Jika Sudah Sampai Masanya Jangan Rasa Bersalah Untuk Putuskan Susu Pada Anak


Kebanyakan ibu pasti merasa sedih jika sampai fasa untuk bercerai susu. Risau jika anak tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya atau gusar mungkin anak akan menjauhkan diri jika sudah tidak menyusu badan. Bercerai susu adalah satu proses di mana ibu menghentikan penyusuan dengan anaknya. Biasanya fasa bercerai susu ini diadakan apabila si kecil sudah mula mengambil makanan lain selain susu ibu.
Artikel Menarik: [Nak Start Kerja Lepas Pantang, Tapi Susah Hati Anak ‘Tolak’ Menyusu Dari Botol]
Ia adalah proses yang normal dalam perkembangan anak dan keputusan berpisah susu adalah di tangan ibu dengan melihat keadaan anaknya. Keputusan untuk menghentikan proses menyusu badan seharusnya bukan kerana pengaruh orang lain. Keputusan ini harus dihormati dan mendapat sokongan suami kerana ia bukan sekadar perhubungan fizikal tetapi juga kesihatan emosi. Kaunselor Laktasi, Siti Nadia Saruji mengupas topik ini untuk memberi penerangan lebih
lanjut.
Bercerai Susu Selepas Dua Tahun
Sekiranya ditanyakan waktu yang sesuai untuk seorang ibu bercerai susu dengan anakny adalah pada usianya dua tahun ke atas. Pada waktu ini, susu badan telah memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badan si anak. Tambahan pula, anak ketika itu sudah mengambil makanan lain dan keperluan nutrisinya boleh dipenuhi dengan pengambilan sayuran dan buah-buahan.

Semasa usia anak menginjak dua tahun, dia sudah memahami kata-kata ibunya. Untuk memulakan fasa ini, anda boleh bersembang dan terangkan kepadanya tentang bercerai susu. Perlahan-lahan jika sering diberitahu ibunya, si anak akan mula memahami dan bersedia untuk dihentikan penyusuan susu badan.
Artikel Menarik: [Waktu Salin Lampin, Check Air Kencing Anak. Warna Kuing Pekat, Tanda Dia Tak Cukup Susu]
Jika Hamil, Hentikan Penyusuan Badan
Biasanya doktor akan menyarankan ibu untuk menghentikan proses penyusuan jika sedang hamil. Ketika hamil, keperluan nutrisi akan berganda dari biasa. Sekiranya ibu mengandung menyusukan anak, berkemungkinan mudah merasa letih dan sering pitam kerana kekurangan tenaga. Nutrisi yang ada perlu dikongsi tiga, jadi sesetengah ibu mungkin tidak mampu dan dinasihatkan oleh doktor untuk berhenti menyusukan anak.

Pun begitu, jika si ibu mampu dan tidak mengganggu tahap kesihatannya penyusuan badan tidak menjadi masalah. Jika anda sedang hamil dan masih menyusukan anak kecil, seeloknya ambillkan makanan yang kaya nutrisi dan amalkan pengambilan suplemen. Selain itu, ibu juga perlu banyak berehat dan minum air kosong secukupnya.
Untuk memastikan ibu hamil menyusukan anak dengan cara yang betul, dapatkan bantuan daripada kaunselor laktasi untuk berkongsi tip dengan mereka. Ia penting supaya tidak memberi kesan kepada fizikal si ibu.
Taktik Bercerai Susu Yang Berkesan
Untuk ibu yang mahu berhenti usia ketika anak sudah besar, anda boleh memberitahu kepada mereka satu atau dua bulan lebih awal tentang hal ini. Kerap memberitahu anak tentang hal ini akan menggalakkan subconscious anak tersebut. Selain itu, para ibu boleh mengurankan kekerapan sesi menyusu dan pendekkan masa dari biasa.
Sekiranya anak anda jenis yang suka ‘mengempeng’, inilah waktunya yang sesuai untuk anda kurangkan masa mereka menyusu. Jika anda tidak meminta untuk menyusu, jangan pelawa mereka. Biarkan mereka terbiasa dengan hal ini, lama-kelamaan untuk berhenti ia akan jadi lebih mudah.

Selain itu, anda boleh menarik perhatian anak dengan memberi makanan atau minumam kesukaannya apabila dia mula menunjukan signal untuk menyusu. Ketika siang, pelbagaikan aktiviti dengannya agar dia mudah letih dan tertidur sendiri pada waktu malam. Ibu juga boleh mengenakan pakaian yang sukar diakses untuk menyusu.
Artikel Menarik: [Banyakkan Susu Ibu, Lepas Bersalin Terus Biar Anak ‘Mengempeng’. Meriah Terus!]
Ibu Kena Bersedia Untuk Bercerai Susu
Anda perlu bersedia dari segi kekuatan emosi kerana penceraian susu bukanlah sesuatu yang mudah buat ibu juga. Setelah sekian lama anak sentiasa berada di sisi menyusu badan, tiba-tiba mereka tidak menyusu lagi. Proses bercerai susu boleh lah dibuat secara berperingkat supaya ia menjadi mudah dan positif. Hal ini juga boleh mengelakkan payudara dari bengkak atau masisitis jika dilakukan secara berperingkat.

