masih berusaha menyesuaikan diri dengan rutin harian sebagai ibu menyusu. Cuba untuk ambil masa berehat atau tidur seketika ketika bayi tidur.
Jangan sibuk dengan kerja rumah. Anda perlukan rehat secukupnya supaya kekal sihat untuk menyusukan bayi. Jika ada kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan, minta bantuan suami atau keluarga. Tidur bersama bayi lebih memudahkan anda menyusukannya. Sentiasa menyusu dalam keadaan tenang tanpa rasa tertekan. Semat dalam minda yang ia adalah perkara normal.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Jangan Biarkan Bayi Baru Lahir Tidak Menyusu Melebihi Empat Jam Terutama Waktu Malam! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-biarkan-bayi-baru-lahir-tidak-menyusu-melebihi-empat-jam-terutama-waktu-malam-1/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Dipercayai Baru Lahir Ditemui Di Dalam Beg Ditinggalkan Di Tepi Jalan

Bayi Dipercayai Baru Lahir Ditemui Di Dalam Beg Ditinggalkan Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 351 hits
Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam sebuah beg yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Balai Raya Kampung Tenglu Laut di sini petang semalam Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata b...
Anak Pukul Orang Lain Jangan Biarkan Tunjukkan Cara Tepat Tanganinya Baru Anak Faham

Anak Pukul Orang Lain Jangan Biarkan Tunjukkan Cara Tepat Tanganinya Baru Anak Faham

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 451 hits
Anak kecil yang baru berusia dua tahun sememangnya kurang mengerti apa yang berada disekelilingnya Mereka hanya berada di dalam dunia mereka sendiri Bermain bersama rakan dan meneroka seberapa banyak perkara yang ada dipersekitaran mereka I...
Anak Gesel Gigi Waktu Tidur Mak Ayah Jangan Biarkan Mungkin Petanda Alami Stress

Anak Gesel Gigi Waktu Tidur Mak Ayah Jangan Biarkan Mungkin Petanda Alami Stress

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 391 hits
Malam nak tidur tiba tiba bunyi gigi bergesel agak menakutkan mendengarnya bila diperiksa rupanya anak lelaki yang masih kecil tidur dengan keadaan begitu Perkara tersebut mungkin merisaukan ibu ayah Malah ada yang berlarutan sehingga usia ...
Bayi Ditemui Masih Menyusu Di Jasad Ibunya Yang Sudah Meninggal Dunia

Bayi Ditemui Masih Menyusu Di Jasad Ibunya Yang Sudah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 220 hits
Seorang bayi berusia empat bulan ditemui masih menyusu badan di jasad ibunya yang sudah meninggal dunia Selasa lalu di wilayah Lamphun Thailand Ibu muda itu dikatakan telah meninggal dunia beberapa jam oleh polis yang datang menemuinya terb...
Empat Finalis Bakal Berentap Di Pentas Akhir Ratu Hijabista Malam Ini

Empat Finalis Bakal Berentap Di Pentas Akhir Ratu Hijabista Malam Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 237 hits
Setelah tujuh minggu bersiaran akhirnya detik penentuan untuk menobatkan juara sulung pencarian Ratu Hijabista sudahpun tiba Episod kemuncak pentas akhir Ratu Hijabista yang bertemakan Exclusive Elegant ini bakal disiarkan secara langsung d...
Lahir Dalam Pesawat Ke London Bayi Bertuah Dapat Tiket Penerbangan Percuma Seumur Hidup

Lahir Dalam Pesawat Ke London Bayi Bertuah Dapat Tiket Penerbangan Percuma Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 327 hits
Seorang bayi yang baru dilahirkan dalam pesawat Foto EGYPTAIR TwitterSEORANG bayi bertuah dihadiahkan tiket penerbangan percuma seumur hidup selepas dilahirkan tanpa dirancang di dalam pesawat pada ketinggian 2 000 kaki Seorang penumpang wa...
Terjaga Waktu Malam Cepat Cepatlah Solat Tahajud Ini Kelebihannya Yang Perlu Kita Tahu

Terjaga Waktu Malam Cepat Cepatlah Solat Tahajud Ini Kelebihannya Yang Perlu Kita Tahu

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 376 hits
KADANG KADANG apabila kita terjaga daripada tidur pada waktu malam kita pun tak tahu apa sebabnya Biarpun masa tu tak adalah rasa nak terkucil pun ataupun haus tapi pelik tiba tiba saja terjaga Rasanya ramai yang pernah mengalami situasi in...
Jangan Biarkan Anak Terlalu Leka Dengan Youtube

Jangan Biarkan Anak Terlalu Leka Dengan Youtube

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 291 hits
Dua tiga hari lepas aku ada terbaca status Rakan Blogger Safura berkongsi tentang nasihat doktor yang tidak menggalakkan penggunaan smartphone dengan kerap oleh anak anak Sebab
Dulu Anak 10 Elok Je Ni Baru Anak 2 Kecoh Ayat Ni Jangan Bandingkan Dengan Ibu Sekarang

Dulu Anak 10 Elok Je Ni Baru Anak 2 Kecoh Ayat Ni Jangan Bandingkan Dengan Ibu Sekarang

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 371 hits
Membesarkan seorang anak bukan sesuatu tugas yang mudah dalam situasi hari ini Dengan pelbagai cabaran dan tekanan pastinya ia memerlukan kekuatan dari pelbagai aspek Ingat anak zaman sekarang tak sama seperti zaman kanak kanak kita dulu du...
The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin

Perbanyakkanlah Taubat

Bagaimankah Cara Kira Umur Kucing

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa