Tragedi Mh370 8 Tahun Menanti Dan Masih Berharap



 
SHAH ALAM – Waris kepada anak kapal Penerbangan MH370, Malaysia Airlines (MAS) yang hilang secara misteri lapan tahun lalu masih mengharapkan keajaiban agar pesawat itu ditemui sekali gus menjawab segala teka-teki dan teori pelbagai pihak selama ini.
Bagi dua waris anak kapal dan penumpang pesawat itu, mereka tidak berharap banyak, sebaliknya hanya mahu pencarian kapal berkenaan menemui titik noktah.
Nurlaila Ngah@Awang, 48, isteri pramugara kanan pesawat berkenaan, Wan Swaid Wan Ismail, berkata dia sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT dan yakin suatu hari nanti kapal terbang yang hilang akan ditemui jua.
“Saya pasrah dengan ketentuan itu, tiga orang anak saya pun dah besar saya teruskan kehidupan dan berjuang untuk besarkan mereka semua.
“Alhamdullilah yang sulung lelaki dah tamat persekolahan dan sambung pelajaran di kolej matrikulasi, nombor dua sedang menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tahun ini, manakala yang perempuan bongsu, masuk tingkatan empat.
“Tipu kalau kata tak sedih, kehidupan kena diteruskan dalam pada masa yang sama saya harap dan yakin suatu hari nanti pesawat itu akan ditemui,” katanya yang bertugas sebagai perunding unit amanah.
Menurut Nurlaila, hanya rindu dan ingatan terhadap suami Wan Swaid tidak pernah hilang.
Monumen yang dihasilkan seorang seniman India, Sudersan Pattnaik mengajak orang ramai di Pantai Puri, India berdoa untuk keselamatan warga penerbangan MH370
 
“Anak-anak pun semuanya faham, cuma bezanya tidak ada kubur untuk di ziarah tapi saya dapat rasakan dia sentiasa ada bersama kami,” katanya.
Bagi Selamat Omar, 67, bapa kepada Mohd Khairul Amri, penumpang pesawat MH370, dia sentiasa menunggu khabar pesawat itu akan ditemui.
“Lapan tahun kami kehilangan Mohd Khairul, kalau usaha pencarian diteruskan oleh mana-mana pihak kami bersyukur, tapi saya minta kerajaan teliti dahulu apakah pencarian itu berbaloi dengan belanja yang bakal dikeluarkan,” katanya.
Mohd Khairul Amri yang juga jurutera adalah antara 239 anak kapal serta penumpang pesawat MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur bagi menjalankan tugas membaiki sebuah pesawat syarikat penerbangan di sana.
Menurut Selamat lagi, sesiapa pun tidak mahu tragedi seperti itu berlaku tetapi nalurinya kuat mengatakan kapal itu akan ditemui.
Dalam pada itu Kelvin Shim, 47, suami kepada pramugari pesawat MH370, Christine Tan berkata, setakat ini kerajaan ataupun mana-mana pihak tidak pernah menghubunginya berhubung perkembangan pencarian pesawat yang hilang itu.
 
Kelvin Shim bersama isterinya Christine Tan pramugari pesawat MH370
 
“Saya berharap kerajaan Malaysia akan berusaha secara proaktif termasuk bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Ocean Infinity, Biro Keselamatan Pengangkutan (ATSB) Australia serta kumpulan sukarelawan dari seluruh dunia untuk mencari pesawat itu.
Katanya lagi, bukti yang kukuh tidak akan muncul dengan sendirinya jika kerajaan tidak secara aktif mencarinya.
“Memang benar kerajaan tidak pernah meninggalkan usaha untuk mencari MH370 tetapi apabila tiada usaha dilakukan untuk mencari bukti kukuh ini.
“Sebagai contoh dalam dua tahun ini ada berita serpihan MH370 dijumpai di pantai Afrika tetapi status siasatannya tidak diberitahu secara rasmi kepada semua waris penumpang MH370,” jelasnya.
PAMPASAN
Dalam pada itu, Kelvin turut menggesa kerajaan menyelesaikan usaha memberi pampasan kepada keluarga yang terbantut sehingga kini disebabkan pertukaran kerajaan yang berlaku pada tahun 2020.
Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 orang penumpang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China namun hilang daripada skrin radar selepas kira-kira dua jam setelah berlepas.
Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi namun pesawat atau bangkainya tidak ditemukan.
 
 
Kehilangan pesawat itu menjadi misteri terbesar dalam industri penerbangan, dengan misi mencari paling lama dan mahal dalam sejarah kerana ia belum ditemui sehingga kini.
Terbaharu pada Februari lalu, pencarian pesawat itu dilaporkan dimulakan semula selepas teknologi baharu dikatakan membantu menentukan secara tepat lokasi pesawat tersebut terhempas.
‘Pemburuan’ MH370 kembali aktif selepas seorang jurutera aeroangkasa Britain, Richard Godfrey berkata, dia dapat mengesan kapal terbang Boeing 777 tersebut menggunakan teknologi pengesanan baharu, lapor MailOnline, Australia.
Pada Ahad, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong sekali lagi mengulangi aspirasi kerajaan Malaysia untuk mengesan pesawat MH370 tidak pernah dilupakan.
Malaysia juga katanya menimbang dengan teliti serta mengkaji semua maklumat baharu yang boleh dipercayai bagi mengenal pasti lokasi pesawat itu.
 
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud Tok Mat lipat Tajuddin Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO] Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi? ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat. PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil Layari Laman Facebook MYKMU.NET
 
Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 
The post Tragedi MH370: 8 tahun menanti dan masih berharap appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/08/tragedi-mh370-8-tahun-menanti-dan-masih-berharap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tragedi Mengecewakan Dalam Dunia Teknologi Untuk Tahun 2019

10 Tragedi Mengecewakan Dalam Dunia Teknologi Untuk Tahun 2019

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 449 hits
Tahun 2020 akan tiba dalam masa beberapa hari sahaja lagi Tahun ini adalah tahun yang cukup menarik di dalam arena teknologi pelbagai inovasi yang akan mengubah kehidupan seharian Kita mulakan dahulu dengan rangkuman 10 perkara paling menge...
Lirik Menanti Cinta Sebenar Olan

Lirik Menanti Cinta Sebenar Olan

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 172 hits
sang suria pagiterbit bagai gemalai taripersonakan dirikuyang kini sedang dirundung rindusemalaman laluyang membawa dakudibuai mimpi mimpi cintamungkin kerna cemburusuria pagi menganggu kitasedang asyik bercanda menyinar ialenyaplah mimpi b...
Capaian Vaksin Booster Di Luar Jawa Bali Masih Di Bawah 10 Persen

Capaian Vaksin Booster Di Luar Jawa Bali Masih Di Bawah 10 Persen

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 185 hits
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Airlangga Hartarto mengatakan vaksinasi tambahan di luar Jawa Bali perlu dilakukan akselerasi Sebab sampai pekan kedua bulan Maret vaksin dosis ketiga masih di bawah 10 persen
Hiburan Bela Saka Ke Isi Masih Berdarah Gadis Selamba Makan Ikan Mentah Buat Netizen Kembang Tekak

Hiburan Bela Saka Ke Isi Masih Berdarah Gadis Selamba Makan Ikan Mentah Buat Netizen Kembang Tekak

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 203 hits
Sedia maklum setiap bahan masakan yang masih mentah dalamnya dan berdarah ia semestinya perlu dimasak dengan cara yang betul supaya boleh dimakan Sebab ianya perlu dimasak dengan betul oleh kerana ingin mengelakkan dari berlakunya kemudarat...
Sementara Menanti Kubur Besar Siap Di Johor

Sementara Menanti Kubur Besar Siap Di Johor

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 192 hits
ULASANPILIHAN RAYA negeri Johor sudah bermula dengan rasmi mulai semalam selepas berlangsung dan selesainya proses penamaan calon Walaupun Pirane Johor diadakan dalam keadaan pandemik yang kembali menggila tetapi ia tetap menjadi tumpuan um...
Walau Apa Sekali Pun Anwar Masih Diperlukan Dalam Pkr Sendiri Sehiggalah Ada Yang Sesuai Menggantikan Beliau

Walau Apa Sekali Pun Anwar Masih Diperlukan Dalam Pkr Sendiri Sehiggalah Ada Yang Sesuai Menggantikan Beliau

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 121 hits
Nasib Anwar menghitung hari kata penganalisis March 14 2022 Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR berkempen di Bukit Batu untuk calon PKR Arthur Chiong PETALING JAYA Penampilan buruk Pakatan Harapan dalam pilihan ra...
Saya Tak Boleh Tidur Kembali Dengan Lagu Baru Setelah 3 Tahun Btob Luah Perasaan

Saya Tak Boleh Tidur Kembali Dengan Lagu Baru Setelah 3 Tahun Btob Luah Perasaan

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 156 hits
Pada 21 Februari BTOB telah mengadakan sidang akhbar dalam talian untuk pelancaran album studio ketiga mereka Be Together Kesemua enam ahli BTOB termasuk Eun kwang yang disahkan positif COVID 19 minggu lalu turut menghadiri sidang akhbar it...
Pemandu Ambulan Buntu Gusar Masa Depan Anak Angkat Tiga Tahun Cari Bapa Kandung

Pemandu Ambulan Buntu Gusar Masa Depan Anak Angkat Tiga Tahun Cari Bapa Kandung

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 164 hits
JERANTUT Seorang pemandu ambulans gusar dengan masa depan anak angkatnya susulan proses dokumentasi Jabatan Pendaftaran Negara masih belum selesai hingga kini Jaznul Hakim Jauhar 38 dari Kampung Temin di sini berkata anak angkatnya Nur Hann...
Jakarta Ppkm Level 3 Ancol Wajibkan Anak Usia Di Atas 6 Tahun Vaksin Dosis Pertama

Jakarta Ppkm Level 3 Ancol Wajibkan Anak Usia Di Atas 6 Tahun Vaksin Dosis Pertama

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 175 hits
Sedangkan pengunjung anak yang berusia di bawah enam tahun walau belum divaksin tetap dibolehkan masuk Asal didampingi orang tua yang sudah divaksinasi minimal dua kali
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul