Teruslah Doakan Cikgu Din Isteri


 
Bukan kecil ujian yang dihadapi seorang guru di Sarawak, Izzuddin Izhar atau dikenali sebagai Cikgu Din. Sudahlah isterinya menghidap kanser tahap empat di Kota Bharu, Kelantan, permohonan Cikgu Din untuk berpindah dari tempatnya mengajar di Kanowit pula bukan sekadar tidak dilayan, malah diperlekehkan.
Tertekan dengan keadaan itu sambil isterinya, Nur Atiqah My Yusoff, diramalkan doktor tidak mampu bertahan lebih lama, Cikgu Din pula mengalami kemurungan MDD (Major Depressive Disorder). Daripada asalnya seorang yang sakit, kemudian kedua-dua suami-isteri turut sakit — keadaan yang hanya diperburukkan dengan kedua-duanya duduk berjauhan.
Kita yang membaca dan mengikuti kisah mereka ini tidak tertahan rasa kasihan, apatah lagi pasangan suami-isteri berkenaan yang menanggungnya setiap detik.
Pendedahan kisah mereka bermula dengan perkongsian seorang kenalan Cikgu Din bernama Harima Abd Rahman di laman Facebook pada 23 Okt yang boleh diringkaskan seperti berikut: “Saya kenal Cikgu Din semasa di Sarawak. Rezeki anak yang baru lahir barangkali, dia dapat jadi cikgu dan posting pertama dia di Kanowit sebagai cikgu kontrak. Tapi dah cukup perkhidmatan dan dia dah digazetkan sebagai cikgu tetap.
“Dia datang masa zaman Covid (kita fahami sekitar 2020-2021) dan bawa sekali anak dan isteri, seorang suri rumah. Tengah bahagia jalan-jalan di Sarawak, tiba-tiba isteri dia jatuh tak dapat berjalan. Ulang alik pergi hospital, rupa-rupanya isteri dia ada ketumbuhan. Masa tu baru tahu isteri dia menghidap kanser tulang rawan tahap empat.
“Disebabkan anak masih kecil dan nak rawat kanser tu jauh (Kanowit ke Hospital Sibu lebih kurang dua jam perjalanan), Cikgu Din ambil keputusan bawa balik isteri dia ke Kelantan untuk rawatan kemoterapi. Anak dia pula boleh ayah dan mak mentua dia tengok.
“Cikgu Din buat keputusan untuk ulang alik dari Sarawak ke Kota Bharu setiap dua minggu semata-mata untuk teman dan bagi semangat kepada isterinya. Duit, masa, tenaga semua kena korban sampaikan kawan saya terpaksa minta cuti tanpa gaji sebab semua cuti dah ambik. Walaupun dah selesai satu pusingan kemoterapi, sel kanser pada isterinya masih lagi ada, malah makin membesar.
“Cikgu Din dah minta tukar ke Semenanjung supaya lebih senang menemani isterinya tapi masih belum diluluskan. Dia pergi ke Putrajaya. Dia turun sendiri ke Kuching untuk jumpa pengarah pendidikan tapi keputusannya tetap sama. Tak boleh berpindah ke Semenanjung. Alasan pegawai yang menjaga urusan pertukaran, ‘Tukar hanya boleh dibuka kepada guru tetap yang sudah berkhidmat selama tiga tahun’. Bila dia hantar surat untuk bertukar, ada orang atasan yang berkata, ‘Yang sakit tu isteri awak. Awak tak sakit, masih lagi boleh berkhidmat’.
“Akhirnya kawan saya sendiri yang ‘terkorban’. Dia telah disahkan menghidap MDD (Major Depressive Disorder). Di Semenanjung, dia ulang alik ke hospital menemani isterinya. Di Sarawak, dia juga ulang alik ke hospital untuk masalah kesihatannya. Walaupun dah sampai tahap ini, dia masih lagi diberi alasan, ‘Tukar hanya boleh dibuka kepada guru tetap yang sudah berkhidmat selama tiga tahun’.
“Hari ini, isterinya tidak lagi diberikan kemo, sel kanser tidak hilang, malah makin membesar. Doktor terpaksa memutuskan untuk berhentikan segala rawatan aktif sehingga memberi isyarat ‘tunggu masa sahaja’. Pada saat Cikgu Din menghitung hari-hari terakhir isterinya, masih belum ada lagi khabar bahawa dia dibenarkan untuk bertukar ke Semenanjung,” begitulah antara coretan Harima yang mendapat 22,000 sukaan, 3,300 komen dan 42,000 perkongsian.
Warga maya yang tersentuh perasaan mereka tidak hanya berdiam diri. Di sebalik mengkritik Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak di ruang komen yang didakwa mereka tiada empati dalam kes mendesak seperti ini, ramai yang memanjangkan hantaran berkenaan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
“Saya dah komen kat page YBM Fadhlina Sidek, JPN Sarawak dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kuasa viral mampu bantu Cikgu Din. Jom kawan-kawan semua, kita komen kat post mereka yang ada kuasa ni,” tulis seorang bekas guru, Mohd Fadhli Salleh.
Kementerian Pendidikan dalam satu catatan balasnya dalam tempoh 24 jam memaklumkan ia prihatin dengan situasi Cikgu Din dan tindakan segera untuk memberi bantuan sedang diambil. Satu pertemuan dengan beliau akan diadakan dalam waktu terdekat bagi membincangkan mengenai kebajikannya.
Ini disusuli pengumuman Fadhlina pada satu majlis di Nibong Tebal pada Sabtu bahawa Cikgu Din akan ditempatkan di sekolah berhampiran pasangannya buat sementara waktu hasil perbincangan antara KPM dengan JPN Sarawak dan JPN Kelantan. Sebelum itu, beliau telah diberikan cuti untuk bersama-sama isterinya.
Sambil menafikan tindakan diambil hanya selepas isu itu tular, Fadhlina menegaskan proses perbincangan dan juga bagaimana alternatif-alternatif ditawarkan kepada Cikgu Din telah berlangsung sebelum itu lagi. Tiada juga sebarang reaksi terhadap kenyataan keterlaluan yang didakwa daripada seorang pegawai JPN Sarawak sebelumnya.
“Bagaimanapun saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana perhatian itu telah pun sampai dan kita lihat begitu ramai masyarakat yang empati kepada keadaan Cikgu Din. Kita akan ambil perhatian penuh kepada semua (kes bukan sahaja berkaitan Cikgu Din) berdasarkan pertimbangan-pertimbangan yang ada,” tambahnya.
Kita tak berminat untuk mempertikaikan pengaruh media sosial terhadap penempatan sementara Cikgu Din — seperti kata seorang warga maya bila dah tular, sehari pun boleh diselesaikan — keutamaan ialah untuk guru berkenaan dapat segera berada bersama-sama isterinya.
Di samping itu, ada banyak juga komen mengenai ‘Napoleon kecil’ yang didakwa memperkecil permohonan pertukaran guru atas sebab-sebab mendesak yang patut turut mendapat pertimbangan KPM.
Beberapa rakan dalam kalangan guru boleh mengesahkan perkara ini dengan gambaran bahawa permohonan pertukaran terutama dari sekolah pedalaman kerap dijawab dengan pelbagai alasan hingga terpaksa menunggu bertahun-tahun lamanya.
Tetapi isu membabitkan Cikgu Din sebenarnya tidak pun memerlukan pertimbangan kedua — permohonannya disokong laporan doktor mengenai tahap kesihatan isterinya. Malah, guru berkenaan wajar dipertimbangkan untuk pertukaran tetap.
Seperti kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Fatimah Abdullah, pegawai KPM perlu empati dan bersikap pragmatik dalam menyelesaikan permohonan perpindahan guru yang berada dalam keadaan mendesak.
Harima menyudahi hantarannya seperti berikut: “Undang-undang ialah undang-undang. Tapi kita bukan haiwan. Kita manusia yang diberikan kebijaksanaan dan juga rasa belas kasihan. Apa guna kita memamah undang-undang kalau hanya untuk merobek sebuah harapan? Apa guna undang-undang jika tidak menerbitkan rasa ihsan?
“Harapan saya hanya bergantung kepada kawan-kawan yang membaca tulisan ini, sebarkanlah agar Cikgu Din dan isteri boleh bersama semula dan mampu menitip kalimah suci sebelum segalanya berakhir. Sebelum hanya tinggal memori yang disulami penyesalan dan dendam.”
Sambil itu, lanjutkanlah rasa kasihan kita dengan terus mendoakan agar urusan Cikgu Din dipermudahkan dan isterinya mendapat kesembuhan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/teruslah-doakan-cikgu-din-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cikgu Din Diberi Cuti Untuk Bersama Isteri Hidap Kanser Tulang Rawan Stage 4 Hasil Kuasa Viral Netizen

Cikgu Din Diberi Cuti Untuk Bersama Isteri Hidap Kanser Tulang Rawan Stage 4 Hasil Kuasa Viral Netizen

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 111 hits
Tular sebelum ini mengenai kisah Cikgu Din yang dinafikan peluang untuk bertukar tempat bertugas berikutan isterinya yang disahkan menghidap barah tulang rawan 8216 stage 8217 4 Cikgu Din yang kini bertugas di Kanowit Sarawak ada membuat pe...
Video Tunku Azizah Sebut Tentang Calon Isteri Tengku Hassanal

Video Tunku Azizah Sebut Tentang Calon Isteri Tengku Hassanal

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 140 hits
Dalam sebuah wawancara tertutup Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al Haj telah berkongsi pandangan mengenai anakanda sulung mereka Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdulla...
Azlan Komeng Mungkin Lumpuh Risau Fikir Masa Depan Isteri Anak Anak

Azlan Komeng Mungkin Lumpuh Risau Fikir Masa Depan Isteri Anak Anak

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 105 hits
Pelakon Azlan Komeng berkata dirinya berisiko lumpuh sekiranya kaki kirinya tidak menerima rawatan dengan baik Memetik portal Kosmo pelakon berusia 45 tahun itu berkata kakinya juga memerlukan masa sehingga enam bulan untuk sempuh serta bim...
Isteri Lapor Polis Suami Curang Dengan Skandal

Isteri Lapor Polis Suami Curang Dengan Skandal

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 83 hits
KOSMO JAKARTA nbsp nbsp Seorang isteri nekad membuat laporan polis bahawa suaminya curang dengan wanita lain lapor portal berita detikSulsel kelmarin nbsp Isteri berusia 37 tahun itu menunjukkan perbualan dan panggilan video dalam aplikasi ...
Cantik Isteri Dia Ramai Selebriti Popular Hadir Majlis Perkahwinan Jo Seho Disambut Meriah

Cantik Isteri Dia Ramai Selebriti Popular Hadir Majlis Perkahwinan Jo Seho Disambut Meriah

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 85 hits
Pada 20 Oktober personaliti TV popular iaitu Jo Se ho telah menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya iaitu wanita yang sembilan tahun lebih muda darinya Artikel Berkaitan Untuk pengetahuan majlis perkahwinannya berlangsung di Hotel Sh...
Naik Angin Isteri Minta Cerai Suami Tamatkan Riwayat Isteri

Naik Angin Isteri Minta Cerai Suami Tamatkan Riwayat Isteri

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 93 hits
JAKARTA Seorang suami menunjukkan cebisan daging isterinya selepas dia disyaki membunuh mangsa kerana meminta cerai dalam kejadian di Paser Kalimantan lapor portal berita DIO TV COM kelmarin Sebelum pembunuhan itu berlaku pertengkaran keran...
Isteri Ditangkap Bawa Lelaki Masuk Rumah Ketika Suami Dipenjara

Isteri Ditangkap Bawa Lelaki Masuk Rumah Ketika Suami Dipenjara

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 92 hits
KOSMOMI dan pasangannya dibawa ke balai polis Tribun TimurJAKARTA Seorang wanita di Gowa wilayah Sulawesi Selatan ditangkap oleh penduduk kampung sedang berdua duaan dengan seorang lelaki ketika suaminya menjalani hukuman penjara lapor lama...
Suami Tamatkan Riwayat Isteri Kerana Minta Cerai

Suami Tamatkan Riwayat Isteri Kerana Minta Cerai

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 111 hits
KOSMO JAKARTA Seorang suami menunjukkan cebisan daging isterinya selepas dia disyaki membunuh mangsa kerana meminta cerai dalam kejadian di Paser Kalimantan lapor portal berita DIO TV COM kelmarin Sebelum pembunuhan itu berlaku pertengkaran...
Baru Lepas Bercuti Askar Meninggal Dunia Ketika Latihan Tinggalkan Isteri Dan Bayi

Baru Lepas Bercuti Askar Meninggal Dunia Ketika Latihan Tinggalkan Isteri Dan Bayi

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 96 hits
Tular di media sosial kisah askar meninggal dunia ketika latihan yang membuatkan orang ramai sebak kerana pemergiannya turut meninggalkan seorang isteri dan anak yang masih kecil Menerusi satu hantaran di TikTok hakakloreng telah memuat nai...
Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Drama Curang Tanpa Niat

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

Rama Eru Feat Charly Van Houten Memeluk Angin Chord

4 Ways Android Has Made Switching Even Better

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Sibuk Kerja Tetap Tak Cukup

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

H Rsk Ldpaddan Och Den F Rlorade Skatten En Mystisk Saga Om Gl Dje Beg R Och Det

Rare And Unrestored A Barn Fresh Ducati 750ss Selling At Mecum

30 Ucapan Ulang Tahun Untuk Guru Yang Sopan Sampe Pake Bahasa Inggris

Shrimp Yakisoba