Janda Bukan Wanita Murahan


"Sudahlah (segelintir) orang pandang hina pada ibu tunggal dan janda seperti saya. Bila mereka buat begini, lagilah orang anggap janda ini murahan, jijik dan low class (kelas bawahan)." Demikian luahan dramatis popular, Rita Rudaini berhubung tindakan individu tidak dikenali yang menyebarkan nombor telefon palsu 10 janda berhias membabitkan golongan artis popular termasuk dirinya di Internet dan aplikasi sosial.

Gambar hiasan.

Ketika dihubungi, Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 38, mengakui pelik dengan mentaliti dan pertimbangan pihak yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Tak tahu kenapa mentaliti orang kita masih tak berubah terhadap golongan janda dan ibu tunggal. Bila ditambah begini, lagilah buruk kesannya.

"Marah memang marah sebab sedikit sebanyak jatuhkan maruah kita walaupun benda itu tak betul," katanya.

Selain Rita, sembilan lagi selebriti yang menjadi mangsa adalah aktres Erra Fazira, Nora Danish, Sarimah Ibrahim, Maya Karin, Jasmin Hamid, Nabila Huda, Noniswara dan penyanyi Fauziah Latiff.

Mesej yang tertera nombor telefon palsu semua selebriti itu bertujuan mempersenda dan mengaibkan mereka tersebar luas di Internet sehingga menarik perhatian ramai baru-baru ini.

Rita berkata, tindakan itu hanya dilakukan individu yang mempunyai masalah jiwa atau otak saja.

“Benda macam ini hanya orang psiko saja buat. Orang normal takkan terfikir buat benda yang mengarut dan tak ada ada masa buat macam ini.

"Tapi bagi orang psiko macam ini mungkin dia puas tengok bila orang ketawa dengan mesej macam itu," katanya.

Rita juga berasa pelik dengan sikap segelintir pihak yang mengambil kesempatan atas kesedihan atau kekurangan dilalui ibu tunggal sepertinya.

Katanya, walaupun ia tidak betul, tetapi penyebaran maklumat palsu itu boleh mengelirukan sesetengah pihak.

"Kalau orang yang berfikiran jauh tahu ini tipu, tapi tak semua berfikiran panjang.

"Kalau yang berfikiran rendah tentu akan percaya dengan gurauan begini sebab sesetengah orang memang mudah percaya contohnya gosip walaupun benda belum tentu betul," katanya.

Manakala, Erra pula berkata, mendoakan individu terbabit mendapat kesedaran atas perbuatan tidak berfaedah yang dilakukannya.

“Semoga Allah SWT membersihkan jiwa individu itu yang punya banyak kelapangan ini. Jika dia seorang lelaki dan jahil mengenai perasaan seorang wanita, dia harus ingat dia mungkin ada kakak, adik atau anak perempuan.

"Jadi berfikir panjanglah sebelum mengaibkan orang lain. Takut Allah buka aib kita pula nanti, wallahualam," katanya.

Sementara itu, penyampai radio Sarimah berkata, tindakan itu adalah kebudak-budakan dan tidak meninggalkan kesan kepadanya.

"Nombor itu pun tak betul dan palsu. Ada yang bersikap kebudak-budakan untuk mencari publisiti.

"Saya rasa sesetengah memang bosan dan bersikap kebudak-budakan dan selalunya memang begitu.

"Bagi mereka, itu satu bentuk hiburan. Ini benda mengarut dan kebudak-budakan tetapi tak ada kesan kepada saya," katanya.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/05/janda-bukan-wanita-murahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malang Wanita Cantik Tersilap Cakap

Malang Wanita Cantik Tersilap Cakap

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 379 hits
Seorang wanita cantik secara tidak sengaja telah terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan Sampai di tingkat 70 seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya Gambar hiasan Wanita Terima kasih anda telah menolong saya Lelaki Inggeris Sama sama...
Komplotan Begal Di Lubuklinggau Manfaatkan Wanita Jadi Umpan Modusnya Minta Diantar Pulang

Komplotan Begal Di Lubuklinggau Manfaatkan Wanita Jadi Umpan Modusnya Minta Diantar Pulang

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 192 hits
Komplotan begal leluasa melakukan aksinya dengan menggunakan modus wanita muda sebagai umpan
Uqasha Senrose Bukan Artis Wanita Yang Pukul Pa Saya Duduk Rumah Jaga Anak Je

Uqasha Senrose Bukan Artis Wanita Yang Pukul Pa Saya Duduk Rumah Jaga Anak Je

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 182 hits
Pelakon terkenal Uqasha Senrose bukan artis wanita yang pukul PA seperti didakwa sesetengah pihak apabila menyatakan dirinya hanya duduk di rumah sahaja menjaga anak Uqasha Senrose bukan artis yang pukul pembantu peribadi Memetik laporan da...
Wanita Diusir Dari Pesawat Kerana Beg Tangan Mewah

Wanita Diusir Dari Pesawat Kerana Beg Tangan Mewah

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 203 hits
KOSMO BEIJING nbsp Seorang wanita China enggan meletakkan beg tangan jenama mewah miliknya di bawah tempat duduk seperti diminta oleh kru kabin menyebabkan penerbangan yang dinaiki mengalami kelewatan sehingga sejam lapor portal berita Sout...
Mayat Wanita Hampir Reput Ditemui Dalam Longkang

Mayat Wanita Hampir Reput Ditemui Dalam Longkang

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 173 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mayat wanita yang hampir reput ditemui orang awam di longkang besar berhampiran perumahan Dillenia Shah Alam Ketua Polis Daerah Shah Alam Iqbal Ibrahim berkata polis menerima laporan berhubung penemuan mayat dalam...
T Ganu Martabatkan Wanita Cuma Si Jahil Buat X Reti

T Ganu Martabatkan Wanita Cuma Si Jahil Buat X Reti

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 345 hits
Peserta taekwando dari India ini tiba tiba menjadi bualan warga maya Alkisah atlet Taekwondo ini bukan beragama Islam tetapi kelihatan berhijab ketika bertandingZarani Othman1 Isu wanita Terengganu DMPNT jawab artikel MalaysiakiniKUALA TERE...
Mayat Dua Wanita Ditemukan Dalam Longkang Dipercayai Ada Pertalian Keluarga

Mayat Dua Wanita Ditemukan Dalam Longkang Dipercayai Ada Pertalian Keluarga

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 163 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com myUNIT Anjing Pengesan melakukan pemeriksaan di sekitar lokasi penemuan dua mayat wanita FOTO Zuliaty ZulkiffliAlor Setar Mayat dua wanita dengan kesan kecederaan ditemukan dalam longkang di belakang sebuah ba...
Wanita Hilang Ditemui Mati Dalam Kereta Polis

Wanita Hilang Ditemui Mati Dalam Kereta Polis

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 164 hits
KOSMOGAMBAR fail sebuah kereta polis di Seoul YouTubeSEOUL Seorang wanita berusia dalam lingkungan 40 an yang dilaporkan hilang selepas meninggalkan rumahnya ditemui mati di tempat duduk belakang sebuah kereta polis lapor portal berita The ...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co