Ibu perlu tetapkan target bila mahu hentikan penyusuan supaya tidak melakukan secara mendadak jadi anak juga tidak terkejut dan menggangu emosi anak. Anda perlu sentiasa positif terhadap keputusan yang dibuat kerana ia akan mempengaruhi si anak juga.
Dapatkan sokongan dari teman-teman yang berpengalaman menghentikan proses penyusuan badan. Selain itu, pastikan anda suarakan keinginan ini kepada suami agar dia dapat memberi sokongan penuh terhadap keputusan untuk bercerai susu.
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my

The post Jika Sudah Sampai Masanya, Jangan Rasa Bersalah Untuk ‘Putuskan Susu’ Pada Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jika-sudah-sampai-masanya-jangan-rasa-bersalah-untuk-putuskan-susu-pada-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Rasa Bersalah Yang Kerap Dirasakan Ibu Bekerja Padahal Semua Pengorbanan Demi Anak Juga

9 Rasa Bersalah Yang Kerap Dirasakan Ibu Bekerja Padahal Semua Pengorbanan Demi Anak Juga

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 452 hits
Capek jiwa dan raga Please jangan hakimi kami dengan bilang Cari apalagi sih mbok di rumah aja Harta bisa dicari rezeki pasti ada Mending juga sama anak karena kalian nggak tahu keadaannya
Tumbesaran Anak Berbeza Beza Menyusu Badan Berat Naik Sikit Jangan Pula Bagi Susu Formula

Tumbesaran Anak Berbeza Beza Menyusu Badan Berat Naik Sikit Jangan Pula Bagi Susu Formula

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 341 hits
Sebaik sahaja bayi mencecah usia enam bulan dia sudah mula diperkenalkan dengan makanan Selain susu ibu atau susu formula ibu sudah boleh memperkenalkan puri buah atau sayur mahupun bubur kosong untuk melatih deria rasanya Ketika bayi sudah...
Lelaki Kelakar Selalunya Ayah Yang Tegas Tapi Jangan Diusik Anak Anaknya Sangat Protective

Lelaki Kelakar Selalunya Ayah Yang Tegas Tapi Jangan Diusik Anak Anaknya Sangat Protective

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 711 hits
Ramai mengenali Nabil Ahmad sebagai pelawak dan penghibur Lasak bersahaja dan orangnya ceria Tak pernahlah lihat Nabil bermasam muka di mana mana Mendekati personaliti ini Pa Ma sempat bertanyakan tentang perwatakannya dengan anak anak Iste...
Zero Pendedahan Gajet Pada Anak Bawah 2 Tahun Jangan Menyesal Kalau Anak Ada Masalah Kemudian Hari

Zero Pendedahan Gajet Pada Anak Bawah 2 Tahun Jangan Menyesal Kalau Anak Ada Masalah Kemudian Hari

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 345 hits
Penggunaan gajet terhadap kanak kanak menjadi trend masa kini Bukan hanya kanak kanak diberi gajet malah bayi 0 hingga 2 tahun turut didedahkan dengan pengunaan gajet Baca Selanjutnya Laman rasmi telah berkongsi tentang ZERO pendedahan gaje...
Jangan Dedahkan Anak Kecil Dengan Gajet

Jangan Dedahkan Anak Kecil Dengan Gajet

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 487 hits
PUBLIC HEALTH MALAYSIA JANGAN DEDAHKAN ANAK KECIL DENGAN GAJETIbu bapa yang mempunyai anak kecil berusia dua tahun ke bawah disaran untuk tidak mendedahkan mereka dengan gajet seperti telefon pintar tab televisyen dan sebagainya Alasan untu...
7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya

7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 816 hits
7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya Bila baki cuti bersalin dah nak sampai ke penghujungnya mulalah rasa cuak kalau masalah anak tak nak minum susu botol sedang melanda Bagaimana cara untuk melatih anak minum susu botol deng...
Anak Abby Abadi Kritikal Doktor Pesan Jangan Jauh Jauh Malam Ini

Anak Abby Abadi Kritikal Doktor Pesan Jangan Jauh Jauh Malam Ini

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 291 hits
Anak Abby Abadi yang baru berusia 11 hari iaitu Muhammad Danial Firman bergantung kepada mesin pernafasan Foto ihsan Instagram Abby Abadi 112KUALA LUMPUR 7 Okt Anak penyanyi Abby Abadi yang baru berusia 11 hari kini kritikal berikutan 90 pe...
Hanya Minum Susu Coklat Ibu Risau Kandungan Gula Tinggi Kalau Beri Pada Anak

Hanya Minum Susu Coklat Ibu Risau Kandungan Gula Tinggi Kalau Beri Pada Anak

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 524 hits
Ibu mana yang tidak risau jika anak menolak untuk minum susu Seperti yang diketahui susu merupakan sumber kalsium terbaik buat si kecil Sesetengah anak selepas bercerai susu dari ibu atau apabila sudah menginjak ke usia dua tahun sudah mula...
Terlalu Tegas Sangat Boleh Buat Anak Jauh Hati Jangan Pelik Dia Tak Mahu Dipeluk

Terlalu Tegas Sangat Boleh Buat Anak Jauh Hati Jangan Pelik Dia Tak Mahu Dipeluk

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 428 hits
Percaya tak anak makin keras hatinya apabila kerap di marah Jangan pelik bila suatu hari nanti bila ibu bapa nak peluk mereka akan menjauhkan diri Kesan ini juga yang akan menyebabkan anak mula memberontak dalam diam dan menyebabkan hubunga...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda