T Ganu Martabatkan Wanita Cuma Si Jahil Buat X Reti
Peserta taekwando dari India ini tiba-tiba menjadi bualan warga maya. Alkisah, atlet Taekwondo ini bukan beragama Islam tetapi kelihatan berhijab ketika bertanding
Zarani Othman
1. Isu wanita Terengganu: DMPNT jawab artikel Malaysiakini
KUALA TERENGGANU: “Wanita Terengganu tidak memilih,tetapi patuh dan komited kepada ajaran agama Islam.”
Itu respons Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) terhadap artikel yang ditulis oleh Puan Mariam dari Green Bean Army dan Perak Liberation Organisation, yang diterbitkan portal Malaysiakini baru-baru ini.
Dalam tulisan artikel berkenaan, antaranya ia mendakwa bahawa penggunaan agama telah digunakan untuk mengawal kaum wanita dalam sukan serta pelbagai aspek kehidupan di negeri itu.
Sehubungan itu Ketua DMPNT, To’ Puan Zarani Othman berkata, Terengganu merupakan negeri terawal yang menerima serta mengamalkan Islam di Malaysia.
Menurutnya, Islam telah membawa ajaran serta cara hidup yang meliputi aspek kehidupan manusia dari sekecil-kecil perkara seperti makan, minum, ke tandas hinggalah kepada sebesar-besar perkara seperti kenegaraan dan pemerintahan.
“Kami sebagai orang Muslim yang beriman tidak memilih.
“Kami patuh kepada Allah SWT kerana Allah telah memberikan pilihan yang terbaik; dan sebagai wanita Muslim, kami Wanita Terengganu tidak memilih, tetapi kami komited untuk mengamalkan Islam dalam semua aspek kehidupan kami,” katanya menerusi kenyataan media di Facebook Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu.
Beliau berkata, tanggungjawab melindungi dan mengangkat maruah wanita telah bermula semasa kedatangan Islam melalui Nabi Muhammad SAW kerana pada zaman jahiliah, wanita dipandang rendah serta menjadi objek pemuas nafsu semata-mata.
Dengan kedatangan Islam, kaum wanita diberi hak dan ruang untuk sama-sama terlibat dan menyumbang selagi mana pekerjaan yang dilakukan mengikut syarak dan menjaga adab muslimah.
(Sila lihat lanjutannya 'Isu wanita Terengganu: DMPNT jawab artikel Malaysiakini' – HARAKAHDAILY 19/8/2024)
2. Paris 2024: Perancis dikutuk gara-gara larang atlet wanita berhijab. Malaysiakini tahu apa?
Kumpulan hak asasi manusia menyelar Perancis 'hipokrasi diskriminasi' kerana enggan membenarkan atletnya memakai hijab semasa penyertaan mereka dalam Sukan Olimpik Paris hujung bulan ini.Amnesty International, bersama sepuluh organisasi lain, berkata larangan itu menghalang atlet 'daripada menggunakan hak asasi mereka untuk bersukan tanpa sebarang bentuk diskriminasi'.Amnesty sebelum ini memohon kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), bersama sepuluh kumpulan lain, meminta badan induk itu campur tangan untuk membatalkan larangan berkenaan.IOC kemudian memberikan maklum balas bahawa membatalkan dasar itu adalah di luar bidang kuasa mereka, menjelaskan bahawa 'kebebasan beragama ditafsirkan dengan pelbagai cara oleh negara yang berbeza'.IOC, yang menyelia Sukan Olimpik, sebelum ini menyatakan bahawa atlet boleh memakai hijab di Perkampungan Sukan Olimpik."Untuk Perkampungan Sukan Olimpik, peraturan IOC terpakai. Tiada sekatan untuk memakai hijab atau pakaian agama atau budaya lain," kata badan induk itu.Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera, berkata atas prinsip sekularisme bermakna ia tidak akan dibenarkan."Apa maksudnya? Ini bermakna larangan ke atas sebarang jenis dakwah," katanya kepada TV Perancis."Ia neutraliti mutlak dalam perkhidmatan awam dan pasukan Perancis tidak akan memakai hijab."Terdapat jenis hijab khas yang dipakai oleh atlet semasa pertandingan sukan.Perancis telah mendapat kritikan yang ketara, baik di dalam Perancis mahupun daripada kumpulan hak asasi antarabangsa."Mengharamkan atlet Perancis daripada bertanding dengan hijab sukan dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik menjadikan dakwaan bahawa Paris 2024 adalah Sukan Olimpik dengan kesamarataan jantina yang pertama sebagai satu ejekan dan mendedahkan akses diskriminasi jantina dan perkauman kepada sukan di Perancis," kata Anna Blus, seorang Penyelidik Hak Wanita Antarabangsa di Eropah.Perancis adalah satu-satunya negara di Eropah yang menghalang wanita memakai hijab daripada menyertai kebanyakan pertandingan sukan domestik. Kumpulan hak asasi telah mengatakan bahawa dasar itu melanggar bukan sahaja garis panduan IOC sendiri, tetapi juga kewajiban dalam perjanjian antarabangsa yang perlu dipatuhi oleh Perancis.Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, pernah berlaku di Malaysia. Atlet taekwondo India bukan Islam, minta pakai hijab semasa kejohanan. Dia memakai tudung ketika membuat persembahan Poomsae pada Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Terbuka Malaysia Ke-5 Gewinn Unimap. Pomsae sendiri adalah siri serangan asas dalam Taekwondo. Kejohanan itu yang berlangsung pada 2-4 September 2022 lalu, betempat di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), yang turut disertai 15 negara termasuk India, Nepal, Brazil, Jepun, Singapura, Thailand. Penonton yang menyaksikan aksi atlet yang berasal dari India itu turut menitiskan air mata kerana aksinya berhijab mendapat restu kedua ibu bapa. Wanita berusia 36 tahun itu berkata, suaminya ditanya oleh salah seorang pemandu dari India, Data Nadeson. Data mengatakan ada atlet India yang ingin memakai tudung agar ia menjadi kenangan terindah buat mereka.Di bawah ini gambar mereka. Dan gambar yang di atas sekali.Sekian.
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..'
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.
...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2024/08/tganu-martabatkan-wanita-cuma-si-jahil.html