Jambatan Runtuh Pelajar Ke Sekolah Naik Bot Tempur


JELEBU: Tentera Darat hari ini memberi bantuan pengangkutan bot kepada 26 orang pelajar sekolah dari Kampung Bemban, Simpang Durian di sini yang terputus hubungan melalui jalan darat akibat banjir baru-baru ini.

Banjir besar yang melanda daerah ini pada 19 Disember yang lalu telah mengakibatkan jambatan yang menjadi laluan ke kampung tersebut runtuh dipukul arus air Sungai Teriang yang deras.

Pegawai Memerintah, Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Senawang Leftenan Kol. Isma Zaini Ismail berkata, susulan itu juga, pihaknya telah memberi bantuan tersebut bagi memudahkan pelajar untuk ke sekolah masing-masing.
“Ini merupakan bantuan pasca banjir di mana jambatan yang telah menghubungkan Kampung Bemban dengan Kampung Jerang terputus hubungan sejak kejadian banjir yang berlaku 19 Disember tahun lalu

“Kami telah membantu mereka (pelajar) ke sekolah dan menghantar mereka pulang dengan menaiki sebuah bot tempur ini. Anggota dari 15 RAMD telah ditempatkan di sini sejak 21 Disember yang lalu bagi memudahkan penduduk Kampung Bemban berhubung ke Kampung Jerang di mana terdapat sekolah dan beberapa kemudahan lain

“Anggota ini akan bersiap sedia seawal pukul 6.15 pagi bagi memastikan pelajar yang bersekolah dapat menaiki bot dan menunggu mereka sehingga waktu pulang tengah hari nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di tepi Sungai Teriang di Kampung Jerang, Simpang Durian, di sini hari ini

Seramai 26 orang pelajar dari Kampung Bemban yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tipus, SK Sungai Buloh dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Triang Hilir telah menaiki bot yang disediakan Tentera Darat pada pagi ini

Dalam pada itu, menurut Isma Zaini, pihaknya juga sudah tentu akan memastikan tahap keselamatan pelajar terjamin sepanjang berada di dalam bot

“Kami telah menyediakan jaket keselamatan dan menghadkan hanya kurang daripada 10 orang berada di dalam bot pada satu-satu masa,” katanya

Sementara itu, Ketua Unit Menengah dan Tingkatan 6 Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jempol dan Jelebu, Anuar Rahim berkata, pihaknya kemudian turut menyediakan tiga buah van bagi membawa pelajar ke sekolah selepas turun daripada bot tersebut

“Kami akan memberi bantuan membawa pelajar berkenaan menaiki tiga van yang disediakan bagi mengambil pelajar di tepi sungai ini bagi membolehkan mereka ke sekolah seperti biasa

“Kami berharap pelajar dapat ke sekolah walaupun perlu menaiki bot dan berharap juga mereka lebih bersemangat,” katanya

Sebelum ini, susulan kejadian jambatan yang runtuh tersebut, Tentera Darat menerusi Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja 3 Divisyen telah diatur gerak bagi membina sebuah jambatan Bailey bagi kemudahan penduduk Kampung Bemban yang melibatkan 28 buah rumah. - utusan online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/jambatan-runtuh-pelajar-ke-sekolah-naik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Pertama Kali Pelajar Kampung Bemban Naik Bot Tempur Atm Ke Sekolah

Pengalaman Pertama Kali Pelajar Kampung Bemban Naik Bot Tempur Atm Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 249 hits
JELEBU 10 Jan Pengalaman pertama kali menyeberangi sungai menaiki bot tempur Angkatan Tentera Malaysia pada hari permulaan sekolah mengujakan pelajar yang tinggal di Kampung Bemban dekat sini Laluan utama ke sekolah berkenaan yang terletak ...
Tanah Runtuh Di Blok Asrama Uiam Pelajar Diarah Pindah

Tanah Runtuh Di Blok Asrama Uiam Pelajar Diarah Pindah

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 331 hits
Kira kira 138 pelajar asrama lelaki dipindahkan selepas tanah runtuh disedari petang tadi PETALING JAYA Penghuni salah sebuah blok asrama lelaki di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Gombak berdepan detik cemas apabila berlaku ta...
Tanah Runtuh 7 Kampung Sekolah Di Sarawak Terputus Hubungan

Tanah Runtuh 7 Kampung Sekolah Di Sarawak Terputus Hubungan

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 191 hits
Tanah runtuh 7 kampung sekolah di Sarawak terputus hubungan Penduduk di tujuh kampung di Hulu Padawan Sarawak terputus hubungan akibat tanah runtuh berlaku di laluan antara Kampung Abang dan Sekolah Kebangsaan Kambug petang tadi disebabkan ...
Sekurang Kurangnya 7 Maut 3 Hilang Dalam Insiden Batu Besar Runtuh Timpa Bot Pelancong

Sekurang Kurangnya 7 Maut 3 Hilang Dalam Insiden Batu Besar Runtuh Timpa Bot Pelancong

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 289 hits
Sekurang kurangnya 7 maut 3 hilang dalam insiden batu besar runtuh timpa bot pelancongInsiden runtuhan batu besar yang menimpa beberapa bot pelancong SEKURANG kurangnya tujuh orang maut selepas sebuah batu besar runtuh menimpa beberapa bot ...
Sekolah Dibuka 77 Pelajar Orang Asli Pos Tohoi Dibawa Keluar

Sekolah Dibuka 77 Pelajar Orang Asli Pos Tohoi Dibawa Keluar

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 230 hits
77 pelajar Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Tohoi Gua Musang Kelantan dibawa keluar menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi memulakan sesi persekolahan pada Ahad Usaha itu dilakukan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli bersama pemi...
Kereta Api Tidak Berhenti Sampai 100 Pelajar Terpaksa Ponteng Sekolah Ini Tindakan Pihak Ktmb

Kereta Api Tidak Berhenti Sampai 100 Pelajar Terpaksa Ponteng Sekolah Ini Tindakan Pihak Ktmb

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 230 hits
Kira kira 100 pelajar di Kampung Kuala Gris di sini terkandas apabila kereta api yang sepatutnya tiba jam 7 pagi tidak berhenti di hentian tersebut pada Ahad
Tudia Angkara Jambatan Runtuh Jenazah Diusung Rentasi Sungai Pihak Berwajib Kena Ambil Tindakan Segera

Tudia Angkara Jambatan Runtuh Jenazah Diusung Rentasi Sungai Pihak Berwajib Kena Ambil Tindakan Segera

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 304 hits
Penduduk terpaksa mengusung jenazah merentasi sungai berkenaan Angkara jambatan runtuh jenazah diusung rentasi sungaiJELEBU Penduduk di Kampung Sungai Rotan Jelebu di sini terpaksa mengusung jenazah merentasi sungai selepas satu satunya jam...
Hiburan Mereka Pertaruhkan Nyawa Netizen Bengang Pelajar Terpaksa Lalu Jambatan Gantung Walaupun Dah 2022

Hiburan Mereka Pertaruhkan Nyawa Netizen Bengang Pelajar Terpaksa Lalu Jambatan Gantung Walaupun Dah 2022

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 203 hits
Baru baru ini kecoh di media sosial apabila tular gambar pelajar Sekolah Kebangsaan Sibuga Besar terpaksa melalui jambatan gantung yang sudah usang dan tidak dibaiki pada hari pertama persekolahan Isnin lalu Beberapa gambar tersebut tular s...
400 Pelajar Parlimen Parit Buntar Terima Sumbangan Kelengkapan Sekolah

400 Pelajar Parlimen Parit Buntar Terima Sumbangan Kelengkapan Sekolah

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 250 hits
December 27 2021Memandangkan berlaku kenaikan harga barang termasuk harga pakaian sekolah Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar mengambil inisiatif membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan bagi penyediaan kelengkapan persekolahan ana...
Lirik Lagu Kota Ini Tak Sama Tanpamu Nadhif Basalamah Aziz Harun Aisha Retno

Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Awie Alif Ba Ta Chord

Amorim Buru Tiga Mata Ke Atas Arsenal

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Ringkasan Penuh Jalan Cerita The Karate Kid

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Polis Tangkap Polis Dua Pegawai Thailand Terbabit Sindiket Dadah Aset Rm4 6 Juta Dibeku

Hiburan Gelombang Justiceforzara Tidak Akan Tercetus Jika Siasatan Awal Ikut Sop Undang Undang Peguam

Kopi Pekat Nasi Lemak Sambal Udang Sarapan Pagi Lengkap Air Tangan Sendiri

Dalam 5 Tahun 31 Billion Duit Sakaw Dirampas

Ketua Pemuda Umno Mahu Apa Sebenarnya

Royal99 13 October Royal99 Top 36 By Edgar