Jangan Anggap Bila Pujuk Isteri Kita Kalah Yusof Haslam




MASIH berjaya mengemudi rumah tangga lebih empat dekad, penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mengakui tidak terlepas melalui gelora dalam perkahwinan.
Namun berpegang teguh kepada nasihat arwah ibunya, Yusof berkata, beliau memastikan akan memujuk isterinya, Datin Fatimah Ismail setiap kali berlaku pergeseran antara mereka.
Ujarnya, tidak ada rumah tangga yang tenang tanpa krisis, tetapi suami sebagai ketua rumah tangga harus tahu memainkan peranan.
“Saya bukan sempurna, bagi saya dalam setiap rumah tangga perlukan kesabaran, tolak ansur dan pujuk-memujuk penting bagi saya.
Yusof mendedahkan mengambil masa sebulan bagi mempertimbangkan tawaran sebagai dukun.
“Sebagai lelaki, jangan anggap bila pujuk isteri, kita kalah. Itu silap. Sehingga kini saya masih pegang petua dan nasihat daripada arwah ibu saya iaitu setiap kali isteri merajuk atau ada salah faham, mesti ambil hati isteri, kalau isteri merajuk, pujuk.
“Arwah ayah saya juga begitu, jika ada salah faham, beliau akan cepat pujuk. Itu yang saya amalkan, alhamdulillah rumah tangga saya sudah masuk tahun ke-41,” jelasnya.
Yusof berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem Don Dukun di GSC Midvalley, Kuala Lumpur pada Selasa.
Yusof turut menasihati setiap pasangan untuk merendahkan ego masing-masing sekiranya berdepan masalah.
Yusof menjayakan watak bapa kepada Don Ariff lakonan Zul Ariffin.
Katanya, pujukan itu tidak semestinya berserta hadiah atau bunga, tetapi apa yang penting adalah tolak ansur.
“Ini nasihat saya kepada semua pasangan, termasuk anak-anak saya. Kalau ada masalah, cari jalan terbaik, jalan pendamaian.
“Buang ego sebab jika masih ego, masalah tidak akan selesai. Kalau isteri merajuk, suami pujuk tetapi isteri pun janganlah ego atau buat keras sahaja, perlu ada tolak ansur.
“Selalu saya pujuk dengan kata-kata sahaja, tak reti beri bunga. Sesekali beri hadiah ketika hari jadi. Kalau beri bunga, tetapi masalah masih sama tidak guna juga.
“Saya kongsi nasihat ini bukan sebab saya sempurna atau perlu jadikan saya contoh. Ini nasihat sebagai orang tua yang sudah lalui proses perkahwinan,” ujarnya.
Dalam masa sama, bapa kepada pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul itu turut mengakui terkejut dengan berita penceraian selebriti yang dilaporkan akhir-akhir ini.
Katanya, walaupun sedih, beliau termasuk warga maya tidak ada hak untuk menilai kerana hanya pasangan itu tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
“Saya terkejut juga bila baca Diana Danielle mahu failkan penceraian. Ketika mereka rujuk tahun lalu, saya antara yang gembira kerana itulah yang kita mahu.
“Walaupun sedih, tetapi kita tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka kerana kita lihat secara rambang,” katanya.
Berlakon filem
Dalam pada itu, berkongsi penglibatannya dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Infinitus Productions dan GSC, Don Dukun, Yusof memberitahu mengambil masa sebulan untuk mempertimbangkan tawaran sebagai dukun bernama Pak Samad.
Bukan itu sahaja, Yusof mengakui agak ragu-ragu biarpun filem tersebut menggabung tiga dukun berlainan bangsa sebagai latar penceritaan.
“Pada awalnya Datin lebih suka kalau saya duduk rehat di rumah, tetapi saya sejenis tidak boleh duduk diam. Jadi saya setuju dengan tawaran Gaya (penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai) untuk membintangi filem ini.
“Bila sudah tonton keseluruhan cerita, saya lihat ada kelainan dan transisi masa dari satu babak ke babak seterusnya tidak meleret.
“Saya harap filem ini akan mendapat sambutan, sebab akhir-akhir ini saya lihat sambutan masyarakat ke pawagam agak lesu,” ujarnya.
Tambah Yusof, dia bersedia mempertimbangkan tawaran lain selepas ini tetapi tidak mahu menjayakan watak sama.
“Selepas saya terlibat dengan penggambaran Don Dukun, ada dua lagi tawaran yang mahu saya jadi dukun dan saya tolak.
“Saya tidak mahu jadi pelakon yang streotaip, kalau ada tawaran bersesuaian dan berbeza, saya sedia mempertimbangkan,” katanya lagi.


Source link
The post ‘Jangan anggap bila pujuk isteri, kita kalah’ – Yusof Haslam appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/jangan-anggap-bila-pujuk-isteri-kita-kalah-yusof-haslam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yusof Haslam Ingin Kekal Dirumahnya Hingga Akhir Hayat

Yusof Haslam Ingin Kekal Dirumahnya Hingga Akhir Hayat

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 83 hits
Hidup dan mati saya Insya Allah di rumah ini Saya sayang rumah ini itu kata penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam mengenai kediaman banglonya yang telah didiami hampir 30 tahun Menurut Yusof terlalu banyak kenangan yang tersimpa...
Caruman I Sayang 86 000 Golongan Suami Dah Lakukan Untuk Isteri

Caruman I Sayang 86 000 Golongan Suami Dah Lakukan Untuk Isteri

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 109 hits
Jangan ingat isteri yang tidak bekerja tidak boleh mempunyai akaun di KWSP Bagi wanita yang bergelar suri rumah i Sayang adalah peluang untuk menjamin masa depan biar pun tidak bekerja Menurut KWSP Malaysia i Sayang merupakan inisiatif yang...
Suami Tembak Isteri Selepas Dicabar Dalam Pertengkaran

Suami Tembak Isteri Selepas Dicabar Dalam Pertengkaran

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 92 hits
KOSMO SEORANG suami ditangkap kerana menembak isterinya Foto KhaosodBANGKOK nbsp nbsp Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menembak isterinya yang menyebabkan mangsa berada dalam keadaan kritikal berikutan pertengkaran sengit antara mereka...
Fedtri Yahya Kebetulan Yang Indah Dinobat Pengulas Tv Terbaik Di Hari Lahir Isteri

Fedtri Yahya Kebetulan Yang Indah Dinobat Pengulas Tv Terbaik Di Hari Lahir Isteri

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 74 hits
Fedtri Yahya Kebetulan yang indah Dinobat pengulas tv terbaik di hari lahir isteri Fedtri Yahya atau nama penuhnya Ahmad Fedtri Yahya telah dinobatkan sebagai Pengulas TV Terbaik Aduan Jiwa Hati Tertinggal Di Syria Fedtri Yahya Kebetulan Ya...
Teruslah Doakan Cikgu Din Isteri

Teruslah Doakan Cikgu Din Isteri

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 54 hits
Bukan kecil ujian yang dihadapi seorang guru di Sarawak Izzuddin Izhar atau dikenali sebagai Cikgu Din Sudahlah isterinya menghidap kanser tahap empat di Kota Bharu Kelantan permohonan Cikgu Din untuk berpindah dari tempatnya mengajar di Ka...
Aliff Syukri Setia Enggan Kahwin Lain Andai Isteri Pergi Terlebih Dahulu

Aliff Syukri Setia Enggan Kahwin Lain Andai Isteri Pergi Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 94 hits
Personaliti media sosial dan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri setia dan tidak akan berkahwin lain seandainya ditakdirkan isteri Datin Seri Nur Shahida dijemput ilahi terlebih dahulu Usahawan berusia 37 tahun berkata isterinya merupakan satu...
Suami Isteri Maut Anak Parah Mpv Rempuh Jentera Pengorek Tanah Di Batu 10 Jalan Gambang Kuantan

Suami Isteri Maut Anak Parah Mpv Rempuh Jentera Pengorek Tanah Di Batu 10 Jalan Gambang Kuantan

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 105 hits
KUANTAN Sepasang suami isteri maut manakala anak mereka cedera parah apabila kereta dinaiki tiga sekeluarga berkenaan merempuh jentera pengorek tanah berhampiran kem Tentera Udara Diraja Malaysia Batu 10 Jalan Kuantan Maran di sini awal pag...
Saiz Comel Isteri Bukan Masalah Suami Terima Seadanya Sebab Dia Comel

Saiz Comel Isteri Bukan Masalah Suami Terima Seadanya Sebab Dia Comel

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 93 hits
Gelagat comel pasangan pengantin baru Nur Suriati yang mengangkat suaminya Muhammad Syamir ketika bergambar kenangan di pelamin sewaktu majlis persandingan mereka menarik perhatian ramai Menyingkap kisah percintaan pasangan ini Muhammad Sya...
Bini Meninggal Pun Dia Tunggang Apatah Lagi Bekas Banduan Shuib Berang Wanita Tuduh Tunggang Kisah Arwah Isteri

Bini Meninggal Pun Dia Tunggang Apatah Lagi Bekas Banduan Shuib Berang Wanita Tuduh Tunggang Kisah Arwah Isteri

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 121 hits
Pelawak dan pengacara Shuib Sepahtu meluahkan rasa berang selepas seorang individu menuduh dirinya menunggang kisah arwah isteri Siti Sarah dan kini menunggang isu bekas banduan Abah Hayat pula
Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

4 Ways Android Has Made Switching Even Better

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Rezeki Pagi Jumaat Yang Indah

Jovita Pearl Duri Di Hati Chord

Dilaa Asri Sia Sia Chord

Sibuk Kerja Tetap Tak Cukup

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

H Rsk Ldpaddan Och Den F Rlorade Skatten En Mystisk Saga Om Gl Dje Beg R Och Det