Jangan Bagi Anak Main Handphone Biarkan Dia Bosan Atau Menangis



Jangan Bagi Anak Main ‘Handphone’, Biarkan Dia Bosan! Rasa bersalah pula kalau biarkan anak kebosanan. Cepat saja kita rangkakan aktiviti dek kasihankan mereka. Takpun, dihulurkan saja ‘smartphone’ sementara menunggu hidangan sampai di restoran. Barulah lega bila tengok anak buat sesuatu

Tapi, penemuan terbaru daripada saintis mendapati bahawa sekali-sekala kita patut biarkan saja mereka. ‘Kebosanan’ sebenarnya dapat memberi kebaikan kepada perkembangan mental dan fizikal anak. Inilah kesan luarbiasa kuasa imaginasi! Jika anak cepat bosan, jangan cepat melatah. Ketahuilah bahawa kebosanan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk diri mereka

1. MENGELAK ‘OVERSTIMULATION’

Tahukah anda, sebenarnya otak kita tidak diprogramkan untuk berada dalam mod ‘on-the-go’ setiap masa. Ia juga perlu berehat dan memperlahankan prosesnya, seperti yang dinyatakan oleh Scott Barry Kauffman melalui Psychology Today. Memang pada awalnya anda akan rasa tak selesa apabila tengok anak cepat bosan. Tapi, cuba tunggu seketika dan perhatikan mereka

Mungkin mereka perlu merehatkan otak, lari daripada stimulasi atau rangsangan yang tidak penting, dan menjadi lebih relaks. Dengan mempunyai masa untuk diri sendiri, mereka berpeluang meneroka perkara yang mereka sendiri minati. Neurosaintis, Susan Greenfield berpendapat bahawa ia dapat memberi kesan jangka masa panjang terhadap bagaimana anak-anak ini mencapai cita-cita mereka

2. MERANGSANG KREATIVITI
“Kanak-kanak perlu melalui rasa bosan ini dengan sendiri kerana ia dapat membebaskan mereka daripada sebarang bentuk gangguan. Dengan cara ini, barulah mereka dapat mendengar suara hati mereka sendiri. Dengan mengenal minat masing-masing, ia akan menggalakkan eksplorasi dan imaginasi. Walaupun hanya duduk sendirian dan termenung, mereka sebenarnya sedang belajar untuk menvisualisasikan sesuatu dalam minda mereka. Melalui proses ini, otak mereka akan menerawang jauh tanpa batasan. Akhirnya, mungkin mereka akan merekacipta sesuatu dan merealisasikan apa yang pernah digambarkan oleh fikiran tadi. Hebat bukan? Ternyata, memang ada kajian yang telah membuktikan bahawa golongan yang kreatif adalah mereka yang selalu termenung


3. MAHIR BERFIKIR
Untuk mengatasi rasa bosan, ia memerlukan pelbagai idea dan eksperimen cuba jaya. Dalam jangka masa panjang, kebosanan ini memberi peluang kepada otak mereka untuk menjadi lebih produktif kerana mereka telah dilatih untuk menyelesaikan masalah. Kajian oleh saintis di Bar-Ilan University mendapati bahawa faktor ini dapat membantu seseorang melakukan kerja dengan lebih efisyen dan positif

4. PELUANG MENEROKA HOBI
Tidak dinafikan, pelbagai aktiviti yang dirancang seperti bersukan dan bermain muzik mampu memberi manfaat kepada perkembangan fizikal, kognitif, budaya dan sosial mereka. Namun, anak-anak juga perlukan masa untuk bersendiri. Apabila mereka ‘terputus hubungan’ daripada dunia luar dan gajet, mereka akan meneroka perspektif baru dan timbullah hobi. Dengan cara ini, mereka akan lebih bersemangat dalam menetapkan kemahuan dan cita-cita mereka. Malah, mungkin juga ada bakat semulajadi yang tidak pernah kita ketahui

5. BELAJAR BERKOMUNIKASI

Apabila anak-anak mula nampak sendiri minat masing-masing, secara tidak langsung mereka akan berusaha untuk memperlihatkan hasil imaginasi mereka. Mereka menjadi lebih berani menyatakan kemahuan mereka, dan mereka juga akan mencari cara untuk mencapainya dengan sokongan ibu bapa

Sebenarnya, tindakan ini bukan saja memberi manfaat kepada anak-anak, tetapi juga orang dewasa. Dengan gangguan seperti TV, ‘smartphone’, atau kerja yang menimbun tinggi, anda tak mungkin akan mendapat inspirasi untuk pergi lebih jauh dalam hidup ini

BILA ANAK CEPAT BOSAN
Apapun, ini bukan bermakna kita boleh ‘goyang kaki’ dan suruh mereka ‘main jauh-jauh’. Cumanya, kalau anak cepat bosan tak perlulah kita rasa bersalah dan mengalah dengan ‘menyuap’ pelbagai aktiviti untuk mereka. Sebaliknya, lihatlah perkara ini sebagai peluang untuk anda mengalakkan mereka menjadi seorang yang lebih dinamik

Sumber dalaman
Kualiti dan nilai seperti menggalakkan mereka meneroka, bermain, memerhati, dan memberi tumpuan terhadap sesuatu yang mereka ingin tahu. Ia mungkin akan menyebabkan rumah anda bersepah. Yang penting, pantau mereka jika mereka melakukan sesuatu yang agak ‘susah’ atau luarbiasa seperti membina rumah kotak atau memanjat kusyen. Beri sokongan dan bantu mereka agar tidak cepat patah semangat. Pastinya ia akan memberi pengalaman serta pengajaran sepanjang hayat

Sumber material
Sumber material bukanlah bererti mainan yang mahal atau peralatan bertaraf profesional. Tetapi, ia adalah bahan yang ‘simple’ seperti pen, kertas, cat warna, kotak kosong, dan sebagainya. Kadangkala anak sendiri ada idea untuk membuat eksperimen tertentu seperti membuat gunung berapi atau kek coklat. Jadi, bolehlah anda mendapatkan sumber yang bersesuaian

Dengan galakan anda, anak cepat bosan pun boleh menjadi seorang lebih berdikari, bijak, dan kreatif. Mereka juga akan berasa lebih konfiden untuk menurut kata hati dan mempercayai kebolehan diri yang unik

Sumber: http://bit.ly/33GDHEM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/10/jangan-bagi-anak-main-handphone-biarkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Usia 1 Tahun Meninggal Lelaki Ini Pesan Lepas Merokok Jangan Cium Dan Peluk Anak

Anak Usia 1 Tahun Meninggal Lelaki Ini Pesan Lepas Merokok Jangan Cium Dan Peluk Anak

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 520 hits
Anda bila lagi nak berhenti merokok jangan sampai jadi macam saya Menyesal nanti pesan lelaki yang kini berusia 35 tahun kepada orang ramai setelah anaknya yang berusia 1 tahun 10 hari meninggal dunia akibat terlalu terdedah kepada asap rok...
Jangan Marah Kalau Anak Sulung Kuat Sentap Ini Antara Sebabnya

Jangan Marah Kalau Anak Sulung Kuat Sentap Ini Antara Sebabnya

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 306 hits
Kalau anak kedua ada sindrom anak kedua anak sulung juga ada peelnya yang mak kena jaga jaga Biarpun anak sulung jenis mudah disuruh dan menurut perintah tapi mereka pantang di rendah rendahkan kebolehannya depan adik adik mahupun orang lai...
Mak Ayah Jangan Beza Bezakan Anak Kesannya Sampai Besar Anak Ingat

Mak Ayah Jangan Beza Bezakan Anak Kesannya Sampai Besar Anak Ingat

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 356 hits
Mak ayah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya pada anak anak Namun lumrah setiap anak pastinya mempunyai karakter dan pencapaian yang berbeza Inilah sebenarnya ujian terbesar buat mak ayah ag...
Siasat Lagi Jangan Biarkan Dap Jadi Sarang Pengganas

Siasat Lagi Jangan Biarkan Dap Jadi Sarang Pengganas

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 246 hits
Mana mungkin negara kita selamat jika pengganas pegang kuasaBANGI 14 Safar 1441H Ahad Gerakan Islam utama Ikatan Muslimin Malaysia Melaka menggesa pihak polis menyiasat lebih terperinci sekiranya terdapat lagi wakil rakyat lain di peringkat...
Jangan Bunuh Hormon Tidur Anak Ini Kesilapan Terbesar Yang Kita Terlepas Pandang

Jangan Bunuh Hormon Tidur Anak Ini Kesilapan Terbesar Yang Kita Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 364 hits
Jika bercakap soal tidur tak lengkap jika tak sebut tentang hormon penggalak tidur iaitu Melatonin Ia juga dikenali sebagai timing messenger atau jam biologi badan yang membantu penyelarasan kitaran siang malam dan berjaga tidur manusia Tah...
Hello Bang Saya Nak Order Mcchicken Rapidkl Beri Amaran Jangan Salahguna Interkom Atau Berdepan Denda Rm10 000

Hello Bang Saya Nak Order Mcchicken Rapidkl Beri Amaran Jangan Salahguna Interkom Atau Berdepan Denda Rm10 000

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 357 hits
Susulan viral video seorang penumpang tren memesan hidangan McChicken melalui interkom RapidKL memberi peringatan tegas kepada para pengguna bahawa perbuatan itu adalah satu kesalahan yang serius Tweet yang dimuat naik MyRapidKL semalam Per...
Please Mak Ayah Educate Anak Kau Kat Rumah Tu Jangan Bercakap Kasar Anak Akan Ikut

Please Mak Ayah Educate Anak Kau Kat Rumah Tu Jangan Bercakap Kasar Anak Akan Ikut

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 494 hits
Kes buli melibatkan pelajar sekolah sering diperdebatkan oleh pelbagai golongan terutamanya golongan pendidik dan ibu bapa Walaupun pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi masalah ini ianya kelihatan seperti tidak berpenghujung ekora...
Jangan Bermain Telefon Dalam Jangka Masa Lama Lelaki Ini Lumpuh Selepas Baring Main Telefon 3 Jam Setiap Hari

Jangan Bermain Telefon Dalam Jangka Masa Lama Lelaki Ini Lumpuh Selepas Baring Main Telefon 3 Jam Setiap Hari

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 279 hits
Dunia hari ini semua orang boleh dikatakan bergantung kepada gadget semata mata seperti telefon dan internet untuk membuat berbagai aktiviti dan rutin harian mereka Dengan perkembangan teknologi terkini dan seiring dengan kemajuan semasa ma...
Jika Sudah Sampai Masanya Jangan Rasa Bersalah Untuk Putuskan Susu Pada Anak

Jika Sudah Sampai Masanya Jangan Rasa Bersalah Untuk Putuskan Susu Pada Anak

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 292 hits
Kebanyakan ibu pasti merasa sedih jika sampai fasa untuk bercerai susu Risau jika anak tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya atau gusar mungkin anak akan menjauhkan diri jika sudah tidak menyusu badan Bercerai susu adalah satu proses di ma...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner